Ahad, 14 Julai 2013

40 Pilihanraya kecil Besut dan logik tak masuk akal

Piliharaya kecil DUN Kuala Besut merupakan PRK pertama yang diadakan selepas PRU-13 berikutan penyandangnya dari BN, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair. Penamaan calon ditetapkan pada 12 Julai yang lepas manakala hari pengundian akan diadakan pada 24 Julai ini.


Dua calon bagi parti yang bertanding adalah:

Kini kedudukan kerusi DUN kerajaan negeri Terengganu adalah 16 (BN) - 15 (PR). Sekiranya BN menang, ia akan kembali kepada asal, namun sekiranya PR menang untuk PRK ini, maka ini kali pertama dalam negara jumlah kerusi DUN negeri akan menjadi seri iaitu 16 - 16, dan kemungkinan akan menyebabkan pilihanraya negeri diadakan sekali lagi atau mungkin berlaku kerajaan campuran di antara ADUN dari BN dan PR atau mungkin BN akan terus memerintah juga dengan perkenan Sultan.

Kalau tengok rekod sebelum ini masa PRU13, calon BN menang dengan bilangan undi 8809 berbanding calon PAS iaitu Napisah Ismail yang hanya mendapat undi sebanyak 6375, so kelebihan masih berpihak kepada BN dan mereka berpeluang untuk menang sekali lagi.



Apa2 pun, sempena PRK Kuala Besut ni ada 3 benda yang aku rasa tak masuk akal.

1. Hormat bulan Ramadhan mengikut logik Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II.
Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta agar PAS tidak meletakkan calonnya di pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menghormati kemenangan BN dalam pilihan raya umum lalu dan bulan Ramadan.

Ahli Parlimen Besut itu juga berkata, PAS turut tidak mempunyai harapan untuk memenangi pilihan raya kecil itu memandangkan BN mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Sebenarnya kalau kita lihat, pilihan raya (umum) tak sampai dua bulan. Lebih baik kalau tak payah pilihan raya. Baru-baru ini BN dah menang, berilah pada BN. Tak payah pilihan raya.

"Kita dah menang. Lagi-lagi nak bulan puasa. Hormatilah bulan puasa dan hormati kemenangan BN di tempat itu. Bukan menang sikit. Kalau menang 300 (undi majoriti) tak apa, tapi menang 2,434.

"Kalau PAS tak bertanding lagi elok. Berilah calon BN menang. Biar kita kurangkan berpolitik selepas pilihan raya besar yang lalu," katanya. - selanjutnya di Malaysiakini.


Negara kita negara demokrasi, so apa masalahnya kalau sapa2 nak bertanding pun? Nak nasihat suruh PAS tidak bertanding kerana hormat bulan puasa? Bertanding pilihanraya di bulan puasa maksudnya tidak hormat pada bulan puasa. Kalau suruh orang lain hormat bulan puasa, dah tu BN pun kenapa nak bertanding jugak? Tak hormat bulan puasa ke?


2. Rahsiakan syarikat pembekal dakwat kekal mengikut logik Menteri Jabatan Perdana Menteri.
Nama syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum yang lalu tidak akan didedahkan kerana khuatir akan dibeli oleh orang ramai kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau yang berucap semasa ucapan penggulungan titah Diraja di Dewan Rakyat malam tadi berkata, nama syarikat tersebut juga tidak akan didedahkan kerana bimbang akan berlakunya "kekecohan" semasa hari pengundian.

"Kita kena ingat bahawa dakwat ini bukan segalanya tapi yang penting ialah kad pengenalan. Saya nak sebut di sini, kalau sekiranya kita beritahu siapa syarikat pembekal dakwat ini, kalau semua tahu, semua beli dakwat.

"Celup dalam jari dan berbaris (untuk mengundi) dah ada cat dan terus mengundi. Jadi kad pengenalan tak tunjuk.

"Lepas itu akan kecoh bila semua orang tunjuk jari yang ada cat. Kalau cerita syarikat (pembekal) nanti semua beli dakwat," katanya.  - selanjutnya di Malaysiakini.

Ok tengok infografik proses dalam dalam bilik mengundi di bawah, kat langkah 2 pengundi kena daftar dan buat pengesahan guna kad pengenalan, kemudian langkah 3 dakwat kekal dicalit pada jadi baru kertas undi akan diberi dan seterusnya.


Nampak tak ada anggota polis berkawal dekat pintu masuk tu. Apa tugas dia? Untuk memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar dan mereka juga akan perhatikan pengundi2 yang beratur tu kat jari mereka tiada dakwat sebab kalau ada dakwat maksudnya mereka dah mengundi dan mereka tidak akan dibenarkan masuk.

So persoalannya di sini, what's the point pengundi2 beli dakwat kekal kat luar dan celup jari mereka hanya semata2 untuk dihalau dari masuk bilik mengundi? Adakah membawa keuntungan kepada pengundi kalau diorang beli dakwat, celup jari dan tak dapat mengundi? Orang biasanya buat sesuatu benda yang boleh menguntungkan mereka, bukan buat benda yang merugikan diri sendiri.

So alasan merahsiakan nama syarikat yang membekal dakwat kekal kerana tidak mahu ia dibeli oleh orang ramai adalah sangat tak logik dan tak masuk akal. At least bagi alasan yang lebih logik dan boleh diterima akal.


3. Konsep adil mengikut logik Menteri Besar Terengganu.

Apa itu adil? Adil itu bererti memberi dan menerima. Korang beri undi kepada kita, kita beri bantuan kepada anda. Tuan2 tak undi kita, kita tak berilah bantuan. Sebab tu rumah orang PAS buruk2 sebab diorang tak undi kita.


Oh bila time cukai semua orang kena bayar tak kira la orang tu orang UMNO ka, PAS ka, DAP ka, PKR ka, tapi bila tang nak bagi bantuan, bagi kepada orang UMNO dan BN saja?


Apa kata lepas ni korang kutip cukai hanya dari orang UMNO dan BN sahaja, at least takde la penyokong PR ni bising2 sangat bila korang tak bagi bantuan kat diorang dan hanya bagi bantuan kat orang2 yang undi korang sahaja. Adilkan?




tags: pilihanraya kecil dun kuala besut prk tarikh penamaan calon buang undi hari pengundian calon parti umno barisan nasional bn tengku zaihan che ku abd rahman jurutera pas pr azlan endut yusof ahli perniagaan ustaz kedudukan kerusi dun kerajaan negeri terengganu idris jusoh hormat ramadhan nasihat jangan tak payah bertanding shahidan kassim syarikat pembekal dakwat kekal rahsia tidak didedah orang ramai beli celup jari proses dalam bilik mengundi ahmad said adil memberi menerima bantuan rumah buruk bantu cukai semua bayar formula matematik dalam politik logik konsep biol bangang sampah tahi

40 ulasan:

  1. Balasan
    1. Aq rse lah kan... Klau pas printah pon dia utamakan org parti dia dlu... Jdi x heran la klau bn pon wat camtu

      Padam
    2. oo..buat keputusan main rasa rasa jer..patutlah bodoh semacam outputnya.
      islam tak ajar mendahului takdir dengan pra sangka buruk. justifikasi ko lemah kalau setakat main rasa rasa.

      Padam
    3. buat apa nak judge benda yang belum pasti..? nak kata Pas akan buat benda sama, tapi diorang ada buat tak? sekarang yang buat siapa? jangan nak tuduh benda yang belum jadi...bak kata UAI lah, nak takut dengan benda tak pasti watpe? takutlah dengan benda yang dah betol2 pasti...MELAYU NI MUDAH RASA. haha

      Padam
    4. manusia jadi bangang sebab ideologi demokrasi.. kenapa tak ikut je sistem khalifah?
      Nasib baik Malaysia ada Agong. Dapat jugak dia kawal tentera. Kalau takde agong, tengok la kat mesir tu.. senang2 je tentera gulingkan presiden demokrasi.. cit!

      Padam
    5. noob semenjak couple gan cik lin dia asyik backup pembnagkang je..mentang2 cik lin tu org pas..takut bini ar tu..tak mcm mula2 ak bce blog ni neutral..dua2 dia kasi hentam..puihhh la ko noob..

      Padam
    6. dalam entry ni ada aku backup pembangkang ke? jarang aku backup sapa2 melainkan hentam saja. untuk isu ni pun aku hentam kenyataan pemimpin2 di atas tanpa melibatkan pembangkang. oklah kau mungkin pemimpin tegar bn, tapi jujurnya la aku nak tanya bagi kau adakah logik dan masuk akal ketiga2 kenyataan pemimpin di atas. kalau kau rasa logik dan masuk akal, sila kemukakan hujah anda.

      Padam
    7. Tanpa Nama15 Julai 2013 3:42 PTG kemukakan la anon cb, ak tunggu gak tgk mcm pandi ayt

      Padam
  2. Sokong....btw kita bukan dok negara demokrasi malahan negara kita demo tak kasi...

    BalasPadam
  3. ni la akibatnya mengundi pemimpin yg xda otak. berckp
    pun xguna otak. rakyat pun xberotak menaikkan
    pemimpin yg x berotak. akibat nya rakyat yg berotak
    mcm kita pun terkena tempias. alahai nasib badan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Demokrasi juga lah yg menghalalkan org bodoh utk bertanding dan org bodoh utk mengundi!!!!!

      Padam
    2. Org yg bodoh X akn mengaku dia bodoh,org yg pandai X akn mengaku dia pandai,& org gila X akn mengaku dia gila.

      Oh ya.....org yg bodoh juga sgt suka kata org lain bodoh :)

      Padam
    3. tanpa nama bodoh

      Padam
  4. Malaysia adalah sebuah negara di mana rakyatnya yang cerdik dan rasional dipimpin oleh pemimpin-pemimpinnya yang bodoh sombong, angkuh dan bongkak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat pown sama bodo jg. Har har har

      Padam
    2. salah. rakyat malaysia lebih ramai yg bodo dari yg cerdik. sebaba itulah malaysia sentiasa dpt menteri yg bodo-bodo belaka

      Padam
    3. salah. rakyat malaysia ramai yg cerdik tp ramai yg rela diperbodohkan menteri yg bodoh terutama org melayu sbb takut cina menang

      Padam
  5. kita undi BN, kita tolong balik org BN, buat apa nak tolong org lain yg x undi BN apa daaaa BN menang punyer lah haha2

    BalasPadam
  6. bro...
    takrif adil tu ialah meletakkan sesuatu ditempatnya...
    kalau adil tu memberi dan menerima rasanya macam kurang tepat
    dan juga kalau kata adil tu ialah semua kena sama rata juga kurang tepat.

    sbg contoh,orang kaya kena cukai RM1000 dan orang miskin juga kena cukai RM1000.tu adalah tidak adil dalam Islam..

    dalam konteks mb terengganu ni,hm....boleh ketuk dia sikit kot
    mungkin dia teringat yang mangsa tsunami kat kedah dulu sewaktu bawah pas tak beri bantuan kat orang sokong umno.jadi tu pasal dia balas balik.
    dan sama juga apa yang LGE buat kat orang melayu kat pulau pinang main roboh je gerai melayu tapi tolong gerai cina siap tutup jalan lagi supaya boleh meniaga..

    then lama kelamaan bila semua meletakkan politik melebihi agama,maka jadilah kafir mengkafir dan balas dendam.A cakap B kafir sebab tak sokong parti dia dan B pun sama.akhir sekali bergaduh..malaysia dah jadi macam korea yang dulu satu bangsa tapi dua negara,north malaysia dan south malaysia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tsunami 2004. dibawah mb mahazir khalid. pas perintah 2008. azizan razak.

      Padam
    2. ko bole ganti menteri besar terengganu sebab dia x tau apa itu adil.

      Padam
  7. Mana UMNO/BN dapat pmimpin2 macam ni? kenapa semua same je IQ...adeh

    BalasPadam
  8. hahah.. aq bru duduk tganu 10 bulan dah rase tempias politik dia.. agak susah nak ubah pandangan org tua dan org muda yg masih duduk dibawah tempurung, semuanya duk kejar parti mane tabur duit parti tu la yg duk sokong.. pastu merungut kena saman kena tax gila bagai... dlm kes bn hnya bagi bantuan dekat pengundi bn saja ni dah berdekad.. masing masing nak pungut keuntungan, makan duit haram.. bantuan yang tak diberi di simpan masuk poket..

    BalasPadam
  9. tido lah dari aku nk fkir semua bneda dalam dunia ni... ahli politik kena pandai menipu dan tahan makian... nak biskut.....

    BalasPadam
  10. Logik ke calit dakwat dulu selom undi lol... Dah kena cover pulak jari dari kena kertas undi.. Nanti undi rosak.. Kenapa tak calit dakwat selepas orang masukan undi atau masa dia nak keluar bilik undi.. macam luar negara buat takda masalah pon..

    Tapi tu la kat Malaysia memang banyak benda tak logik jadi logik.. :)
    Malaysia boleh la katakan..

    BalasPadam
  11. tersilap...
    bukan tsunami tapi time banjir kat kuala muda dulu..

    BalasPadam
  12. totally aggree dgn ko PON.. mat said sembang bagai nak rak. Apa dia ingat duit tu hasil dari umno ke. umno ditugaskan untuk menyelia duit rakyat. Sembang kencang macam rakyat ni semua bodoh.

    Tipu orang kampung boleh lah. nak ugut tak nak bagi bantuan. Org miskin akan takut sebab mereka terdesak nak bantuan. Yang kesian, 50 tahun memerintah. ALASAN SAMA TU LA DUK JAJA.

    Yang kaya siapa, projek mega siapa pegang. Saham terbesar negara siapa pegang. Duit juta2 hasil minyak, hasil cukai, hasil perairan. Habis pi mana. Tak cukup dengan tu, buat sesuatu projek, charge pada rakyat. pundek.

    BalasPadam
  13. Hmmm...musim politik nak habis selepas PRU13. Even this PRK pun rasa kelebihan besar kat BN. Melainkan PRK kat kawasan bandar atau majoriti bukan Melayu, mmg advantage kat PR.

    Pasal dakwat 2, takut bila didedahkan rupa2nya kroni sekian2...nanti jd isu pulak. Pasni buat potong jari utk setiap kali megundi pulak, conform xde undi hantu.

    Personally, pilihanraya di Malaysia boleh dikatakan 95% adil..maybe kes2 kecil seperti senarai nama bertindih atau undi pos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5% tu termasuklah bab penipuan dakwat dari pewarna makanan, senarai daftar yang tak bersih orang dah mati pun masih ada dalam senarai mengundi, satu rumah sampai 10 pengundi, media cuma untuk umno bn sahaja, jentera dari agensi kerajaan seperti pdrm, spr,jpn, ppd etc diguna untuk parti umno bn. itu jer..tak banyak pun.

      Padam
    2. Same je...bila PR ambil alih pun sama gak, xkan nak bg liputan yg baik2 ttg UMNO gak, sama gak gunakan PDRM,tentera utk kerajaan PR memerintah. 2x5. semua 2 ayat politik...paling penting setelah anda dibatu apikan oleh parti2 yg bertanding, apa yg kita dpt? lepas diaorg menang pun xde la nak turun pdg lg bg bantuan etc.

      Padam
    3. cner bleh same? pr x pegang pusat lg pun. mcm mendahului takdir jer..x takut fitnah ker? benda belum berlaku dh tuduh2. takut sia2 plak puasa hr ni.

      Padam
    4. Dah pgg Selangor pun dah tau...sy ingatkan SelangorKini yg diedarkan di setiap surau di hampir seluruh selangor ada cerita pasal kebajikan PR buat,keburukan BN buat adela dlm edaran tersebut. Even dlm MalaysiaKini pun perkara yg sama berlaku...xkan bgtau kebaikan pihak lawan. Suka baca SinarHarian...at least adil bgtau berita kedua2 pihak walaupun x 100% perfect kebebasan media.

      Sy bukan PRO BN atau PR, mmg dunia politik mcm 2, jatuh menjatuhkan...selagi xde sistem khalifah di mana pemimpin dilantik oleh Majlis Syura (org2 agamawan n ilmuan negara)..sistem politik berasaskan barat (demokrasi) ini yg menerapkan byk kesan negatif dlm mewujudkan pemimpin ala barat bersifat kronism,keduniaan,etc..

      Padam
    5. Jika kita bandingkan isu dakwat yg x berape kekal menjadi isu utama utk mambatalkan keputusan pilihanraya..sy rasa x perlu sgt sbb kalau pemilihan anggota tertinggi DAP pun salah kira, n xnak pemilihan semula pun semua org buat ttup sebelah mata je. Jika pemilihan UMNO berlaku perkara yg sama di mana salah kira berlaku, mesti PR canang satu M'sia yg pemilihan UMNO pun x telus, lgkan PRU nanti.

      Sy just nak berlaku adil utk menilai kedua2 parti..tidak bias/memilih. Apa sy nmpk, BN n PR 2x5 je...paling penting, sapa yg tunaikan janji lebih effeftif dr manifesto mereka masa PRU13. Sy dah undi parti sy nak, so mana janji kamu?! Kalau x tunai sy pangkah parti lain!

      Padam
    6. Kalau nak gak buat PRU semula disebabkan isu dakwat...buat je la. Dgn sysrat utk kesemua Parlimen n DUN negeri kene buat pemilihan semula.

      Dr situ kita tgk samada PR boleh menang lebih byk utk majoriti mudah atau BN menang 2/3. Lgpun seronok tgk musim PRU, byk bendera pasang,ceramah, makan free, baju free, goodies free, mcm2 perkhidmatan baik dr pemimpin sendiri...cuma PRU ni gunakan duit rakyat. Membazir.

      Padam
    7. mcm biasa tukar topik bila apd penjelasan haha2 smpi bila2 kebenaran xkan tertegak dengan fizikal action

      Padam
  14. memang tak masuk akal. kalo nak kata hormat ramadan, BN pn takyah lah hantar calon!!! ptuih

    baru2 ni mimpi najib umumkan letak jawatan di tv.. dan anwar plak segak berpakaian naik jawatan.. aii.. mimpi aje la.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.