Selasa, 26 Ogos 2014

52 Kawan Saya Anugerah Dari Syurga

Semalam aku ada berjumpa seorang kawan lama. Memang kawan lama sebab sudah lama berkawan dan lama tidak berjumpa. Hampir 10 tahun. Ada kisah menarik tentang diri beliau yang mahu dikongsikan.

Aku kira kisah beliau ini menarik kerana, pertama; beliau adalah kawan aku sendiri. Jika sebelum ini pelbagai kisah menarik merupakan cerita orang lain, tetapi kali ini adalah cerita tentang orang yang aku kenal. Kedua, kerana aku ada terlibat sama dalam pembentukan hidup orang lain, tanpa sengaja.


PERTEMUAN PERTAMA

Kisah ini berlaku lebih kurang 12 atau 13 tahun yang lepas. Aku sendiri ingat-ingat lupa. Sebaik sahaja bas yang aku naiki dari Johor Baharu berhenti di perhentian Pudu Raya, terus sahaja kaki ini melangkah menuju jejantas untuk menyeberangi jalan, bertujuan untuk mengambil teksi menuju ke satu destinasi. Belum pun sempat menuruni jejantas, satu suara menegur, "Assalamuaikum XXXXX. Boleh tolong saya?" Terus sahaja kaki ini berhenti. Hati mula berdebar-debar. Nama penuh aku dipanggil. Aku yakin, tiada sesiapa pun yang mengenali aku di sini. Jadi, siapa? Segera aku menoleh melihat sekeliling. Kalau-kalau ada wajah yang dikenali. Tiada.

Mataku terhenti kepada seseorang yang tersenyum lebar memandang tepat ke arah aku. Aku yakin, dialah yang memanggil nama penuh aku tadi. Wajahnya nampak ceria walaupun pakaiannya kusut masai. Aku amati wajahnya dalam-dalam sambil otak aku berusaha keras mencari siapakah dia ini. Mungkin seseorang yang kukenali, atau pernah berjumpa. Tetapi otak aku gagal mencari jawapan.


Dia hanya duduk menunggu, memohon bantuan orang ramai. Di dalam cawan kertas di hadapan beliau ada beberapa keping wang syiling. 'Mungkin dia menunggu orang lalu-lalang yang baik hati, lalu melemparkan syiling ke dalam cawan sehingga penuh.' Aku berfikir sendiri. Aku tidak dapat menjangka berapa umurnya disebabkan wajah yang tidak terurus. Mahu dikatakan tua, nampak seolah muda, tetapi mungkin juga sudah melebihi 40 tahun.

Aku beranikan diri rapat ke arah beliau. "Bagaimana encik tahu nama saya?" Aku bertanya dengan nada sedikit menekan. Betul-betul mahu tahu.

"Di belakang..." kata beliau sambil tangannya menunjukkan isyarat supaya melihat ke belakang. Segera aku menarik baju dari bahu kiri bawa ke hadapan. Kepala ditolehkan sedaya upaya untuk melihat apa yang ada di belakang baju. Rupa-rupanya sekeping kertas yang ditampal kemas dengan ayat ditulis tangan berbunyi, 'SAYA XXXXX. Saya budak baik'.

Aku tergelak kecil. 'Cis. Celaka punya budak-budak ni.' Segera teringatkan kawan-kawan yang menghantar aku ke Stesen Bas Larkin pagi tadi. Pasti ini kerja diorang. Macam mana boleh tidak sedar hingga ke petang. Mungkin nyenyak sangat tidur sepanjang perjalanan.

"Saya mencuba nasib je memang nama abang!" Sambung beliau tersengih. Begitulah Tuhan aturkan pertemuan dua orang insan, yang langsung tiada ikatan dan tiada sebarang hubungan. Akhirnya menjadi kawan.


SIFAT RAMAH MENGHASILKAN KAWAN

Begitulah pertemuan awal antara aku dengan rakan baru ini. Hendak dipendekkan cerita, atas keramahan 'konon-konon', aku mengajak dia menemani aku makan di gerai. Banyak mata yang memandang. Aku abaikan sahaja. Ada yang memandang pelik, ada yang tersenyum sinis, malah yang buat tidak tahu pun ramai.

Setelah lama berbual, tahulah aku bahawa dia hampir sebaya denganku. Kehidupan sebagai seorang anak yatim piatu sejak dari kecil, dijaga oleh ibu saudara, sehinggalah dia melarikan diri, dan mencari hidup sendiri. Pernah melakukan pelbagai kerja. Dan pekerjaan terakhir beliau sebagai tukang sapu sampah, diberhentikan atas isu disiplin. Malah dihalau keluar oleh kawan-kawan satu rumah sewa. Sehinggalah beliau cuba menjadi 'pengemis' kerana 'sakit'.

Isu disiplin pun sebenarnya berlaku disebabkan soal hati. Soal cinta. Menjalinkan hubungan cinta dengan rakan sekerja yang sama-sama menyapu sampah. Entah di mana silap, akhirnya hubungan terputus di tengah jalan. Semenjak ditinggalkan kekasih, beliau sering jatuh 'sakit'. Selalu tidak datang bekerja atas alasan sakit. Aku sendiri tidak dapat memahami situasi beliau. Hanya kerana seorang wanita, seteruk itu kesannya. Aku juga banyak kali putus cinta, malah ditolak sebelum bercinta pun ada, tetapi tidaklah perlu sampai jatuh sakit.


TERAPI HATI

Di sini Tuhan ingin memberitahu aku bahawa manusia itu berbeza. Mungkin sejarah hidup beliau yang membentuk jiwanya menjadi sebegitu. Jika dilihat dari segi meneruskan hidup, beliau sangat cekal, mungkin aku pun tidak secekal itu. Tetapi dari segi kasih sayang, kandungannya terlalu nipis. Apabila muncul insan yang boleh berkongsi kasih, maka rasa sayangnya dicurah habis. Akhirnya apabila tidak menjadi, sakitnya pasti lebih perit.

Aku dengan lagak ahli motivasi yang tidak bertauliah, memberi buah pandangan. Pelbagai nasihat lancar sahaja keluar dari mulut. Dia banyak mengangguk berbanding bersuara. Terus terang, aku tidak ingat lagi apa yang aku 'goreng'kan. Tapi aku tahu dia sangat senang ketika itu. Begitulah hati. Apabila ianya sunyi, terapikan ia dengan mencari teman berbicara. Apabila keseorangan, jadikan buku sebagai peneman berbahasa.


Umurku ketika itu terlalu muda, dan internet tidaklah semeriah sekarang membuatkan aku kurang pengetahuan tentang motivasi. Apa yang aku tahu, motivasi itu cuma merujuk kepada guru kaunseling di sekolah, kawan-kawan penasihat tidak bertauliah di universiti, Dr Fadzilah Kamsah, dan buku La Tahdzan. Itu sahaja. Jadi, apa yang boleh pada situasi seperti itu, aku mencadangkan beliau cari buku La Tahdzan versi Bahasa Melayu, jadikan teman sepanjang masa.


BERPISAH

Sebelum mohon untuk beransur, aku tinggalkan no. telefon rumah dan menghulurkan RM100. Aku kira lain kali sekiranya dia sudi, boleh menalifon aku dan kami boleh berjumpa lagi. Tersenyum beliau sambut pemberianku. Beliau menghantar aku hingga ke teksi. Sekali lagi banyak mata memerhati. Aku buat tidak tahu sahaja. Aku tidak pasti dari mana datangnya semangat memberi, sehinggakan sebelum mahu naik teksi, sempat aku buka dompet dan beri lagi RM50 kepada beliau. Dalam segan, beliau sambut juga.

Selepas itu, beberapa kali kami berjumpa. Kawan-kawan aku juga mula berkawan dengan dia. Dan aku juga cuba berkenal-kenal dengan orang sekeliling dia. Kehidupannya sudah jauh berubah. Tidak seperti masa mula-mula aku kenal dia. Mendapat kerja di kaunter tiket bas, dan beberapa kerja sampingan, membuatkan dia 'hidup' semula. Ucapan terima kasih terlalu kerap keluar dari mulutnya dan ditujukan kepadaku. Sehinggakan kadang-kadang timbul rasa tidak selesa. Aku cuma berusaha untuk berkawan dan memberi dorongan. Bahkan sebenarnya dialah yang telah menolong dirinya sendiri.


PERTEMUAN SEMULA

Sekitar 10 tahun lepas, aku tidak ingat mengapa boleh terputus hubungan dengan dia. Mungkin aku sudah mula hidup sendiri, berkahwin dan berpindah ke tempat lain. Dulu aku tidak menggunakan telefon bimbit. Jika ada apa-apa, biasanya telefon rumah di rumah emak yang menjadi penghubung. Aku juga tidak menghubungi dia. Pelbagai isu melanda dalam kehidupan. Isu kerjaya, isu penempatan, dan pelbagai lagi. Kawan-kawan sekolah, kawan-kawan universiti pun tidak semua dapat aku layan.

Tetapi semalam aku betul-betul tidak sangka. Entah macam mana dia boleh berjumpa namaku, dan membuat 'friend request' di Facebook. Setelah bermesej, kami berjanji untuk berjumpa. Dengan penuh teruja terus aku memecut pergi ke restoran yang telah dipersetujui. Beliau tersenyum menyambutku. Sekali lagi Tuhan aturkan pertemuan aku dengan dia. Orangnya sekarang lebih tenang tetapi kaya pengalaman dan petah berkata-kata.

Kini beliau bukan lagi penjaga kaunter. Kerja sampingan juga sudah tidak menjadi keutamaan. Aku pula yang rasa amat rendah diri berada di samping beliau. Kemahiran IT beliau juga jauh lebih baik dariku. Apa yang paling mengesankan hati, beliau masih suka membaca buku La Tahdzan. Tiada lagi versi buku bercetak yang perlu dikepit selalu. Kini buku versi digital berada di dalam telefon pintar beliau.


CERITA SAYA

"XXXXX, kau tahu tak, secubit kisah hidup aku ada dalam buku ni." Katanya sambil menghulurkan telefon bimbit. Aku sambut dan melihat buku versi digital yang ditunjukkan beliau.

Buku tersebut berada di dalam senarai Google Play Books. Aku menyelak satu-persatu mukasurat dengan kadar yang agak laju. Mencari-cari di mana cerita beliau.

"Engkau sudah menjadi penulis?" Aku bertanya. Tanganku sudah berhenti dari menyelak buku digital tersebut. Telefon bimbitnya aku pulangkan semula kepada beliau.

Dia menggeleng. Kemudian tersenyum.

"Salah satu cerita dalam buku tu, ada kisah aku. Bukan aku yang tulis, tetapi orang lain." Sahut beliau kemudian.

"Jadi, engkau upah orang lain untuk menulis?" Tanyaku lanjut.

Dia hanya tersenyum. Kemudian aku minta di mana link untuk mendapatkan buku tersebut. Setelah diberi panduan, aku membuat carian 'Sorga' di google Play, bahagian Books. Aku simpan nama buku tersebut untuk didownload kemudian.


Selepas itu, banyak perkara yang kami bualkan. Ada kisah-kisah menarik yang aku sendiri tidak sangka. Jika ada masa, akan aku ceritakan lebih lanjut.

Malam tadi, setelah men'download' buku tersebut dari Google Play Books, segera aku menyelak dan membaca semua kisah yang ada. Buku tersebut banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada pembaca. Tetapi aku langsung tidak terkesan dengan unsur motivasi di dalamnya, kerana fikiran aku hanya ingin mencari cerita kawanku itu. Aku dapat mengagak 3 cerita. Tetapi menurut beliau, hanya satu sahaja.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk membiarkan teka-teki itu. Sekiranya tuan punya badan mahu aku terus berteka-teki, aku sudi untuk tidak meneka dengan tepat. Biarlah kisah beliau terus menjadi teka-teki sama seperti persahabatan kami yang akan terus berkekalan.


BERSAMBUNG...

Ada satu lagi kisah istimewa tentang pertemuan aku dengan beliau. Mungkin kisah yang akan aku ceritakan nanti ada kaitan dengan anda sebagai pembaca di sini. Nantikan sambungan cerita ini.


52 ulasan:

  1. lagi pnjg dr cerita one piece nih

    BalasPadam
  2. so kalau nk baca sambungan kene beli buku tu lah ke??? ok....

    BalasPadam
  3. kawan baik itu seperti bintang. biarpun jauh tetap bersinar.. dah lama tak nampak pun tak apa. sesekali pandang ke langit, bintang akan sentiasa bersinar menunggu kita.. ceh.. berfalsampah pulak aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawan ni macam jongkang jongkit.. bila takde kawan, ko sentiasa berada di bawah.. bila ada kawan, kadang2 ko di bawah..kadang2 ko di atas..

      kalo mcm bintang.. ko akan sentiasa kat bawah.. kena dongak nak tengok kawan.. apa daa

      Padam
    2. kawan tu manusia la woi.. jongkang jongkit la, bintang la.. apa laa korang.. mengarut.. lain la ko bela anjing.. konfirm kawan ko anjing..

      Padam
    3. kawan baik tu ibarat macam 1 jiwa dlm satu badan.. kita kongsi mcm2 perasaan dan idea bersama2..

      Padam
  4. Mcm celaker..woi tulih la bagi abes..prooot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sementara tunggu citer abis.. berak bagi habis dulu..

      Padam
  5. aku tgk dalam banyak2 manusia disekeliling kita, jenis org yg paling perempuan jeles sampai kadang2 tu jatuh benci ialah kawan baik kita.. kawan baik ni ok masa bujang.. start kahwin... ko kena lebih bykkan masa dgn isteri.. kadang2 keluar malam lewat sikit lepak2 ngan member pun bini nak jeles.. pastu gaduh.. budus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yela tu.. org lelaki pun sama.. kita sembang sikit, dituduhnya pot pet pot pet.. dia melepak mamak sampai ke pagi tu mana org perempuan tak bising

      Padam
    2. budus tu ko tujukan pada siapa... bini sendiri ke?? kalau bini ko budus buat pe kawen dgn dia? budus punya jantan shilaker

      Padam
    3. Budus bukan bodoh.. bodoh mmg aku tak kawin.. budus tu cembura buta

      Padam
    4. budus tu mmg bodoh la budus... jgn nk cover plak mcm kitorg ni adik2 ko je nk kelentong..

      Padam
    5. CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA CEMBURA BUTA

      Padam
    6. nk kata typo, jauh sgt kot huruf U dgn A tu

      Padam
    7. tp aku setuju dgn anon 5:56, org pompuan ni kadg2 perangai pelik pun ada... kita berkwn baik lepak dgn member laki sendiri pn nak jeles nk dengki... mujurla kawan baik kita org lelaki, kalau kawan baik kita org perempuan, xke naya... diorg ni xpaham betul yg lelaki dgn sahabat lelaki ada bro code, dh mcm adik beradik buat perjanjian darah... lgpun isteri kena hormat kawan2 suami, itu isteri kene faham...

      Padam
    8. ko ni anon 1038.. ko ingat perempuan nak kisah ke ko ada code ke, ada pasword ke.. diorg buat bodo jer.. yg diorg tahu, dah kawin mesti kena taat cakap diorg.. diorg tak taat xper.. ada 100 alasan yg mmbolehkan diorg derhaka.. kalau kita, terus dicopnya lelaki dayus..

      Padam
    9. Cembura cembura cembura hahah

      Padam
    10. cina buta dengan cemburu buta adalah dua benda berbeza.. tapi dua2 ada kena mengena dgn bini ko.. kah kah kah..

      Padam
  6. Pengemis di tepi jalan pun lebih senang dapat kawan tanpa syarat dan prasangka, tanpa diadili dulu siapa dirinya, tanpa kena diskriminasi. Inikah kehidupan sebenar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayuni ni ayu la... tapi nak diskriminasikan pengemis tu kenapa?

      Padam
    2. Kalau betul la blackbeard ni ramah mesra.. cuba berkawan dgn org politik.. boleh? Takat pengemis.. mmg senang.. diorg nk duit kita jer

      Padam
  7. Maksud Ayuni, bukan pengemis tu yang didiskriminasikan, tetapi Ayuni dan nasi goreng cina :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayu ni.... Rafilah betullah... pengemis ni kalau kita belanja dia nasi goreng cina pun dia bedal jugak..

      Padam
  8. Balasan
    1. promote free la kot.. aku tengok boleh download free..

      Padam
    2. melayu meleis semua benda nak free.. kalo boleh kawin pun nak free..

      Padam
  9. Ingatkn cite pasal awan guling..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam afrika buat bakar jadi ayam golek lagi sedap dr jadi ayam guling..

      Padam
    2. budak ayam ni jangan dilayan.. kecoh lebih.. dapat luku kepala dia sedas dua menarik jugak

      Padam
    3. Betul, kaki xdpt tgn pon jd =D

      Padam
  10. Natang guh.cerita berepisod pulak. Siap promote buku

    BalasPadam
  11. kawan2ku.... datang dan pergi... sesuka hati.... huahuahua

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni mesti lonely takde sape2 nak kawan.. harap muka je comel.. mesti kes kawan makan tak ajak pastu merajuk..

      Padam
    2. kalau betul lonely, aku sudi temankan.. tapi ko kena belanja.. aku cuma bawak muka hensem aku je datang jumpa ko

      Padam
  12. oke, noob da double, bkn single, hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. noob noob noob... tgk la sapa yg tulisss ngokkk

      Padam
    2. kalau nak cakap noob pun tak salah.. diakan ada banyak identiti.. kat blog lain pun dia pakai nama lain.. ko ingat blog uncleseeker tu sape? itu pun noob jugak

      Padam
    3. Haha nk ambil tahu sangat soal status noob tu yg sampai xtercheck nama tu hihihh

      Padam
  13. Nak bkawan dgn pngemis zaman skrg ni kang mampus ko duit kena tipu

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengemis tapau duit ko paling banyak pun 1 ribu je.. tu pun takut2.. kalau ahli politik main juta2, sengih jer..

      Padam
    2. Anon 1229, haha nice

      Padam
  14. cover buku yg simple dn menarik nak download beli ak xmampu nk ad kredit kad... guna googleplay pun free je haha2 moga hubungan baik bb ngan kwn tu berkekalan :)

    BalasPadam
  15. pd aku ko patut bersyukur dpt kawan baik yg bukan dari kalangan kawan2 sekolah atau belajar.. atau disebabkan berjiran.. kawan2 mcm tu lebih mulia pd aku.. sbb xde penyebab apa2, dia tetap jadi kawan ko.. kalo jiran, gaduh sikit masam muka..hari2 nampak dan buatkan ko rasa mcm terikat.. kawan ni bila ko akan rasa senang dgn dia dan takde rasa terikat apa2.. kalau dah terikat, tu bukan lagi kawan... tu sama ada pasangan, jiran, atau budak pejabat, atau bos..

    BalasPadam
    Balasan
    1. member zaman belajar ni bukan kita cari.. tapi diorg ditakdirkan belajar sama dgn kita.. rasa boleh ngam, kita pun bkawan.. tp bila diorg dh masuk dunia lain mcm dunia pekerjaan, diorg pun ada kawan2 diorg sendiri.. kita pun ada kawan2 kita sendiri.. jd hubungan ko dgn member tu rapat masa zaman belajar jer..

      Padam
  16. pengemis ni biasanya kalau kita tak kenal mmg kita akan rasa diorg mcm jauh giler kasta dgn kita.. tp kalau kita cuba bkawan.. kadang2 tu diorg sebenarnya lagi hebat dr kita.. mungkin ada sbb2 ttentu yg buatkan diorg jadi mcm tu... aku pernah kenal sorg pengemis.. padahal dia tu okey jer.. tp disebabkan ada isu dgn anak dia, dia merajuk bawak diri sampailah ditipu org.. akhirnya jadi pengemis.. tp bila sembang2 makcik tu xde la bodoh.. cerdik orgnya.. malah anak dia lebih berjaya dari aku.. cuma dia xtau mcm mana nak cari balik anak dia.. dia kuat merasakan anak dia sedang mencari dia.. nasihat aku, pengemis2 ni kita jgn pandang rendah.. ada sebahagiannya mmg dikalangan org2 hebat sebenarnya..

    BalasPadam
  17. salam wahai noob pakar motivasi..hihi,. Memg btul noob ad ciri2 kaunselor.. Amat t'sentuh ble bce entry nie.. Tak sabar nak bce smbungannye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini satu lagi mangkok anon yg tak reti membaca.. penulisnya blackbeard.. noob tulis pasal movie merdeka

      Padam
    2. laa yke? Sory2..sy xtahu.. Sy silap..

      Padam
  18. Apa benda la citer ko ni. Xmembuka minda langsung. Baik aku layan one piece lagi baguss... Gua bkn mat bunga layan novel..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.