Isnin, 14 Julai 2014

11 Sorakan di Piala Dunia ketika Gaza dihujani bom

Ketika aku baru hendak bersahur pagi ini, aku dikejutkan dengan sorakan jiran2 sebelah yang menonton World Cup. Hati aku betul2 sedih dan kecewa dengan mereka. Kenapa kau boleh ketawa sedangkan saudaramu di Palestin sedang bersedih. Kenapa kau boleh gembira sedangkan saudara di Syria sedang menangis? Bolehkah kamu bersukaria ketika saudara seagama kamu sedang berdukacita anaknya dibom dan dibunuh dalam detik yang sama?


Aku sering terbaca status macam ni kat Facebook. Sejujurnya aku bukanlah peminat bola sepak yang tegar, dan aku tak pernah berjaga malam untuk menonton World Cup. Aku juga tiada pasukan kegemaran kerana aku tiada motif dan sebab untuk minat mana2 pasukan. Semua negara yang menyertai Piala Dunia ini tiada kaitan dan pertalian apa2 dengan aku. Aku tidak lahir di Germany, ibu bapa aku bukan berasal dari Argentina, aku juga tiada keturunan Belanda, aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Brazil.

Sebab itu aku hanya akan menonton video highlight untuk melihat dan menikmati gol2 cantik daripada mana2 pasukan. Aku mungkin hanya akan berjaga malam dan memberi sokongan jika negara Malaysia bertanding di Piala Dunia.

Namun begitu, aku tidak pula rasa nak menyindir, memandang rendah atau bersangka buruk terhadap orang yang hendak menonton bola, menyokong mana2 pasukan dan bersorak jika pasukan pilihan mereka menang di kala Gaza sedang dibedil oleh tentera Israel Zionist.


Malah kalau ada orang nak sokong Argentina walau dikatakan Lionel Messi kononnya menyokong Israel bagi aku takde masalah, sebab orang menyokongnya kerana sukakan skil permainan bola sepaknya, bukan kerana ideologi menyokong Israelnya. Sama juga dengan korang korang korang yang guna Facebook, korang guna Facebook sebab sukakan ciri2 dan fungsinya, bukan kerana menyokong latar belakang Mark Zuckenberg seorang Yahudi.


Neymar takde pulak korang nak kata dia Yahudi?

Ya, memang kita amat sedih dan simpati dengan nasib umat Islam di bumi Gaza, namun apa lagi yang kita mampu dan terdaya untuk lakukan? Kalau ada yang sanggup berjihad pergi mengangkat senjata berjuang bersama rakyat Palestin, itu memang sangat bagus dan aku doakan semoga mendapat ganjaran yang besar di sisi Tuhan walau akan dilabel sebagai militan oleh kerajaan Malaysia.

Selain dari itu, tiada banyak yang kita boleh lakukan. Kita hanya mampu ke sana atas misi kemanusiaan dan rawatan, menyumbang bekalan makanan dan ubat2an, memberi sumbangan wang ringgit dan berdoa akan kesejahteraan umat Islam di Palestin. Yang pasti, berkongsi gambar mayat untuk mendapatkan Like di Facebook dan sebar cerita kenapa Israel tak serang Malaysia kat Whatsapp bukan salah satu caranya.

Dan mengaitkan isu Gaza dengan sukan bola sepak bagi aku kurang wajar. Ia adalah dua benda yang sangat berbeza dan tidak boleh dibuat perbandingan. Adakah dengan menonton dan bersorak kerana bola sepak bermakna orang itu tidak prihatin, tidak peka, tidak ambil tahu dan tidak simpati terhadap nasib rakyat di Palestin? Malah ada je orang Palestin yang tengok Piala Dunia masa kena bom, dan diorang pun main juga bola sepak. Kenapa kita pula yang emosi lebih2 sampai nak kaitkan bola sepak dengan peperangan?


Adakah kita tahu mungkin ada orang yang bangun malam nak tengok perlawanan bola sepak yang sebelum itu beliau menunaikan solat sunat tahajjud dan solat hajat untuk rakyat Palestin? Adakah kita tahu orang yang bersorak meraikan gol kemenangan Mario Götze pada minit ke 113 masa tambahan yang membawa kepada kemenangan Germany ke atas Argentina telah menyumbang RM10,000 kepada tabung Palestin?

Salah ke bila ada orang meraikan sesuatu yang mereka suka dan minat? Adakah kita perlu meratapi dan bersedih setiap masa 24 jam sehari kerana konflik Gaza-Israel ini? Jika bukan mengenai bola sepak, adakah kita tidak boleh bergembira atas perkara lain seperti bermain badminton, meraikan ulangtahun anak, mengambil fotografi perkahwinan rakan, menonton filem bersama keluarga, kejayaan dalam peperiksaan dan lain2?

Adakah bila setiap kali kita gelak ketawa bermakna kita tidak prihatin dan gembira dengan nasib rakyat Palestin? Begitu juga dengan nasib MH370 yang sampai kini masih tidak dijumpai, para pejuang kita yang gugur ketika menjaga dan mempertahankan perairan negara, anak OKU yang ditinggal dan dikurung tanpa jagaan serta lain2 kesedihan. Adakah hanya kerana kita gembira akan perkara lain bermakna kita juga turut gembira atas kesedihan orang lain?

Sejak bila kita pandai membaca hati seseorang dan terus melabel dan menghukum mereka hanya kerana kita tidak minat sesuatu yang orang lain minat dan kita rasa kitalah yang paling prihatin mengenai nasib rakyat Palestin?


Masing2 sudah besar, berhentilah membaca hati orang, bersangka buruk dan terus menghukum serta merasakan yang diri kita ni lebih atas dari orang lain. Mendidik dan mengajak membuat kebaikan itu lebih baik.




tags: antara bola sepak world cup piala dunia sorak meraikan keputusan pemenang winner germany jerman vs argentina lionel messi mario gotze goal gol perbandingan saiful nang sedih gelak ketawa gembira meratapi nasib rakyat palestin gaza dibedil hujan bom peluru berpandu israel yahudi celaka

11 ulasan:

  1. Najib upload gambar die tengok final world cup semalam, lebih kurang camtu la die kena hentam..

    BalasPadam
  2. woi suka hati la nak layan WC oi!!!!!!!!!!!!!!! eastern oi!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp best dulu palestine menang lwn malaysia masa persahabatan haha2 :D malaysia bagus apa

      Padam
  3. klu cara kita pkir cam tu... last2 kita akn dijauhi org... stuju ngan BO, jgn sempitkn pmikiran..

    BalasPadam
  4. Betapa kerdilnya diri aku ini. Sedang terpampang di surat khabar, dimainkan di tv..penderitaan yang saudara seagamaku alami. Dalam hati ini, sering juga tertanya " kenapa tidak ada sesiapa yang tolong?". Walaupun aku sendiri tahu jawapannya..tapi aku tak yakin.

    Setiap hari, aku tgk sekelilingku..ada yang cerita pasal bola, ada yang cerita pasal gaza..itupun hanya pasal gambar2 org mati ditembak dan dibom. Aku tak mahu tengok. Tak tahu bagaimana caranya nak betul2 tolong org disana. Aku ke Masjid..ada tabung sumbangan kepada rakyat palestin. Aku selak poket..ada RM 5. Aku tahu nilainya sikit sangat-sangat, tapi itu kemampuan aku . Dalam hati "maafkan aku Ya Allah, ini saja yang aku ada sekarang, bila aku dtg lagi..aku akan beri lagi. Maafkan aku saudaraku, aku tak tahu bagaimana duit ini dapat membantu kamu..tapi aku harap ia dapat mengalas perutmu waktu berbuka atau bersahur nanti".

    Aku tahu, ramai yang dalam hatinya betul2 ingin membantu mereka, tapi rasa tidak berdaya dan tak tahu caranya. Aku pun begitu..aku cuma mampu berdoa agar saudaraku selamat. Semoga dengan apa yang aku sedekahkan dan doakan,mampu menjadi penyelamat saudaraku.

    "Ya Allah, aku tiada keupayaan atau kuasa yang mampu mengerunkan orang, aku bukannya pemerintah yang mempunyai ribuan tentera dan jutaan wang, aku bukannya pendebat atau pengucap yang mampu membuat mata dunia dengan ucapanku. Aku hanyalah insan biasa yang kau jadikan segalanya mencukupi bagiku. Dengan izinMu Ya Allah..jadikan aku seseorang yang penting dalam agamaMu. Jadikan aku penyelamat saudaraku..Dalam segala jenis ajal..aku pilih ajal dengan Syahid untuk Mu. Jika itu semua bukan takdirku..Jadikan sedekah dan doaku ini sampai kepada saudaraku. Berikan mereka nikmat sepertimana yang Kau kurniakan padaku".

    BalasPadam
  5. Huhu,dia fikir aku yang tengok bola ni tak fikir pasal Palestin ape..Susah betul..

    BalasPadam
  6. ini merujuk pada statement FB saiful nang ke noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. statement siapa2 sahaja yang bersangka buruk orang yang bersorak tengok bola itu tidak peduli pasal palestin

      Padam
  7. Semua ni bermusim...percaya ckp sy. Pasni bila dah gencatan senjata di sana...x smpi sebulan dua apa yg kita boikot buat balik, tgk world cup time perang di gaza pun jd isu basi. Apa sy nmpk, negara2 arab sendiri sgt teruk prinsip mereka xnak ambil tau n bekerjasama dgn sedara mereka di Gaza disebabkan perbezaan fahaman n sikap tamak org Arab sendiri. Even pintu sempadan di mesir pun ditutup di Gaza utk bantuan perubatan n pelarian tp dibuka utk Israel utk dagangan n perlancongan.

    As long x jatuh hukum haram kita x perlu melenting nak hukum sesiapa. Bola still bola, tp sokongan n doa kpd Gaza tetap kena ada. X silap PM pun buat pengisian agama sebelum sepak mula dgn sembahyg tarawikh, solat hajat n kutipan derma Gaza. X kisah pun pemimpin2 PR nak tgk world cup sekali sbb 2 hak individu...asalkan mereka dlm hati n tindakan mereka menentang keras penindasan di Gaza.

    Spt noob ckp, sudah2 la 2 kita nak cari kesalahan org lain, bersangka baik n hati kita tak semakin hitam dgn prasangka buruk. X perlu nak politik semua benda sbb trend politik org Malaysia mmg suka menjatuh2kn org, lagi2 sesama islam. Last2 yg rugi rakyat sendiri berpuak2 tp org politik tetap makan semeja antara BN n PR.

    BalasPadam
  8. Kenapa takde team Man Utd main world Cup?

    BalasPadam
  9. betul jugak tu.. takkan la nak bersedih 24jam. apa kita buat kena berpada-pada even waktu gembira dan sedih. Doa dan sumbang apa-apa yg kita mampu..seringgit pun boleh

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.