Jumaat, 10 Oktober 2014

15 Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2015

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Bajet 2015 'pro-rakyat' yang meliputi pelbagai langkah mengurangkan beban kos hidup ini menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".




Berikut adalah ringkasan, rumusan dan intipati kandungan Belanjawan Negara 2015:

Jumlah bajet: RM273.9 bilion

Perbelanjaan mengurus:  RM223.4 bilion
Perbelanjaan pembangunan: RM50.5 billion

Unjuran pertumbuhan KDNK

2015: 5.0% - 6.0%
2014: 4.5% - 5.5%
2013: 4.5% - 5.5%
2012: 4.5% - 5.0%

Unjuran hasil

2015: RM235.2 bil
2014: RM224.1 bil
2013: RM220.1 bil
2012: RM206.2 bil

Unjuran defisit

2015: 3.0% daripada KDNK
2014: 3.5%
2013: 4.0%
2012: 4.5%

Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan enam SRI dilaksanakan. Keseluruhan pelaburan mencecah RM219 billion dan lebih daripada 437,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dibentuk.

Ekonomi negara berkembang dengan positif dalam keseluruhan sektor dengan pertumbuhan KDNK 6.3%.

Kadar pengangguran kekal pada tahap 3.1 peratus, sama seperti
tahun lalu.

Untuk tahun 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh di antara 5% dan 6% manakala defisit fiskal dijangka merosot kepada 3% daripada GDP.


Pendapatan cukai dan perbelanjaan
  • Pendapatan kerajaan dijangka berjumlah RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
  • Unjuran hasil GST: RM23.2 bilion
  • Kerugian dari barangan dikecualikan cukai: RM3.9 bilion
  • Kerugian dari pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan: RM13.8 bilion
  • Ini memberi jumlah RM5.6 bilion, di mana RM4.9 bilion daripadanya akan diagih semula dalam program kebajikan, termasuk BR1M.
  • Jumlah hasil dari GST pada 2015 diunjurkan berjumlah RM690 juta.

Latihan pengecualian cukai untuk GST akan diperkenalkan bagi syarikat.
  • Sebanyak 532 barangan, atau 56% daripada indeks harga barangan pengguna, termasuk bahan makanan akan turun harga.
  • Barangan lain akan melibatkan kenaikan harga kurang dari 10 peratus.

Projek infrastruktur
  • Lebuh raya Sg Besi - Hulu Kelang RM 5.7 bilion
  • Lebuh raya Taiping - Banting RM5 bilion
  • Lebuh raya Damansara - Shah Alam RM4.2 bilion
  • Jalan Lingkaran Luar KL 1.6 bil
  • Naiktaraf rel pantai timur 150 juta
  • MRT Selayang-Putrajaya 23 bil
  • LRT3, Bandar Utama - Shah Alam - Klang RM 9 bilion
  • Kompleks industri petroleum Pengerang RM69 bilion
  • Internet jalur lebar berimpak tinggi, berjumlah RM2.7 dalam tempoh tiga tahun.

Cukai pendapatan
  • Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan di antara 1 hingga 3 mata peratus - menyebabkan 300,000 pembayar cukai individu tidak perlu membayar cukai.
  • Pembayar cukai dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan akan dikecualikan dari membayar cukai.
  • Cukai pendapatan individu akan distruktur semula. Kadar maksimum akan dinaikkan kepada tahap lebih daripada RM100,000 kepada tahap lebih daripada RM400,000. Kadar cukai maksimum 26% akan dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.

Bumiputera

  • RM600 juta untuk Ekuinas bagi meningkatkan pemilikan bumiputera dalam syarikat swasta dan berkaitan kerajaan.
  • RM30 juta untuk skim permulaan perniagaan usahawan bumiputera.
  • RM2 bilion untuk MARA bagi tajaan pendidikan bagi siswa bumiputera yang layak.

Khidmat kesihatan
  • Pengecualian cukai dinaikkan dari RM5,000 kepada RM6,000 setahun untuk pesakit yang mengikuti rawatan untuk penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung.
  • Pengecualian itu diberikan kepada pembayar cukai, pasangan dan anak-anak.
  • Dua hospital baru akan dibina, Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak.
  • 20 klinik kesihatan dan empat klinik pergigian akan dibina di Kuala Lipis, Pahang dan Kluang, Johor.
  • Penubuhan lebih 30 klinik 1Malaysia, menjadikan jumlah 290 buah.
  • Menggantikan 635 unit mesin hemodialisis di hospital kerajaan dan klinik untuk RM30 juta.
  • Kerajaan juga menyediakan ruang di hospital kerajaan dan klinik kesihatan untuk menempatkan 244 mesin hemodialisis
  • RM45.4 juta untuk menyediakan ubat kepada pesakit mengikuti rawatan hemodialisis kronik dan akut.
  • Pembelian alat untuk membasmi wabak denggi dan juga mengedarkan 55,000 bahan ujian denggi ke klinik swasta dengan kos RM30 million.

Kenaikan gaji MP
  • Kenaikan elaun MP Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinaikkan dari gred 54 ke gred Jusa C.
  • Gaji dan elaun Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta timbalan mereka dinaikkan berkuatkuasa 1 Januari 2015.
  • Kerajaan akan menyemak semula skim gaji anggota kabinet dan membuat keputusan pada masa sesuai, ini termasuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri.
  • Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 akan dibayar pada Januari 2015.
  • Penerima pencen kerajaan juga akan menerima bantuan kewangan khas RM250.

Pengurangan subsidi
  • Satu mekanisme baru subsidi bahan api akan diumumkan tidak lama lagi, ekoran peningkatan jumlah kenderaan.

Barangan dikecualikan GST
  • Semua buah-buahan tempatan
  • Roti putih, bijirin penuh, kopi, teh, koko
  • Mi, kuetiau, laksa
  • Ubat-ubatan untuk rawatan 30 jenis penyakit termasuk jantung dan kanser
  • Akhbar
  • Buku mewarna
  • Elektrik sehingga 300 KWH
  • Diesel RON95 dan diesel

Insentif pekerja
  • Akta Pekerjaan 1955 akan disemak semula bagi memastikan suasana kerja lebih baik termasuk pelantikan dan pemecatan.
  • Peluang meningkatkan kemahiran dan bantuan kewangan sementara bagi pekerja yang diberhentikan melalui sistem insuran pekerjaan.
  • RM300 juta untuk latihan teknikal dan bantuan pendidikan untuk anak muda India dari keluarga berpendapatan rendah.

Perumahan untuk belia
  • Had pembiayaan untuk rumah pertama berharga tidak melebihi RM500,000 untuk pasangan beliau berusia di antara 25 hingga 40 tahun berpendapatan tidak melebihi RM10,000.
  • Kerajaan akan sediakan bantuan RM200 sebulan kepada peminjam untuk dua tahun pertama bagi mengurangkan beban bayaran ansuran. Tempoh pinjaman maksimum 35 tahun.
  • Kerajaan juga beri pengecualian 50% duti setem ke atas perjanjian pindah milik dan perjanjian pinjaman.

Pendidikan sekolah
  • Perutukan RM1.2 bilion untuk pendidikan vokasional untuk meningkatkan kemasukan ke institusi vokasional dan teknikal.
  • RM100 juta untuk menyedia lebih banyak tempat di kolej vokasional.
  • Pelepasan cukai untuk syarikat yang menyediakan biasiswa untuk sijil teknikal, latihan industri dan latihan profesional tambahan yang diiktiraf.

RM800 juta untuk sekolah
  • Sekolah kebangsaan (RM450j), SJKC dan SJKT (masing-masing RM50j), sekolah agama (RM50 j), sekolah berasrama penuh (RM50j)
  • Seklah agama bantuan penuh kerajaan RM50 j
  • MRSM (RM50 j)
  • Sekolah pondok berdaftar (RM25 j)
  • Sekolah menengah Cina jenis kebangsaan yang menggunakan sukatan kebangsaan (RM25 j)
  • Bil air dan elektrik sekolah akan ditanggung sehingga RM5,000 sebulan

Pendidikan tinggi
  • RM3 bilion untuk membiaya siswa
  • RM1.9 bilion untuk Jabatan Perkhidmatan Awam
  • RM759 juta untuk Kementerian Pendidikan
  • RM258 juta untuk Kementerian Kesihatan.

Pinjaman PTPTN
  • Rebat 10% bagi golongan yang membayar secara berterusan sehingga 31 Disember 2015.
  • Diskaun 20% bagi peminjam yang membayar penuh sehingga 31 Mac, 2015.
  • Isi rumah dengabn pendapatan RM4,000 ke bawah akan mendapat geran berjumlah sama jika menyumbang kepada Skim Simpanan Pendidikan Tinggi.

Industri kecil dan sederhana (SME)
  • Dana RM375 juta, RM120 juta daripada sektor swasta
  • RM80 juta untuk dana automasi
  • RM500 juta untuk 5,000 usahawan India
  • RM50 juta untuk usahawan bekas tentera
  • Dana RM70 juta bawah SME Bank untuk mengeluarkan kenderaan elektrik. Sasaran awal pengeluaran 50 bas elektrik.
  • RM50 juta untuk membangunkan jaringan kajian awam-swasta

Sabah dan Sarawak
  • RM27 bilion untuk Lebuh raya Pan-Borneo (936km di Sarawak dan 727km di Sabah).
  • RM262 juta untuk membiaya kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan dan dasar piawai harga.
  • Dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia di Sabah dan tiga di Sarawak
  • RM19 juta untuk subsidi padi bukit

Pertanian, perikanan
  • RM100 juta untuk menggalakkan tanaman padi di Rompin, Batang Lupar, Kota Belud dan Pekan
  • Peningkatan elaun sara hidup untuk nelayan (Zone A: RM300, Zon B: RM250
  • Elaun bulanan RM200 untuk nelayan sepenuh masa
  • RM60 juta untuk tambahan nelayan akuakultur dan sangkar untuk tempoh monsun
  • RM250 juta untuk projek perumahan nelayan dan meningkatkan taraf kampung nelayan.
  • RM500 bantuan one-off untuk pekebun kecil getah yang terjejas dengan kejatuhan harga.
  • Pinjaman mudah kepada koperasi pekebun kecil bagi membolehkan mereka membeli getah secara terus dari pekebun kecil
  • Insentif RM41 juta untuk pekebun kecil kelapa sawit.

Esscom
  • RM230 juta (melalui program CSR Petronas) untuk peralatan berkapasiti tinggi.
  • RM50 juta untuk menaik taraf lapangan terbang Lahad Datu untuk membolehkan pesawat berkapasiti tinggi mendarat.
  • Pemindahan berperingkat-peringkat untuk kampung air di Semporna dan Sandakan.

Wanita
  • Pengarah wanita akan dilatih untuk mengisi kekosongan sebagai anggota lembaga GLC dan sektor swasta.
  • Program untuk surirumah bagi menggalakan wanita kembali bekerja
  • Program bawah Talent Corp untuk membantu profesional wanita kembali bekerja
  • RM30 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia bagi menggalakkan keusahawanan di kalangan wanita India
  • Hak cuti menjaga anak tidak lagi terhad pada tempoh cuti bersalin
  • Kerajaan mempermudahkan syarat majikan menyedia pusat jagaan anak

Kebajikan
  • Bantuan kewangan RM1.2 bilion untuk keluarga miskin, golongan warga emas dan OKU.
  • Elaun OKU dinaikkan dari RM50 kepada RM350 sebulan (bekerja) dan RM200 (tidak bekerja).
  • Pengecualian cukai sehingga RM6,000 untuk keluarga dengan anak OKU, meningkat dari RM5,000.
  • Pengecualian cukai sehingga RM6,000 untuk membeli alat bagi golongan OKU, termasuk pembayar cukai, pasangan, anak dan ibu bapa (meningkat dari RM5,000).
  • Elaun makanan harian untuk institusi kebajikan meningkat dari RM8 kepada RM16 setiap penghuni.
  • Tambahan lima pusat kegiatan warga emas dan khidmat jagaan, termasuk pengangkutan percuma ke hospital.
  • RM711 juta untuk pendidikan awal, termasuk Perumahan PERMATA.
  • RM1.3 bilion untuk Program Perumahan 1Malayaisa. Syarat disemak semula kepada had pendapatan isi rumah RM10,000 (meningkat dari RM8,000).
  • Skim sewa beli untuk golongan yang tidak mendapat pembiayaan bank.
  • RM644 juta untuk membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat.
  • Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di tanah milik sendiri

Pembangunan luar bandar
  • RM943 juta untuk membina 635km jalan luar bandar, termasuk jalan bekas pembalakan di Sabah dan Sarawak
  • RM1.1 bilion untuk melaksana sambungan elektrik untuk 15,000 rumah
  • RM394 juta untuk melaksana bekalan air bersih luar bandar untuk 7,500 rumah
  • RM200 juta untuk memulihkan 9,500 rumah daif
  • RM160 juta untuk menaiktaraf khidmat pengangkutan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak.
  • RM352 juta untuk program pembangunan ekonomi Orang Asli, kemudahan infrastruktur dan meningkatkan taraf hidup.
  • RM26 juta untuk memasang tiang lampu di 22,000 kampung
  • Kerajaan akan membentuk Rancangan Air Kebangsaan untuk memastikan kelestarian bekalan air jangka panjang.
  • RM112 juta untuk mengurangkan air tidak berhasil dan membaiki paip bocor

Jenayah dan keselamatan
  • RM17.5 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia dan RM9.1 bilion untuk polis. RM804 juta untuk Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia untuk memperkukuh penguatkuasaan maritim.
  • Peningkatan anggita polis sebanyak 11,757 dan membina tambahan 14 ibu pejabat polis
  • Sebanyak 1,000 unit motosikal peronda dan RM121 juta untuk program polis lain.
  • RM7 bilion untuk latihan pasukan tentera.
  • RM177 untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat
  • Geran RM50 juta untuk NGO termasuk pasukan beruniform yang terlibat dalam program pembangunan, perpasuan, kebajikan sosial, kepenggunaan, kesihatan dan keselamatan.

Sumber Malaysiakini.

Teks penuh ucapan Bajet rujuk Berita Harian.

Belanjawan Negara 2015 versi Pakatan Rakyat pula rujuk laman web http://www.pakatanrakyat.my/.




tags: intipati inipati ringkasan rumusan belanjawan bajet 2015 negara malaysia najib razak ucap ucapan teks penuh laporan ekonomi pakatan rakyat pr bn

15 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ahhhh...best pancut kat gambar pompuan sbelah gambar eddeved.

      Padam
    2. Bajet 2015 ni bajet untuk kroni UMNO-BN!

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. weii...aku yang alih laa...kau ni fitnah dia aje...double posting, benda macam nih yang buat aku selalu kena banned...ha ha!

      Padam
  3. Nampaknya kita ada orang baru yang cuba menjadi legend kat sini..mamat eddeved ni siapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. PENGANTI amad yg dulu pernh mengetop kat sini smpi noob mengutuk dia haha2

      Padam
    2. at least dia masuk blog aku dulu, so just to do the honor of blogwalking aje...ha ha! sebab dia laa orang pertama yang komen kat blog aku sampai aku tutup ruangan komen...aku culture shock sial! tak pernah-pernah kena komen, biasanya awek mental aje komen...bila aku masuk sini macam best aje...so dont worry aku tak akan buat kacau kat sini okay, aku eksperimen aje dua tiga komen yang lepas...just to break the ice ha ha!

      Padam
    3. najib bajet untuk rakyat. ko bajet macam bagus pulak

      Padam
  4. Bajet mengampu rakyat.........

    BalasPadam

  5. "Kompleks industri petroleum Pengerang RM69 bilion"
    hari tu cakap kelantan takde minyak so tak perlu wujudkan kemudahan pemprosesan petroleum..
    kat pengerarang ni minyak dari celah mana plak didaratkan?

    BalasPadam
  6. Kelantan tkdak highway..kena buat sendiri...

    BalasPadam
  7. untk penjawat awan jela...org keja kg n swasta mampuih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sendiri pilih jalan hidup. Nak jadi biawak, akhirnya merangkak lemas dan kene langgar kete je la.

      Kami di gomen pun, indah khabar dari rupa. Sama susah juga dgn pekerja swasta. Yg senang2 ialah menteri2 dan orang2 atasan.

      Bersyukur pun kene belasah. Tak bersyukur, lagi kene tibai. Sbb tu ramai buat perangai, sbb xtau nak piket kat sapa. Hati didalam siapa yg tahu. Korang tau mengutuk jer. Sabar kami pun ada hadnya. Silap haribulan parang pun boley terbang.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.