Menceritakan kembali insiden kekecohan di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi itu, Aizuddin mengakui tidak mengetahui punca sebenar mengapa dia diserang secara tiba-tiba oleh individu berkenaan.
"Saya tak ganggu keluarga mangsa (MH17), tiba-tiba saja satu tumbukan hinggap di muka saya...tumbuk curi," kata Aizuddin ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Menurut Aizuddin, ketika kejadian, dia dan kumpulan jurugambar daripada agensi media lain berada jauh daripada keluarga mangsa setelah dihalang daripada membuat liputan.
"Ketika itu petugas media mula menumpukan perhatian kepada saya kerana telah dikasari oleh seorang lagi ahli keluarga mangsa sehingga lensa kamera dan flash saya patah.
"Sebab itulah saya hairan mengapa saya diserang lagi sedangkan saya sudah tidak merakamkan apa-apa gambar ketika itu," katanya.
Terdahulu, ketika urusan mengeluarkan jenazah daripada van jenazah, seorang individu secara tiba-tiba bertindak ganas terhadap seorang jurugambar Utusan Malaysia, Rushdi Salleh.
Aizuddin yang ketika itu berada di lokasi kajadian merakamkan insiden kekecohan tersebut hingga menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan apabila menyedari tindakannya dirakamkan.
"Semasa di luar lagi saya sudah dikasari sehingga kamera rosak. Tapi ketika itu kekasaran tidak membabitkan sentuhan fizikal.
"Yang peliknya bila saya dibawa masuk ke ruang dalam, sekali lagi saya diserang tanpa sebab," katanya.
Menurut Aizuddin, dia membuat laporan polis berhubung insiden itu di Balai Polis Sungai Besi.
Sumber MStar.
Aku faham keluarga mereka sedang bersedih atas kehilangan ahli keluarga dalam tragedi MH17, tapi itu bukan alasan untuk sesuka hati menumbuk muka jurugambar yang datang untuk buat liputan sampai berdarah muka dan kamera hancur. Dalam video tu nampak jurugambar tu tak buat apa2 pun tapi terus kena terjah tanpa amaran dan muka terus dihinggap penumbuk. Walau tak suka dengan kedatangan wartawan dan jurugambar serta mahukan privasi, gunakan diplomasi bukan buku lima. Bengang dan marah macam mana pun, kita tiada hak untuk memukul orang lain. Kita ni hidup di zaman batu lagikah?
Dalam masa yang sama ramai juga keyboard warrior yang mengkeji dan mengutuk tugas jurugambar dan wartawan yang dikatakan selalu mengganggu privasi orang, walau tak dinafikan ada juga di antara mereka yang kurang etika kewartawanan dan kejurufotoan, tapi percayalah, tanpa mereka, macam mana korang nak baca dan tengok apa2 berita kat TV, akhbar dan Internet?
Kecuali wartawan hiburan yang kerjanya bergossip, mengorek dan menjaja cerita artis, itu kalau takde pun takpe.
tags: jurugambar jurufoto photographer wartawan nstp ditumbuk kena tumbuk pukul ahli keluarga mangsa mh17 muka berdarah kamera pecah
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamInilah amalan kuno UMNO-BN!
PadamSokong Azizah jadi MB Selangor!
Inilah contoh manusia bodoh.. takpelah.. takat tu je lah mentaliti hang...
Padammasalah biasa dalam kewartawanan
BalasPadammencari scoop berita untuk tatapan VS privasi dan hak untuk melindungi identiti diri
tp kenapa x ramai bash wartawan hiburan yang sering kali melampaui batasan?
pasal dah biasa wartawan hiburan buat macam tu kira oklah?
Cabaran seorang wartawan...
BalasPadamIni belum lg menjadi wartawan di zon perang, tentu cabarannya lebih kuat..
Walaubagaimanapun, tindakan menumbuk jurugambar oleh individu tersebut adalah salah.
Merakam xingat..xsemua privasi org bleh dcabuli.
BalasPadamtp over la smpai tumbuk2 org
xpasal2..kesian.
Kenapa tak balas balek..
BalasPadambetul tu, balas balik lah..kamera dah rosak tu, balik kamera kat muka orang yang tumbuk tu..
Padamdia balas la.. balas dengan report polis.. kuikuikui
PadamMungkin kamera tidak sengaja terlanggar kepala salah seorang ahli keluarga mangsa, tu yang jadi naik angin. Tetapi wartawan memang patut jaga etika mereka, tak kiralah samada wartawan hiburan atau tidak.
BalasPadamOh Rozana
BalasPadamDengan RM10K kau bisa membeli bisjut & royi
tapi RM10K itu ko enggan membeli bisjut & royi
Bisjut & royi juga dibeli oleh bangla
tapi tidak untuk persahabatan sesama jejaka bangla
Oh Rozana
dengan RM10K kau bisa memikat jejaka bangla
tapi tidak untuk aku
jadi dengan RM10K
ia hanya umpan darimu
jejaka bangla kecewa kerana maukan bisjut & royi
untuk itu,
berikanlah semua bisjut & royi pada jejaka bangla,
agar mereka tau nilai sebenar RM10K
Nak bisjut?
Nak 10K?
1. seorang individu secara tiba-tiba bertindak ganas terhadap seorang jurugambar Utusan Malaysia, Rushdi Salleh.
BalasPadam2. Aizuddin yang ketika itu berada di lokasi kajadian merakamkan insiden kekecohan tersebut hingga menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan apabila menyedari tindakannya dirakamkan.
3. "Semasa di luar lagi saya sudah dikasari sehingga kamera rosak. Tapi ketika itu kekasaran tidak membabitkan sentuhan fizikal.
4. "Yang peliknya bila saya dibawa masuk ke ruang dalam, sekali lagi saya diserang tanpa sebab,"
aku tak faham sebenarnya cerita ni mula2 macam mane.. tapi dari andaian aku..
1. Si penumbuk marah kat Rushdi Salleh sebab buat liputan tentang family dia.
2. Aizuddin merakamkan kejadian si penumbuk memarahi Rushdi Salleh. Si penumbuk terus bengang dengan Aizuddin sebab rakam gambar dia marah kat orang.
3. Si penumbuk mengasari Aizuddin sampai kemeranya rosak.
4. Apabila berada di dalam, si penumbuk masih tak puas hati dengan Aizuddin, si penumbuk bagi sedas tumbukan padu tepat pada muka Aizuddin.
gitu la kot fahaman aku.. means si penumbuk ni memang dah angin 1 badan start daripada awal la dengan wartawan si *Aizuddin ni..
tanpa noob untuk ulas berita, korang nak baca apa kat dalam ni? kalau jumpa noob kurang ajar kat luar, korang jangan nak tumbuk.. itu adalah pengorbanan dia demi pembaca sekalian..
BalasPadamPadan muka.. gambar special nak tangkap, elok minta permisi dulu donkxx. Ini semua mau terjah. Berani langgar, berani tanggung la. Jgn ingat kau tu wartawan, sumer bende boleh terjah.
BalasPadamKalo berani, kuatkan kuda2 sajalah. Gambar orang mati pun gaduh nak tangkap. Ingat manusia ni mcm anjing tepi jalan ka?
Kpd bakal2 wartawan, tolonglah hormati privasi org lain. Wartawan bukannya nabi atau malaikat melakukan urusan atau suruhan Tuhan. Apalah sangat berita kematian nak diusahakan jugak2 nak dpt gambar tercantik terbagus? Cukuplah dgn apa yg ada. Ini urusan family.
Baru kene mcm ni, pun masih tak paham2 kesalahan yg dibuat? Apa punye bangang la wartawan Melayu ni. Mujur tak kena tikam bertubi2. Kalu kene gini pun madih tak paham2.. mmg layak la dia ni jadi meleis bebal dan lembam.
kau ade kat sana ke yang kau main tuduh melulu.. apa hak dia sampai nak tumbuk muka org.. sakai lah kau ni..
Padamwartawan tuu pn kdang2 salah jgak.. Mgkin biase bg diorg tp bg mangsa tu privasi.. Tp nak wt cmne,dah itu keje diorg.. Yg si mangsa tuu pn satu, main tmbuk jee.. Klau marah ea pun ,takyah la tmbuk..nampak sgt t'lampau m'gikut emosi..kan ad cara lbih elok..
BalasPadamakuku
BalasPadamyang tumbuk tu memang salah , tapi wartawan pun melampau jugak aku tengok time dia buat keje. satu lagi wartawan ni kadang2 jadi batu api buat orang gaduh kalu tak caya korang perhati la kat tv.