Sabtu, 21 Februari 2015

15 Ketaksuban melampau penyakit anak muda hari ini

Ketaksuban melampau terhadap hobi dan minat merupakan penyakit anak2 muda pada hari ini yang terlalu obses dan fanatik terhadap sesuatu perkara secara berlebihan. Dan apabila ada isu negatif yang menyentuh minat mereka, mereka terus melompat dan bangkit memperjuangkan minat dan kegemaran mereka dengan begitu bersungguh2 dan bermati2an, sedangkan apabila ada isu berkaitan agama dan umat Islam, pejuang2 papan kekunci ini diam seribu bahasa seolah2 tiada apa yang berlaku. Adakah kita meletakkan minat itu lebih atas daripada agama kita sendiri?


Tidak salah minat terhadap sesuatu namun janganlah berlebihan dan usah menjadikannya suatu keutamaan berbanding agama Islam.

Abaikan mesej ini jika anda bukan seorang muslim, atau seorang atheist, atau seorang muslim yang hanya atas kad pengenalan yang sudah tiada kepercayaan terhadap agama sendiri.

Fikir2kanlah.


* * * * * * * * * *

* Nak baca lagi komik2 sentap seperti ini? Beli buku komik Buasir Otak: The Komik versi digital di Google Play Books di https://play.google.com/store/books/details?id=YLn3BQAAQBAJ sekarang!





tags: taksub melampau penyakit anak muda generasi sekarang kpop artis k-poop kpopper kpoop anime manga otaku weeaboo animu weeb dihina dicabar diusik disentuh dibahan dikutuk marah caci maki waifu

15 ulasan:

  1. Betul juga ni...kita perjuangkan Islam...kalau tidak Kristian berani guna kalimah Allah...nak perjuang macam mana lagi ni?!

    BalasPadam
  2. paling parah bilamana taksub dengan sesuatu amalan yg bukan dari ajaran Islam seperti Nabi s.a.w suruh dan Allah SWT..

    Astaghfirullah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TAK TAU PULAK AKU ADA ORANG DUDUK SERUMAH DENGAN NABI & ALLAH TAALA.

      Padam
    2. bile plak nana cakap dia duk rumah nabi n allah?
      tp bg aku masjid tu rumah Allah, so kiranya mmg btul gak la 'metafora' tu.

      nk troll pn beragak agak la.

      Padam
    3. Eddeved tgh refer siapa sebenarnya??

      Padam
    4. Edebab lupa nk mkn ubat. Otaknya terkena virus mereng . Nti dh mkn ubat elok la tu otak nya .. Doakan edebab cepat sembuh.

      -duktur edebib-

      Padam
  3. apa citer ek budak2 kpop hari tu? lepas gitu jer? harap lepas ni takde lagi laaa kes-kes yg memalukan Islam. Aamiiin..

    BalasPadam
  4. nasib baik aku peminat sepanbob sekuepen.

    BalasPadam
  5. Aku tak taksub mana2 pun... :)
    cuma sedih dengan adik2 kpop yang overact ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang sudah tu sudah la, doakan yang terbaik buat mereka dan keluarga mereka.

      Padam
  6. yang tak pertahankan Islam satu isu... yang terlebih over pertahankan Islam pon jadi isu gak. bila tindakan tak selari dengan ilmu, dikhuatiri jadi fitnah pulak pada agama tu sendiri. buat apa2 biarlah berdasarkan ilmu yang tepat. wallahu a'lam.

    BalasPadam
  7. noob yg ensemmm..aku da try byk kali nk beli komik ko ni..tp lps masuk no kad, nama n alamat sume, tak jd pape pon..cm mn nk buattt??

    -aMyLeE-

    BalasPadam
  8. taksub tak bertempat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.