Halaman

Jumaat, 1 Mei 2015

Perintis Internet Malaysia bakal menjadi sejarah

Jaring Communications Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang popular dikalangan pengguna internet tempatan, dimana ia telah bermula hampir 30 tahun yang lepas, dan menjadi salah satu syarikat penyedia internet paling awal di Malaysia. Namun, syarikat yang semakin lama semakin jarang kedengaran ini kini dilihat dalam proses pembubaran syarikat selepas menerima arahan mahkamah pada hari Khamis yang lepas.


Jaring sebelum ini telah dibangunkan pada tahun 1986 yang lepas dengan nama RangKoM. Selepas itu, ia telah dilancarkan kepada umum dengan nama JARING, dan diletakkan sebagai anak syarikat MIMOS pada tahun 2002.

Episod menyedihkan untuk Jaring ini dikatakan bermula pada awal tahun 2014 selepas ia dijual kepada satu pihak yang memfokuskan kepada keuntungan dan tidak menjaga kepentingan JARING.

Perkembangan lanjut mengenai syarikat ini masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Dari semakan kasar, beberapa universiti dikatakan sedang mencari pembekal perkhidmatan baru menggantikan Jaring.

Kita mungkin akan mendengar mengenai status syarikat ini dalam masa beberapa minggu lain.

Sumber Amanz.my.

* * * * * * * * * *

Semalam Dalam Sejarah

Semalam, tanggal 23hb April 2015, perkhidmatan Internet terulung di Malaysia yang saya mula bangunkan dengan nama RangKoM pada tahun 1986, dilancarkan dengan nama JARING pada tahun 1992, menjadi anak syarikat MIMOS pada tahun 2002 dan seterusnya diambil alih oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) pada tahun 2007, telah diletakkan di bawah kawalan satu "liquidator" atas perintah mahkamah.

Saya tidak ada kaitan dengan syarikat ini lagi setelah bersara pada tahun 2010. Namun, bagi saya peristiwa ini menyedihkan dan juga menggembirakan. Sedih kerana entiti yang memperkenalkan perkhidmatan Internet di Malaysia di biarkan sedemikian rupa. Gembira kerana satu pihak yang lebih bertanggung-jawab diberi kepercayaan untuk menguruskannya buat sementara. Saya harap ia boleh dipulihkan segera.

Episod yang menyedihkan ini bermula selepas MKD menjual JARING pada awal 2014 kepada satu pihak yang hanya berminat dengan wang hasil jualan dan tidak berminat untuk menjaga kepentingan JARING. Khabarnya bukan JARING sahaja yang menjadi mangsa. Kita agak kecewa kerana tindakan segera untuk menyekatnya tidak dilakukan pada hal agensi kerajaan tertentu telah tahu keadaannya. Kita juga kecewa kerana pihak MKD tidak berhati-hati dalam memilih pembeli JARING.

Kita akan lihat perkembangan selanjutnya dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sumber Dr. Mohamed Awang Lah, pengasas kepada syarikat Penyedia Internet Pertama Malaysia, Jaring. Lagi berita di The Malaysian Insider.


Pada Hari Pekerja ini, aku membuat entry mengenai nasib syarikat Jaring Communications Sdn Bhd yang namanya pada suatu ketika dulu sangat gah dan dikenali sebagai pengasas dan perintis kepada pertumbuhan Internet di Malaysia akhirnya akan dibubarkan.

Di manakah silapnya?
Di manakah salahnya?
Apakah puncanya?
Siapakah dalangnya?
Apakah nasib pekerja2nya?

Yang aku tahu, sejak Telekom atau TM sudah memijakkan kaki dalam arena pembekal Internet melalui TmNet, nama Jaring seolah sudah tenggelam dan ditinggalkan jauh ke belakang terutama sebagai pembekal Internet bagi kegunaan pengguna peribadi dan domestik. Jarang dilihat Jaring begitu serius memasar dan memprosikan pakej dan perkhidmatan yang mereka bekalkan di kaca2 TV dan Internet sementara TM terus menerus memasarkan produk Internet mereka sehingga kini memonopoli sektor ICT dan jalur lebar di Malaysia sedangkan Jaring terus tenggelam dalam arus persaingan.

Aku sendiri rasa terkesan sedikit dengan berita sedih ini kerana:

1. Aku merupakan graduan ICT tahun 2000-an yang melihat Jaring sebagai suatu entiti yang sangat hebat dan gah sebagai pengasas dan perintis kepada kemajuan dunia Internet di Malaysia.

2. Malah aku juga antara pengguna terawal talian internet Jaring sebab masa aku di sekolah menengah dulu bapa aku pernah melanggan perkhidmatan dial-up Internet Jaring 1511 yang masa itu aku rasa dah cukup laju walaupun hanya berkelajuan 56kbps.

3. Aku sendiri pernah bekerja di Jaring selama setengah tahun sebagai pelajar latihan industri atau praktikal, dan di situlah aku belajar banyak pasal networking, Unix dan Oracle secara praktikal berbanding banyak belajar teori kat universiti, malah dapat menjadi bekalan dan portfolio untuk aku minta kerja pada tahun2 berikutnya.

So Jaring, adios!

Untuk mengikuti perkembangan dan berita mengenai isu Jaring ini boleh diikuti di Facebook Tengku Yangutama.




tags: jaring communications sdn bhd dibubarkan sejarah mimos mkd kementerian kewangan dawama utusancorp bangkrap bankrupt muflis pengasas perintis pencetus internet malaysia pembekal isp pertama no 1 dr mohamed awang lah pengasas isu kes tak bayar gaji

9 ulasan:

  1. Bhai Noob...

    Gua antara team awal yang terlibat bersama dengan Dr Mohamed Awang Lah membangunkan RangKOM dan JARING dan bagaimana kami deal ngan IANA berkaitan domain dan IP allocation... Cukup sedih dengan apa yang berlaku...

    Semua kesilapan tertumpu kepada MKD.... Sedih sungguh la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekejap hang komando polis sekejap hang expert dlm kristianiti la hang terlibat dgn mohamed awang lah pulak.. ka hang idup dlm angan2 kot.. dok goyang teloq dlm kpm apa.

      Padam
  2. Nama Perintis Pertama telah berpindah.... patutlah demi keuntungan... demi keuntungan jangka masa panjang yang lebih baik ... KATANYA

    BalasPadam
  3. Masa aku keje TPM start 1998 dulu, rasa gah giler bila pegi anjung MIMOS tiap2 hari lunch.

    Bermula episod sedih aku bila tgk kompeni ni mcm lekat celah tangga ja. Betul.. bila start aku register 30 domain, baru aku nampak yg Jaring waktu ni, dah mcm hidup segan mati tak mau.

    Jelas, setelah 5 mail server berjalan, baru aku nampak MyNIC pun terkial2 nak jaga benda2 ni. Kendian satu persatu bos2 terkenal derang bercempera merata. Aku jumpa merata2 mereka2 ini hasil permainan bisnes yg aku semakin pening nak ambil tahu. Sebahagiannya masih attached dgn aku kerana ISMS dan CISSP.

    MIMOS pun sama..semua yg bergaji riban2 waktu tu dan sijil berkepuk2 dgn PhD..akhirnya jadi mcm budak2 sekolah berebut projek.

    Paling lawak, awal 2000 dulu pun, bila aku call untuk urusan TPM, MIMOS dan PATIMAS serta IRIS, sumer mcm dah nak mampos dah kompeni2 gah ni. Last2 aku blah waktu suami Shahrizat masih dok menggila buat projek ikan ngan balak di raub ngan Sultan Pahang.

    Baru aku perasan yg beribu2 projek IGS kat TPM tu, semuanya menipu duit negara saja. Mmg ini kerja mangkuk2 hayun dlm TPM. Lagi sedih, aku join grup IT berprestij siap ngan R&D beratus juta. Hasilnya bebudak melayu yg kononnya pakar IT dan digajikan dgn 5 angka setiap bulan, langsung x reti nak setup exchange server dan bagi email berjalan. Cuma tolong jadi patung dan tok kong untuk disembah sbg pakar2 IT. Wuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Piiirah hang dah dia bos hg suruh p bgi email bejalan buatpa... bos jobstreet pun x taw apa psai komputer . . sbb tu dia gaji org yg taw utk jalankan idea dia. sembang!

      Padam
  4. Woahh wait a min... Noob dah bersara???

    BalasPadam
  5. Peribahasa melayu dulu...harimau mati meninggalkan belang, manusia meninggalkan nama, Sekarang plak... kampung mati meninggalkan nama..contoh Kg Abdullah Hukum, Kg Kerinchi and the next in the line is Kg Baru...Kg Keramat...Kg Segambut, Terkini plak..syarikat mati meninggalkan nama...iaitu Jaring...syabas pemerintah ku yang tersayang...I Luv U...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.