Halaman

Isnin, 4 Mei 2015

Laman web AhmadMaslan.com kena hack surat layang

Ahmad Maslan. Nama yang sangat popular sekurang2nya buat masa sekarang. Di mana2 pun pasti nama Ahmad Maslan akan dipetik dalam topik perbualan seharian. Sangat istimewanya individu yang bernama Ahmad Maslan ini di hati rakyat Malaysia, akan tetapi ramai yang tak tahu yang nama sebenarnya adalah Ahmad manakala Maslan adalah nama bapa beliau.

Namun entry kali ini bukanlah hendak bercakap tentang individu tersebut sebaliknya mengenai laman web rasmi beliau ahmadmaslan.com yang telah dihack dengan kaedah Website Defacement beberapa hari lalu yang mengandungi surat layang perutusan kepada Perdana Menteri DS Najib Razak. Sehingga entry ini ditulis, laman web tersebut masih belum dipulihkan. Tidak pasti sama ada Ahmad Maslan, para penasihat dan pegawai2 khasnya menyedari akan hal ini atau tidak.


Di bahagian bawah surat layang tersebut terdapat ruangan untuk pelawat meninggalkan komen melalui akaun Facebook. Berikut adalah isi kandungan surat layang tersebut:

SURAT LAYANG      

Salam 1 Malaysia, Ke hadapan Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri Malaysia.

Kami hanyalah rakyat biasa. Kami tidak mempunyai kekayaan dan status. Tetapi,kami merasakan perlu supaya saudara mendengar keluhan kami. kami mmengutuskan surat terbuka ini kerana kami sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinan saudara. Saudara, Malaysia kini berada di tahap membimbangkan. Majoriti anak muda di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM2000/bulan. Mereka menghadapi kesukaran untuk menampung beban kehidupan, terutamanya bagi mereka yang bekerja dan menetap di kawasan bandar. Kos sara hidup semakin tinggi. Rumah semakin mahal. Anak muda menghadapi kesukaran untuk melunaskan hutang PTPTN. Dan sudah tentu, perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menyebabkan anak muda terpaksa mengikat perut. Cukai GST secara tidak langsung mendorong inflasi harga barang. Kerana GST, ramai daripada anak muda tidak mampu untuk menikmati makan tengah hari di luar. Malah, kami terpaksa membawa bekal makanan ke tempat kerja akibat kenaikan harga barang. Namun, kami agak kecewa dengan sikap boros saudara. Perkahwinan anak perempuan saudara yang sungguh "mewah" dan "membazir" itu menambah lagi kesakitan hati kami. Di saat, harga barang semakin meningkat, mengapakah saudara tergamak menganjurkan majlis perkahwinan mewah, sedangkan kami dan rakan-rakan lain yang lain terpaksa mengikat perut untuk menanggung kos hidup seharian. Sikap saudara yang seolah-olah tidak peduli akan kesulitan yang kami hadapi menyebabkan kami semakin menyampah dengan slogan-slogan pentadbiran saudara yang kononnya sedia mendengar luahan hati kami. Apa sudah jadi dengan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"? Di manakah janji-janji manifesto semasa pilihan raya? Pepatah Inggeris ada menyebut "action is louder than words", namun apa yang kami perhatikan adalah sebaliknya. Saudara hanya pandai bercakap tetapi gagal untuk melaksanakan kata-kata saudara.

Saudara, Pendedahan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan ketirisan wang berbilion ringgit menyebabkan rakyat Malaysia semakin resah. Namun, sehingga hari ini saudara gagal menjawab tuduhan-tuduhan yang dikaitkan ke atas saudara. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khususnya anak muda hilang kepercayaan terhadap pentadbiran saudara. Rakyat Malaysia berhak untuk tahu bagaimanakah wang mereka dibelanjakan. Mereka bekerja dengan bersusah payah untuk memperoleh kekayaan dan mereka menjalankan tanggungjawab kepada negara dengan membayar cukai. Tetapi, saudara mengkhianati amanah mereka. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kami berpendapat saudara perlu mengambil tanggungjawab untuk mengisytiharkan harta kekayaan setiap menteri-menteri Kabinet. kami sarankan saudara mengambil contoh dua orang Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Dr Jeyakumar (ahli Parlimen Sungai Siput) yang mengambil langkah proaktif untuk mengisytiharkan kekayaan mereka. Jika saudara seorang pemimpin yang terhormat, kami cadangkan saudara mengambil gesaan berikut dengan serius. Rakyat berhak tahu apakah pemimpin-pemimpin yang mereka lantik seorang yang berprinsip atau tidak. Rasuah dan ketirisan adalah perkara yang tidak boleh dikompromikan. Saudara sering mengatakan rasuah adalah punca kerosakan negara kita. Namun, kami ingin bertanya adakah saudara benar-benar maksudkan atau ia cuma sandiwara murahan untuk mendapat simpati. Kami bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyeru agar dijalankan siasatan penuh ke atas 1MDB. Namun, saudara masih belum mengemukakan sebarang kenyataan tentang perkara ini. Kami beranggapan saudara masih belum punya kekuatan untuk menegakkan keadilan. Ini kerana saudara juga gagal menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir yang menuduh saudara terlibat di dalam skandal 1MDB. Tindakan berdiam diri tidak akan menyebabkan kami yakin saudara tidak terlibat. Saudara harus tampil untuk menjelaskan tuduhan ini!

Saudara, Kita hidup di dalam zaman moden. Kemunculan media sosial membantu rakyat Malaysia untuk berani mengajukan pendapat mereka sendiri. Kebebasan tidak mudah untuk disekat. Media sosial juga membantu kami untuk membuat penilaian yang adil. Jika saudara merasakan kebenaran masih boleh disembunyikan, ternyata saudara silap. Saudara perlu tahu rakyat Malaysia tidak bodoh. Saudara tidak boleh menyekat kebebasan kami untuk bersuara dengan memperkenalkan akta zalim seperti Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Akta Hasutan. Tindakan saudara menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis dan ahli akademik menggunakan akta-akta zalim tidak akan menyebabkan rakyat Malaysia akur dengan pentadbiran saudara. Tindakan saudara hanya akan mendorong lebih ramai orang bangkit menentang saudara. Penggunaan akta zalim juga menunjukkan saudara tidak yakin dengan kepimpinan saudara. Bagi kami, manusia yang tidak yakin untuk memerintah adalah manusia yang tidak layak untuk memerintah Malaysia. Saudara menunjukkan saudara tidak layak untuk memimpin kami. Kita perlukan pemimpin yang berani berkata benar di hadapan kebenaran, mengaku silap di atas kesilapan. Untuk pengetahuan saudara, saudara tidak mempunyai ciri-ciri pemimpin sepertimana yang kami sebutkan tadi. Saudara cuma mahu dilihat berani, tapi ketahuilah saudara sebenarnya seorang pengecut. Saudara, Sebagai seorang rakyat Malaysia, kami berhak untuk mengatakan saudara tidak lagi layak untuk memimpin. kami sarankan supaya saudara meletakkan jawatan dan bersara daripada dunia politik. Malaysia mempunyai ramai tokoh yang berprinsip untuk memimpin kami. Jika saudara seorang pemimpin yang berprinsip dan bermaruah, kami ingin mencadangkan supaya saudara mengundurkan diri dan beri peluang kepada tokoh-tokoh muda untuk memimpin Malaysia dengan adil dan saksama. Anak muda berhak menentukan nasib mereka sendiri !!

REMEMBER that we are capable to do more than you expected!
We are anonymous
We are legion
We do not forgive
We do not forget
Expect us.


Berikut adalah laman web ahmadmaslan.com yang asal sebelum kena hack yang diperolehi daripada Google Search Cached.


Sebelum ini domain name ahmadmaslan.com dipoint ke platform blogspot kepunyaan Datuk Ahmad Maslan, so didapati kaedah hacking ini bukan Website Defacement tapi lebih kepada DNS Poisoning/Spoofing di mana rekod domain name ahmadmaslan.com telah dipointingkan ke hosting server lain yang terkandungnya surat layang tersebut.

Konklusinya... nasib kau lah labu.




tags: website laman web rasmi blogspot blog blogger ahmad maslan ahmadmaslan.com kena hack godam crack website defacement dns poisoning spoofing surat layang suara rakyat

4 ulasan:

  1. Amanah untuk jadi seorang pemimpin ni terlalu besar

    Sama ada drpd segi tanggungjawab, kemampuan ataupun kesanggupan semuanya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti

    Nak dihisab kat padang masyar nanti bukannya pekara main main
    jadi lebih baik hisab diri kita dahulu sebelum diri kita dihisab oleh sang pencipta

    aku kadang kadang terfikir, nak tahu pemimpin tu seorang yang blh diharapkan, tengok camne cara dia meminpin..

    Banyk bangunan besar besar sampai negara jadi hbt, besar, gah sumber ekonomi meningkat tapi penuh dengan dosa maksiat, pelacuran, riba, arak, judi sehingga klu pelancong bukan islam dtng tengok dah mcm negara diorang apa gunanya

    berbanding dengan seorang pemimpin yang jaga solatnya, takut dengan amanah yang dipertanggungjawabkan sehingga begitu berhati hati.. biar ekonomi lambat membangun pun tapi masyarakat akan jadi hbt dan gah dgn sendirinya

    janji Allah itu pasti

    Pemimpin tu bukannya terhad kpd ketua negara bahkan suami ketua pasukan kelas dan mcm mcm lagi

    sama sama lah kita bermuhasabah diri

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. Kesian die...
    Cukai GST dah banyak dapat untung...
    And still diorang tak leh nak dapatkan network consultant untuk jaga website diorang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Surat terbuka kepada najib nazak,

      Gst yang dikenakan telah menzalimi orang biasa, orang malas dan orang miskin.

      Sedangkan konsep zakat telah mengajar kita cara mengutip duit yang betul di mana yang kaya bayar lebih yang sederhana bayar zakat fitrah dan yang miskin dan berkeperluan khas dikecualikan malahan layak menerima zakat pula.

      Kenapa tuan tidak asingkan barangan mewah, barangan keperluan dan barangan orang miskin. Caj sahaja gst ke atas barang mewah, kekalkan harga barangan biasa seperti susu bayi dan lampin, dan tambahkan subsidi kepada barangan keperluan asas seperti top up, gula dan garam dan barangan orang miskin dan bujang seperti kopi hang tuah, ubat nyamuk, maggi dan sardin.

      Ini sardin makanan orang miskin pun tuan caj gst. Di mana kepala otak tuan ?

      Sudahlah rakyat terpaksa bayar dua kali dalam semua hal, contohnya urusan imigresen, saman, jpj yang sepatutnya diberi percuma kerana ada jabatan yang menguruskannya tetapi kerana penjawat awam malas terpaksa rakyat bayar kepada myeg, kenapa tidak berhentikan saja mereka dan gunakan duit gaji mereka itu untuk bayar myeg?

      Begitu juga dalam pendidikan yang perlu kepada tuition luar, utiliti yang perlu penapis air, keselamatan yang perlu sistem sekuriti, kesihatan yang perlu kepada kad insurans.

      Yang tidak cekap adalah pihak tuan dan penjawat awam tuan, yang menanggung bahananya rakyat.

      KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.hee

      Padam
  3. Saya rasa ramai yang semakin faham dengan sistem baru ini. Mungkin juga ada yg sengaja buat-buat tidak faham.

    Teruskan implementasi dan perbaiki prestasi penguatkuasaan. Jadikan 1 April 2015 baru-baru ini, kali terakhir golongan kelas bisnes dapat mencatut.

    Transparent business with GST.
    Sistem GST adalah gantian sistem SST.
    GST memberi kebaikan untuk kedua-dua peniaga dan pengguna.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.