Rabu, 25 September 2013

45 Jaga maruah suami dengan menghormati orang lain

Kaya, terkenal, popular, hebat, berstatus bintang bukan tiket untuk kita merasa tinggi dan besar di bumi Tuhan ini. Apabila seseorang yang kaya dan berdarjat tinggi bertindak memperlekeh, menghina dan memandang rendah orang yang lebih bawah daripada mereka, mereka sebenarnya telah tewas, hilang kehormatan serta maruah diri.



Bagi aku unsung hero seperti pengawal keselamatan, pekerja loji kumbahan, makcik tukang sapu sampah, pengurus beg, posmen dan macam2 lagi sebenarnya lebih layak untuk dihormati dan direspek berbanding seorang pemimpin, bangsawan dan VIP yang berlagak, pentingkan diri, korup, salah guna kuasa, memandang rendah serta menghina orang lain.


Janganlah kita merasa megah, bongkak dan besar diri dengan pinjaman yang Tuhan berikan kepada kita. Malah apa guna segala macam pangkat dan harta kalau dibenci orang lain dan tidak dihormati masyarakat. Ingatlah yang hidup ini bagai roda, hari ini kita di atas, hari esok kita di bawah. Elakkan daripada dijangkiti sindrom aku lebih SUPERIOR daripada orang lain.

Jutawan dekat luar negara yang bukan Islam pun jarang kita dengar kes diorang hina orang miskin, malah siap buat foundation lagi untuk membantu orang2 yang susah dan mereka yang memerlukan. Jangan buat malu orang Islam boleh tak?

Tidak lupa juga, seorang isteri haruslah menjaga air muka dan memelihara maruah suami serta tidak mendatangkan keaiban kepada suami. Sentiasa jaga tutur kata dan mulut tu jangan longkang sangat. Ini adalah perkara yang sangat basic dalam sebuah perkahwinan Islam.

And lastly, respect has to be earned not given.

[UPDATED] Yang ni pulak, tak tau dah nak cakap apa, fanatik tahi sangat.






tags: isteri bini wife mat yo siti aisya adam nor shahrul idlan talaha pemain bola sepak malaysia jdt johor darul takzim harimau malaya striker penyerang bekas trw kelantan marah caci maki hamun hina kutuk tak guna lelaki bodoh jantan dayus nak saman tendang sepak tolak pengawal kesematan jaga pak guard syarikat sekuriti airport subang skypark parking kereta alphard alih kenderaan dilarang menunggu menjalankan tugas rakam upload video camera luahan hati temuduga interview laporan report polis siasatan hormat respek mulia darjat pangkat kaya miskin jaga aib maruah kehormatan diri suami bos b.o.s boys of straits ultras johor malaya luaskan kuasamu kepala bana bagi moral support mat yo tak salah chant nunez lawak pemain argentina pablo aimar masuk jdt fc

45 ulasan:

  1. walaupun apa pun darjat kita..jangan kita jatuhkan maruah orang lain..

    BalasPadam
  2. Peringatan untuk kita. Kalau ada isteri, jalankan tugas sebagai suami.

    BalasPadam
  3. bila malu dah tak ada dalam diri dan rasa diri lagi hebat. pfft!

    BalasPadam
  4. Smpai ati depa wat pkcik tu cmni...:'(

    BalasPadam
  5. as usual..nice article and reminder akhi noob:)

    Lagi 1 aku nak tambah noob, aku tgk ramai yang bagi response berbau longkang jugak sebagai reaksi mulut longkang pelaku dalam video tersebut..

    so aku rasa yang mencaci maki pun xda beza dengan pelaku mulut longkang tersebut..

    ke guano abe weh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. response yg berbau longkang kpd perangai perrempuan pelaku mulut longkang tu sekurang-kurangnya mmg 'reaksi' normal stengah manusia apebile melihat pelaku mulut longkang. Ada manusia dpt react dgn sabar dn ade gak yg tak sabar. bg aku dua2 berbau longkang atas sbb berbeza. satu tu mmg tak hormat langsung, tak respect, takde adab kt orang lain tanpa bersebab, manakala satu lagi mmg takde adab gak tp sekurang-kurangnya bersebab sbb geram tngk perangai pelaku mulut longkang tu. Aku pn geram tengok! Hampeh punye prmpuan, ingat mcm bagus sngt je. Aku sndiri pn tak kenal sape mat yo tu hahaha. pakcik guard ni banyak bende lain lg nak kena buat nak carik rezeki dr kenal sape tu mat yo. puii.

      Padam
    2. Makin ramai orang ada masalah adab kat Malaysia ni haha..
      Kalau salah parking pon pujuk la elok2.. nak maki-maki watpe..

      Kerabat takda duit ke nak bayar parking kat dalam? atau takda duit nak dapatkan pelekat khas? hahaha.. Memalukan kerabat aje la.. Duit elaun tak dapat ke?

      Padam
  6. Semua dari hati Noob..
    kalau hati baik keluar dari mulut baik le..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Ada ke patut sampai bagi penyepka kat org tua...haish....

      -Len Inouie malas nak login-

      Padam
  8. Jantan dayus jantan dayus. Kenapa dia bleh ckp mcm tu dkt gad. gad tu suami dia?

    hmm membiarkan aurat isteri ditonton dikhalayak ramai juga salah satu contoh dayus. aku rasa bini mengata jantan dayus dkt mat yo

    Seburuk mana pun mulut puaka dia ni. lagi buruk mulut pemimpin yg kerja ari2 menipu rakyat n buat statement bodoh. Sbb lu wa semua kena beb..

    BalasPadam
  9. apa pasal dia kena cakap orang tua tu sampai macam ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila rasa diri mulia akan nampak orang lain hina :)


      Padam
  10. Balasan
    1. Pasal parking (kat aripot rasanya)

      Pak guard tegur dia suruh dia park tempat lain.. dia pun marah (sebab dia rasa dia kerabat kot boleh parking sesuka hati dia).. Maka bermula la pergaduhan mulut.. ada juga aksi tolak2 kot haha..

      Padam
    2. ?????????????????

      Padam
  11. mat yo & jdt mmg busuk... baru nak up dh belagak lebih... xkira la lu dh sumbat berapa gol utk malaysia pun, tp sbb bini lu yg bermulut puaka, org hilang respek sama lu... padan dgn muka lu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak baik kata macam tu..
      Dia pon manusia juga.. pengajaran bagi dia dan bini dia kononnye nak malukan orang sekali sendiri yang malu..

      Padam
    2. Belia kelate benci JDT!

      Padam
    3. Sebab apa benci JDT? membe gua org kelantan relex je lepak minum kopi 1 rumah dgn aku..

      Padam
  12. Hahaha.. Pasal parking pon jadi isu.. takda isu lain yang membina ke?

    Pak guard ni jalankan tugas dia aje..
    Perempuan ni ada isu moral juga takda diplomasi.. (Mungkin dah biasa terdidik macam tu atau mungkin tengah datang bulan emosi tak terkawal hahaha)

    Cuma aku muskhil video kat atas sekali dia rakam ke? nampak macam dia sendiri rakam tapi sayangnya ianya memalukan diri sendiri.. konon nak kata Pak Guard ni tak guna la tak bagi kerabat buat sesuka hati dia parking memana..

    Moral : Kerabat nak parking sila bawak pengawal escort pegawai polis ke apa musti Pak Guard ni takleh kata apa... hahaha.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bini mat yo ni maybe ada niat lain.. Dia siap2 rakam n provoke pakcik tu dgn harapan pakcik tu maki hamun dia.. So nnti blh buat laporan kat pihak atasan.. Tp x sangka pulak yg pakcik tu cool je.. Dah jadi terbalik pulak, pompuan tu yg naik hantu..

      Padam
  13. Bila aku tengok dia mention pasal lelaki dayus tu, rasanya macam dia refer kat laki dia pulak. Umpama menepuk air di atas dulang, terpercik ke muka sendiri.

    Sekarang ni 1Malaysia dah tau yang Mat Yo dayus. (Except budak-budak Ultras JDT, Boy of Straits yang siap chant 'Mat Yo Tak Salah' ramai-ramai)

    BalasPadam
  14. tol kite kene respek orang yg lgi tue dari kite
    x kire pangkat nye apa kan
    salam perkenalan dari ida jemput singgah blog ida
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no 2469

    BalasPadam
  15. macam² la...

    sempat lagi tnya pakcik tu ank brp...hehe

    BalasPadam
  16. KERABAT ke KEPARAT??

    ada tak kat depan nama dia tu TENGKU?YM ke......ke juz plat samaran?hahah...ke pakai plat yg TMJ punya??

    BalasPadam
  17. tapi kan kadang2 lah.. guard kat Tesco , KLCC semua jenis kuang ajar..

    halau org mcm halau anjing..

    seb baik la ada kesabaran dalam diri, buat muka donno je and blah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab itu dia jadi guard kot?

      Tapi kalau cakap pasal adab, benda ni melibatkan orang dari bawah sampai atas.. :)
      Menunjuk kita ni manusia atau binatang.. :)

      Padam
    2. tp mcm not nice lah kan.. pijak rumput sikit terus tiup wisel mcm nk bg 1 klcc dengar

      Padam
    3. ok la tu strict haha
      apapon kadang apa manuais buat ni mustia da je orang tak suka hahaha..

      Padam
  18. Ini bkn salah bini mat yo.Dah menteri kata,bg laluan kat vvip adalah budaya kita.Budaya kita ialah kita kene hormat org kaya bukan org tua!!ada paham semua?pak guard tu lah yg salah sbb tidak amalkan budaya kita.Budaya kita ialah bagi jer apa org kaya nak buat.Ngerti??
    ##ini sarcasm...kan ada plak yg tak paham##LOL

    BalasPadam
  19. lelaki kelantan ada 2 jenis, 1 yg takut bini, 1 lg yg pemalas kerja sampai bini yg kena kerja tanggung laki. perempuan kelantan pulak harap muka je cantik tp rata2 mmg mulut busuk mcm longkang... kesian aku tgk org kelantan... inilah hasil didikan parti PAS, pembangunan ntah ke mana, akhlak ke laut... kesian... lepas ni undi lg PAS byk2 ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah ampunkan dosa anda kerana memfitnah...Amin

      Padam
    2. errr..fitnah of highest order...
      mat yo org besut,terengganu darul iman...

      Padam
    3. yang ko jaki sangat dgn kelantan & pas tu kenapa? apa org negeri lain & umno tu mulia sgt ke?

      Padam
    4. mulia sangat ler tu sampai boleh kata camtu..

      Padam
  20. Kesian tol pakcik tu..dia cuma jlnkan tanggungjwb je..kalau aku jadi pakcik tu, aku da boh penampar dah..peduli apa aku..haha~laki die pun join skali..puihh.kalau da salah tu salah jgk le..

    BalasPadam
  21. Belum jd isteri menteri n perdana menteri lg...bila manusia dah rasa ada title n nama...nak bajet semua org respect mcm agong.

    BalasPadam
  22. kan dah famous 1Malaysia. tak pasal2 diri sendiri dapat free malu


    Entri Di Blog : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 7

    BalasPadam
  23. Aku rasa pakcik ni pangkat ayah dia ni..sekali sifat buruk kamu tunjukkan selamanya org akan kenang..hilang semua kebaikan yg dibuat selama ini..mana pegi sifat wanita melayu yg lemah lembut..kita takkan selamanya berada diatas..begitulah kebanyakkan org dibawah ni dihina demi menjlankan tugas mencari rezeki yg halal..apa perasaan anak pakcik ni yerrr...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.