Rabu, 10 September 2014

28 Kebebasan bersuara itu ada batasannya

Aktivis Ali Abd Jalil yang baru saja dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas didakwa mengikut Akta Hasutan hari ini sekali lagi ditahan polis mengikut akta sama, kali ini kerana dikatakan menghina Sultan Selangor.

Menurut waran tangkap yang diserahkan kepada peguam Ali, Michelle Yesudas, tertuduh didakwa menerbitkan penerbitan kenyataan menghasut terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di laman Facebook pada 18 Ogos jam 11.42 malam.


Ali akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada jam 3 petang ini.

Hari ini, kali kedua Ali didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 yang sebelum ini dikenakan terhadap ahli politik Pakatan Rakyat (PR), ahli akademik dan wartawan.

Berita penuh di The Malaysian Insider dan SuaraTV.

Kalau macam ni la punya orang, aku tak setuju kalau kerajaan dan PM Najib nak mansuhkan Akta Hasutan 1948. Kalau nak mansuh dan digantikan dengan akta baru iaitu Akta Keharmonian Nasional pun, pastikan ia dapat mengekang anasir2 buruk yang memburukkan konsep kebebasan bersuara.


Ya,  kita memang mempunyai hak untuk bersuara. Dan kita juga mempunyai hak untuk berfikir. Namun dengan "Freedom of Speech" ini bukan bermakna kita bebas bersuara sesuka hati sampai bebas untuk menghina orang lebih2 lagi seorang pemimpin, membuat fitnah, membuat "Hate Speech" atau "Freedom of Insult".

Perbuatan individu2 yang extreme ini bukan sahaja boleh menyebabkan orang yang berada di pihak lawan benci, malah boleh menyebabkan orang yang berada di pihak yang sama juga tidak gemar untuk membela dan beri sokongan. Apa sebenarnya yang kau dapat dengan menghina mereka? Kau tak kenal mereka, mereka pun tak kenal kau. Diorang tak kacau hidup kau secara direct, kau pun tak kacau hidup mereka. Sendiri cari pasal, sendirilah tanggung.
 
Kita kena faham, kalau nak kritik atau melemparkan pandangan terhadap sesuatu isu atau seseorang terutama pemimpin negara, buat dan tulislah secara matang. Kalau tak suka takde masalah, tapi at least hormatlah sikit, sebagai seorang pemimpin, atau seorang yang lebih tua, atau seorang manusia. Terimalah hakikat dan realitinya yang menghina pemimpin tidak akan mengubah apa2.

Cuma dalam masa yang sama juga, aku harap Akta Hasutan 1948 atau Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan untuk menggantikan Akta Hasutan tu bersifat lebih adil dalam pelaksanaannya, kerana apa yang kita lihat, ia kerap kali dikenakan terhadap pihak yang bukan pro-kerajaan sekarang, sedangkan ada juga pihak yang pro-kerajaan turut menghina, menyebar kebencian dan fitnah tapi tidak dikenakan apa2 tindakan. Malah ia juga perlu turut adil terhadap semua lapisan masyarakat, daripada sekecil2 rakyat sehingga sebesar2 pemimpin.




tags: aktivis ali abd abdul jalil hina hapuskan sultan selangor berhala mansuh akta hasutan 1948 freedom of speech insult hate fitnah pemimpin raja menteri rakyat

28 ulasan:

  1. first time dapat first....hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. syabas.nah bisjut.

      Padam
    2. tahniah! feel first lain doooooohhhhhhhhhhhhhh
      hmm macm biasa geng2 ni melebih2 kalau nk berpendapat tanpa mengetahuit batas2nya ceh

      Padam
    3. Shrek is love,Shrek is life10 September 2014 pada 7:22 PTG

      yo zakaria, lama x nampak. last, time ko main dgn perlis dulu. la ni hang main bola lagi x? oh dah pandai cakap melayu noh

      Padam
    4. Salah UMNO-BN!

      Padam
  2. "To learn who rules over you, simply find out who you are not allowed to criticize." - Voltaire - [François Marie Arouet] (1694-1778)

    jika kamu nak tahu siapa yang menguasai kamu - cukup senang - kenali siapa yang tak boleh kamu kritik - VOLTAIRE

    I rest my case..my lord.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kritik xkena cara..xkena adab..kenapa perlu sebut "berhala" sedangkan banyak lagi perkataan yang sesuai..tegur kalau dengan berhemah, lagi menusuk kalbu..tegur dengan xde adab?sendiri fikir la..

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg hang kutuk noob sampai kena delete?

      Padam
    2. apa yg hang kutuk noob sampai kena delete?

      Padam
    3. dia tak kutuk aku, tapi macam aku tulis kat atas suara, kebebasan bersuara itu ada batasannya...

      Padam
  4. sultan ni takde fungsi pun sebenarnya.. menghabiskan duit rakyat je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sultan ada fungsinya, sila rujuk sini - http://www.scribd.com/doc/4608907/KERAJAAN-NEGERI

      kita yang asyik mempertikai fungsi orang lain ni, apa pula fungsi kita ni?

      Padam
    2. maafkan saya saudara noob. tetapi klu dilihat dalam website yg disertakan.
      terdapat beberapa sekatan kuasa RAJA/SULTAN/YDPB/YDPN yang tidak langsung diguna pakai oleh golongan elite ini. Ambil sahaja contoh kes prebet adam. apa rakyat biasa mampu buat? 1 perkara yg bersyukur mempunyai negara yg masih mengamalkan sistem monarki ini adalah sy lahir beragama Islam. Agama Islam di Malaysia masih mendapat kelebihan dengan adanya sultan.

      "Raja yg sebenar bukan Hokage. tetapi generasi akan datang yg akan mewarisi negara ini"

      -Naruto

      Padam
    3. Generasi kroni sebenarnya

      Padam
    4. Tugas utama seorang pemimpin memastikan rakyatnya hidup sekurangnya sederhana...tapi....

      Padam
  5. Walau tukar kerajaan institusi King xkn berubah. Tidooo la lagi bagus esok nk upsr.

    BalasPadam
  6. aku tak berani nak cakap nanti aku kena tangkap...tapi...errr...

    BalasPadam
  7. aku tak berani nak cakap nanti aku kena tangkap...tapi...errr...

    BalasPadam
  8. klu sultan xde.. org bkn mlayu pun ble jd MB... makin me layu la org mlayu....hahaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinggal tu je lah pusaka Melayu. Ekonomi, tanah & politik melayu dah tergadai habis!

      Padam
    2. Yg gadai semua tu pun Melayu kroni keparat ops.. korporat yg ade connection ngan gomen n para sultan jugak..

      Padam
  9. Mereka mahu hapuskan sultan kerana adanya sultan menyekat cita-cita mereka untuk menguasai negara ini.

    Mereka mahu menjadikan negara ini seperti negara China yang mana negara itu telah menghapuskan sistem beraja mereka suatu masa dahulu. Akhirnya negara China kehilangan identiti, kebudayaan mereka hampir terlenyap malah menjadi sebuah negara yang tiada agama kerana kerakusan golongan ini mengejar kekuasaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tak beragama, mereka hidup berbogel macam pesta sukan bogel di Pulau Pinang!

      Padam
    2. tiada kebudayaan, tiada agama.
      take noted...tuttt dafuq??

      Padam
  10. Selagi org malaysia mempunyai mentaliti yg rendah..susah nak kawal kebebasan suara yg terkawal...main suka hati ckp mcm xde sensitivi langsung..nak bersuara secara ilmiah la, tp byk antara kita sibuk emosi dr apa yg nak disampaikan. Jd mc Singapore baru tau..cakap sikit terus masuk jel

    BalasPadam
  11. kalau dalam rumah tangga suami jadi imam.. kalau dalam masjid solat berjemaah pun pasti ada imam,,
    macam mana umat islam malaysia nak bersatu kalau sultan selaku khalifah nak dihapuskan.. korang nak tiru negara komunis ke..? heheheh..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.