Jumaat, 7 Disember 2012

36 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 4

Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-4 dah START!!! Artikel ini ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE, bermakna ia ditulis pada masa yang sama Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-4 berlangsung. Ada beberapa VIDEO persembahan peserta dah diletakkan, cepat tengok sebelum kena blok atau remove. Tema persembahan pada minggu ini adalah "Mengayat" yang berkaitan dengan cinta, kasih sayang, mungkin lebih kepada cara2 nak mengayat awek, mengayat pakwe, mengayat bakal bapak mertua dan lain2. Minggu lepas secara overall persembahan di tahap average atau sederhana sahaja, harap2 untuk minggu ke-4 ni akan lebih baik dan meletup, lebih2 lagi malam ini ada penyingkiran.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.


Seperti biasa dan biasanya, sebelum start persembahan, kedudukan undian langsung tak bergerak dengan top 3, Jozan, Jambu dan Boboi, manakala bottom 3 R2, Da di du dan PMai. Jangkaan aku hari ni ada 3 penyingkiran dan bottom 3 ni yang akan terkeluar di akhir siaran nanti.

1. SayWho (Laugh-O-Meter: LMAO)


Gelanggang dibuka dengan kumpulan SayWho. Topik cinta ni memang sangat senang memancing audien, buat je ayat dan gaya gedik2 sikit pasti penonton bersorak. Apa2pun sketsa pemain bola Wan Zack Haikal dan jurulatih Rajagopal lowered berebut awek memang lawak, plus mereka guna lawak menggunakan pantun dan buat lawak Malaysia akan kalahkan Thailand dalam match AFF Suzuki Cup memang sangat tindakan bijaksana untuk memancing undi orang2 Malaysia.

2. PMai (Laugh-O-Meter: HAHA)


Kumpulan PMai buat sketsa Mat Over nak pergi buat persembahan nyanyian di Jepun, so setiap kali Mat Over nyanyi lagu Malaysia, Imuda akan buat gaya nak bagi orang Jepun faham. Konsep mengayat yang diorang buat ni tiada kaitan dengan cinta, tapi mungkin lebih kepada mengayat orang Jepun nak tarik perhatian mereka. Awal2 agak slow, dah akhir2 baru lawak sikit.

3. Jambu (Laugh-O-Meter: LOL)


Minggu ni Jambu boleh tahan lawak, tapi kurang berbanding ketiga2 minggu lepas. Mereka membuat sketsa Tauke nak mengayat awek dengan cara mengayat adik dia dulu yang dilakonkan oleh Yus. Mungkin sebab sebelum2 ni Yus dah banyak kali buat lawak jadi budak2 maka takde elemen kejutan yang biasa diorang buat. Dan ending dia pun macam tergantung. Btw penyokong2 Jambu kat auditorium tu over pulak, menjerit kuat2 sangat mengganggu mood persembahan. Harap Jozan hari ni OK pulak tebus persembahan minggu lepas.


4. Shiro (Laugh-O-Meter: LMAO)


Persembahan kali ni bertemakan seorang pengemis yang baru bukak spa nak mengayat YB gila. Sketsa jadi YB ni memang diorang dah biasa buat masa zaman Raja Lawak dulu, so kira macam recycle watak je lah. Apa2pun banyak punchline yang lawak, terutama part "Dia kan dah meninggal semalam?", "Mana ada, dia meninggal pagi tadi lah.","Ooh yang semalam tu rehearsal."

5. Balas (Laugh-O-Meter: HEHE)


Diorang buat lawak guna dialog utara, tapi konsep mengayat tu aku tak nampak sangat, mungkin ada dalam dialog2 tu cuma aku tak berapa nak tangkap sebab serabut sangat, tapi ada la sikit2 punchline yang boleh la jugak buat aku senyum. Apa2pun yang bagusnya takde lawak double meaning.


6. Sabon (Laugh-O-Meter: HAHA)


Sathiya kena tangkap dengan pak guard supermarket iaitu Abon, so Sathiya terpaksa mengayat Abon untuk lepaskan diri. Ada la punchline2 yang menjadi dan ada jugak yang kurang, tapi still masih lagi tak boleh beat gandingan Abon dengan Mr. Os lah, masa tu Abon selalu bahan Mr. Os memang lawak, cuma kali ni Abon nak bahan Sathiya kadang2 jadi kadang2 biasa je.

7. R2 (Laugh-O-Meter: LMAO)


Boleh tahan la lawak R2 minggu ni. Mereka buat sketsa pasal seorang pengutip sampah mintak tolong dari kawan dia cara2 nak ayat awek mat saleh dalam bahasa Inggeris. Biasanya komedi yang buat direct translation dari BM ke BI memang mendapat sambutan baik dari penonton. Apa2 pun dalam banyak2 juri, aku paling suka Najip Ali, sebab komen dia sangat telus dan membina.

8. Da Di Du (Laugh-O-Meter: HUH???)


Aku tak tau kat tang mana nak gelak. Diorang buat lawak pasal tentera, tapi bukan sebab aku tak suka, tapi aku harap mereka tersingkir minggu ni, sebab aku kesian sangat dengan mereka. Nak gelak tak lawak, kalau buat2 gelak nampak macam fake pulak.

9. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)



Setakat ni sketsa Jozan paling lawak. Johan jadi seorang guru bahasa Tamil jaga peperiksaan manakala Zizan jadi student yang kerjanya nak meniru je tapi akhirnya berjaya mengayat cikgu tu tolong dia. Punchline memang lawak la, dan aku sangat suka imitation Johan tu cakap tamil memang sangat real walaupun aku tau banyak benda dia cakap mengarut je. Tapi Awie cakap dia kurang gelak, mungkin sebab mood dia dah turun lepas tengok persembahan kumpulan Da Di Du sebelumnya.

10. Bandung Joker (Laugh-O-Meter: HEH)


Kumpulan ini membuat sketsa debat perdana untuk pilihanraya ketua kampung dan masing2 cuba mengayat orang2 kampung untuk mengundi mereka. Still, aku masih lagi tak boleh nak gelak sangat lawak diorang sebab banyak perkataan2 yang aku tak faham. Apa2pun kalau ada 3 penyingkiran minggu ni, kumpulan ni lebih layak disingkir berbanding R2 yang dah 3 minggu jadi bottom 3.

11. Boboi (Laugh-O-Meter: HAHA)


Minggu ni Afdlin takde sebab pergi ke misi Gaza, tapi dia masih ada lagi dalam bentuk VT untuk bagi intro dan selingan membicarakan tentang ayat power membodek dan berjanji manis manakala Nabil dan Harun memainkan watak perompak kedai emas dan polis. Komedi sebegini kalau untuk rancangan TV ok, tapi untuk sebuah persembahan live atas pentas memang tak berapa menjadi. Hmmm kenapa la Nabil tak masuk MLM2012 ni secara solo dan buat stand-up comedy macam dulu.


Peserta terkeluar minggu ini: Da Di Du, PMai dan Balas

Kesimpulan:

Minggu ni agak rata2 persembahan peserta banyak yang hambar dan suam2 kuku walau minggu ni ada penyingkiran. Yang aku nampak mencuba bersungguh2 untuk keluar dari zon penyingkiran adalah R2. Yang lain banyak menurun termasuk favorite team seperti Jambu dan Boboi. Shiro masih konsisten manakala Jozan macam nak balas dendam untuk minggu lepas yang tak berapa nak jadi.

Apa2pun aku rasa Shiro macam nak mengulangi performance Sepah masa Maharaja Lawak 2011 dulu di mana masa tu persembahan diorang tiap2 minggu jarang yang meletup tapi sangat konsisten setiap minggu. Jambu pulak untuk 4 5 minggu pertama sangat bagus, tapi lepas2 tu sangat menurun. Jozan pulak turun naik, kejap meletup kejap ok kejap turun. Cuma juri2 kali ni jauh lebih baik berbanding tahun lepas yang mana  membariskan si mulut laser Chef Wan sampai siap bergaduh kat twitter dengan peserta masa tu Adlin Aman Ramli.

So setakat ini sahaja, teruskan menyokong pelawak kegemaran anda.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ini:

1. Jozan - ROTFLMAO
2. Shiro - LMAO
3. SayWho - LMAO
4. R2 - LMAO
5. Jambu - LOL
6. Boboi - HAHA
7. Sabon - HAHA
8. PMai - HAHA
9. Balas - HEHE
10. Bandung Joker - HEH
11. Da Di Du - HUH???

* Kredit: Video oleh NazwaTv2u.




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2012 2011 mlm jambu jozan shiro boboi sabon balas bandung jokers r2 saywho da di du pmai peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri awie wings lisa surihani wulan guritno najip ali video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 4 

36 ulasan:

  1. http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/jom-join-aku-dapat-domain-free-worth.html

    ok. i am waiting even i dont watch it,, haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku kelak.8 Disember 2012 pada 5:29 PTG

      Tiada apa yang boleh anda cari di sini, kecuali segala kisah yang
      berkaitan dengan Sahibus Samaah As Sheikh Datuk Seri Sivaji
      Anu War Berahi Al Juburi yang aku kutip dari sumber maya yang
      bersepah-sepah untuk dikumpulkan dalam satu blog untuk
      tujuan dijadikan bahan bacaan/rujukan kepada anak dan cucu ku
      kelak.

      Padam
  2. Noob, Mcmana nak tahu sapa pemenang contest kau buat tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengokla 2 3 hari lagi aku umum, sibuk sikit minggu ni tak sempat nak go through semua lagi

      Padam
    2. noob nanti notify aku pemenang utama eh:)

      Padam
  3. trafik mesti beriban2 datang ni. ;) tengok counter tu--->>

    BalasPadam
  4. huhuhu tak dapat tgk astro warna takde....noob nanti update result k

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak subscribe astro warna gak tapi baru lepas tgk kat astro on the go.. :)

      Padam
  5. Balasan
    1. yang live takde lah, astro tak buat live streaming melainkan ada astro on the go.

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. jozan ROTFLMAO???? are you serious??? die hard fan nih... x ley wat ap ler... dyorang pown ptut antara LMAO ngan LOL jer... dyorang da over confident 2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat mcm mana, dlm banyak2 tu diorang punya je aku gelak kuat2 minggu ni. dan kalau aku ni mmg die hard fan jozan, takdenya aku letak jambu ranking no. 1 untuk 3 minggu berturut2.

      Padam
    2. Agree, Ya la jozan tu takda la tersangat lawak pon biasa saja aku gelak tak sampai sakit perut pon lagi..

      Padam
    3. Aku setuju dgn kau Psychic Zero!Malam nie cuma jozan yg lawak sikit drpd pelawak lain.Hambarlah performance diorang malam ni.R2 and Jozan mantap kut bagi aku!

      Padam
    4. malam tadi rasanya cuma taraf lawak mega je bukan maharaja lawak..

      lawak ni kalau dipaksa2 tak menjadi

      Padam
    5. Mindset..jozan boboi jambu..padahal lawak biasa je..pd aku..lawak org pandai r2 ngn boboi..shiro sikit2..yg lain lawak mengarut je..

      Padam
  8. Juri yg gaduh ngan adlin aman ramli last year rasanye chef wan kan..azwan ali x jd juri pun..:)

    -sonkimura-

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah la u rite. aku tengah mabok kot masa tulis tadi hahaha. tq for the correction

      Padam
  9. Nak tanya..kenapa Astro tipu pelanggan erk..?? Dia tulis sana Langsung tapi boleh2 plak ada perkataan yang dicensored..rugi bayar Astro klau setiap minggu kena tipu camni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Astro dah tipu kita dari zaman Super Spontan lagi..konon2 live tapi ada perkataan yang dicensored..lol..tak pernah dibwat kat tempat laen..tahniah jgaklah sbb berjaya tipu 1Malaysia..mcam nie brulah makin maju! Go Astro!

      Padam
    2. biar betul menipu?aku pun perasan jugak ada censored2,tapi takkan malam ni siaran ulangan?kalau ulangan bila siaran langsung yg sebenarnya?harap ada org yg pergi tgk live kat auditorium tu boleh beritau

      Padam
    3. aku ingat line problem slow (tak dengar suara) rupernye kena censored ke?
      wakakaka.. menipu saja.. live yang dah dicensored.

      Padam
    4. skrang ni dah takde istilah live lg dah kt mesia ni. sbnarnya dia kate kt tv kul 10. tp sbnarnya kt studio dah start 30 mini awal, sbb nak elakkan dr perkara2 tak dingini berlaku. aku dulu gi live forum perdana, pelik gak timing dia, rupa2 nya die lambat skit start kt tv.

      Padam
    5. dia buh iklan tu untuk tapis kot.. so sempat la depa "mute" mana perkataan vulgar tu.

      Padam
  10. 'Budi Bahasa Budaya Kita'...mungkin itulah yang Astro pikirkan masa censored perkataan tu..tapi kenapa Astro mesti menipu dengan meletakkan perkataan 'LANGSUNG' semasa siaran MLM..? Langsung bermaksud apa yg penonton kat audutorium tu nampak, itu lah jgak penonton kat rumah nampak pada masa itu..tak kira lah lambat 5 saat ker, sesaat ker, sudah dipanggil siaran rakaman.. Astro perlu lebih peka lagi ttg masalah ini..

    BalasPadam
  11. Yang bodohnya, kenapa Astro benarkan peserta menggunakan lawak-lawak tu masa rehearsal..?? Suruh larh dorg guna lawak laen..klu Super Spntan, bleh thn lagi sebab dorg spontan, klu MLM mmg sudah dirancang, ada rehearsal lagi..Astro very the stupidos...

    BalasPadam
  12. Biasa pelawak ni walau dah rehearsal kalau dah jenis cakap lepas tu memang terlepas jugak..

    BalasPadam
  13. !@#$%^&*()*&^%$#@!@#$%^&*(*&^%$#@.....huhuhu. .

    BalasPadam
  14. Jozan tak best sgt pun..ada yg lg lawak..lawak mengarut je..dh 4 minggu rsnye tiap2 minggu dorg bknlh yg terlawak..

    BalasPadam
  15. urm ,.. bt apa nk srabut psal bende kecik nie ,.. kira ok la dpt tonton lwak dkt tv ,. syukur jela ,.. nie smpai nk maki2 aphal ,. klau nk live sngat gy jer beli tiket pi ouditorium terus ,.. alahai~~

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.