Halaman

Rabu, 25 Februari 2015

Mendalami perasaan insan OKU yang haknya dirampas

Fatimah, seorang wanita OKU yang terpaksa bergantung harap pada kerusi roda untuk bergerak sedang memandu kereta di sebuah lebuhraya untuk pulang ke kampung halamannya. Setelah separuh perjalanan, beliau merasa sakit perut dan mahu ke tandas, mujur hentian R&R hanya 5 km lagi. Beliau memandu dengan begitu sabar sehinggalah tiba di hentian R&R tersebut. Dari jauh kelihatan papan tanda "Tempat Letak Kereta OKU" dan terletak betul2 di depan tandas awam.

"Alhamdulillah.", bisik Fatimah dalam hati.

Kereta Fatimah semakin menghampiri tandas awam itu. Kelihatan 2 petak tempat letak kereta yang dikhaskan oleh OKU itu telah dipenuhi dengan motosikal kapcai dan motosikal berkuasa besar. Tempat letak kereta biasa yang berdekatan di sekitarnya pula tiada kekosongan. Fatimah merasa agak kecewa lantas memandu keretanya untuk mencari petak kereta kosong, yang akhirnya ditemui hanya pada jarak kira2 500 meter dari tandas awam tadi.


Fatimah menguatkan diri mengeluarkan kerusi rodanya dari kereta, berusaha memindahkan badannya ke atas kerusi roda dan mengagahi diri menolak tayar kerusi roda yang sedang didudukinya sejauh setengah kilometer itu di atas jalanraya di bawah cahaya matahari terik untuk ke tandas. Segala proses ini, daripada Fatimah mula meletak kenderaan dan bergerak ke tandas telah mengambil masa selama 20 minit dan 300 jumlah kalori. Dan setelah selesai urusannya di tandas, dia mengambil masa 20 minit dan menghabiskan 300 kalori lagi untuk pulang dan masuk semula ke dalam keretanya.

Dan kelihatan Zack, seorang yang kaya, yang sihat tubuh badannya, yang tiada sebarang kecacatan fizikal mahupun mental, sedang lepak minum sambil ketawa berdekah2 bersama rakan2nya di Coffee Bean berdekatan yang jaraknya hanya 10 meter dari parking khas OKU tersebut. Ya, dia dan rakan2nya hanya mengambil 2 minit dan 5 kalori sahaja untuk bangun dari motor dan bergerak dari tempat letak kereta OKU ke tempat yang dia duduk sekarang.

Dan dia tak sedar pun, yang disebabkan dia dan orang2 lain yang sepertinya telah menyusahkan berapa ramai insan OKU seperti Fatimah dan lain2.

Macam cibai kan?



Sumber
Sumber


* Kisah di atas hanya rekaan, tiada melibatkan yang hidup atau mati, hanya untuk mendalami dan menjiwai perasaan orang yang haknya dirampas dan orang yang merampas hak orang yang berhak. Dan ia bukan hanya terhad kepada penunggang motosikal sahaja, pemandu kereta juga banyak yang sama cibai.




tags: bikers motosikal motosikal motor besar berkuasa tinggi kapcai yamaha lc ex5 honda mat rempit parking tempat letak kenderaan khas oku orang cacat

14 ulasan:

  1. Dah parking kat tempat OKU, kalau eksiden atau sakit sampai jadi cacat..kira padan la muka sebab selama ni nak sangat parking kat tempat OKU tu..nak sangat, tuhan boleh bagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cadangan; Sita motor atau kenderaan yang diletakkan pada tempat OKU. Musnahkan atau jual dan duitnya diberi kepada OKU.

      Padam
    2. haha..dok parking kat tempat OKU tu pun kira mcm permintaan nak jadi OKU la kan?..lepas tu jadi betul2. Bila dah jadi cacat, jangan bersedih pulak..sebab tu yang diminta

      Padam
    3. Org Malaysia ma.. Mentaliti masih lagi pemikiran 3rd world country. Padahal lg 5 tahun nk capai negara maju..

      Padam
  2. Cacat akal..terencat..tidak mampu berfikir lebih jauh..tu pun OKU gak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu yang dalam lagu "belantara konkrit". Otak sihat tapi akhlaknya kurang upaya.

      Padam
  3. Yang parking kt tempat OKU mmang cibai.Setiap kali aku design layout untuk tempat2 awam seperti pasar, restoran, shop office, mall dan yang seangkatan dengannya aku akan pastikan keperluan OKU lengkap dan sempurna. Parking dekat & cukup, ada ramp, toilet OKU efisien, signage praktikal dan banyak lagi OKU requirement kna comply. Aku cuba bayangkan klau aku yang naik wheelchair suatu hari nanti mcam mana aku nak akses ke dalam bangunan mcam orang lain.Tapi bila aku lihat mentaliti orang kita yang lngsung tak reti nak hormat keperluan OKU aku rasa sedih. Selfish gle babi.Knapa la ada manusia yang retard macam ni. Bgus noob buat artikel mcam ni. Sekali lagi aku ulang orang sihat yang parking kt tempat OKU mmang cibai. Sekian.

    BalasPadam
  4. Kesedaran sivik rakyat Malaysia sangat kurang. Sampah pun masih dibuang di merata-rata tempat walaupun banyak tong sampah disediakan dan papan tanda yang memberitahu. Ustaz2 sekalipun.

    BalasPadam
  5. Heiiii geramnya... kalau lah aku ada power aku letupkan tayar diorang semua... barulah tau apa rasanya jadi oku bila motor kena sorang jauh jauh...

    BalasPadam
  6. Monkey see, monkey do.

    BalasPadam
  7. Golongan macam ni laa yg buat taik nama biker dan penunggang moto yang lain.

    BalasPadam
  8. HOIIIIIIIIIIIIIIII ingat orang OKU x mampu beli motor power2 ke haa!? sangka baik la tu mesti orang OKU parking situ cibai la asik fikir jumud motor kuasa besar, motor biasa untuk orang bukan OKU je bukan semua OKU cacat mcm ko fikir kan la bodo!! puihhh post paling bodoh pernh ak baca!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa ak ak? Ak-47? Tulis aku pun malas, ada hati nak kata post ni bodoh. Layak menang komen paling bodoh.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.