Isnin, 25 Mei 2015

27 Melayu bakal jadi jutawan dengan ritual cium duit

Melayu... nak kaya punya pasal siap ada ritual cium berkepuk2 duit bagai. Gambar ini merupakan salah satu aktiviti dalam sebuah seminar motivasi menambah kekayaan. Mungkin dengan mencium bau duit boleh menambahkan motivasi untuk mendapatkan lebih banyak wang ringgit. Aku tak tahulah sama ada orang Melayu yang kaya2 ni atau mungkin taikun2 Cina ada buat ritual cium duit macam ni jugak.  







Seperti yang tertulis di laman Facebooknya, peserta (rata2 orang Melayu) yang nak join kursus yang dipanggil Seminar Aura Mind Power & Money Magnet ini kena bayar yuran sebanyak RM725 dapat percuma set produk aura 6 jenis bernilai RM308 serta nota, 3 x makan minum dan sijil. Peserta yang berminat akan diajar cara2 untuk mencari solusi kejayaan dengan kaedah kuasa minda, aura dan spiritual, serta menjadi magnet menarik rezeki melimpah ruah menggunakan The Secret Law of Attraction.

Seriously, dah la nak masuk seminar kena bayar yuran bapak mahal, dah tu apa point cium duit lepas tu siap berdoa bagai? Adakah dengan amalan mencium duit akan menjadikan diri kita mempunyai daya medan magnet yang mampu menarik duit menggunakan kuasa minda dan aura 10 juta petala langit. Adakah dengan menghirup bau wang bakal merubah hidup menjadi jutawan yang cemerlang, terbilang dan gemilang? Mengapa Melayu gemar melakukan perkara2 pelik sebegini?

Oh Melayu, apa punya mengarut lagi korang nih. Gaya dah macam menyembah duit pulak. Jangan nak jadi hamba duit sangatlah!




tags: aura mind power money magnet kursus seminar perubatan aura reiki malaysia academy of alternative medicines centre aamc the secret law of attraction ritual aktiviti cium bau doa duit wang ambik berkat dr khalid sabran

27 ulasan:

  1. Haih! Macam-macam cara pelik-pelik orang Melayu sekarang ni. Banyak lagi cara yang lebih Islamik untuk menjemput rezeki!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Piirah yg hg duit cari x pndi merabih ada lgi... sembang

      Padam
    2. i love melayu!!

      Padam
  2. rm725 seorang , 30 peserta ..rm21750..siapa yang masuk duit ni..peserta ke penganjur..kenapa pihak berkuasa x nak ambik tindakan pada penipu2 ni...gelaran dr. tu sah ke..? silap2 terus keluar akidah tu dah macam menyembah berdoa depan duit

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu kira murahla, kat lagi satu tempat, yuran masuk RM 4,700.00 seorang, kalau x 10 = 47,000. sapa yang kaya?
      Dah tentu penganjur! yang bodoh peserta!

      Padam
  3. pelik sangat aih...macam dah jd hamba duit..aura pekebenda pulak cmtu..cium2 pon bukan dapat kat korang..adoii

    BalasPadam
  4. aku harap dengan cium gambar neelofa , neelofa jadi bini aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Neelofa barang kecik. Kalau aku baik aku cium gambar Kim Kardashian. Barang baik punya!

      Padam
  5. dh jadi hamba duit pulak aku tengok.

    BalasPadam
  6. Marilah menjadi Mr. Krabs...hahahaha!

    BalasPadam
  7. Melayu dan khurafat berpisah tiada..

    BalasPadam
  8. Melayu dan khurafat berpisah tiada..

    BalasPadam
  9. Org kita nampak duit terus gelap mata...sedangkan perlu fokus mcmana nak pasarkan barang yg nak dijual. Bajet bagi perangsang duit...pas2 duit yourself.

    Kan best kalau kita boleh nampak n pegang Pahala Allah swt..pernah dengar ustaz cakap yg kalau kita boleh dpt lihat pahala jika diizin Allah swt, for sure masjid akan sentiasa penuh utk tiap2 solat waktu x kira laki atau wanita.

    Nampak x trick dia...bayar yuran dah mahal, tp kata dpt free gift and motivasi..tp sbnrnya penganjur sbnrnya dah suruh ahli byr terus produk dia cuma kena campur motivasi course...hidden agenda disitu. Kebanyakan org kaya sbrnya berusaha sendiri utk berniaga dgn modal yg ada, kalau jenis join2 program ni, sbnrnya hanya mengkayakan penganjur je...noth more. Time nak ambil duit ahli dia tolg, time ahli ada masalah, nobody cares...

    BalasPadam
  10. Salam 1 rasuah ,

    Tadi saya ke bank nak ambil duit, selalu apa yang saya lihat ada melayu bersongkok atau bertudung akan tunggu di depan pintu bank minta derma untuk sekolah atau surau atau tabung kebajikan yang ntahdimanantah.

    Tapi kali ini saya lihat ada india di depan bank, dia buat apa, dia jual muruku untuk menyara keluarganya.

    Dari situ kita sudah boleh lihat gambaran bangsa melayu berbanding bangsa lain. Bangsa lain jika mereka nak sesuatu mereka terpaksa berusaha dan bergadai untuk dapatkan.

    Manakala bangsa melayu, mereka nak free, short cut dan mudah. Itulah yang berlaku sekarang dalam pendidikan, penjawat awam dan perniagaan.

    Dalam pendidikan mereka ada kuota spm serendah 3A boleh ambil degree, ada yang pakai credit je A tak ada, bangsa lain 10A baru pandang. Dalam penjawatan awam berapa ramai yang datang goyang kaki kerana jawatan yang diwujudkan lansung tak diperlukan contoh ft17 di sekolah-sekolah. Dalam peniagaan pun begitu tapak niaga yang dikhaskan kepada mereka disewakan kepada pendatang asing, syed bukhari meniaga untung dia sapu, rugi kerajaan tanggung. Hakikat bro heee.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya,heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila pandai dah jadi pedo plak kat luar negara.siap ada jual diri lagi.jadi kat mana relevannya KEDEPAN ni?
      tak nak komen ke budak pandai jadi pedo?
      adiputra konon genius tapi penipu?

      Padam
    2. skt hati ngan adiputra ler tu :)

      Padam
    3. Tergerak hati saya untuk membuat post ini adalah untuk menjernihkan suasana yang sudahpun keruh dilanda andaian politik sesetengah pihak. Tidak semena-mena sahaja, berita Adi Putra hangat diperkatakan semenjak dua tiga hari yang lalu, dan PERMATA pula menerima tempiasnya.

      Saya ingin berkongsi tulisan Pengarah PERMATA sendiri, Professor Noriah Mohd Ishak mengenai perkara ini. Saya buat dalam bentuk "note" supaya dapat dijadikan rujukan masa hadapan.

      KERAJAAN memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi. YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

      YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya.

      Padam
    4. Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

      Maka lahirlah Ujian UKM 1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.

      Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

      Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA pintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di peringkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

      Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu brain drain dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

      Program PERMATA pintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka dari luar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

      Padam
    5. Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut.

      Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League.

      Padam
  11. Makin power siot melayu sekarang ni. Tahniah!bangsa aku..bangsa harapan.bani yg terpuji dan terpandai. Tepukan sikit utk penganjur yg berjaya menyapu duit2.bijak2.mcm ni la baru bawah lindungan rahmat tuhan.well done..syabas inspektor sahab

    BalasPadam
  12. Masuk semianar nak kaya bayar rm700++,
    last2 yg kaya penganjur jugak, bukannya peserta pon...hahah

    BalasPadam
  13. saya rasa takde masalah sebab bergantung pada niat. Macamana awak tahu dia hamba duit? barangkali cuma sebagai motivasi. satu lagi sifat melayu.. buruk sangka!! cepat mencemuh!!

    BalasPadam
  14. Best sgt ke cium duit.. Aq nk muntah bila hidu bau duit.. Macam2 tmpt dah duit pergi.. Ntah org penah wat lap xxx pun kite xtau...

    Uwekk...

    BalasPadam
  15. Khurafat dah ni dh kira syirik percaya benda lain selain dari Allah , syirik dosa tidak diampunkan dari Allah sama juga dgn sifat riya syirik tersembunyi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.