Selasa, 21 April 2015

4 Kunci dan prinsip utama kepada Perubahan

Setiap outcome atau hasil semuanya terkunci selagi belum dibuka kuncinya, oleh itu kita perlu mempunyai kunci yang betul untuk membukanya. Seseorang perlu sejajar atau tahu menggunakan Kunci dan Prinsip yang betul dan berkesan sepanjang masa untuk mengawal dan mendapat hasil yang kita mahukan.


Kunci kepada perubahan adalah mentranformasikan pengetahuan kepada pola yang luar biasa. Ingat, setiap tindakan yang membuahkan hasil dan keputusan tidak seperti yang kita harapkan bukanlah suatu kegagalan. Ia hanya suatu tindakan yang salah yang menghasilkan keputusan yang salah. Oleh itu, untuk mendapatkan hasil yang betul seperti mana yang kita kehendaki, kita haruslah menukar strategi.


Seperti contoh, anda seorang nelayan dan anda ada sasaran keputusan dan hasil yang telah ditetapkan iaitu menangkap 100 ekor ikan sehari. Strategi yang telah anda guna berulang-kali adalah menggunakan pancing biasa dan memancing di tempat yang biasa, dan hasil yang anda dapat hanya memperolehi 20 ekor ikan sehari sahaja.

Strategi anda ini tidak gagal, cuma ia hanya menghasilkan keputusan yang salah yang bukan anda inginkan. Maka jika anda mahu mencapai keputusan yang betul, anda perlu berubah dan menukar strategi yang lain, seperti contoh memancing menggunakan pukat di lokasi lain yang lebih jauh dari daratan ke tengah lautan. Setelah mendapat keputusan dengan strategi ini, nilai semula dan sekiranya masih tidak mendapat hasil yang dikehendaki, maka tukar lagi strategi yang lain sehinggalah berjaya.

For things to CHANGE, I must CHANGE first.

Kunci utama dalam suatu perubahan adalah DIRI SENDIRI. Untuk merubah sesuatu, kita harus berubah terlebih dahulu. Berhenti dan jangan terlalu berharap kepada orang lain untuk melakukan perubahan, sebaliknya diri kita sendiri dahulu yang perlu mencetus perubahan tersebut agar ia menjadi ikutan dan pengaruh yang baik kepada orang lain.

Adalah suatu yang gila jika kita mengharapkan hasil yang baik dan berbeza sedangkan kita hanya melakukan perkara dan tindakan yang sama secara berulang-ulang kali.


Contohnya, seorang ibu mahu anaknya menjadi seorang yang rajin membantu membuat kerja rumah, namun beliau sendiri malas dan sering menonton televisyen. Apa yang dia buat selama ini berulang-ulang kali adalah hanya dengan menyuruh dan memarahi sahaja anaknya jika anaknya malas kemas rumah. Apa yang dilakukannya oleh ibu tadi bukanlah suatu kegagalan, tapi tindakan yang menghasilkan hasil yang salah.

Untuk mengubah anaknya menjadi rajin, ibu perlu berubah terlebih dahulu, mengubah strategi dan transformasi diri sendiri dengan menjadi rajin dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak, serta mengajak anak melakukan kerja rumah bersama-sama, maka hasil yang diperolehi pasti berubah dan menjadi lebih baik seperti mana yang dikehendaki.

4 ulasan:

  1. Memang betul perubahan bermula dari dalam diri. Tetapi itu pengaruh diri ni kecil sahaja. Sebagai pemula sahaja Pengaruh persekitaran sangat besar. Kalau nak berubah, kena jauhkan diri pengaruh dan persekitaran negatif. Keluar terus dari kawasan orang bermentaliti negatif.

    Contoh:
    Anak dah berubah ke arah positif. Tengok2 mak bapak mereka tahi. Anak akan berubah jadi tahi jugak lama2. Sebabnya pengaruh mak bapak tahi inilah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. motivasikan bapak budak tu supaya memakai kondom.. nanti tak lahir lagi anak yang bakal ikut perangai tahi mak bapak..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.