Khamis, 20 Disember 2012

64 Segmen Kongsi Idea = Smart Shopping

Aku dah setahun lebih tulis blog, rasanya dah tiba masanya untuk aku menulis dan berkongsi2 idea yang selama ini aku pendam dalam kepala hotak aku. Aku namakan segmen ini, SEGMEN KONGSI IDEA, di mana dalam segmen ni aku akan tulis apa2 idea yang aku terpikir tapi aku tak mampu nak buat sebab kekurangan sumber, masa, duit, manpower, kepakaran dan macam2 lagi, so aku harap ada sapa2 yang berminat dengan idea ni akan mampu menjayakannya. Pembaca juga dijemput untuk bagi idea2 dan input2 lain di bahagian komen untuk menambahbaik lagi idea ini. So untuk idea aku yang pertama, aku namakannya Aplikasi Smart Shopping.


Bila hujung minggu tiba masa untuk shopping terutama barang dapur. Nak beli ayam, daging lembu, daging kambing, ikan, udang, sotong, sayur dan macam2 lagi. Berdekatan rumah kita ada macam2 kedai runcit dan supermarket seperti Giant, Hero, Tesco, Carrefour, Jusco dan macam2 lagi. Dalam list kita barang basah hanya plan nak beli ayam, daging, ikan cencaru dan sayur kangkung. Macam dekat Giant mungkin harga 1kg ayam lebih murah dari Tesco, tapi harga 1kg dagingnya pula agak mahal berbanding Carrefour, harga ikan cencaru murah pula di Jusco tapi sayur kangkung pula mahal. Takkan kita nak pergi survey dulu setiap satu supermarket atau beli asing2 kat lain2 tempat, sangat membuang masa dan tak praktikal. So kat kedai mana yang kita harus pergi yang boleh memberi penjimatan dari segi harga keseluruhan serta kos perjalanan?


Masa ni lah aplikasi Smart Shopping ini dapat membantu. Bukak je kat web browser www.smartshopping.com.my ke (URL ini tidak wujud, rekaan sahaja) atau aplikasi versi mobile boleh download kat Google Play untuk Android phone atau App Store untuk iOS phone, lepas tu dengan integrasi dengan Google Maps, ia akan dapat mengesan lokasi kita guna Wifi, 3G atau GPS. Kemudian kita select barang2 keperluan standard yang kita plan nak beli (barang2 lain seperti TV, aircond, komputer, handphone dan lain2 tak perlulah nanti complicated sangat) dan kita boleh buat carian kedai runcit atau supermarket dalam lingkungan jarak 10km, 25km atau 50km dari lokasi kita, dan aplikasi Smart Shopping ni akan paparkan senarai harga bagi setiap barangan mengikut kedai yang berada dalam lingkungan jarak yang dipilih serta harga keseluruhan seperti rajah di bawah:


So based on result tu, kita boleh la pergi ke kedai yang menawarkan harga keseluruhan paling rendah bagi barang2 yang kita nak beli serta yang mempunyai jarak paling hampir dengan rumah kita. Harga2 barang tu sapa2 owner kedai boleh register dan update, hatta kedai runcit paling kecik sehingga supermarket paling besar. So sapa yang rajin update dan bekalkan harga paling murah maka sudah pasti kedainya akan dikunjungi ramai orang, mana2 kedai yang tak register atau tak nak update maka mereka pasti akan ketinggalan kerana bila orang buat carian, kedai mereka tidak tersenarai dalam aplikasi ini dan menyebabkan orang tidak pergi ke kedai mereka. Sebab tu aplikasi ini kira menguntungkan kedua2 belah pihak sama ada pihak pengguna mahupun peniaga, kira WIN-WIN situation la.


Apa macam ada OK ka idea ni? Sekarang ni ada je website yang lebih kurang macam ni iaitu portal http://www.1pengguna.com/ kat bahagian PriceWatch, aku dah cuba tapi tak berapa efektif, data pun banyak takde dan tak update, lepas tu setiap kali nak compare harga barang kena download ke PDF. Lebih mudah kalau ada versi smartphone kerana sekarang ini "it's all about mobility", semuanya kalau boleh nak di hujung jari. So kalau OK sapa2 yang tere buat mobile programming tu sila bangunkan aplikasi ini, dan sila bagi aku download secara percuma bila dah siap nanti.





tags: segmen kongsi idea smart shopping shopper pembeli pengguna customer bijak peniaga untung rugi compare beza harga barang dapur kedai runcit supermarket hypermarket complex mall kompleks beli belah giant tesco carrefour hero mydin jusco parkson sogo pertama the mines alamanda ioi alam sentral sistem portal aplikasi smartphone app android google play ios iphone ipad app store nokia windows blackberry download upload muat turun free percuma maps peta gps 3g wifi mobile java html5 flash programming develop learn

64 ulasan:

  1. bodohnya aku tak berapa nak paham T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama 31 Oktober 2012 12:11 PG
      Anu War pun patut diusir dari Malaysia sbb dia pun
      pelakon porno gak...
      Balas
      Tanpa Nama 6 November 2012 6:54 PTG
      Pambangkang satu hal...tapi yg berkuasa yakni BN
      sendiri tak mampu nak buat apa2.
      Budak Cina yg kutuk negara, agama Islam, maki
      hamun leh diberi peluang ngadap Najib dan kemudia
      diberi duit utk buat filem.
      Jika yg brkuasa yg telah diamanatkan utk pelihara
      kedaulatan bangsa, agama dan negara malah berjanji
      utk memeliharanya...begini tindakannya.
      mmmmmmmmmm
      Balas
      Tanpa Nama 8 November 2012 10:27 PTG
      sangat2 setuju dgn komen 6 nov
      Balas
      Tanpa Nama 12 November 2012 1:49 PG
      kenapa nk salahkn pembangkang..sedangkan yg
      pegang negara sekarang adalah kerajaan??diorg yg
      lebih berkuasa untk melakukan sesuatu or menyekat 2
      makhluk ni drpd berleluasa melakukan aktiviti x
      bermoral tu..lawak betul la komen2 sesetengah org yg
      x reti menggunakn akal..asyik nak salahkan org.suruh
      la najib banned 2 budak ni.tu pun kalu berani la.
      Balas
      Tanpa Nama 14 Disember 2012 6:07 PTG
      Itulah hak asasi katanya.... hak peribadi.... kononnya.
      Tapi..... kan negara ada undang-undang jadi kena
      patuhi, walau pun atas dasar kebebasan. Sebebas-
      bebas insan dialam fana ni sampai kemana? renung
      dan fikirkanlah jauh-jauh...

      Padam
    2. Ini semua salah UMNO-BN!

      Padam
    3. ahmad is a typical politic fag yg LEMBUUUUUUUUUU...mooOOOOOooo~

      Padam
  2. Prices are subjected to change*
    Lain harga yang diupdate, lain pulak harga kat kedai tu.

    Penah dulu aku jumpa satu idea, satu aplikasi/website akan calculate average kerendahan harga yang ditawarkan sesebuah kedai.
    So pengguna buleh compare dgn statistic antara kedai2 disekitar kawasan dia.

    Contoh: 60% harga produk kat kedai A lebih murah dari kedai B. 80% beza harga produk keda A dan B melebihi 5% harga asal produk.

    So pengguna akan mendapat kebarangkalian yang tinggi utk beli barangan harga murah compare dari kedai lain.

    Still ada pro n cons. Tapi amat berbaloi utk dipikirkan.

    BalasPadam
  3. satu cadangan yg bagus noob. masalahnya skrg.. sapa yg nak melaksanakannya. mungkin satu tahap kot2 ada yg terbaca dgn entry ko cuba utk try buat dan memberi kemudahan kpd org lain. pd masa tu mungkin juga aplikasi dia ni akan mendapat tempat dan akan menaikkan nama nya. ko plak xdpt apa.

    kalo dkt temapt aku. giant lg mahal dari kedai2 biasa. elakkan dari beli dkt giant. jauh sgt harga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni gatal nak berlaki ni..wekekeke

      Padam
    2. aku tak dapat apa org lain yang dapat nama pun takpe, yang penting semua org boleh dapat manfaat dari aplikasi ni termasuk aku kalau ada orang buat

      Padam
  4. menarik idea yea..berguna buat pengguna tapi kena slalu update harga dia..

    BalasPadam
  5. aku ada idea

    letak harga mahal2 spy peniaga kecil tempatan dapat cari makan. Sedar atau pun tidak keuntugan pasaraya besar adalah berpusat dan tidak diagihkan kepada rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul banyak kedai runcit tutup/gulung tikar sebab wujudnya pasaraya besar.

      Padam
  6. dulu dah buat proposal untuk apps mcm ni siap dgn interface 3D bleh tgok2 dlm kedai ala ala tgok kat cortona viewer . lec ckp x rational sbb nnt klu 1ribu pengguna order dlm 1 jam , satu hari mcm mana berapa bnyk delivery . emm tapi pizza hut ngn mekdi idup je , lec ckp sbb dorg bnyk cawangan allocated kt satu2 tempat . basically the idea is great tapi kene peruntukkan byk bajet n planning .:>

    BalasPadam
    Balasan
    1. app yang saya cadangkan ni tak melibatkan penghantaran dan pembelian secara online sebab nanti menjadikan ia terlalu complicated. ia cuma compare harga2 barang di pasaraya2 atau kedai2 runcit based on kawasan tertentu yang diupdate sendiri oleh owner kedai

      Padam
    2. dorang suke sgt nak cakap tak boleh. tak logik. tak praktikal. tak sesuai. semua benda TAK BOLEH.

      Aku rasa aku boleh keluarkan otak dia dari termpurung dia. Guna batu kuon, pecahkan kepala dia. keluarkan otak, letak tepi kotak!! Baru la literally 'Thinking out of the Box'.

      Padam
    3. sib baik takda butang "like" kalau tak dah like Len punya post :)

      Padam
    4. aku kalo nak cari barang2 basah yg fresh n murah mcm sayur, ayam, ikan sumer tu, aku akn beli kat markit, nat atau pasar malam..lagi puas ati dari beli kat mana2 supermarket..sayur kat supermarket selalunya bukan saja kurang fresh n kecut, harga pon lebih, pehtu kekadang berkulat pun hado aduiii..sadis btol (">3<)

      Padam
    5. mesti ada je yg tak kena....lantak korang ler...korang je yang betul KAN?

      Padam
  7. except that barang A yg aku nak beli lagi murah kat tesco tapi barang B yg aku nak beli lagi murah kat giant, nais je idea ni

    BalasPadam
  8. dgn teknologi yg ada skrg smua pon jadi mudah...guna jari pon bolehh..ahaha

    BalasPadam
  9. bagusnya aplikasi ni. sgt bermanfaat...tak lama lg suma maklumat dihujung jari jer. tp kesian lak dgn pekedai runcit biasa sbb diorg x tersenarai. yg kaya giant, tesco, billion. dh mcm kapitalis. lagi satu barang byk. fungsi sama dgn mudah.my cuma lebih komplikated.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pekedai runcit biasa pun boleh register kedai diorg dalam sistem dan update harga barang basah mereka, takde masalah. mungkin kalau org compare, harga barang mereka mahal seringgit dua dari pasaraya2 besar, tapi disebabkan lokasi yang sangat dekat berbanding pergi pasaraya, so ada orang lebih prefer pergi yang dekat, jimat masa dan minyak kereta

      Padam
  10. Menarik sebenarnye ramai dah terfikir kalau nak buat kena fikir rangka dasarnya.

    1)Database - untuk rangkaian perniagaan dan sebutharga barang, penting untuk buat cross reference dan lebi baik kalay dapat integrated ngan rangkaian pasaraya,

    Suatu database yang fleksible dalam pencarian selain untuk pesanan juga database pelangan. Aspek keselamatan juga perlu dalam melindungi maklumat pelangan dan pasaraya/kedai yang terlibat

    2) hubungan antara pasaraya/kedai - Bagaimana nak meyakinkan pasaraya/kedai dalam menyertai skim ini? bagaimana nak dapatkan senarai harga mereka? mengemas kini? bagaimana nak integrated dengan sistem mereka dan juga pesanan? Ini adalah perkara penting selain database/pangkalan data.

    3) penghantaran - Masalah penghantaran? Siapa yang akan membeli dan menghantar adakah pihak pasaraya perlu menyediakan perkhidmatan ini atau penyedia perkhidmatan ini?

    Kebiasaa apps pesanan online disediakan bergantung kepada suatu rangkaian dan kawasan saja misalnya McDonanld USA yang membolehkan penguna iPhone/iPad atau Android memesan burger melaui apps tanpa perlu berbaris di kaunter.

    Mungkin kita boleh mereka apps yang mengambil pesanan kemudian pesanan ini dihantar kepada penyedia perkhidmatan kemudian penguna perlu pergi ke tempat dimana barang akan di hantar perlu diambil. Cas tambahan bagi penghantaran.


    BalasPadam
    Balasan
    1. seperti komen yang aku reply kat atas, aplikasi ni tak termasuk pembayaran secara online dan penghantaran. yang ada cuma maklumat kedai, lokasi serta harga yang pekedai sendiri kena update. konsep app ni lebih kepada community contribution macam app waze seperti ada yang anon komen kat bawah

      Padam
    2. AKu paham maksud noob.
      Just compare harga. lokasi dan details. Baru la semua pasaraya terkejar2 nak turunkan harga.

      Leh la terus masuk to-do list wat sekali harung.
      :D

      Padam
  11. noob babi comel, ko kerja kat mana? boleh bagitau tak??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. syarikat kami berpengkalan di bawah laut..en noob tgh bz skrg. sila buat apoinment dulu sebelum berjumpa dgn beliau.. terima kasih

      Padam
    2. noob tapak sulaiman la ngok.
      dia kerje kt bikini bottom

      Padam
    3. aku keje kat mana pun apa masalahnya pada ko?

      Padam
    4. tu pun nak tanya KE? mesti la bekerja dgn en. crab! ADEH!

      Padam
    5. Yeah pi carik kat Krusty Crab

      Padam
    6. bila masa patrick keja dgn en crab...hadoi len ni mesti duduk bawah tempurung tak tau perkembangan semasa spongebob square pants

      Padam
  12. siapa yang nak masukkan data tu? peruncit or pembuat sistem?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga penguna..

      Adakah sistem ini hanya untuk penguna periksa harga?
      kalau hanya untuk penguna bagaimana kalau sistem seperi WAZE data di sumbangkan oleh penguna.

      Boleh gunakan barcode untuk mengimbas dan memproses data serta juga carian

      Kalau penguna perlukan penghantaran - mungkin ada bayaran tambahan untuk apps?

      Padam
    2. yang masukkan data harga tu peruncitlah, sebab mereka lagi tahu harga mereka. so kalau mereka tak update, peruncit lain update, mereka akan ketinggalanlah sebab bila orang buat carian kedai mereka tak tersenarai dalam sistem

      Padam
  13. alaaaa.......................

    nak gmba super mario..........

    BalasPadam
  14. macam mane kalau harga tak updated. customer tengok harga ayam bersih yang paling murah kat Tesco rm9.50.. tapi bila pergi tesco mane de rm9.50.. rm11.50 adalah.. so time ni tak rasa mcm customer tertipu ke bila guna application ni. then automatic, customer akan cakap "ah penipu punye application, aku remove ko!"

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau harga tak update maka tu salah pekedai bukan sistem. sistem just platform. sama je macam facebook. facebook tu platform je, yang tukang updatenya kita. mungkin kena tambah satu lagi column iaitu last updated date. so kalau berlaku perbezaan harga dalam sistem dengan kat kedai pada hari yang sama dengan last updated date nya, maka pengguna boleh bayar dengan harga mengikut yang dipapar dalam sistem

      Padam
    2. Tu bergantung kepada peruncit penguna boleh lihat (status update)
      Saya suka apps CineApps (untuk pangung wayang) leh tahu movie terkini di Malaysia.

      Padam
    3. Betul Abg Noob

      Saya cadangkan letakan juga butang komplen kalau harga tidak betul rating kedai ini akan turun kalau kerap kalai harga barang tidak betul.

      Padam
    4. ok bijak letak column "last updated on (date)" tu. eh pekedai tak de ke system yang leh auto update harga terkini dorg ke app mcm ni. kalau ada lagi bagus kan.. so it will keep updated automatically..

      nanti aku fikir lagi kemungkinan lain

      Padam
    5. semue bende nak auto,malas btol manusia zaman skang..pekedai sendri la yg kene key-in harga terkini dlm senarai harga barang online yg die daftar tu,kan dah mudah sgt tu sistemnyer,rajin tak rajin jer...kalo die sndri busy,suh la anak die ke,pekerje die ke updatekan ke dlm sistem..nak x nak jer..

      Padam
    6. woi anon 3:31 yang tersangatlah rajin.. kedai ko ada 2, 3 barang je ke? kalau dah namapun supermarket, mestilah ada banyak barang.. x kan la ko nak update satu2 setiap barang tu?? agak2 ko rasa nak juling bijik mata tu.. sila kan.. aku sanggup bayar ko rm1 sehari.. ko kan pekerja yang tersangat la rajin.. betul x?? kan kan kan.

      Padam
    7. wahai anon 4.53 yg jual barang2 expired.. setiap kali berlaku perubahan harga, bukan semua barang berubah serentak.. kedai aku ada ramai pekerja, dorng nak bayaran lebih? kena la rajin.. baru berbaloi upkan gaji dorang.. ada otak jgn letak kat lutut der..

      Padam
    8. Kat kedai aku pon member kad harga lain ada diskaun

      Padam
    9. relax2 jangan kalut. benda ni belum wujud lagi dah macam2. kalau aplikasi ni wujud pun, pekedai peniaga tak wajib pun register dan update harga dia tiap2 hari. cuma sapa yang rajin update tu satu bonus la bagi mereka bila ada orang search pakai app ni kedai dia ada dalam senarai, itu je. btw pekedai tak perlu update harga semua barang, cuma update beberapa barang keperluan utama dapur yang telah ditetapkan seperti ayam, daging, ikan, sayur, etc. kalau benda2 yang berjenama seperti nescafe 3-1, koko krunch, sabun basuh breeze, tv panasonic led 50 inci, benda2 macam tu tak perlu update pun.

      Padam
    10. kalau nescafe 3-1, koko krunch, sabun basuh breeze, tv panasonic led 50 inci tu semua tak payah update, baik tak payah ada aplikasi ni. buat semak hp je download

      Padam
  15. wah... idea yang bernas..
    ini membantu makcik-makcik nak beli barang basah..
    syabas!!!! ...^^...

    BalasPadam
  16. ok,, sila usahakan ye poc,,, kalau ada cenggini, aku pun terus beli smartphone. sekarang ni hp aku warna pun tak dak,, hahahaha

    BalasPadam
  17. setiap kdai kena ade blogger yg diupah utk update harga setiap hari..sbb tukang kedai xde masa kut.

    BalasPadam
  18. Tapi kadang harga/diskaun tak standard dan takda kat semua pasaraya yang sejenis misalnya barang A hanya ada ofer kat Giant kawasan X saja.

    Dan sadis bila ko sangka barang tu ada kat Giant X sekali pergi sana dah takda atau habis.

    Payah sebenarnye kalau tak integrated ngan pasaraya punya stok

    Kalau korang betul nak buat sila kaji semua faktor dan kemungkinan Pasal kos sila buat proposal minta grant kat kerajaan rasanya ada grant ICT untuk benda macam ni.

    Selamat berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami menyokong Penuh Usaha En Noob Utk Memberi Yg Terbayek uk rakyat..
      Abaikan Komen -ve, kita kena pk kehadapan. Dgn Kecangihan teknologi tak mustahil

      bila ada aplikasi ni akan ade la org yg berkerja utk update price. dan semestinya di bayar gaji. so xda masalah lah kan.

      kami akan cuba utk UP kan benda ke pihak yg berkenaan. Terima kasih.

      Padam
  19. idea menarik... cuma perlu komitmen lebih dri pekedia untuk bangunkan apps camtu....aps bandingan harga antara pasaraya terhadap sesuatu barangan...

    BalasPadam
  20. aku org sm yg bencikn zack bout komen die kat post juara dunia tu20 Disember 2012 pada 9:07 PTG

    noob bkn ko dlm bidang IT ker...? cuz b4 ni aku bc post2 ko yg mgatakn ko penah jd IT admin ker exec ape ntah... so, ape kata ko try la buat proposal bg kat sape2 investor ker or krjaan ker... kot2 dpt kn untg..? n ko mezti pndai progamg etc ker ape... kot2 ko leh wat program cntoh yg simple ker... leh g jauh ko nnt... (sorry kalau sangkaan aku slh, aku org civil engnrg, so x tau la org IT leh x wat etc... tp aku rs ko meti blh... baik cpt b4 progammer/org IT lain wat proposal dulu tgok idea ko ni...)

    BalasPadam
  21. oh indahnye idop jdik surirumahtgge skang ni...semuanye diujung jari...huk3...

    BalasPadam
  22. bila nak sambung segmen ni?? segmen terjah awek pun dah lama x buat...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.