Sabtu, 22 Jun 2013

17 Berita bertaraf sampah media arus perdana

Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim tertidur/terlelap kira2 15 saat semasa sidang media di Dewan Undangan Negeri Selangor yang dikatakan mengantuk kerana baru lepas makan ubat darah tinggi selain kekurangan gula dalam badan, telah dilaporkan dalam slot berita perdana sebuah stesyen televisyen.



Seriously, apa value peristiwa ini sampai layak ditayangkan dalam sebuah berita perdana di TV? Dan beliau hanya terlelap selama 15 saat, aku ingatkan 15 minit sampai boleh jadi isu besar? Berita2 macam ni hanya layak disiarkan dalam blog2 politik, Youtube dan tabloid2 murahan. Banyak lagi berita2 berkaitan TS Khalid Ibrahim yang lebih layak untuk dilaporkan di slot berita perdana macam "Khalid tegur Syabas lagi" dan lain2 berbanding berita pasal dia terlelap selama 15 saat. Kalau sampai benda macam ni pun masuk berita TV, korang hanya menjatuhkan kredibiliti dan reputasi berita perdana korang ke tahap murahan, picisan, takde etika, low class.

Para pemimpin kita hari ini rata2nya terdiri daripada golongan yang dah tua dan berumur, kalau yang kerja kerajaan tu dah pencen dah pun umur dah lebih dari 60 tahun. So nak expect mereka ni cergas dan bertenaga macam orang2 muda? Sedangkan orang2 muda pun banyak tidur dalam kelas, kat tempat kerja, kat dalam kereta masa tengah memandu, inikan pula orang2 tua yang lagi cepat letih.

Dulu ramai juga pemimpin yang tertidur/terlelap dalam sidang parlimen, DUN, perhimpunan Agung dan sebagainya, tapi takde la sampai dapat liputan berita perdana, masuk blog politik tu biasalah. Blogger2 dan cybertrooper politik ni bukan senang nak kawal semua benda diorang nak lapor. Tapi bila peristiwa2 yang tarafnya hanya layak dilaporkan oleh para cacai di blog2 dan Youtube channel mereka tapi dilaporkan juga di berita perdana televisyen, aku kira amat malanglah bagi industri media kita.




Media2 mainstream ni sampai bila nak sedar aku tak tahu. Mereka sebenarnya sedikit sebanyak menyumbangkan kepada penurunan sokongan rakyat kepada kerajaan semasa pilihanraya PRU13 tempoh hari sehingga kerajaan BN yang menang telah mengalami penurunan dari jumlah keseluruhan undi atau undi popular sebab ramai orang dah muak sangat dengan media2 mainstream yang dilihat terlalu membodek kerajaan dan mengutuk pembangkang secara keterlaluan dan berlebihan.


Orang cakap kerajaan kena berubah, pembangkang kena berubah. Bagi aku ada satu lagi yang paling patut kena berubah iaitu media arus perdana, kerana mereka yang ada pada hari ini merupakan liabiliti terbesar kepada BN.




tags: tan sri khalid ibrahim menteri besar selangor tidur lelap press conference sidang media temuramah sesi interview dewan undangan negeri buletin utama tv3 pak lah abdullah badawi ibrahim ali mp barisan nasional bn pakatan rakyat pr sidang parlimen dun adun perhimpunan agung umno undi popular majoriti kerajaan minoriti elektoral vote sistem demokrasi berubah media massa elektronik tv televisyen surat khabar akhbar berita utusan cetak arus perdana mainstream bodek kutuk melampau alternatif sosial 

17 ulasan:

  1. alah noob. media perdana mmg dah lama melacur mcm tu. apa lg kredibiliti yg ada pada mereka?

    BalasPadam
  2. gue sokong lo gan..emang ada benaran...

    BalasPadam
  3. kkekekek.....dah lama dahhh...... tu baghu citer bab tu..... selagi ade bende yang boleh tunjukkan kekurangan satu pihak tu.... deme akan cover...... stended le.... matlamat menghaleikan caghe

    BalasPadam
  4. berita penting2 orang tak bagi lapor atau keluar.. kena sensor..
    nak buat macamana nak isi berita terpaksa la isi dengan berita2 sampah :)
    asik nak sumbat iklan aje orang marah.. :)

    BalasPadam
  5. syarat wajib menonton buletin tv3
    1.baligh
    2.berakal
    3.mampu berfikir secara rasional
    4.lulus spm sekurang kurang mendapat pangkat tiga atau s.a.p
    4.tidak gila
    5.bukan umno totok..

    BalasPadam
  6. rock-a-bye baby in the treetop, when the wind blows, the cradle will rock...

    BalasPadam
  7. tu lah sebabnya lepas tgk Teduhan Kasih, tepat pukul 8 terus aku tutup tv3...hahaha...malu nak tengok wehh

    BalasPadam
  8. mungkin penat dgn kerja kot ( bersangka baik jap) hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. rakyat selangor tetap sokong yb Khalid,

      Padam
  9. aku walaupun penyokong bn tp pasal benda ni xdapat nk dinafikan lg,terlalu obvious sgt.aku pn dh xtgk sgt buletin utama.

    BalasPadam
  10. bagus juga spotligh sepanjang masa mb PR ni baru kita tau diaornag ni buat apa..
    diaorang ni sakit ke penat ke atau memang kaki tido kaki main golf ke apa.
    tapi takan asik pr je bn punya mb takda tertido ke? takda korek idung ke apa..
    hohoho..

    BalasPadam
  11. kan? kdg2 rase bosan tgk brite tv3.. tah hape2.. mcm xde bnde lain..

    BalasPadam
  12. aku tertgk buletin utama hari ni,bkn main beria2 wartawan dia melaporkan insiden perhimpunan yg berlaku kat turki rakam video, gambar apa semua,tp perhimpunan black 505 lapor ciput je.bak kata pepatah, kuman di seberang laut nampak,gajah kat depan mata pun buat bodoh saja.

    BalasPadam
  13. hu..hu..berita terkini buletin utama- mb selangor terlelap..esok..utusan malayu- mb khalid letih x layak pimpin selangor..ini sebab aku x undi bn bukan sebab pengaruh anwar..sebab muak dengan berita - kalau kita terlalu -selalu mengutuk, menjatuhkan orang lain- nampak sanggat kita ni lemah dan bodoh..dan aku x pilih orang bodoh untuk jadi pemimpin

    BalasPadam
  14. kah kah kah! tido pulak dia.. makan gaji buta! bagi azmin la MB selangor tu.. teresa kok lebih layak la wei.. kah kah kah!

    BalasPadam
  15. Betul betul betul bkn kadang2 lgi malah setiap masa media buliten melaporkn tentang keburukan dn kekurangan pr je sampai ramai penyokong bn yg jd muak dn bosan dgn berita tu keterlaluan sgt, cuba lah siarkn berita yg baik2 dn munasabah skit nanti kekurangan sendiri terkorek tau. Setahu saya dah ramai penonton t3 dah beralih ke tv1 atau awani gara2 berita tv3 hampir semuanya menyentuh kesalahan la kekurangan la kebiadapan ke kesombongan ke di pihak pr. Dah sampai masanya media tv3 berhenti mempromosi kekurangan pihak pr.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.