Selasa, 4 Mac 2014

61 Tunjukkan protes selain bakar suar dan bom asap

Aksi persahabatan pasukan bola sepak Malaysia VS Filipina yang berakhir dengan terikat 0-0 tanpa jaringan baru2 ini dicemari dengan insiden sekumpulan penyokong pasukan Malaysia iaitu Ultras Malaya membakar suar dan membaling bom asap pada minit ke-30 sehingga memaksa pengadil memberhentikan perlawanan selama 10 minit. Mereka juga turut melaungkan chant "FAM Bangsat" dan menunjukkan simbol jari tengah sebagai tanda protes terhadap 30 tahun kepimpinan Presiden FAM.


Menurut wakil Ultras Malaya yang dikenali sebagai Lekir, kejadian bakar suar dan balingan bom asap itu memang sengaja dilakukan oleh mereka kerana mahu memalu dan mengaibkan FAM sebagai bukti suara penyokong bola sepak tempatan yang mula muak terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang didakwa sudah gagal.






Bukan itu sahaja, sebuah van milik FAM turut diconteng oleh penonton sebagai tanda protes. 


Berikut adalah reaksi DS Subahan Kamal, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyifatkan tindakan Ultras Malaya itu sebagai samseng dan biadap. Malah jangankan FAM, dari jurulatih, pemain sampailah menteri sukan, rata2 menyelar tindakan Ultras Malaya ini yang disifatkan melampau serta memalukan imej sukan bola sepak Malaysia depan jemputan iaitu pasukan Filipina.


Tak dinafikan FAM perlu berubah dan transform kalau nak naikkan semula martabat sukan bola sepak negara kita. Sedangkan negara kita pun YDP Agong bertukar setiap 5 tahun, pilihanraya untuk memilih kerajaan pun diadakan setiap 5 tahun, inikan pula 30 tahun. Pencapaian sukan bola sepak kita tak lah setinggi mana dalam tempoh 30 tahun ini pun. Ranking FIFA pun masih lagi di bawah kebanyakan negara2 dunia ketiga. Kalau perkara ini berlaku di negara2 maju, pasti ada yang meletak jawatan dengan rela hati kerana rasa tanggungjawab dan memberi laluan kepada orang lain untuk membuktikan kebolehan mereka pula. Tapi ini Malaysia, dan Malaysia adalah Bolehland, di mana segala2nya boleh di Malaysia.

Cuma tindakan protes seperti membakar suar, baling bom asap, kutuk2, maki2, buat kecoh, tunjuk isyarat lucah di stadium, ia tak mendatangkan apa2 kesan pun malah penyokong pula yang dipersalahkan. Diorang apa peduli, korang beli tiket, diorang dapat duit. Korang buat kecoh, korang yang akan dikenakan tindakan. Balik daripada stadium, lepas tu apa? Esok baca suratkhabar tengok berita korang jugak yang kena kutuk balik berbakul2.


Pada pendapat aku, ada satu cara sahaja nak bagi FAM sedar dan tidak menyalahkan penyokong lagi, malah mereka mungkin akan melutut dan merayu kepada penyokong, iaitu dengan MEMBOIKOT FAM. Buat dan susun satu pergerakan untuk memboikot segala perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan negara. Tak payah beli tiket, tak payah datang stadium. Kalau mereka rasa mereka sangat betul dan tak perlukan kita sebagai penyokong, kita juga boleh tunjukkan yang kita juga tak perlukan mereka. Selagi tuntutan penyokong tidak didengari dan dipenuhi, selagi itu kita akan boikot semua perlawanan bola sepak pasukan Malaysia.

So setiap kali ada perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia dengan negara lain yang berlangsung di laman sendiri, bila penyokong pihak lawan lebih ramai dari penyokong Malaysia, kita tak perlu pun baling bom asap atau suar untuk malukan FAM, mereka sendiri akan termalu dengan sendiri bila takde penyokong yang datang di laman sendiri.

Diorang tak boleh nak salahkan kita tak pergi stadium untuk sokong mereka, sebab hak kita lah nak beli tiket pergi stadium atau tidak. Dan daripada diorang keluarkan kenyataan untuk salahkan kita, diorang akan keluarkan kenyataan merayu2 dan meminta penyokong agar datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara.

Bagi aku cara ini lebih berkesan, tak perlu buat cara ganas, tak perlu susah2 pergi stadium, tak perlu keluar duit beli tiket. Hanya perlu duduk rumah dan buat tak tahu sahaja. Kalau boleh siaran langsung perlawanan bola sepak kat TV pun tak payah tengok. Aku percaya mana2 pihak pun pasti akan merasa kesannya dengan kuasa boikot ini, malah kuasa2 besar seperti Amerika, Israel dan syarikat2 besar dan kaya pun takut dengan kuasa boikot, seperti McDonald's yang nampak sangat terdesak dengan buat iklan En. Nasir sebab takut kena boikot masa isu Palestin.

Seperti mana aku menyeru pelanggan yang tak puas hati dengan Astro untuk boikot Astro, mana2 penyokong bola sepak negara yang tak puas hati dengan FAM, apa lagi, boikotlah FAM. Ini korang tak puas hati, marah2 tapi stadium pergi juga, bagi lagi duit pada FAM.




tags: perlawanan persahabatan malaysia harimau malaya vs filipina bola sepak stadium selayang 0-0 1 mac 2014 insiden tercemar baling bom asap bakar suar chant fam bangsat tunjuk isyarat lucah jari tengah fuck middle finger persatuan bola sepak malaysia menteri belia sukan khairy jamaluddin kj samseng biadap malu aib presiden protes bantahan boikot fam

61 ulasan:

  1. 1st!!

    Typical melayu yg kuat emosi x habis2. Kalau ada masalah boleh bawak berbincang, tp perlu byk bersabar. Nak shortcut mcm ni la jdnya, last2 one day smpi FAM diharamkn FIFA semata2 nak tukar President FAM. Tgk Ultras Malaya pun mcm tahap Perkasa nak sembelih ayam sbb x puas hati dgn video Teresa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. N setuju cadangan Noob buat boikot x dtg stadium, kasi org FAM xde duit nak ambil dr kutipan tiket terutama game melibatkan pasukan negara. Sy fhm ada kepincangan dlm pengurusan FAM n sampai masanya kena tukar pentakbiran..tp x perlu buat onar dlm stadium.

      Last2 melayu yg akan dimalukan sbb emosi x kira kat stadium, kat jalan raya...nak tiru gaya Negara Arab buat demo smpi rosak semua benda kalau x puas hati. Last2 dua2 pihak yg rugi. Ni mesti kat rumah kalau bergaduh suami isteri smpi baling semua pinggan mangkuk n dgn anak2 kena tempias kena pukul.

      Padam
    2. Ini bukan typival melayu. Tapi typical UMNO-BN. Enggan lepas jawatan!

      Padam
    3. raja tak kerja korg ckp diorg freeloader... ni raja jadi presiden fam ok la, at least dia dapat elaun free2 sahaja tp dgn bekerja sbg presiden fam, bkn freeloader shj mcm raja2 lain.

      Padam
    4. pergi cek la bodoh!, ingat raja2 lain kaki lepak mcm ko ke? diorg pun ad kerja masing2 g cek jgn sembang merapu sini kalau xtau pape

      Padam
    5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Azlan_Muhibbuddin_Shah_ibni_Almarhum_Yussuf_Izzuddin_Shah
      g cek raja lain ap diorg buat

      Padam
    6. CahayaAmanah emo detected..

      Padam
    7. at least emo ak menjadi untuk post kali ni hehe ^_^V

      Padam
    8. the hell emo menjadi?yeah..as claim by yourself.pffff..what a loser

      Padam
    9. Ala x payah buat kecoh la Ultras ni pon.. Ko buat kecoh baling suar bagai paling kuat pon masuk paper 1 hari je.. Lepas tu things go back to normal. Biar la ranking Fifa kita nak merudum smp ke-200 skali pon.. Orang kat atas tu tinggi sangat dia takkan dengar jeritan zahir batin ko. Baik ko gi main game ade gak pekdah..

      Padam
    10. Baling suar takpe, jangan pakat baling seluar sudah..

      Padam
  2. ULTRASman vs FAMonster :D

    http://amirkhalis.blogspot.com/2014/03/penampakan-entiti-aneh-di-sebalik-jerebu.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. puki ayam fam bangsat.kita boikot bola malaysia biar padan muka aku harap ada geng ultras yg baca artikel ni supaya kita semua dpt memboikot fam bangsat.tengok mahatma gahdi jadi

      Padam
    2. And that is why ladies and gentlemen, kita letak titik noktah sebelum memulakan ayat baru. kalau tak, jadilah 'biar padan muka aku'.

      Padam
    3. @Tanpa Nama4 Mac 2014 10:16 PTG

      Macai bola mmg tak reti eja.Ghandi pon tak reti eja.

      Padam
  3. boikot sush nak buat...... kesian ngan ultras malaya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kau pemalas nak boikot

      Padam
    2. haha..Classic CA.calling another person emo without noticing himself as a biggest emo

      Padam
    3. cahayaamanah tu bkn emo tp mental

      Padam
  4. negara dan bangsa kita menjadi semakin fuck up day by day. I just don't understand. mungkin hidup aku ni yang boring. aku pergi kerja, balik kerja..hujung minggu gi mancing. everythings was so peace..so normal. But then aku tgk kat tv,kat internet..luar negara kucar-kacir..dalam negara kucar kacir.aku rasa macam aku tgk dunia lain..dimana rakyatnya mcm menghampiri kehancuran,semakin bodoh..semakin tak bertamadun. Aku taknak pergi ke tempat macam tu. tempat macam tu penuh dengan manusia rakus,tak bertimbang rasa, kejam, hipokrit. Mereka mahukan keadilan, kedamaian, keredhaan tuhan..dengan cara memuja dan mengikut langkah dan nasihat syaitan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi DIORANG LEBIH BAIK DARI KAU YANG PEMALAS!

      Padam
    2. Wow!such a genius. pemalas utk buat kucar-kacir, huru hara, bergaduh..maybe aku consider balik tentang tu. terima kasih CA sebab kesimpulan genius kau.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. ades salah post lak bnyk komen x best tul,

      mcm biasa la org tak tau pape suka bangkitkan persepsi " kucar -kacir- huru hara" tanpa tak tau ap puncanya tak tau ap permulaanya dan akhirnya org bodo2 bertingkek2 akn bertmbh (kebnykn nya org x minat x ambik port psl bola or event2 lain cth politik sebb dh bercampur aduk org pandai ngan org bodoh, smpi org confuce

      time diorg tegur leklok waktu leps ko x ambik port lak psl diorg g bg cadangan bg teguran

      dan bila time org jenis mcm korang ambik port bila time diorg dh bengang beritau tau elok2 pun xmkn saman jadi jalan "sepatutnya" diorg perlu ambil....

      anon2 g la cr member org sapa2 ultras otai g tanya diorg apa sebb kau ak tau permulaan nya haihhh

      Padam
    5. pfff..for some loser,you talk a lot.

      Padam
    6. at least better dari kau yg PEMALAS lulz

      Padam
    7. Ultrap malaya tu geng2 bangang yang tau buat kecoh je.. Diorang ni semua looser yang kecewa yg xdpt main bola walaupon untuk wakil kampung.. Sbb tu la diorang berkelakuan mcm org sakit otak ataupon buasir otak.

      Padam
    8. lulz,CA butthurt dgn word "PEMALAS" sebb ade anon tegur die "jgn malas tekan spacebar mase menaip, org yg malas xkan berjaya smpi bila2"..kan?? lulz, inb4, bagusla nko dh reti taip pakai spacebar smula CA, teruskan sikap "rajin" beri komen2 mental mcm ni lg yer..lulz

      Padam
  5. main pn mcm bdk tadika, dgn bangla pn kalah,main PlayStation lagi bagus

    ▐▀▀▀▀████▀▀▀██▀▀███▀▀█▀▀▀▀▀▀▌▐█──███▀──▄──▀█─▀█▀─███──▀█▄▌▐█──██▀▄──▀──▄█▄─▀─▄███──██▀▌▐▄▄▄▄▄▄██▄▄▄█████▄████▄▄▄▄▄▄▌

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  6. Perbuatan tersebut amat memalukan Malaysia. Yang menghairankan macammana bahan tersebut boleh terlepas ke dalam stadium. Pihak berwajib buat tak tahu je

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan dah beritau atas tu -_- diorg sengaja nak bagi malu supaya org P1noy dan dll tau apa yg jadi kat malaysia dia tujuan nak memaalukan..

      Padam
    2. Guard warga mana yang menjaga stadium? Adakah guard import atau guard kita yang sesuai dengan inteleknya?

      Padam
    3. Guard kita sambung belajar di kolej universiti atau di poli.

      Padam
    4. bang, guard semua org indon dgn bangla bang, sbb org2 bodoh kat malaysia ni boleh ambil degree... sepatutnya mereka semua yg jadi guard ni bang, tp sbb mereka ada degree mereka dah jadi pegawai kerajaan bang. sbb tu kerajaan kita mundur bang, sbb ramai sgt org bodoh ada degree yg jadi pegawai kerajaan bang

      Padam
    5. Anon 4:30 PTG anda ble la try mntk kerja guard pulak.. Anda ble jadi guard pertama yg ada degree kt malaysia ni.. Tgk degree anda tu laku ke tak.. Kalu x laku baik kasi je degree anda tu kat cina buat lap jubor.

      Padam
  7. daripada terkinja-kinja kat stadium, baik solat berjemaah maghrib dan isya'

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la, kan best event bola start kol 7 pagi ari sabtu, xde sapa2 nak test bg cdgn mcm tu ka?
      at least rmi2 leh solat subuh sebelum permainan bermula

      Padam
    2. ko je la yg bagi CA.nape tgu org lain?ko paling memahami kes ni.

      Padam
    3. x org ultras lagi fhm :) and sewaktu dengnya

      Padam
  8. Nampak sangat admin x penah pegi stadium,kau ingat kempen boikot x pegi stadium ko tu giler osem ke?

    Akan ada jugak yg akan pegi stadium walau kempen boikot perasan osem ko tu dibuat.mereka itulah penyokong kuaci.

    Kau x payah nk susah susah nk buat kempen bagai,ultras dah buat keje,kalo lepas ni fam kene denda,Malaysia akan maen dengan stadium kosong.

    Ultras dah melihat ke hadapan terlebih dahulu dari kempen bajet osem ko tu.

    Sekian, salam sayang utk admin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. butthurt pulak ultras malaya ni... ingt diorg main flare baling bom asap buat kecoh promote keganasan kira dh true fan habis la? lbh true la dr fan2 kuaci lain? harktuihhhh satu kali

      Padam
    2. maksudnya dengan melakukan keganasan, kekecohan, maki hamun, buat isyarat lucah itu kempen yang lebih baik daripada boikot? baik, teruskanlah dengan kempen tu. protes2 pun masuk jugak stadium bayar tiket bagi duit lagi kat FAM. lepas tu FAM kena denda, Malaysia main kat stadium kosong untuk 1 game, tapi ia hanya kesan sementara sahaja. lepas2 tu FAM masih tak jadi apa2, orang still tengok bola, dan ultras malaya akan pergi balik stadium bakar suar, baling bom asap, maki hamun, tunjuk fuck lagi dan seterusnya. btw daripada dulu lagi dah korang buat kempen macam ni, tak nampak apa perubahan pun?

      baik boikot game terus habis cerita. suruh orang semua jangan datang stadium. kalau kata ada penyokong kuaci yang nak datang stadium jugak itu hak diorang. ini macam lebih kurang pelanggan astro la, duk bantah2 tapi masih lagi langgan astro.

      Padam
  9. prooo00tTttt!! argh!!! leganya

    BalasPadam
  10. Bajet bagus la ULTRAS MALAYA!!!!!.... org len pun minat bola gak..... brpada-pada la woi!!... bajet nk malukan FAM... wat malu diri sndiri ja......

    BalasPadam
  11. Kalu tukar presidem fam pon, malaysia tetap pasukan belasahan sbb player kita mmg xde bakat..Xpayah buat kecoh n xpayah boikot.. Tgk je dok diam2. Kalu team malaysia best pon, bukannye korang dapat sejuta pon.. Abih duit jgk bayar tiket.

    BalasPadam
  12. Tak payah la nak sokong bola Malaysia ni. Tak ke mana perginya. Player baru tunjuk habat satu game dah dijulang bagai nak rak. Lepas tu player tu perasan glamour. Bercinta dgn artis atau model lepas tu hanyut tah ke mana.
    Dari aspek pemilihan player pun dah bnyk pilih kasih. Bila masa la bola kat Malaysia ni nak ke depan. Tang tu je la sampai hari kiamat. Baik banyak banyakkan buat ibadat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu hangtuah.mcm bodoh je bolasepak malaysia ni. Main tak hebat mane pun.tp drama lebih.main pun ala2 kadar.kes gaduh jhor tu yg popular masuk tv n paper.pastu reda sikit..skrang FAM ngn U.malaya ni pulak.come on la..skill pemain mcm haram..drama je lebih.penyokong bukan nak tgk bola sngt pun.diorang tgu mase nak wat kecoh je kat stadium.tempat jerit, gaduh, merusuh.sbb ada alasan nak buat mcmtu kalau kat stadium

      Padam
  13. Dipetik daripada Metro online pagi ni...

    "Oleh Aziman Rosdi

    Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nyata tidak 'terbakar' dengan protes melampau Ultras Malaya yang membakar suar dan membaling bom asap di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Sabtu lalu apabila membuat keputusan tidak akan mengambil tindakan drastik terhadap kumpulan penyokong tegar itu.

    Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya tidak bercadang mengharamkan Ultras Malaya daripada memasuki stadium selepas ini kerana bagi mereka ia bukan jalan penyelesaian terbaik.

    “Kami tidak akan mengharamkan Ultras Malaya (daripada memasuki stadium). Untuk tidak membenarkan mereka memasuki stadium selepas ini bagi saya bukan tindakan bijak. Kami akan menggunakan cara yang lebih profesional untuk memastikan tiada lagi insiden tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam."

    So...kesimpulannya...tindakan bijak FAM = biarkan je ULTRAS memberontak or what so ever asalkan poket @ kantung diaorang sentiasa penuh setiap kali ada game...bagi optimis...tindakan ULTRAS ni adalah iklan yang terbaik untuk lebih ramai penyokong datang stadium...so...sokong sangat dengan cadangan Noob...KITA BOIKOT!!!! KITA BOIKOT....!

    BalasPadam
  14. Kah..kah...kah... game bola level rendah adalah untuk penonton yg otak level bawah jgk. Sanggup beli tiket, kan baik klu g skolah tgk bdk main bola.

    BalasPadam
  15. geng ultras dok menyanyi kat singapore kata singapore itu anjing sebahagian dari memalukan FAM ke?
    kat indonesia takmau plak menyanyi camtu kata indonesia itu anjing

    lepas tu terus hilang klip tu kat youtube

    BalasPadam
  16. dulu bila manusia tak bertamadun dan otak belum berkembang, mereka akan berperang..menerang pihak lain dan menimbulkan huru hara. kemudian mnusia mula belajar dan bertolak ansur dengan cara berbincang,membuat perjanjian, rundingan damai dan seumpamanya. kini manusia kembali bertindak seperti zaman tiada tamadun dahulu. ini menunjukkan tahap mentaliti semakin rendah dan manusia tidak bergantung kepada akal..tetapi lebih kepada kekuatan, keganasan dan nafsu.

    BalasPadam
  17. cubala faham.. ramai org (termasuk yg bodoh) sibuk nak jadi presiden FAM sbb masyuk la. salah satu income FAM tu daripada duit tiket. x kira duit tu drp ultras ke x.

    yg membazir duit bakar suar, beli tiket kasi FAM kaya lepas tu buat aksi2 ganas ingat FAM kisah sgt ke? kalau dia dpt tangkap, saman korg jugak yg susah. skrg ni siapa yg bodoh?

    yg paling baik utk ajar FAM yg dikatakan bangsat tu ialah jgn bagi duit kpd mereka selagi FAM masih diterajui org2 bodoh. x kirala beli tiket ke, atau apa2 perkara yg menyumbang kpd pendapatan dan kemasyuran mereka.

    tapi kalau dah ultras, otak pun x dpt berfikir dgn waras. asik2 mengganas sajalah di stadium; bazir duit, badan sakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu.but on the other side,the darkness side..there are people that can never understand this kind of thought. they eat shit throw out rampage. poor Presiden PEMALAS, he will never understand human heart..because he is evillllllll...

      Padam
  18. Halla..masih ada hati nak tengok bola mesia ni.. wadduh.. cukup membuang masa saja.. nak kempen apa..tak dak sapa pun nak pedulikan kita.. masih ada hati dgn bola mesia ni..tahniahlah.. gua sudah tawar kesemuanya.. satu sen pun x masuk kocek gua..mmg seddey la kalo gua pigi buang masa sana..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.