Halaman

Ahad, 14 September 2014

Cerita seram dua ayat yang sangat menakutkan

Adakah kamu seorang yang berani? Suka baca dan dengar kisah cerita hantu yang sangat seram, ngeri, gerun dan menakutkan? Berikut adalah 12 cerita seram pendek 2 ayat yang boleh membuatkan kamu susah untuk tidur malam, termasuklah diri saya.


1. Seorang gadis mendengar ibunya menjerit namanya dari tingkat bawah, lantas dia bangun dan mula menuju ke bawah. Ketika dia di tangga, ibunya menarik beliau ke dalam bilik dan berkata, "Saya pun dengar juga."

2. Anak perempuan saya tidak berhenti menangis dan menjerit2 di tengah2 malam. Saya melawat kuburnya dan memintanya untuk berhenti, tetapi ia tidak membantu.

3. "Saya tidak boleh tidur," dia berbisik, merangkak ke tempat tidur saya. Saya terjaga kedinginan, memegang erat baju yang dia pakai ketika meninggal dunia.

4. Ketika saya sedang menyelimutkan dia di atas katil, dia memberitahu saya, "Ayah, tolong periksa di bawah katil kalau2 ada raksasa." Untuk tidak menghampakannya, saya melihat ke bawah dan melihat dia, seorang lagi dia, di bawah katil, dengan matanya merenung tepat ke mata saya dengan begitu gementar dan berbisik, "Ayah, ada seseorang di atas katil saya."

5. Selepas seharian bekerja keras, saya pulang ke rumah dan terlihat isteri saya sedang memangku anak kami. Saya tidak tahu yang mana lebih menakutkan, melihat isteri dan anak yang sudah mati, atau mengetahui ada seseorang memecah masuk ke apartmen saya untuk meletakkan mereka di sana.

6. Perkara terakhir yang saya nampak adalah jam dinding menunjukkan jam 12:07 malam sebelum dia menikam dada saya dengan kukunya yang reput. Saya terduduk tegak, lega yang ianya hanya mimpi, tetapi ketika saya melihat jam dinding tepat jam 12:06 malam, saya terdengar bunyi pintu almari saya dibuka.

7. Saya terjaga kerana terdengar bunyi ketukan kaca. Pada mulanya, saya sangka ia datang dari tingkap rumah sehinggalah saya terdengar sekali lagi bunyi tersebut datang dari cermin muka.

8. Adik saya memberitahu bahawa ibu telah membunuhnya. Ibu mengatakan bahawa saya tidak mempunyai adik perempuan.

9. Saya masuk ke dalam tandas untuk membasuh muka sebelum tidur. Saya baru ternampak pantulan diri saya di cermin mengelipkan mata.

10. Isteri saya tanyakan kepada saya kenapa saya bernafas dengan kuat. Saya tidak bernafas dengan kuat.

11. Saya pulang ke rumah, kepenatan dan mahu rehat sepuas2nya. Ketika saya hendak menekan suis lampu, sudah ada tangan lain di situ.

12. Sayang... Awak nampak ke mana labah2 tu hilang?


Bagaimana? Adakah ia cukup menakutkan kamu? Kongsikan cerita seram 2 ayat kamu di ruangan komen.


37 ulasan:

  1. firssssttttt........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. Ayuni suka cerita no 1-4. No. 8 tu ada persamaan dengan memori Ayuni masa kecil, cuma ada perbezaan sedikit. Masa tu Ayuni ingat pernah bermain dengan seorang budak perempuan berbaju putih dan Ayuni sangka dia adik Ayuni. Dia ajar Ayuni cara mencari barang hilang, baca mimpi, melukis orang dan dia suka bercerita. Dia cerita ayah dia tikamnya dengan pisau, lepas tu dia suruh Ayuni lukis balik semua cerita-cerita dia. Bila mak terjumpa lukisan Ayuni, dia jadi takut lalu sorok semua pisau di dapur dan buang lukisan Ayuni. Lama-lama budak perempuan tu tak datang. Bila Ayuni dah boleh bercakap, Ayuni tanya mak mana adik tu pergi. Mak hairan sebab adik Ayuni belum lahir lagi masa tu. Bila adik tu membesar, muka dia seiras budak perempuan yang pernah bermain dengan Ayuni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seram jugak cerita ni.

      Padam
    2. membongak.. banyak tengok sinetron..

      Padam
    3. Kalau nak menipu,agak2lah...sinetron..hahahaha

      Padam
  3. Shrek is love,Shrek is life14 September 2014 pada 1:49 PG

    alia kalau x copy paste memang x sah. semua cerita di atas aku dah penah baca (dlm BI). x maluker curi artikel org lain x beri kredit

    BalasPadam
  4. owhh ada lagi Aila ni heh haha2 boleh la baca sket sebelum tidur ~.~

    BalasPadam
  5. Kalo gamak penakut sgt, boleh tengok youtube. Cari "walking dead toraja" dan "funeral service thoraja". Tengok movie ni sampai habis. Dokumentari ni cuma 10-30 minit setiap satu.

    Cuba faham bagaimana masyarakat pagan gunung di Tengah dan Selatan Sulawesi entertain orang yg sudah mati. Walaupun ramainya kristian, tapi budaya pagan tetap kukuh dan diamalkan sehingga sekarang. Bagaimana dilayan org sedang nazak, apalagi yg telah mati. Kematian adalah satu keseronokan bukannya sesuatu yg menyedihkan bagi mereka. Ianya patut dijadikan pesta.

    Sure anak2 hilang rasa takut. Kelakarnya sehingga tengok mayat dan hantu, dah x rasa apa2 lagi.

    BalasPadam
  6. wlupon dah pnh baca stil terasa seram =.='

    BalasPadam
  7. Macam dah takde bahan je.Google translate pon jadi...

    BalasPadam
  8. Tak malu ke copy paste?? Dah la tak kreditkan dari mana cedok! Pastuh translate bulat2. Ingat kitorg nih bodoh ke?? Aihh. Tak beretika langsung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biarla dia nk copy paste pun.. aku pn pernah gak baca cerita ni dlm bi tp cerita2 dia bersepah2 kt internet, fb, forum.. aila tu cuma kumpul cerita2 tu kt internet & buat koleksi ceeita seram pendek kt entry ni.. mgkn ada jugak yg dia reka sendiri.. relaks ah yg korg butthurt sgt dgn aila ni apahal? jeles ke dia jd awek noob??

      Padam
    2. yg ko backing sgt aila tu pehal, ko tunang dia ke?

      Padam
    3. Takde satu pun yg dia reka sendiri. Semua copy paste. Tak jadi masalah kalau dia nak copy paste. Yg jadi masalah dia tak bgtau dia cedok dari mana. Inspired dari mana. Ni lah masalahnya orang Malaysia. Ingat plagiarism benda main2. Ini pasal etika dia sebagai seorang blogger. Bukan pasal aku butt hurt. Yang kau tau type komen, tanpa nama. Cuba kau jadi blogger tgk. Orang curi idea kau. Tukar bahasa. Tak kreditkan kau. Suka?

      Padam
    4. bodoh gila tanpa nama 8.00ptg. harap ada org curi brg ko tengok ko nak marah ke x?

      Padam
    5. ko ni menggelabah la rex... sblm ni xpernah pn komen kt entry noob, alih2 muncul kt entry org lain.. yg ko tau kondem je... fuck gila.. kalau rasa hebat sgt pi la tulis blog sendiri.. just enjoy the story dude.. xsuka xpyh baca... retarded btoi

      Padam
    6. Hahaha. Saper yg menggelabah sekarang??? Mcm kau jeh tanpa nama 15 September 9.53am. Wah dahsyat eh kau! Kau baca ek setiap satu komen kat post noob sampai tahu aku tak pernah komen selama ini. Gila hebat dan banyak masa terluang gak kau nih kan??? Bagus2.

      Aku tak pernah ada apa2 isu dgn post noob. Kau pernah tgk noob copy paste atau cedok tanpa kreditkan owner asal?? Sepanjang bertahun aku ikut noob tak pernah ada. Tapi mana tahu kau ada terperasan ke. Kau kan hebat dan banyak masa terluang.

      Dan untuk pengetahuan kau, aku juga seorang blogger. Dah 6 tahun. So memang aku rasa aku hebat dan memang aku dah tulis blog sendiri. Kau tuh dah ke?? Mesti belum kan?? Sebab tuh tak faham akan betapa sakitnya hati bila terbaca benda2 plagiarism. Oh mungkin kau belum pernah ke universiti yang menekankan betapa hinanya memplagiat hasil dan kreativiti. Don't take me out of context. Aku tak kata kau tak pergi university. Aku kata kau tak pernah/belum pernah pergi university yang menekankan tentang natijah plagiarism.

      Aku rasa tak perlu kot aku post link blog aku, atau jawab guna id blogger aku hanya semata2 untuk meningkatkan hits/trafik blog aku. I trust in followers. And I don't need to membatak to find new followers and increase my hits/traffic.

      Padam
    7. blogger hebat rupenye... poyola ko rex puiihhhhh.. dahla kutuk aila, perli noob plak... i sense jealousy here...

      Padam
    8. Hahaha Tanpa Nama 15 September 3.53 PTG, aku blogger kecil kecilan jeh laa. Aku saja cakap aku blogger hebat. Sebab Tanpa Nama sebelum ni cakap, kalau rasa hebat gi tulis blog. So mmg aku rasa hebat sebab dah lama tulis blog. Bukan nak bangga diri ke apa ke.

      Ehh tak laaa. Aku tak perli noob pun. Dia setakat yg aku ingat laa, xpernah plagiat hasil orang lain, tanpa kredit.

      Padam
    9. tu ko tulis I don't need to membatak to find new followers and increase my hits/traffic... tu perli noob la tu sbb noob kn selalu membatak & melacur link kt blog org lain nk naikkan traffik

      Padam
    10. kenapa perlu menggunakan perkataan "membatak"?

      Padam
    11. Xpyh nk gado2 laa.. bg aq laa bior r dy nk copy paste pnn.. nk kta ciplak pnn cer pkir, dy copy paste ko pnya.. mknanya dy suka cita tu sampai nk wt blog snri tuk bg org bca.. xpyh la nk emo sgt smpai nk mrh2.. suka bca.. xsuka back blik.. ap2 pnn at least org yg xpnah bca cite ni mcm aq bley bca jgkk.. ko nk pnaa sbb dy xjujur xgtw dpt mna cite nii.. knp.. klu dy gtw pn ko nk bnga2 ke..sma mcm org buat kbaikan laa.. lbih baik xpyh heboh2 nt jd riak.. haduhh.. be matured oke.. dh jg blogger 6 taon pn wt ap klu rata kdengki dgn blog org len

      Padam
  9. Kurg share cite hantu, sbb ia bayangan ketakutan dlm minda je yg lebih. Even sy percaya yg jin n syaitan wujud dlm alam ghaib..tp kdg2 kita takutkn jelmaan tersebut dr Allah yg patut kita takut bila buat salah.

    BalasPadam
  10. No.7 paling terasa seram...
    Bilik aku ada 3 cermin muka..camne nih?

    BalasPadam
  11. no 12 tu kenapa seram ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. No.12 tu paling seram utk org yg arachnophobe.

      Padam
  12. Sebelum PRU : Parti kami tidak akan menaikkan harga petrol jika diberi peluang berkuasa

    Selepas PRU : Subsidi petrol terpaksa dipotong untuk mengurangkan beza harga syiling antara RON 95 & RON 97

    ... seram x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seram giler.. 3 bulan aku xleh tido.

      Padam
    2. harga "syiling" ke harga "siling"?

      Padam
  13. Alamak, aku sudah takooottt! takotttnya takotnyaaa! tolon! tolon!

    BalasPadam
  14. Ok, aku satu cerita pendek, pada suatu malam jumaat, pintu rumahku diketuk berkali-kali, aku membiarkannya. Namun semakin lama, ketukan pintu itu bertambah kuat. Ku tanya siapa? Dia menjawab orang sebelah. Aku pun, bingkas bangun membuka pintu, lalu memang orang yang kelihatan itu badannya sebelah sahaja!

    BalasPadam
  15. Assalammualaikum wahai insan yang bergelar diri ''Tanpa Nama'
    Kau ni mcm kurang adab la.

    BalasPadam
  16. no 12 aq x paham xD

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.