Adakah anda mempunyai situasi yang sama seperti ZAHRA?
Apa yang dia cakap tu sebenarnya semua orang pun dah tahu, malah pemimpin2 kita pun sebenarnya sudah tahu pun masalah2 rakyat ni. Daripada dulu sudah dengar banyak rintihan dan luahan hati rakyat marhaen sama ada di media sosial mahupun di kedai2 kopi. Cuma bezanya, gadis ini berpeluang untuk meluahkan di depan seorang Timbalan Perdana Menteri.
Aku tidak pasti sama ada skrip ucapan tu memang dia yang tulis atau nama dia memang betul Zahra, yang aku pasti ia adalah satu bentuk kempen Saya Zahra yang dilancarkan oleh MTEM untuk memberi kesedaran kepada rakyat dan juga pihak pemerintah amnya. Maklumat lanjut boleh layari FB page Saya Zahra dan juga Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu.
Apa2pun, saya bukan Zahra tapi saya setuju dengan apa yang Zahra sebutkan, dan saya juga Sayangkan Malaysia.
#sayaZahra #sayasayangkanMALAYSIA
tags: saya zahra saya sayangkan malaysia #sayazahra #sayasayangkanmalaysia awek gadis anak muda bagi ucapan diberi peluang berbicara depan pemimpin negara tpm muhyiddin yassin mtem
Hampir kebanyakkan orang atasan ni dah tau kehidupan rakyat bawahan, tapi mereka buat-buat tak nampak je. Huhuhuhu
BalasPadam#sayasayangkanMALAYSIA
PadamNampak agak sempit fikiran dia.
BalasPadamrealiti sebenar kehidupan orang awam
BalasPadamRealiti yang sukar ditelan mahu pun dihadam
BalasPadambercakap didepan PM sekali pun tak ada guna umpama aku berkomen dalam blog ni, sebab benda ni tak akan berubah. Benda macam ini gimik saja seperti benda yang selalu trend dan pada akhirnya kita semua akan lupa dan kembali kepada kehidupan sebenar ok. Mohon bersyukur ok.
#tanpanama
#akujugabukanrobot
#nothingchange
#kalaubercakapkalahnelsonmandela
#sayangsajatakguna
#asyikmerungutje
#carisideincomelah
#katamenteridibolehland
#kejadahapa
#akuyangdengarakuyangpanas
Ini cuma nak raih simpati rakyat. Dan ianya terlalu racist! Yang untung orang2 atasan yang kaya raya, seolah2 prihatin dengan nasib rakyat khususnya melayu.
BalasPadamTak guna terus bersedih. Berapa ramai yang diulit kekayaan mahu ambil peduli terhadap kesusahan rakyat? Ini samalah kita melihat Ahmad Maslan, Tengku Adnan, Ahmad Sabri dan Hasan Malek tetiba nak jadi jadi imam masjid!
Berhentilah menongkat langit. Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mengubahnya sendiri. Ini juga relevan dengan diri kita sendiri. Mengadu sebegini mungkin meredakan ketegangan namun tak mungkin ada perubahannya. Berdoa saja pun jika diri sendiri tak mampu melaksanakan usaha dan perancangan, tak kemana juga.
Perit memang perit. Apa yang masih kita ada sekarang? Itu saja yang mampu kita jadikan modal. Bukan macam menteri dan raja2, duit dalam poket rakyat, adalah modal berniaga derang. Rugi tak payah bayar, malah boleh naikkan cukai, kutip itu ini, kumpul banyak2 dan berniaga lagi..kalu perniagaan maju, itu usaha sendiri. Duit rakyat tak payah bayar, kalo rugi.
Sekian terima kasih.
Adakalanya apa si Zahra ni ada benarnya....cuma sampi satu tahap bila sy ditanya soalan oleh seseorang:
BalasPadam"Awak kata gaji awak sebagi graduan degree x cukup untuk hidup skrg seperti pengemis, smpi hujung bulan dah kering duit? saya gaji sebagi non exac yg rm1k lebih pun boleh survive smpi boleh kawin n ada anak2...anda yg bujang n gaji RM2-3k still kata mcm x cukup? bagi saya dpt 2-3k skrg dah boleh hidup mewah sikit....semuanya bergantung drpd apa anda belanja tiap2 bulan, byk kena bezakan benda yg perlu n x perlu"
Sy akui satu benda...bila dah dapat kerja as graduan degree..sure gaji rm2.5k ke atas, selalu benda pertama org buat ialah beli kereta cepat2 sbb rasa awesome ada kereta sendiri, x main naik motor gi kerje...handphone at least mesti RM1k ke atas..lg bagus terus beli iphone terus, kalau x bila nak merasa pakai hp mahal, sbb baru leh ambil gmbr buat status kat FB pakai hp iphone. Makan pun hari2 makan kedai sedangkan kalau just makan sendiri kat rumah dgn memasak, boleh jimat banyak more than 50% utk belanja makan bulan2...tp biasa la makan luar dengan geng, baru la bersosial. Belum cite benda lain lagi yg kita sebenarnya menaikkan perbelanjaan bulanan kita tanpa kita sedari...sbb nak up to date n nmpk diterima masyarakat.
Org zaman dulu (80-90an) yg kerja gaji pun lagi kecil..start kerje rm700 je, gi kerje naik motor je selalu...dah stabil few years baru beli kereta second hand. Beli kereta baru dianggap org kaya gila pada masa dulu. Makan KFC n seumpamanya boleh kata sebulan sekali je terutama masa gaji. Berjalan2 gi dalam negara pun mcm setahun sekali even, kalau area dekat2 maybe berjalan2 sekali sebulan....nmpk x beza perbelanjaan zaman dulu n skrg, kita yg agak boros berbelanja supaya nmpk seperti kita nmpk dlm tv, dah grad boleh beli keta RM100k n rumah besar dekat dengan pejabat, pakai baju dasyat2 n masa kerja boleh je keluar jalan2 jumpa awek/pakwe..
Bg sy, byk pengaruh TV yg buat kita hidup bermewah2 dr gaji kita sebenar.....renung2kn.
Cuma yg sangat sakit zaman skrg ialah rumah harga mahal sangat...maknyanya habis duit bayar kat rumah je...tp xleh nafikan sbb semua negara maju menghadapi perkara yg sama n no way turning back. Tp benda lain kita boleh berjimat.
PadamCuma nasihat saya kpd budak yg baru dpt kerja...jgn beli kereta baru masa baru kerja, pakai la kereta second hand kalau perlu, kalau x naik pengangkutan awam atau naik motor. Pas2 jangan selalu makan luar, minum starbuck, mkn mcd hari2 sedangkan zaman skrg sorg belanja makan rm10 sehari dah cukup, bukan beli air kopi yg harga belas ringgit. handphone janji boleh watsapp n ada data internet dah cukup. After 5 years baru la upgrade hidup anda mana yg perlu.
N kalau nak kawin n hidup kat bandar, suami isteri kena ada kerja...xleh sorg tanggung famili hidup di bandar, sgt sukar melainkan laki tu gaji besar sgt. Still rilek je sy tgk suami isteri n sorg anak naik motor gi bandar..kita je nak naik keta baru gi jalan2. Statistik mengatakan budak muda dah banyak hutang sana sini x smpi 2 tahun kerja...org zaman dulu x mcm ni. Kurang hutang, hidup anda rasa kurang tekanan n byk duit lebih smpi hujung bulan.
nuff said, btw it's all about our preferences. ada orang sedar naik kereta adalah keperluan kerana naik motorsikal is fucking dangerous sementara ada orang lain pula menganggap naik kereta adalah barangan mewah. so, jangan compare basic need kamu dengan orang lain. yang sepatutnya di fikirkan kenapa duit kepala tengkolok makin hilang nilai berbanding dollar us. 1USD=RM3.802 dan harga barangan makin meningkat menyebabkan kuasa beli orang ramai menurun dan duit gaji makin tidak bernilai.
Padamayam.. ko ni PA noob ke apa? semua benda ko nak ulas balik.. rajin tulis panjang berjela baik ko tulis blog je laa
PadamTanpa Nama 9 Julai 2015 6:40 PTG,
PadamNampak sangat ko ni tak faham ekonomi dan keadaan ekonomi dunia.
kau yang faham ekonomi dunia boleh jelaskan kenapa duit kepala tengkolok negara bakal maju 2020 makin hilang nilai dipasaran dunia? malulah skit..thai bhat lagi tinggi nilai dari ringgit.
PadamKlau anda pakar ekonomi...tau x punca utama nilai ringgit jatuh? Jwapnnya xde kaitan dgn 1MDB atau hutang negara.....sy tau jawapan cuma better sy galakkn anda buat homework dulu.
PadamTypical maleis..
BalasPadamBodoh, malas dan penakut..
Asyik salahkan orang padahal kelemahan diri sendiri..
Cry babies.
Kepada puan Zahra, nak keluar statement biarlah fikir 10 ribu kali. aku pun grad jugak dulu, tapi nak fikir nak ada rumah kejap tu juga, gaji RM 10,000 ke atas kejap tu juga, bagi duit bulan-bulan kat mak bapak aku riban-riban, aku syukur aku ada ilmu utk dijual! bukan harta, kerana harta tu aku pulak kena jaga, berbanding ilmu yang akan jaga aku.
BalasPadamTapi berkat kesabaran, dengan usia dah cecah 40 tahun, aku ada rumah sebijik, kereta Jepun sebijik, anak bini dan pendapatan tetap, RM 3,995.00 sebulan. Dan ianya mencukupi bagi aku.
Pelik kan?
Mudah je, dalam hidup ni, jangan terlalu mencari kesempurnaan, solat 5 waktu jangan tinggal, tambahlah lagi solat dhuha, minta mudahkan rezeki. Jangan asyik mengeluh, ingat kesusahan tu tak lama. Hidup di dunia ni, sementara je.
Jap.....pinjam kereta dari ayah..bayar rm500 bulan? Keta apa dia pki smpi rm500? Klau sy assume baeu kerje 1-2 tahun pki kerta harga 2 sbnrnya menyeksa diri jwpnnya...klau ayah bagi better pakai free klau keta 2nd hand, tp sy rasa dia xnk buat loan atas nama dia, pkai loan bapak n byr direct kat bapak. Tp keta axia baru std spec xde la byr rm500 bulan2 utk 9 thn?
BalasPadamTp sy selalu dgr...ppuan bila dah masuk u dah start minta keta kat parent, dah kerje terus nak keta baru, xnk second hand. Byk ppuan muda skrg manja sgt nk free n high taste....bukan semua ppuan mcm ni, bukan bersifat seksis, tp reality mcm 2 sy nmpk. Anak sedara ppuan dah habis spm masuk kolej terus pki iPhone. ..sy dah bertahun2 kerja pki samsung 1k je....kesian kat ayah n bakal suami klau anak gadis mcm ni...
Masing2 ade pndangn dan penglaman hidup yg berbeza.... brgntung pada latar blkg kluarga, persekitaran dn taraf pndidikn...
BalasPadamYang pnting mcm mane kite adapt untuk srvival hdup... kerana kau pun tau walau berbuih mulut kau bersuara..ianya tak ke mana...
Teruskan bersukur dan terus doa utk sesuatu yang lebih baik...walaupun kau tak suka dgn hidup kau sekarang.
Percayala Allah itu maha adil..
Captain here. Music tu dari OST naruto. *flies away*
BalasPadamdalam kepala aku dok pikir apa la nasib budak curi tabung masjid time terawih kat rumah aku ni..dah la tercicir sekolah(tak pernah sekolah rasanya)...ayah dia penagih...mak kakitangan hospital...duduk kuarters hospital..umur 10 tahun...polis boleh ja tangkap dia kalau orang masjid report...kalau dia kena tangkap pun memang tak sudah cerita budak ni...kesian..
BalasPadamnampak dak masalah ni wahai pemimpin...ramai budak budak cicir sekolah...depan mata aku ramai ja...masalah bukan dekat orang muda saja...kanak-kanak juga kena bagi perhatian...
**kalau aku biar ja...anggap la zakat untuk dia...
Mana jiran-jiran.. mana sedara mara.. mana kawan-kawan mak dia.. Dan ko sendiri pun..
PadamTakkan semua pakat tengok jer.. Takkan dgn budak 10 tahun pun ko takut.
Setiap orang adalah pemimpin.
Sikit sebanyak aku setuju dengan pendapat Zahra ni..
BalasPadamAku tak setuju dgn dia. Mcm aku dulu, lepas grad, naik kenderaan awam pergi kerja. Biarlah kena tukar komuter, putra Dan bas utk sampai tempat kerja pun, asalkan taksusahkan family. Kumpul gaji bulanan buat deposit kete, beli kete paling sedar kemampuan. Kumpul duit lagi, 6 thn lepastu, aku beli Rumah. Mcm yg komen kt atas ni jugakla, beli ikut kemampuanlah
BalasPadamTgk akasia TV3 kuat sangat minah ni..
BalasPadam