Selasa, 19 Mei 2015

30 Apa perlu kita buat dengan pelarian Rohingya?

Saya terharu membaca berita tentang etnik Rohingya yang menjadi pelarian. Ribuan mereka hanyut di lautan terbuka. Ada yang mati dan disemadikan di laut. Jika mereka tiba di negara berdaratan, belum tentu mereka diterima.

Begitulah nasib etnik ini yang berasal dari utara negeri Rakhine (dahulunya Arakan) di barat Myanmar ini. Kini, etnik ini yang berjumlah 3 juta bertaburan di merata negara.

Malaysia adalah negara kelima tempat etnik ini berada (40,500 orang). Jika diambil kira pendatang haram etnik ini di negara kita, ia mencecah ke angka 150 ribu. Negara paling ramai tempat etnik ini berada ialah di Arab Saudi 400 ribu, Bangladesh 300 ribu, Pakistan 200 ribu, Thailand 100 ribu.

Penindasan ke atas etnik Rohingya ini bukanlah kisah baru. Sejak tahun 1938 lagi, ratusan ribu etnik ini dibunuh oleh tentera Myanmar.

Ini kerana Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana mendakwa etnik ini bukan penduduk asal Myanmar. Etnik ini hanya dibawa masuk oleh British pada kurun ke-19.

Bagi melegitimasikan tindakannya, kerajaan Myanmar meluluskan Burma Citizenship Law of 1982 yang mengakibatkan etnik Muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara. Sejak Akta diluluskan ini, anak-anak etnik Rohingya tidak dapat menyambung pelajaran.
Mereka ditindas, disiksa dan dinafikan hak untuk mendapatkan kemudahan perubatan dan dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap rawatan. Mereka juga dilarang menunaikan haji dan lain-lain aktiviti yang bersifat keagamaan.

Penindasan ke atas etnik Rohingya ini menyebabkan etnik ini dianggap sebagai “etnik minority yang paling tertindas di dunia.”
****************************
Akibat penindasan tentera Myanmar, maka ramai etnik ini yang melarikan diri. Mereka melarikan diri bukanlah kerana masalah perbalahan politik, atau sekadar perbalahan antara agama Islam dan Buddha, tetapi adalah isu penghapusan etnik seperti mana yang berlaku di Bosnia Herzogovina pada tahun 1992-1995 dan Chechnya pada tahun 1991-2006.

Masalahnya, jika kita prihatin kepada tragedi kemanusiaan yang berlaku di negara lain, mengapa tidak kita juga prihatin dan simpati kepada pelarian Rohingya ini? Mereka bukanlah sama seperti pendatang asing atau pelarian ekonomi. Mereka menjadi pelarian kerana kekejaman yang berlaku di negara mereka. Oleh itu kita mesti menghulurkan bantuan, tanpa perlu menjadikannya sebagai isu politik.

Minggu lepas, seramai lebih 1000 orang etnik ini tiba dengan bot di Langkawi. Dilaporkan masih terdapat antara ribuan lagi etnik ini yang berada di lautan tanpa arah tujuan. Jika mereka tiba di negara kita, bantulah mereka. Lupakah dahulu soal politik dan beban yang etnik ini akan bawa ke atas negara kita.

Selepas itu, kita berundinglah dengan UNHCR, berundinglah dengan Asean dan berundinglah dengan junta Myanmar untuk mengatasi masalah ini. Tetapi sebelum sampai ke tahap itu, berilah peluang kepada etnik yang telah sekian lama ditindas oleh tentera Myanmar ini untuk hidup di daratan, bukannya mati di lautan.

Ditulis oleh Prof. Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Berkaitan isu Rohingya, tak banyak yang aku boleh tulis memandangkan ia melibatkan isu kenegaraan, perkauman, keagamaan dan kemanusiaan yang sudah berlanjutan begitu lama, dan ia telah pun dikupas oleh mereka2 yang lebih arif dan cerdik pandai. Aku hanya ada beberapa komen:

1. Dalam isu Rohingya, punca masalah adalah dari negara Myanmar itu sendiri, oleh itu merekalah yang seharusnya disalahkan 100%, bukan Thailand, bukan Indonesia mahupun Malaysia. Nak kata 3 negara ni kejam sebab tak bagi kapal pelarian Rohingya berlabuh di daratan mereka, negara Myanmar itu jauh lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana telah menindas dan menghalau mereka.

2. Kalau dalam isu Palestin kita boleh tekan negara Israel dan sekutu kuatnya US dengan kuasa ekonomi dengan memboikot barangan mereka, maka negara kita, negara Asean dan negara2 lain harus memberi tekanan terhadap Myanmar dari segi ekonomi. Putuskan hubungan dagangan, import eksport dan gantung apa2 keahlian mereka dalam badan dan pertubuhan2 kerjasama dengan mereka sehingga mereka dapat selesaikan masalah mereka sendiri.


3. Setengah daripada diri aku mengatakan kita tidak seharusnya membenarkan kapal pelarian mereka mendarat di negara kita atas pelbagai faktor seperti penempatan, keselamatan, kesihatan, kos tanggungan dan pelbagai lagi. Lagipun negara kita sendiri sudah terlalu ramai warga asing, ini nak tambah lagi warga asing.

4. Namun setengah daripada diri aku pula mengatakan yang kerajaan sepatutnya membantu dan membawa mereka ke tanahair atas dasar kemanusiaan dan saudara sesama islam. Bagi penempatan baru kepada mereka di suatu tempat, jaga dan kawal mereka sehingga masalah di negara mereka selesai untuk dihantar pulang atau sehingga mereka boleh jaga diri mereka sendiri seperti mana kita menerima pelarian Bosnia suatu ketika dulu.


5. Dan membaca artikel "10 Sebab Mengapa Pelarian Myanmar Tiada Tempat di Malaysia" membuka sedikit mata aku sebagai seorang khalifah yang bernasib baik dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu di negara Malaysia yang sudah pun merdeka. Aku bernasib baik kerana tidak lahir dari perut seorang ibu Rohingya. Aku bernasib baik baik kerana sewaktu nenek moyangku datang dari seberang menaiki tongkang berpuluh2 tahun yang lalu, kerajaan Tanah Melayu tidak menghalau mereka pulang atau membiarkan mereka di tengah lautan.

Maka, adakah aku yang bernasib baik ini membolehkan aku untuk memandang sebelah mata terhadap mereka yang tidak bernasib baik ini?


Entahlah, aku masih serba salah dan tahu tiada apa yang boleh aku lakukan melainkan berdoa akan kesejahteraan mereka serta berharap agar kerajaan yang ada kini dapat melakukan yang terbaik buat mereka. Bumi ini bumi Tuhan, tapi manusia membahagi2kan bumi ini mengikut kaum, etnik dan agama untuk disimpan buat diri masing2.

Aku sanggup sekiranya duit cukai GST yang aku bayar digunakan untuk membantu orang2 yang sangat bernasib baik seperti mereka ini, aku tidak kisah langsung untuk membayar GST dan cukai2 yang lain. Akan tetapi jika cukai GST lebih banyak digunakan demi kemewahan dan kesenangan hidup 7 keturunan pemimpin2 politik, maka aku takkan halalkan duit cukai GST aku.

Selamat Malam... Rohingya.


Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur Lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya




tags: selamat malam rohingya lagu sahabat lirik isu kes kaum bangsa pembersihan kaum myanmar burma sami buddha bunuh gaduh perang lari pelarian bot tengah laut tolak lapar mati bantuan

30 ulasan:

  1. Kalau kita buntu dalam buat keputusan . Kembali pada islam , dan jika mengikut islam anda makan cukup selesa, manakala jiran kelaparan memang dosa besar yang anda tangung . Ini ujian mereka ada anak2 kecil dalam bot2 tu . Bntu selamtkan nyawa dulu baru kita bertindak tekan mynmar dan mohon bincng dgn negara asean . Ini ujian kita . Kalau perati bertimpa2 ujian dtg ke malaysia . Kita usahakan bntu . Jngan nanti anda di bngkitkan bersama golonga zalim . Ini kerana melibatkan kesengsaraan dpn mata.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Org langkawi la yang tanggung dosa..

      Padam
    2. https://www.youtube.com/watch?v=bHPR6FpCULg

      Padam
  2. geng rohingya saling berbunuhan, menipu orang ramai minta sedekah tak nampak ke?
    sama je perangai diorang ni.dah dalam simpati pun masih lagi nak berlagak
    cuba baca sejarah kat myanmar tu,sampai dua kali memberontak kat kerajaan myanmar tuntut negara sendiri sapa boleh tahan.bila british bekal senjata harap suruh lawan tentera jepun diorang pergi tembak rakyat myanmar sapa yang tak bengang.

    terpengaruh sangat konon perjuangan 'Islam' oleh bangsa india muslim last last,pakistan,bangladesh pandang sepi je kat diorang.

    BalasPadam
  3. Jenayah PATI di Malaysia,

    1. Gadis dibawa lari ke lombok jadi hamba sex.
    2. Amah sembelih anak majikan.
    3. Guard warga asing tembak mati pegawai bank.
    4. Siswi dirogol beramai2 oleh buruh warga asing.
    5. Bangla jahanam rogol rakan sekerja rakyat tempatan.
    6. Polis cedera diserang warga asing yang merusuh.

    adakah anda bersubahat? Lihat sijil SPM anda dan lihat jawatan anda sekarang. tunggu balasan di akhirat nanti.

    KEDEPAN ( kembalikan degree berasaskan kepandaian, 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. mamat cemerlang SPM belajar luar negeri kena tangkap sebab kantoi simpan video pedo.
      adakah dia terlampau pedo sebab dapat lebih 5A dalam SPM?

      Padam
    2. Alah org tak pandai jadi mat rempit gangbang awek jdi perompak penyamun lgi ramai ko x bising ini sorg je ko dah bising?

      Padam
    3. dah dia jadi mat rempit nak bising buat apa lagi sebab dia memang tak pandai.tapi mamat pandai dah jadi pedo taknak plak bising dengan KEDEPAN ko?

      Padam
    4. Dah dia jadi pedo nak bising buat apa lagi sebab puak bodo lagi ramai buat jenayah Dunia dan jenayah akhirat, makan gaji haram.

      Padam
    5. dia jadi pedo sebab dia dapat 5A ke atas.apsal ko tutup mata plak bila KEDEPAN ko tu tak valid.dah dihantar belajar elok elok pakai duit MARA tetiba jadi tak ketahuan plak dah.
      jadinya perjuangan ko kononnya 5A ke atas je layak kerja bagus tak valid.sesilap nanti dia buat sexual harassment plak kat opis kalau keja.

      takyah la nak butthurt sangat.hidup KEDEPAN~

      Padam
  4. dakwa kerajaan zalim Myanmar tu..

    BalasPadam
  5. Slm. Anon 6:32 ngan 7:52 kalu jahat tak kira bangsa... Tak kira sijil SPM, jangan jadikan alasan utk tak nak bantu. Ko taknak tolong diam2 je le,, biar sapa yg nak. Kita tolong dia insyaAllah Allah tolong kita, baru lah bersyukur dgn nikmat yg kita ada. Kesenangan dan segala kemudahan yg kita ada ni sbg ujian Allah kpd kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bro, sebuk ngan KEDEPAN dia tuh..aku rs dia ni cikgu pencen yg hanya ad Diploma jer kot, pencen pon takat GRED 40, mintak naik Gred 41 x dapat itu yg meroyan...

      Padam
    2. Aku ingat, aku sorang je yang meluat dengan KEDEPAN dia tu.

      Padam
    3. Encik KEDEPAN menghadapi konflik dengan dirinya sendiri....saya dah perhati lama dahh...mari kita bantu dia...-akurakyatbiasa-

      Padam
  6. Kite bukan taknak kasi diorg datang ke Malaysia ni... boleh aje... tapi, nanti datang lagi rame kat Malaysia ni... mule dtg 10k, mggu depan dtg 100k, sok lusa sume yg ade kat sane dtg sini... Myanmar lepas tangan, negara lain lepas tangan... dan selepas ini, sume orang dari negara lain, akan mudah cari tempat tujuan, susah hidup di negara sendiri, datang malaysia... kalau begini, baik takyah buat border, baik takyah buat kerakyatan untuk sesiapa di malaysia ni... sesiapa boleh datang ke malaysia, ini tanah bebas dan korang boleh buat sesuka hati...

    Dan kenapa untuk pendekatan Rohingya ini berbeza dengan Palestin, hanya kerana tiada nabi yang lahir kat sane ke... orang Palestin diminta berjuang untuk tanah air mereka, Rohingya kite minta mereka lupakan tanah air dan merantau ke tempat lain, apa ini, perbezaan layanan ke camne... Isu utama Rohingya ni, bukan nak terima mereka ke tidak, tapi lebih pada tanggungjawab negara asal mereka iaitu Myanmar... Kite harus desak mereka agar terima kembali rakyat mereka ini...

    Dan tolonglah jangan cakap dengan senang, eh kita ade duit, kite ade tanah, peluang pekerjaan banyak... siapa nak menguruskan mereka ni, banyak lagi perlu diuruskan seperti penempatan mereka dimana, ape nk dibuat dengan mereka ni, ape pemeriksaan kesihatan mereka ini, kos kewangan negara kita bagaimana... nak tolong orang warganegara lain, BOLEH, pastikan warganegara kite sendiri dah cukup bantu... kalau negara kita masih lagi ade yang miskin, rumah takde, nak sekolah takleh, makan tak cukup belanja, jangan mimpi nak tolong orang lain... orang tua cakap, susukan anak dirumah dulu, bukan susukan anak orang lain dulu... lainlah kalau tetek itu milik sume orang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju bangat Anon 11:28...negara sendiri rakyat derita ada yang tak berumah...mangsa banjir rakyat kita masih lagi perlukan sokongan penuh...nak terima bulat-bulat kemudian baru nak berunding dengan Junta Myanmar suatu tindakan bodoh yang sia-sia....macam orang yang takde perancangan....Eric Paulsen, kalau kau hebat sangat pegilah hantar air & makanan!!

      Padam
  7. Slm. Bro aku pon taknak depa dtg sini tapi kalu takda tmpt mari le sini. Setuju pasal org kita yg byk mslh tak selesai2 tapi tu bkn alasan taknak nolong yg memerlukan. Psl border tu aku tak setuju.. Sebenarnya border ni cuma alasan utk membeza2kan antara satu sama lain. Borders ni dijudkan utk memecah belahkan umat Islam. Jgn tkg dia sbb dia Indon... Dia Myanmar. Tapi dia sedara seagama.... Dia manusia. Kita yg lebih ni kena tlg yg kurang.. Camana?? 1st sekali kena aku yg sbg muslim kita kena tlg org lain..... Then the rest will be easier. InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 11:38, nampak murni gila komen mu itu.....aku musykil.......

      Padam
  8. Bn dah nak mampos.. Allah dah hantar pertolongan kpd bn.. tpi najib bodoh.. klu mahathir siap kc ic lgi suruh mengundi bn.. itu yg berlaku d sabah.. thn 60an kristian dan muslim sabah sama banyak, tahun 2010 muslim 2x ganda kristian. Beware.

    BalasPadam
  9. pertama
    -------------
    Aye Chan, a historian at the Kanda University, has written that as a consequence of acquiring arms from the British during World War II, Rohingyas[note 1] tried to destroy the Arakanese villages instead of resisting the Japanese. In March 1942, Rohingyas from northern Arakan killed around 20,000 Arakanese. In return, around 5,000 Muslims in the Minbya and Mrohaung Townships were killed by Arakanese and Karenni.

    kedua
    ----------
    During the Pakistan Movement in the 1940s, Rohingya Muslims in western Burma organized a separatist movement to merge the region into East-Pakistan.[41] Before the independence of Burma in January 1948, Muslim leaders from Arakan addressed themselves to Mohammad Ali Jinnah, the founder of Pakistan,

    ketiga
    ---------
    Rohingya elders founded the Mujahid party as a jihad movement in northern Arakan in 1947.[53] The aim of the Mujahid party was to create an autonomous Muslim state in Arakan. By the 1950s, they began to use the term "Rohingya" to give a distinct identity and establish indigenous claims over the region

    sapa boleh tahan kalau dah diberi peluang asyik memberontak je.
    kalau tak caya pergi la keja di UNCHR malaysia tengok perangai diorang sendiri macam mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin terpengaruh dengan pakistan. Orang Islam cpt sgt terpengaruh. Terutama dgn benda yg kononnya cam jihad.

      Terkni kita blh tgk IS. Ramai yg terpengaruh. Smpai bdk sekolah pn terpengaruh.

      Padam
  10. kepada yg nak beristeri dua, sy syorkan carilah isteri dr kalangan mereka. macam-macam faedah dapat. kurang sikit persaingan org bujang mcm noob. jgnlah asyik sgt nak cari anak dara muda. bini first pun x meroyan sgt sebab tahu laki berniat mulia

    BalasPadam
  11. Sy just risau 1 benda je..takut jadi isu politik bila bwak masuk mereka nanti jadi kes mcm kat sabah, pas2 dpt ic n boleh mengundi plak...

    Dgr cite kerajaan arab saudi berkata mahu menerima sebahagian besar penduduk rohingya dduk di negara mereka. Tp selalunya kerajaan hanya akan menolong sesuatu jika penting utk survival politik dia..kalau x jgn harap. Xde istilah tolg dengan ikhlas dlm dunia politik x kira negara mana pun

    BalasPadam
  12. tolong sebagai umat islam..bagi makanan, jgn sampai mereka mati kelaparan. di samping tu desak Myanmar untuk terima balik rakyat. undang2 kena KUATkuasa

    BalasPadam
  13. Dah cukup la PATI kat Malaysia ni.Aku keluar ke tengah bandar KL tengok bersepah bangala dan PATI rasa dah jadi minoriti di negara sendiri.Tolong atas dasar kemanusiaan boleh.. tapi nak tinggal sini NO WAY MAN! hantar balik ke Myanmar tanah air diorang.Don't push Myanmar problems to Malaysia..

    BalasPadam
  14. UMNO mesti jadikan rakyat Rohingya jadi warga negara Malaysia.. diorg pun pandai ckp melayu..

    BalasPadam
  15. Golongan Mamak Haramjaddaj yang didokong kuat oleh Mamak Boss Mahathir Mohammed, ini berterusan menabur onar dan fitnah supaya Orang-Orang Melayu membenci Para Pemimpin dari Kalangan Orang-Orang Melayu khususnya PM Najib dan TS Muhyiddin.

    Golongan Mamak ini disokong kuat oleh Blogger Kuat PemFitnah spt:

    1. Syed - Outsidethe box.
    2. Din Turtle.
    3. Apanama
    4. A Kadir Jasin
    5. Zainuddin Maiden
    6. Celah Gelegar
    7. Putra Merdeka
    8. Just Read
    9. Minaq Jinggo- Jinggo Photos
    10. Mummy Rokiah
    11. Another Bricks of The Wall
    12. Kluang Diamond - Blogger Binggung yang mencari Identity menumpang Isu-isu utama.
    13. Just My Thoughts

    Ada juga Blogger-Blogger Melayu di atas yang Banggang, Bebal, Bahalul, Bodoh, Binggung yang tercocok hidung dalam mengikuti dakyah, fitnah yang dipelopori oleh golongan Mamak.

    Melayu harus waspada pada Blogger Golongan Mamak yang setiap Hari cuba Melemahkan dan Menjatuhkan Usaha-Usaha yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang majoritinya Orang-Orang Melayu.

    Kerajaan Melayu Melaka jatoh ketangan Portugis, bermula era Penjajahan Asing disebabkan Golongan Istana dikuasai dan dikawal oleh Golongan Mamak.

    Hari ini, Golongan Mamak menguasai seluruh Pentadbiran Kerajaan Malaysia - Ketua Setiausaha Negara, Ketua Perbendaharaan Negara, Ketua Polis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Tabung Haji, waimma 1MDB semuanya diterajui oleh Mamak.

    Lemahkah Orang Melayu bila mana Semua Jawatan Tinggi Kerajaan diterajui oleh Mamak? Bila lagi Orang Melayu Hendak INSAF???

    Ini bukan seruan dan isu perkauman, tapi marilah kita sama-sama berfikir sejenak, wahai bangsa ku orang-orang Melayu.

    Melayu bergaduh, menang sorak, kampung tergadai???

    BalasPadam
  16. Semoga bangsa ini Allah selamatkan dari kekejaman bangsa durjana..

    BalasPadam
  17. up balik ....2020 rohingya bbesar kepala?mcm mana cara utk mengatasi hal ini?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.