Halaman

Jumaat, 21 November 2014

Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 2

[TONTON ONLINE STREAMING DAN ULASAN] Dengan penyingkiran kumpulan Kepoh dan Sayot pada minggu yang pertama, Maharaja Lawak Mega 2014 untuk minggu ke-2 menyaksikan pertarungan di antara 13 peserta yang tinggal. Untuk MLM2014 minggu ke-2 ini, aku harap semua peserta favorite seperti Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus dan Nabil dapat buat dengan lebih baik dan kelakar, kerana aku yakin peserta lain juga pasti akan memberikan cabaran dan persaingan yang sengit kepada mereka.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 2 di bawah:

TEMA: Bebas

1. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak suami isteri bergaduh, lawak bahan juri, lawak borang poligami, lawak peguam, lawak doktor, lawak anak angkat.
Komen: Persembahan minggu ni lebih baik dari minggu lepas, dengan topik suami gunakan pelbagai helah untuk mintak isteri isi borang kebenaran berpoligami. Nampaknya kumpulan SYJ sudah mula mencari rentak mereka semula pada minggu ini. 

Rating Juri: 4 bintang

2. EKZOS (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak bersunat, lawak kasar, lawak loyar buruk, lawak gigi, lawak rasuah.
Komen: Sketsa diorang ni sebenarnya kalau dibuat pada minggu Kerusi Panas atau Minggu 1 sebenarnya memang lawak, tapi bila konsep yang sama dikekalkan 3 kali dengan subjek seorang lelaki tua yang menjadi tok mudim, tok kadi atau tukang urut, seorang lelaki yang menjadi pelanggan dan seorang budak yang suka buat loyar buruk, lama kelamaan boleh jadi jemu. Kumpulan Ekzos perlu memikirkan sesuatu bahan yang baru untuk terus bersaing di minggu2 akan datang.

Rating Juri: 3 bintang

3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak cari kerja, tong sampah, lawak pengemis, lawak kerusi urut, lawak kasar, lawak sampah.
Komen: Kumpulan Bocey yang merupakan kumpulan underdog yang berjaya pada tahun lepas, tahun ini aura mereka nampak suram sikit, mungkin sebab mereka sudah tidak berstatus underdog. Walaupun lawak pengemis mereka kali ini menjadi dan lebih baik dari minggu lepas, namun masih perlu mengembalikan semula aura mereka seperti tahun lepas.

Rating Juri: 4 bintang

4. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak adik beradik lagi, lawak gaduh2, lawak main kuali, tong gas dan dapur, lawak lagu tekno.
Komen: Kumpulan Zero ni seperti tahun sudah, diorang panas masa awal2 pertandingan tapi lama kelamaan mereka seperti kekeringan idea. Sketsa tengok TV masa awal2 persembahan tu sangat dragging dan membazir masa, patut boleh diisi dengan bahan yang lebih kelakar.

Rating Juri: 4 bintang

5. SHAKE (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak casting untuk shooting filem, lawak bahan Dato' Jalaluddin Hassan, lawak parodi Who Want To Be a Millionnaire dan budak sengal yang pergi audition Mas Idayu.
Komen: Persembahan mereka minggu ini memang tidak terjangka. Kalau biasanya mereka membahan Amir, kali ini mereka membahan Dato' Jalaluddin Hassan yang dilakonkan oleh Bell Ngasri, dan mungkin sebab tu Dato' Jalaluddin Hassan cuma bagi 3 bintang. Walaupun bagi aku sangat kelakar, tapi lawak ini hanya boleh dilakukan sekali je, minggu2 depan jangan ulang lagi lawak yang sama, sebab lawak membahan juri ini kalau buat sekali kelakar, buat dua kali meluat.

Rating Juri: 3 bintang

6. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak orang Asli, lawak doktor, lawak konfius, lawak muzik.
Komen: Lawak Shiro minggu ini lebih baik dari minggu lepas, dengan sketsa doktor bandar datang perkampungan orang asli untuk beri khidmat rawatan percuma. Isi lawak utama adalah percakapan orang asli yang dilakon oleh Shahrol. Cuma kumpulan Shiro ni bagi aku lawak diorang lawak baik sebab diorang jarang atau mungkin tak pernah buat lawak yang kasar dan merapu.

Rating Juri: 4 bintang

7. SAMURAI (Laugh-O-Meter: HEH)

Intipati Lawak: Lawak perompak 1st time merompak bank, lawak pak guard, lawak orang tua, lawak melatah, lawak bahan juri, lawak kencing dalam seluar.
Komen: Persembahan kumpulan Samurai macam serba tak kena minggu ini. Mungkin kerana bahan lawak seperti pak guard dan pencuri ini dah terlalu biasa dilakonkan dari dulu lagi di pentas Raja/Maharaja Lawak, malah pada minggu pertama Comey dah lakonkan watak pak guard.

Rating Juri: 2 bintang

8. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak stand up comedy, lawak iklan tak realistik VS iklan realistik.
Komen: Bermula dari persembahan peserta pertama hinggalah Nabil, bagi aku persembahan Nabil yang paling terbaik setakat ini. Ideanya cuba merealistikkan iklan TV di Malaysia agak kreatif walau pada akhir2 tu dia agak lost dan terlupa skrip, mungkin dia kurang bersedia dan tak cukup berlatih kerana terlalu sibuk dengan tugas lain. Apa2pun, mungkin lawak pad wanitanya itu agak sensitif dan sebab itu Fazura cuma bagi 3 bintang.

Rating Juri: 3 bintang

9. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE)

Intipati Lawak: Lawak doktor bapok rawat orang tua sakit, lawak loyar buruk.
Komen: Walaupun ada sedikit punchline2 yang boleh lah membuatkan audien ketawa, namun secara keseluruhan, persembahan kali ini memang agak hambar, walau pada kebiasaannya watak bapok mudah membuatkan orang ketawa. Mungkin abang sado tak sesuai melakonkan watak bapok kerana dia lebih sesuai membawa watak orang yang hati kering macam kebiasaannya.

Rating Juri: 2 bintang

10. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak keluarga sambungan minggu lepas, lawak lagu, lawak ayah sakit, lawak gaduh, lawak gay, lawak marah2 jerit2.
Komen: Kumpulan Sepahtu kali ini beraksi tanpa Ilya kerana Pak Ya masuk hospital atas masalah kesihatan. Walaupun tanpa Ilya, Jep dan Shuib masih mampu menyambung sketsa minggu lepas, cuma diorang terlalu banyak menjerit bagi aku agak mengganggu mood persembahan. Apa2pun, doakan agar Pak Ya cepat sembuh.

Rating Juri: 4 bintang

11. COMEY (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak anak lembut buat hal kat sekolah, lawak cakap cina, lawak lagu, lawak bunyian.
Komen: Bermula dari MLM yang lepas2 lagi, sebenarnya kumpulan Comey ni punchline2 diorang ni lawak dengan lawak kering dan cakap lepas, tapi mungkin personaliti mereka kurang aura, sebab dalam persembahan mereka kali ini banyak je punchline yang mampu buat aku gelak terutama bab Ropi cakap cina, nyanyi lagu Who Lets the Dog Out dan Frozen. 

Rating Juri: 2 bintang

12. VIRUS (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Intipati Lawak: Lawak orkestra, lawak muzik, lawak bahasa Inggeris, lawak alat muzik, lawak merapu meraban.
Komen: Mungkin sebab kumpulan Virus ini lebih ramai yang berasal dari kumpulan Jambu, maka lawak diorang banyak influence dari lawak merapu Jambu sampai Zizan pun terpengaruh sekali, tapi bagi aku persembahan kali ini memang sangat lawak dan terbaik. Aku dari dulu lagi memang minat lawak merapu Jambu, cuma kadang2 lawak diorang sukar difahami oleh budak2 muda dan orang yang tak faham suatu subjek yang cuba dilawakkan tu, seperti contoh Yaya Toure, main chord muzik yang sama, tuning peralatan muzik Maracas tu, dan punchline yang lawak adalah part nama saya tahi, lagu Cindai, Najwa Latif dan bila Yus nyanyi lagu All of Me John Legend tu memang aku gelak terguling2. 

Rating Juri: 4 bintang

13. JALOR (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak sarkis, lawak teknikal prop kuda, lawak tiru selebriti, lawak poco2.
Komen: Bagi aku, tahun ini mereka adalah kumpulan underdog baru menggantikan kumpulan Bocey yang mungkin bakal berjaya jika mereka konsisten setiap minggu. Minggu lepas mereka gunakan teknik prop stroller untuk Along jadi bayi, minggu ini diorang guna teknik prop untuk bawak kuda. Cuma prop minggu lepas bagi aku sangat berjaya kerana ia kena dengan jalan cerita, namun prop minggu ini macam sekadar melepaskan batuk di tangga kerana aku tak nampak apa keperluan selebriti yang ditiru seperti Wak Doyok dan Chris Tucker datang majlis dengan naik kuda. Kalau diorang buat perlumbaan kuda mungkin lebih nampak keperluan prop tu. Cuma kalau diorang terus gunakan konsep prop ini pada minggu2 seterusnya agak bahaya sebab mungkin penonton akan jemu. 

Rating Juri: 4 bintang
 

Man of The Match: Jep Sepahtu 

Peserta yang tersingkir: Tiada penyingkiran 

Kesimpulan:

Minggu kedua menyaksikan peserta2 favorite seperti VIRUS, NABIL, SEPAHTU, BOCEY dan SHIRO get back on track balik, manakala impak dari persembahan minggu pertama telah menjadikan JALOR sebagai salah satu peserta favorite yang baru. Manakala peserta2 lain terutama dari Hot Seat menjadi hambar pula minggu ini, kecuali SHAKE yang membuat kejutan membuat lawak membahan Datuk Jalaluddin Hassan yang bagi aku memang menjadi.

Dan lawak2 peserta lain yang cuba membahan juri seperti Taufik Batisah agak hambar terutama kumpulan SAMURAI. Prestasi mereka agak jatuh merudum minggu ini, dan termasuk dalam bottom 3 termasuk WALA dan COMEY. Di harap dengan tiadanya penyingkiran pada minggu ini dapat membuatkan mereka kembali bersaing dengan lebih baik lagi pada minggu depan.

Cuma mungkin taste aku dengan juri dan penonton di sana agak berbeza, macam lawak Nabil bagi aku sangat bagus dan prestasinya seperti kembali zaman Raja Lawak dulu, namun hanya mendapat 3 bintang daripada Fazura. Sama juga seperti lawak SHAKE dan COMEY, ada punchline memang aku gelak gila2 tapi penonton agak hambar tak bagi respon. SHIRO dan JALOR pula ada punchline yang bagi aku kurang lawak tapi penonton pula gelak gila2. Takpe manusia tu tak sama, kalau korang rasa lain dari yang aku rasa, korang boleh bagi pandangan korang sendiri.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 2:

1. VIRUS (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: 4 bintang)  
2. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 3 bintang) 
3. SHAKE (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 3 bintang)
4. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)  
5. JALOR (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
6. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
7. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
8. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 4 bintang)
9. COMEY (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 2 bintang) 
10. EKZOS (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
11. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 4 bintang)
12. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: 2 bintang)
13. SAMURAI (Laugh-O-Meter: HEH | Rating Juri: 2 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak 
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 2 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

14 ulasan:

  1. nabil sikit lagi tu dia boleh hit lagi dia kena pendekkan je kot shot lawak dia mcm dulu2 timing dia memang smart :P

    BalasPadam
  2. knapa video ekzoz 2x? mana vid bocey

    BalasPadam
  3. Bgi aku lh kan.. takde yg smpai thap (LOL) pun..

    BalasPadam
  4. pada sy jambu setakat haha je...lawak sama je..lawak merapu ni budak2 suka la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry..bkan jambu..virus

      Padam
    2. Yup aku setuju. Aku masih mencari apa sebenarnya lawak kat grup virus ni. Sebab punchline dia biasa2 je cuma dapat tepukan dan sorakan gemuruh dari audience. Mungkin peminat zizan yang ramai tu. Tapi tu lah memang ternyata audience banyak bagi pengaruh kat persembahan. Tkpelah mungkin rezki kepada virus tahun ni. Layankan jelah

      Padam
  5. aku rasa shiro ni slalu lawak baik2 dan skema sbb ajak pn mcm kena jaga imej jgn bawak watak kasar dn jahat sgt kot sbb isterinya cikgu.
    tp ape2 pn aku suka tgk idea dorang.

    BalasPadam
  6. damn nabil tiru skit gag concert
    sepahtu pon tiru gak macam skit marry you min sang

    BalasPadam
  7. Tak sempat tengok mlm semalam..huhu
    tapi kali ni..saya sokong Shiro

    BalasPadam
  8. Kumpulan virus mmg lawak.

    BalasPadam
  9. kalau Ameno yang buat lawak lagi pecah perut kan?

    BalasPadam
  10. Ulasan yg tidak berasas

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.