Jumaat, 10 Oktober 2014

22 Golongan yang orang Malaysia paling tidak percaya

Dari ahli politik ke doktor, cikgu ke peguam, jurnalis ke professor, polis ke pembaca berita, kakitangan kerajaan ke ahli korporat, golongan manakah yang paling dipercayai oleh kebanyakan orang2 Malaysia dan golongan manakah yang paling kurang dipercayai?


Mengikut soal selidik yang dijalankan oleh Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) pada tahun 2006 (walaupun lama tapi ia masih relevan pada masa ini), golongan yang paling dipercayai adalah doktor. Serius, siapa yang berani persoalkan doktor? Bila kita sakit, kita pergi jumpa doktor, dia cakap la apa pun pasti kita akan percaya tanpa banyak soal, dia cakap la ko sakit apa pun, berani kau nak mempertikaikan doktor?

Golongan kedua yang paling dipercayai rakyat Malaysia adalah cikgu. Cikgu juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam masyakarat. Dan jarang murid mempersoalkan apa yang cikgu ajar. Sebab apa, sebab mereka itu cikgu. Siapa lagi yang murid2 nak percaya kalau bukan cikgu mereka, malah penting bagi ibu bapa meletakkan kepercayaan kepada guru2 anak mereka sebab tanpa guru, siapalah anak mereka.

Diikuti dengan professor, pengkhutbah (ilmuwan agama seperti ustaz/sami/paderi), saintis, peguam, pembaca berita, wartawan, kumpulan pekerja, pekerja kerajaan dan orang awam. Siapakah pula golongan2 yang menduduki tempat terbawah dalam kepercayaan rakyat?

Itulah menteri, ahli korporat dan yang paling orang tak percaya, seperti yang semua orang pun fikir, iaitu ahli politik.



Serius, siapa yang percayakan ahli politik? Namun malangnya, golongan yang orang paling tak dipercayai inilah yang menguasai kita dan menggubal dasar untuk kita. Nak buat macam mana, nak suruh doktor, cikgu dan professor jadi pemimpin kerajaan, tak boleh pula.

Kasihan...




tags: siapa orang malaysia paling tak percaya golongan doktor cikgu ahli politik menteri politician minister doctor teacher biem survey on trust integrity whom does malaysian trust most

22 ulasan:

  1. maafkan aku kawan,

    aku nak berdakwah kejap, okay tak per aku belum mabuk ketum 100% baru 5% aje...

    pada pandangan aku laa kan, kita tak boleh percaya dengan munafik...kalau kau nak tau siapa munafik Tuhan dah kasi tau dalam Quran, pi baca,

    Tuhan cakap kalau kau nak tahu manusia munafik kau tgk bahasa tubuh dia...bila dia bercakap benda yang tak ada fakta dia akan automatik bagitau kau dia nak tipu kau...sebagai contoh, kalau dia tgh cakap dengan kau tiba-tiba dia pegang tangan dia, dia garu kepala dia...itu satu tanda...kau boleh dengar apa dia cakap tapi lepas tu kau kena cek kesahihan cerita dia...

    zaman sekarang nih lebih banyak penipu dari org yang cakap benar...ini statistik semua tak boleh pakai...

    kalau kau musician...kau lagi tau siapa bohong dengan kau dan siapa cakap benar dengan kau...sebab kecenderungan kau pada tone suara dan frekuensi bunyi membuatkan kau boleh decode maksud sebenar seseorang bila dia bercakap dengan kau...

    bagi aku, kalau kau nak percaya, kau percaya Tuhan aje sebab Tuhan tak pernah bohong dengan kau...

    ps: ya. aku pi mampus sekarang, ye aku tak sebut lagi dah...ye, aku pi pekena ketum dulu...okay ciao!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye yea aku tau ko mmg xpercaya kt edrie hashim...

      Padam
    2. noob ada kes jadi munafik ke? ok... noob seorang munafik bak kata pendakwah di atas

      Padam
    3. Eja munafik dlm jawi pon ko tak tahu ko nak gebang

      Padam
    4. Paling tak boleh percayai ialah UMNO-BN

      Paling boleh dipercayai ialah PKR-PR

      Padam
  2. Kalau tanya puak-puak perkasa,umno,pekida dll, golongan yg plg x boleh dipercayai ialah org cina sebab konon-kononnya org cina duk menipu je kerjanya. Kl diorang sendiri yg menipu xpa

    BalasPadam
  3. kalau tanya puak PR plak yang paling tak percaya ialah sepol bukhari bekas PEMBANTU nuwar berahi sebab kena liwat oleh nuwar berahi...

    oo ye pastu kena sokong peliwat baru la dinamakan keadilan

    BalasPadam
  4. bukankah salah seorang bekas PM kita adalah doktor....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. dia adalah politician yg paling ulung juga.. kahkahkah.. nabi jaga umat jadi makin miskin.. ini jaga rakyat, anak2 jadi kaya raya..

      Kesimpulan macai BN..hidup ex PM ni lebih barakhoh dari Nabi Muhammad..

      Padam
  5. kita? maaf, aku xpernah percaya doktor, ubat bukan2 je nk kasi, korang pernah baca tak artikel doktor kerbau mne tah yg dok kata pompuan pregnant elok mkn tahi ikan bilis. diulang, tahi ikan bilis, diulang, TAHI. contoh kena terang, keh3

    BalasPadam
  6. Dalam tak percayakan ahli politik pon, macai tetap ramai jugak...hahahah

    BalasPadam
  7. ak percaya dgn doctor, bru ak sdar ble bce artikel nie.. Bg ak org yg xpercaya doctor ni mesti dia takut mkan ubat kot.. Cikgu ak xde laa p'caya sgat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat artikel noob pasal kawan yg asshole dulu tu.. susah aku nak buat kesimpulan..apapun aku ucapkan terima kasih banyak2 noob produce artikel kawan yg asshole tu..

      Inilah artikel terbaik aku pernah baca kat BO. Dan blom ada yang paling best selain ini..Ko noob, banyakkanla sikik buat artikel self development ni.. meletop..

      Sumer manusia disekeliling kita berpotensi menjadi asshole bila2 masa.

      Padam
  8. Paling xpercaya:

    1. Manusia politik (dua2 BN n PR, bodoh sombong, kuman seberang lautan nampak..).
    2. Cikgu (cikgu zmn skrg xlyk jd cg, cg merokok anak murid isap dadah..).
    3. Doktor (kumpul hrta, bkk klinik, jual MC, ceramah motivasi kaw2 bnda biasa je duit byrn fuhhh..)
    4. Ahli korporat (ada udang di sebalik batu, sama mcm manusia politik)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku bagi dua sebab ko terpaksa percaya doktor dan cikgu walau ko cakap tak nak percaya?
      1. kalau ko sakit, ko akan cari doktor. takkan ko nak cari jurutera tanya apa sakit ko, melainkan ko doktor.
      2. ko nak anak ko belajar, ko akan cari cikgu. takkan ko nak ajar sendiri, walaupun ko seorang cikgu, sebab kalau ko cikgu fizik, camana ko nak ajar dia subjek english.

      Padam
    2. Haha...bagus Noob.

      Padam
    3. dimana kedudukan jurutera?

      Padam
    4. xdak bang.. dalam lagu patriotik pun tak sebut jurutera.. Nelayan, petani, pakar IT, Pakar ekonomi tu ada la..

      Padam
  9. silap noob.bagi aku kalau dia cikgu fizik sekalipun dia masih boleh ajar anak dia english la..bebudak sekarang parents sume ajar english since infant.melainkan kalau dia cikgu fizik tapi dia dia nak anak dia belajar spanish tu x bolhela tp kalaua dia terer dia masih boleh ajar.eh lantakla

    BalasPadam
  10. pilihlah Doktor yg jadi ahli politik. contoh dah ada. Dr Mahathir..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.