Sabtu, 14 Februari 2015

13 Keegoan seseorang yang bergelar ibu dan bapa

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap
Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.

Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.


Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk anda dan diri Aila sendiri.

- Sumber Facebook.


13 ulasan:

  1. thanks share pasal ni hm betul, anak tu bukan utk tempat lempias kan.... :D

    BalasPadam
  2. ramai ibu bapa yang kurang ilmu saikologi dalam mendidik anak.. tak semua.. tapi ramai.. good content

    mari join contest top fans

    BalasPadam
  3. Kesian si kecik kita tu..diorang memang bnyk nak bercerita..luangkanla masa utk mendengar. Biasanya waktu malam lepas balik kerja, mndi dan makan..anak aku akan dok depan tv..buat latihan buku mengeja tadika. Sambil tolong2 dia wat kerja..aku akn tnya dia..cmner kat skolah arini. Dia slalu cerita pasal cikgu..pasal kawan2. Kita dngr pun boleh hilang penat seharian kerja. Cerita diorang slalunya pelik2 dan klakar sebab dunia kanak2 ini pandangannye memang unik. Anak yg bijak ialah yg slalu dpt berborak bersama ibu bapa. Jadilah ibu bapa yg penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa membantu anak2..inshaallah..anak kita akan membesar menjadi seorang yg matang.
    Ada teka teki anak aku pernah tnya aku. Dia ckp 'nape org kalau dok atas kapal pastu nak terjun dlm laut, org terjun ke belakang?' Aku pun jawab la sebab nanti air masuk idung la..tong oksigen tu berat la nnt sakit belakang. Sume salah. Dia ckp sebab kalau terjun ke depan..nnt jatuh dlm kapal..tak jatuh dlm air. Hahahah..terkena aku. Ni mst cikgu yg ajar.

    BalasPadam
  4. Sesibuk diri kita dgn urusan dunia...pentingkan keluarga dulu terutama bila time emergency atau waktu yg penting mcm birthday. Most of us busy terutama hari kerja..so spend time more bila weekend, jgn guna weekend sibuk kerja gak x kira dlm atau luar pejabat.

    Duit xleh beli kasih sayang yg sempurna...keikhlasan dan pengorbanan yg paling penting. Kebahagiaan yg sebenar ialah melihat org yg kita syg happy dgn kehadiran n pengorbanan kita..bukan dgn memiliki semua benda di dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penting ke birthday ni ayam? Sambut birthday pon nanti sampai masa jadi ayam KFC jugak.

      Padam
    2. TanpaNenas,Bagi budak2 birthday ni penting, tak kan ko tak pernah rasa?

      Padam
    3. TanpaNenas,Bagi budak2 birthday ni penting, tak kan ko tak pernah rasa?

      Padam
  5. Orang lain kawin, dia pun nak kawin.
    Orang lain dapat anak, dia pun nak anak jugak.
    Tapi bila ada anak, tak reti nak hargai.

    Harap kita tak tergolong dlm golongan ni.

    BalasPadam
  6. Fitrah.
    Lelaki - mencari nafkah untuk keluarga, melindungi, memimpin.
    Perempuan - melahirkan, memberi kasih sayang, membesarkan.

    Manusia hari ini majoriti melanggar fitrah kejadian manusia. Akibatnya rumah tangga jadi porak peranda, anak-anak tiada kasih sayang dan perhatian lalu membesar menjadi manusia yg tidak seimbang rohani dan jasmani dan malangnya kitaran ini akan berterusan selagi mana tidak diperbetulkan.

    Kembalilah kepada fitrah, demi membentuk masyarakat yang lebih sempurna rohani dan jasmani.

    BalasPadam
  7. Ala senang je nak manage benda ni

    1. Kerja dekat dengan rumah. Aku & bini jarak perjalanan rumah ke kerja masing2 +/- 15 km je. Dari situ kita dah jimat masa on the road.

    2. Jangan ada anak ramai. Kami ada sepasang lelaki & perempuan. Aku concentrate on lelaki & bini concentrate on yang perempuan.

    3. Tinggalkan gajet bila family time. Bila keluar jalan2 atau bila waktu makan atau tonton tv, put your gadgets aside and make face interaction with your family.

    Life is short. So make it simple :-)

    BalasPadam
  8. Macam terbalik pagi sekolah agama,petang sekolah kebangsaan.Lagi satu kalau boleh bagi la link ke tulisan asal di facebook tu ok.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.