Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 9 Februari 2015, sukacita dimaklumkan bahawa harga produk, tarif dan kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan yang kami sediakan akan diturunkan dari 10% ke 15%.
Penurunan di atas adalah sejajar dengan penurunan harga bahan api dan kos pengangkutan semasa yang telah mengalami 3 kali penurunan pada bulan Disember 2014, Januari 2015 dan yang terbaru Februari 2015 selaras dengan penurunan harga minyak semasa dunia.
Penurunan surcaj bahan api ini adalah amat diperlukan untuk memastikan kami dapat mengekalkan mutu dan kualiti produk dan perkhidmatan kami demi kepentingan semua pelanggan yang kami sayangi dan hormati.
Semoga dengan penurunan ini, para pelanggan kami akan terus menyokong kami dan kami akan terus memberikan yang terbaik buat anda.
Terima kasih.
Syarikat Buasir Otak Sdn. Bhd.
Maaf, surat notis di atas hanya khayalan dan mitos semata2, sekurang2nya buat masa ini.
Surat notis pengumuman kenaikan harga barangan daripada peniaga kepada pelanggan setiap kali ada kenaikan harga minyak sudah biasa kita baca dan lihat, akan tetapi surat dan notis penurunan harga barangan tidak pernah kita lihat, malah seolah2 mustahil.
Bila peniaga naikkan harga barang sebab harga minyak naik, diorang mintak pelanggan faham kononnya disebabkan kenaikan kos operasi, pengangkutan, logistik dan sebagainya, tapi bila harga minyak turun, tiada pula mereka minta pelanggan faham kenapa mereka kena turunkan harga?
Jika kos operasi, pengangkutan dan logistik boleh dijadikan alasan untuk naikkan harga barang setiap kali harga minyak naik, kenapa alasan yang sama tidak boleh digunakan bila harga minyak turun? Bukankah logiknya sama sahaja?
Kalau alasan2 ini hanya boleh digunakan ketika harga minyak naik dan tidak boleh digunakan ketika harga minyak turun, maka alasan2 bodoh seperti ini seharusnya tidak boleh diguna pakai langsung untuk meminta pelanggan faham tindakan mereka menaikkan harga barang ketika harga minyak sedang naik.
Dan pasal isu harga barang juga, ada menteri keluarkan kenyataan kat FB suruh orang Melayu boikot peniaga Cina terutamanya restoran yang dikatakan dimiliki oleh ahli politik DAP.
Sumber Astro Awani. |
Menteri yang sama kemudiannya memberi penjelasan mengenai status FBnya dengan mengatakan statement tersebut bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun.
Sumber FB |
Aku ada beberapa persoalan mengenai kenyataan tersebut:
1. Orang Melayu perlu boikot peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barang sahajakah? Peniaga Melayu yang tidak menurunkan harga barang tidak perlu boikot?
2. Bagaimana aku nak tahu peniaga Cina mana yang dah turunkan atau tidak turunkan harga barang? Mana aku hafal semua harga barang kat supermarket Cina mahupun Melayu sebelum2 ini?
3. Kalau suruh boikot perniagaan Cina DAP, mana aku nak tahu perniagaan tu cina DAP atau MCA yang punya? Kalau perniagaan Melayu pula, macam mana aku nak tahu perniagaan itu Melayu UMNO atau Melayu PAS yang punya?
4. Dulu masa tarif elektrik naik, TNB gunakan alasan harga kos bahan api dah naik, tapi bila harga bahan api dah turun TNB tidak mahu turunkan pula tarif elektrik. Adakah orang Melayu tak perlu boikot TNB sebab TNB bukan syarikat Cina? Kalau ada orang nak boikot TNB, tetap tidak boleh juga kerana ia adalah satu2nya syarikat pembekal tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia.
5. Begitu juga dengan syarikat2 lain yang menjual barangan asas seperti makanan dan utiliti yang dikuasai oleh konglomerat Melayu yang juga tidak menurunkan harga mereka, adakah orang Melayu tidak perlu boikot malah terus membeli daripada mereka atas dasar tolong Melayu?
6. Kalau nak sound peniaga, sound semua orang tak kira la peniaga Cina ke, peniaga Melayu ke, India ke, Bangla ke, Indon ke, Pakistan ke, sound semua sekali.
7. Dan tolonglah, jangan kerana seorang pemimpin Melayu yang rasis suruh semua orang Melayu boikot peniaga Cina menyebabkan ada peniaga Cina boikot pekerja dan pelanggan Melayu mereka. Apa ingat senang ke nak cari sesetengah barang2 yang ada orang Melayu jual?
8. Apabila pemimpin kerajaan sendiri menyuruh pelanggan membeli barang mengikut sentimen kaum dan politik dan bukannya berdasarkan kualiti dan mutu sesuatu produk dan perkhidmatan, maka selagi itu kaum2 di Malaysia akan wujud manusia yang terus kekal bangang dan dibangangkan.
tags: harga minyak turun notis surat memo pengumuman penurunan harga barang produk perkhidmatan tarif bil elektrik menteri ismail sabri kenyataan boikot peniaga pemborong cina
Kalau kita semua ni pakat beli barang kat Maidin jer semua, nescaya turun la rege kat kedai2 lain.
BalasPadamMaaf, mohon pencerahan tentang TNB, elektrik naik bukan sebab arang batu ke? ke ada kena mengena juga dengan petroleum juga? mohon penjelasan.. Tq
BalasPadamFaktor yang pernah digunakan untuk kenaikan tarif elektrik adalah arang batu dan gas LNG. Rujuk sini - http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-tarif-elektrik-naik-2014-tnb.
Padam- Dijangka kenaikan tarif elektrik naik bermula bulan depan, Julai 2014.
- Kenaikan tarif elektrik tersebut tidak dapat dielakkan kerana berpunca daripada peningkatan harga gas antarabangsa.
- Ditambah dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif elektrik akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan.
- Januari hingga Jun, berlakunya kenaikan harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut.
Harga semasa LNG juga telah mengalami penurunan yang ketara - http://www.nasdaq.com/markets/natural-gas.aspx.
"Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun."
Padam- KJ, https://www.facebook.com/Khairykj/posts/1046304142052853
Terima Kasih
PadamMngkin datuk bole letakkan statistik perniagaan yg dimiliki cina dan enggan menurunkan harga atau sebarang minit mesyuarat menunjukkan sebhgn besar sykt milik cina engganenurun harga...kalo tkdak lu mmg cari susah punya olang
BalasPadamSbb nak CNY...nak cari untung kaw2 la masa ni...lgpun ekonomi dikawal oleh mereka, mereka nak naik turun harga even gov xleh tolg...sbb nak jaga poket masing2
PadamTanpa Nama4 Februari 2015 10:24 PG,
PadamSila kuar ke pekan dan bilang sndiri. Anda akan dapat jawapan sendiri..
Kedai org Islam byk kedai makan jer, tu pun sbb halal hrm (takut termkn babi atau tempiasnye). Klu x,..
kawan-kawan, sila ke entry terbaru saya ha ha ha!
BalasPadamhttp://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/02/aku-sekarang-instant-selebriti.html
kalu tnb x kenakan surcaj camna nak bayar bonus 6 bulan gaji mcm thn lepas kat kitorang.. lg satu jgn pakai meter 3 phase kalu x nak kena surcaj.. pakai single phase.. tp kalu rumah ngko banglo beso ke, ko bukak kedai ke kalu api x cukup jgn salahkan tnb pulak.
BalasPadamohh terlupa pulak nak bagitau aku ni robot.
Padamada sapa2 peduli ke ko sapa? gi mampos la
Padamko nak peduli ke ko xnak peduli ke gi mampos la sama kemak abah lu.
Padamhahah..sape la yg nak turunkan harga bila dah untung makin besar. memang tak akan turun punya. Slagi tak ada tindakan undang2 atau kawalan ketat oleh kementerian..mana la org nak turunkan harga atas budi bicara je. Tak ada 1 syarikat pun bagi notis turunkan harga. Yang aku nampk pun Mr D.I.Y, dia cakap GST 6% dia akan tanggung tanpa naikkan harga barang kepada pengguna. Itu je satu-satunya iklan yang cakap pasal harga barang dia..
BalasPadamSST 10% dihapus.. GST 6% dikenakan..
PadamSecara congaknye dier dah lebih untung..
Bila harga minyak rm2.10 naik 20 sen kpd 2.30..harga barang naik...sy fhm
BalasPadamBila harga minyak turun smpi 1.70, harga barang x turun maybe sbb nak clear harga stock lama yg beli masa harga minyak mahal...sy fhm
Tp jgn lepas ni minyak naik 10 sen balik..esok terus naik harga barang sbb selaras dgn harga minyak. Masa turun harga ikut harga stok lama, tp masa minyak baik terus ikut stok baru?
Tp sy akui..peniaga zaman skrg semua xnak rugi, atau taktifan lebih tepat xnak untung sikit. X kira minyak turun smpi 50sen seliter pun harga brang xkn turun..sbb masa ni nak tambah pendapatan n untung..bukan selalu dpt peluang mcm ni. Tp lepas 2 mmg menjawab dia dgn Allah. Sbb 2 jrg cari peniaga jujur yg rela turunkn harga barang selaras dgn harga minyak...sbb mereka x ikut prinsip islam dlm jualan
Keuntungan maksimum adalah rukun iman para peniaga. Sistem perniagaan bukannya ada agama. Islam yg ada skrg hanyalah kuah utk menyedapkan makan nasi dan menguntungkan.
BalasPadamMinyak turun.. Harga barang maintain.. Minyak naik balik.. Harga barang naik.. Hu2..
BalasPadamwww.duit.biz
Siapa yg rasis? Action talk louder than word..:
BalasPadam- mereka hy beli hy dr kedai mereka shj, kecuali terpksa sperti mknn, klu x jgn hrp.
- mereka buat pricing berbeza, lbih murah atas alasan kerana harga ahli "Persatuan", dan utk jd ahli "Persatuan" kena la ada darah mereka. Bukan ahli harga lain..
- mereka minta diwujudkan byk sekolah aliran mereka kerana xmahu anak mereka bercampur degn org lain seperti dlm sekolah kebangsaan. Pdhal kurikulum sma dan ada diajar bhs ibunda.. Konon sklh kbngsaan teruk n cg xpandai ajar, tp cube tgk perangai ank2 mreka camne? Pncapaian pn xbrape ok.. Minta kuota itu ini naik, tp ank2 diorg sndiri yg xcapai standrd.
- mereka hina org lain, sperti yg berlaku dlm pamrn seni di Singapura br2 ni, lalu menuduh org lain yg rasis bila marah setelah dihina..
- siapa yg jd tokey pasaraya? Blog ni kate pilih atas faktor kualiti. Tp klu letak brg kite kat pasaraya, brg kite akan diletak dhujung2 tempat xde sape nak lalu, jd xde sape nak beli, last2 diorang kate produk xlaku.
- Klu perkhidmatn yg kite sediakan, diorg akan kutuk seabis mungkin walaupun servis tu baik, berkualiti n murah. Tp klu diorg pye, diorang puji melambung2 walaupun mcm taik, ada tipu n mhl.
- Ushwan kite klu yg berjaye diorg akan burukkan (blkg2, depan baik mcm malaikat), kaitkan dgn mcm2, tp diorg? Ada yg lg baik ke?
Tindakan siapa yg rasis sebenarnye..
Ade ke kite buat mcm tu?
Siape yg meratah emas & balak di Kelantan.
Mungkin menteri tu stress sgt maka kluar la kenyataan x mewakili kerajaan... MAYBE realitinye kenyataan menteri tu ada kebenarannya... cuma sapa yg nk rugi dlm perniagaan???
BalasPadamaku sokong apa yg noob tulis.. patut pemimpin level menteri kalau nk tegur, tegur la secara umum kpd semua peniaga, xperlu mention bangsa cina ke melayu... xperlu spark racism among rakyat
BalasPadamMenteri dan org ramai kena faham, apa sahaja status or tweet yg disuntik sentimen perkauman, tak kira berapa bernas pon idea tu, mampu diputar-belitkan oleh sesiapa sahaja.
BalasPadamSo, nak nampak pandai, jgn langsung letakkan statement berunsurkan perkauman.
2015 tapi Malaysia masih dibayangi perbezaan kaum :(