Berderai air mata mak cik, mengatahui suaminya sudah tiada. Pak cik 70-an sudah terlantar di rumah 9 bulan akibat strok, datang ke hospital kerana radang paru-paru serius.
Kematian adalah perkara biasa dalam profesi kami. Setiap waktu pasti kami akan menghadapi kematian.
Berurusan dengan kematian, ada adabnya, ada santunnya. Dalam keadaan pesakit sudah tenat, kami bantu sedaya upaya kami, kami bisikkan syahadah (yang beragama Islam) di telinga pesakit, sudah meninggal, kami uruskan jenazah mereka dengan penuh hormat. Jenazah perlu dijaga sebaiknya.
Sumber gambar |
Sebab itu saya cukup marah bila lihat masyarakat menyebarluaskan gambar-gambar kemalangan yang mengakibatkan kematian contohnya, atau gambar pembunuhan, mangsa lemas, mangsa rogol dan sebagainya di media sosial. Kematian bukan satu perkara yang boleh dipertontonkan kepada umum!
Saya masih ingat waktu saya masih kecil, melihat gambar-gambar seperti ini adalah satu perkara yang mengerikan, tapi sekarang sudah berbeza, kebebasan informasi di media sosial membolehkan anak-anak punya akses untuk perkara seperti ini. Ini bahaya, mereka terdedah perkara yang tak baik sebelum waktunya, ini akan mempengaruhi minda anak-anak.
Saya fikir, perlu ada kawalan, kita sebagai masyarakat jangan memuat naik gambar atau video, jangan share gambar atau video yang telah ada di laman sosial. Jika mahu sebarkan gambar atau video seperti ini, kami sebagai staf kesihatan lagilah ada lebih banyak sumber, di wad, di jabatan kecemasan, di forensik, jika mahu, boleh sahaja kami sebarkan, tapi sesekali kami tak lakukan, si mati perlu diberikan penghormatan setinggi-tingginya.
Bayangkan, jika di dalam gambar itu, adalah ibu bapa kita, ahli keluarga kita, apa kita rasa?
Menghadapi keluarga si mati, walaupun sudah lama bekerja,kekok itu masih ada, apa yang saya mampu buat, ucapkan takziah, meminta ahli keluarga bersabar, dan beransur pergi, memberi ruang kepada keluarga meratapi pemergian si mati.
Esakan mak cik sayup-sayup masih saya dengar, Al-fatihah saya sedekahkan, mendoakan syurga buat pak cik..
#MasyarakatKenaTahu
Sumber FB Dr. Khairul Hafidz Alkhair.
* * * * * * * * * *
Musim raya memang banyak kemalangan.
Ada kemalangan yang ringan, ada juga kemalangan maut.
Bukan sekadar di musim perayaan, tapi kemalangan maut sering kali berlaku.
Jika bukan maut disebabkan kemalangan, boleh jadi maut disebabkan perkara2 lain.
Apabila seorang manusia itu meninggal dunia, yang tinggal hanyalah jasad mayatnya yang kaku di tempatnya meninggal dunia tanpa boleh bergerak untuk menutup segala keaiban dirinya.
Namun masyarakat kita hari ini ramai sangat yang pelik.
Suka benar mengambil gambar mayat orang yang sudah mati dan sebarkan di media sosial.
Niatnya untuk memberitahu orang lain ada berlaku kematian, ada berlaku kemalangan maut dan sebagainya, namun perlukah mengambil gambar mereka dan letakkan di Facebook?
Kenapa?
Untuk apa?
Jika ahli keluarga kau mati tepi jalan, aku ambil gambar mereka dan upload di Facebook untuk meraih Like, Comment dan Share, dan tiba2 gambar mereka pula viral di Internet, apa perasaan kau? Apa perasaan ahli keluarga kau yang lain?
Suka?
Hentikan budaya sebar gambar mayat!
Jika rasa nak bagitau juga ada berlaku kemalangan, cukup dengan kongsikan gambar kenderaan yang terlibat dengan kemalangan atau censoredkan wajah dan keadaan mangsa yang mengaibkan.
Tapi jika ada orang yang bagi gambar mayat terutama mangsa kemalangan jalanraya, mangsa rogol, mangsa bunuh, mangsa lemas dan sebagainya yang begitu jelas kat Facebook, Whatsapp dan blog, mohon tegur atau maki terus andai tak makan saman.
tags: henti jangan budaya sebar gambar mayat orang mati meninggal dunia mangsa kemalangan rogol bunuh lemas perang tembak maut
Betul.. seboleh mungkin elakkanlah..
BalasPadamHidup ini ibarat roda..
Rasulullah shallallahu alaihi was sallam:
BalasPadamﻣَﻦْ ﺳَﺘَﺮَ ﻣُﺴْﻠِﻤًﺎ ﺳَﺘَﺮَﻩُ ﺍﻟﻠﻪُ.
"Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya.”
(HR. Al-Bukhary no. 2442 dan Muslim no. 2580 dari hadits Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, serta Muslim no. 2699 dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu anhu)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
ﻳَﺎ ﻣَﻌْﺸَﺮَ ﻣَﻦْ ﺁﻣَﻦَ ﺑِﻠِﺴَﺎﻧِﻪِ ﻭَﻟﻢ ﻳَﺪْﺧُﻞ ﺍﻹﻳﻤَﺎﻥُ ﻗَﻠْﺒَﻪُ ! ﻻَ ﺗَﻐْﺘَﺎﺑُﻮﺍ
ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴْﻦَ ﻭَﻻَ ﺗَﺘَّﺒِﻌُﻮﺍ ﻋَﻮْﺭَﺍﺗِﻬِﻢْ ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻣَﻦْ ﺗَﺘَﺒَّﻊَ ﻋَﻮْﺭَﺓَ ﺃَﺧِﻴْﻪِ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻢِ
ﺗَﺘَﺒَّﻊَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻮْﺭَﺗَﻪُ ﻭَﻣَﻦْ ﺗَﺘَﺒَّﻊَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻮْﺭَﺗَﻪُ ﻳَﻔْﻀَﺤْﻪُ ﻭَﻟَﻮْ ﻓِﻲ ﺟَﻮْﻑِ
ﺑَﻴْﺘِﻪِ
"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya akan tetapi iman belum masuk kedalam hatinya, janganlah kalian mengghibahi kaum muslimin, dan janganlah pula mencai-cari aib mereka, sesungguhnya barang siapa yang mencari-cari aib saudaranya sesama muslim maka Allah akan mencari- cari kesalahannya, dan barangsiapa yang Allah mencari-cari kesalahannya
maka Allah akan mempermalukannya meskipun ia berada di dalam rumahnya" (HR Abu Dawud no 4880)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
ﻭَﻣَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻓِﻲ ﺣَﺎﺟَﺔِ ﺃَﺧِﻴْﻪِ ﻛَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻓِﻲ ﺣَﺎﺟَﺘِﻪِ ﻭَﻣَﻦْ ﻓَﺮَﺝَ ﻋَﻦْ
ﻣُﺴْﻠِﻢٍ ﻛُﺮْﺑَﺔً ﻓَﺮَﺝَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ﻛُﺮْﺑَﺔً ﻣِﻦْ ﻛُﺮَﺑَﺎﺕِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ ﻭَﻣَﻦْ
ﺳَﺘَﺮَ ﻣُﺴْﻠِﻤًﺎ ﺳَﺘَﺮَﻩُ ﺍﻟﻠﻪُ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ
"Barang siapa yang membantu memenuhi kperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya, barang siapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim maka Allah akan melepaskan kesulitannya pada hari kiamat, dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi
aibnya pada hari kiamat"
(HR Al-Bukhari no 2442 dan Muslim no 2580)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
ﻭَﻣَﻦْ ﻳُﺸَﺎﻗِﻖْ ﻳَﺸْﻘُﻖِ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ
"Barang siapa yang menyulitkan (orang lain) maka Allah akan
mempersulitkannya para hari kiamat"
(HR Al-Bukhari no 7152)
Selamat hari raya noob..welcome back
BalasPadamNoob xnk kongsi mood raya, tetiba muncul kembali dan kontrol cool je. org educated n macho katakan..
BalasPadambtl 2..bt apa tgkp gmbr
BalasPadambetul tu tapi rindu lah kari ngeri.server dah mati kut.
BalasPadambetul tu, sebaiknya blur kn gambar atau tak perlu tyg
BalasPadambaru semalam MY buat entri seperti ini, masalah masyarakat kita sekarang, suka sangat sebar, seseuatu yg mereka rasa hangat, yg dapat like yg banyak, tapi tak fikir perasaan org, penyakit ni memang bahaya...dan ada juga sebar sesuatu berita yg tak benar, itu pulak boleh jadi memfitnah..bila nak sedar tak tahu lah
BalasPadamSetuju dgn pendapat anda....ni semua sbb nak dpt perhatian dr media sosial
Padam