Halaman

Selasa, 26 Mei 2015

Kucing pun kena makan makanan halal dan toyyibah

Dalam Islam halal bukan sekadar merujuk kepada makanan dan minuman, namun membabitkan konteks lebih luas ia merangkumi apa juga yang kita lakukan setiap hari termasuk yang membabitkan hobi.

Hobi memelihara kucing di kalangan orang Islam misalnya juga termaktub dalam hal-hal yang berkaitan dengan halal. Makanan yang diberikan kepada haiwan terbabit terutamanya tidak boleh sembarangan.

Memang bagi penggemar dan pencinta kucing, mereka inginkan produk berkualiti tinggi untuk haiwan kesayangan. Tetapi yang paling penting produk yang digunakan mesti bebas daripada unsur-unsur tidak halal kerana ini berkaitan dengan kehidupan seharian.

Menyedari makanan haiwan peliharaan terutama kucing di pasaran sekarang kurang menitikberatkan soal halal, maka sepasang suami isteri telah membuat kajian selama dua tahun hingga akhirnya berjaya menghasilkan produk tunggal berkonsepkan halal di negara ini. Ini sekali gus mengatasi kebimbangan orang Islam terhadap permasalahan tersebut.

Artikel sepenuhnya di Utusan Malaysia.

Pelik2 la orang Islam kat Malaysia ni. Tahu tak segala hukum hakam agama ni hanya terpakai kepada manusia je? Kalau binatang pun kena makan benda yang halal, maksudnya selama ni kucing betina kau berzina dengan kucing jantan ntah mana2 sampai bunting maksudnya kucing kau dah melakukan dosa besar dan layak disebat? Bukan itu sahaja, kucing kau kena solat, puasa, bayar zakat, pergi haji, tutup aurat dan sebagainya.

Mencari makanan yang halal itu hanya fardu kepada orang Islam dan umat manusia sahaja. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan makanan kucing halal? Kalau dah makanan kucing pun halal, maksudnya manusia boleh lah makan makanan kucing tu, tak gitu? Sebab ia hanya diperbuat daripada ikan dan daging haiwan (ayam, lembu, kambing, etc) yang disembelih oleh orang Islam, ye tak?

Sebelum ni aku pernah tulis yang ayat2 Al-Quran itu diturunkan hanya untuk manusia bukan haiwan, sekarang ni aku nak cakap juga yang segala suruhan dan larangan Tuhan serta amalan ibadah dalam agama hanya untuk manusia, bukan haiwan! Sebab tu kalau kucing curi ikan kat atas pinggan kita pun, kita tak boleh nak saman atau ambil tindakan undang2 kat dia, sebab haiwan tak terikat dengan undang2 manusia pun!

Ayam yang korang makan tu pun dia makan cacing relaks je. Lembu dan kambing yang korang makan tu pun dia makan rumput yang entah berapa banyak kuman dan bakteria kat rumput kotor tu, entah berapa banyak kali rumput tu kena pijak, dah berapa banyak kali kena taik diorang sendiri.  Lepas tu korang makan daging diorang relaks je sampai jadi darah daging korang, takde pulak kisah haiwan2 tu makan makanan halal atau tidak?

Ini tiba2 kucing pulak kena makan makanan halal? Adoi lawak lah. Kalau nak cakap makanan kucing tu bebas dari babi, tulis kat situ "Makanan kucing bebas babi/khinzir", bukan "Makanan kucing halal".




tags: makanan kucing halal haram kandungan babi minuman berkhasiat vita cat fitrah nutrisi cat isu sijil halal secret recipe kena tarik balik kenyataan jakim

14 ulasan:

  1. aku syak pemilik kucing tu guna tangan letak makanan dalam bekas agaknya. Tu yang nak halal supaya tak perlu samak. Kot, la.. agaknya.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..itu anatara sebabnya...sbb kita hidang makanan kucing dlm dedicated mangkuk x kira bentuk friskies atau wiskes atau powercat. Tp sy tgh fikir, bila sentuh makanan yg x disembelih kira kena samak? melainkan ada unsur babi dlm makanan kucing beru kena samak.

      Padam
  2. let me guess... melayu again?

    BalasPadam
  3. Omg. Adakah ini bermakna selama ini kucing aku berzina dengan kucing jiran .. Sehingga melahirkan 5ekor anak luar nikah. Adakah jabtan agama akan melakukan serbuan keatas port2 kucing selepas ini.

    BalasPadam
  4. Sama kes mcm kismis jampi jugak ni.. Jual agama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diorang buat research sampai 4-5 tahun kot...
      Siap diiktiraf dari universiti of american samoa bagai...
      Kucing2 ni perlu diberi keperluan halal harian yang mencukupi...
      Adoyai.. Ini lah banyak sangat cynical malays dekat blog ni...
      Tak nampak ke yang kucing2 di luar sana ramai yang hidup bergelandangan makan benda haram yang kotor dan jijik
      Haiwan peliharaan yang kiut nak mampos ni perlu dijaga sehingga khiamat nanti...
      ALLAHU AKBAR

      Padam
  5. Whoa ini produk terbaek pernah dikaji melayu. Mmg patut divalonkan sebagai pemenang hadiah Nobel 2015.

    Mmg akan menangis hiba King Sweden mendapati berita ini benar seperri didakwa.

    BalasPadam
  6. Ok la tu.. Boleh up sket ekonomi orang Islam. Jual barang. Dia pn yakin bersih dr benda haram sbb dia sndiri yg buat. Jadi boleh claim bersih suci. Ada kelebihan la nak pasarkan kpd orang Islam.

    Cuma jgn burukkan brg org lain. Dia kata brg org guna babi jd kena buktikan. Jgn jual brg n rampas market guna tektik busukkn nme brg org len.

    BalasPadam
  7. serius aku nk tergelak baca ayat ni "maksudnya selama ni kucing betina kau berzina dengan kucing jantan ntah mana2 sampai bunting maksudnya kucing kau dah melakukan dosa besar dan layak disebat?" haha lol

    BalasPadam
  8. Ini yang dikatakan berilmu tapi masih jahil :)

    BalasPadam
  9. isu makanan kucing halal ni timbul lepas kecoh pasal royal canin ada babi dulu. pemilik kucing termasuk aku rasa semacam bila mengenangkan biasa pegang makanan tu untuk bagi kucing.

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Bila manusia berfikiran "wild"...inilah jadinya....kesian pemilik kucing halal dan berprestasi tinggi...jadi bahan korang..-akurakyatbiasa-

    BalasPadam
  11. kalau makanan kucing ada unsur babi dalamnya tak perlu di samak. Boleh check penerangan ustaz azhar idrus ni.. https://www.youtube.com/watch?v=Fhu_9kGfJJk

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.