Selasa, 14 Julai 2015

7 Ibu tunggal pesakit saraf yang memerlukan bantuan

Dulu aku pernah iklankan Serunding Asli homemade dari Kampung Laut Kelantan kat blog ni yang dijual oleh Puan Alia Haryani. Untuk pengetahuan anda, beliau juga merupakan seorang penghidap penyakit saraf Guillan Barre Syndrome. Sebelum itu, aku ingin kongsikan sedikit kisah hidup beliau yang pernah disiarkan dalam akhbar Harian Metro pada tahun 2012 yang lalu malah kisah beliau telah banyak dikongsikan oleh blogger2 lain sebelum ini.


SUDAH jatuh ditimpa tangga, begitulah diibaratkan ibu tunggal tiga anak yang diceraikan suami kedua lantaran dia menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome).

Penyakit berkenaan membabitkan keadaan lumpuh separuh badan, enemia dan usus terlalu nipis serta kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.

Dengan kemampuan yang sangat terbatas, Haryani Mat Hussin, 30, tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan ibu yang bertugas sebagai guru. Malangnya sejak setahun lima bulan lalu, ibunya menghidap penyakit 'ketidaktentuan kebimbangan' yang menyebabkan dia sukar tidur.

Justeru dia tidak boleh tertekan kerana akan menyebabkan penyakitnya datang semula. "Ini menyebabkan ibu saya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar saja. Mujur ketika itu masih sihat, jadi saya menghantar dan mengambil anak ke sekolah serta melakukan kerja rumah," katanya yang berasal dari Kelantan.

Menurut Haryani, kesakitan yang dialaminya bermula sejak tiga tahun lalu iaitu selepas melahirkan anak ketiga. "Selepas habis pantang saya langsung tidak boleh makan serta mengalami gastrik yang teruk. "Doktor memberitahu usus semakin menipis menyebabkan saya langsung tidak boleh makan makanan keras, cuma bubur dan air. Kemudian saya diserang anemia sehingga dimasukkan dua pain darah dan terpaksa ditahan di wad," katanya.

Selepas pulang ke rumah, keadaan Haryani semakin teruk. Dia tidak boleh berjalan disebabkan kedua-dua kakinya yang sangat lemah. Apabila duduk dia mengambil masa yang sangat lama untuk bangun. Selepas seminggu, Haryani sekali lagi dimasukkan ke hospital dan doktor pakar memberitahu dia menghidap penyakit saraf yang sangat serius disebabkan lambat mendapatkan rawatan. "Saya akui dengan sumber pendapatan tidak seberapa, tidak mampu mendapatkan rawatan doktor pakar. Tetapi kerana tidak tahan dan tidak sanggup menanggung kesakitan, saya menggunakan duit simpanan ibu serta pinjaman adik-beradik berjumlah RM9,000 untuk 12 hari rawatan."

Kos ubat-ubatan sangat tinggi. Satu botol ubat saraf berharga RM300 dan saya memerlukan lapan botol untuk lima hari rawatan. "Dengan jumlah yang semakin bertambah serta perbelanjaan harian, persekolahan dan rawatan ibu, memang saya tidak mampu. Itu pun saya sudah menggunakan semua hasil simpanannya," kata Haryani sayu. Doktor pernah mencadangkan Haryani menjalani rawatan mencuci darah disebabkan dia tidak boleh terlalu bergantung kepada ubat sepenuhnya kerana usus yang semakin menipis, namun dia tidak sanggup menanggung risiko.

Bagi Haryani dia sanggup menanggung kesakitan di rumah dan apabila sudah tidak tahan barulah ke hospital. Sudah beberapa kali Haryani mengunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pusat Zakat untuk mendapatkan bantuan, tetapi sehingga kini, dia masih tidak mendapat sebarang jawapan. Dia juga sudah penat turun naik tangga, namun hasilnya tiada. "Mungkin mereka ingat saya mampu bekerja disebabkan masih muda serta boleh berjalan. Tetapi itu dulu, sekarang dengan duit simpanan yang semakin berkurangan, ibu terlantar sakit, kaki yang lumpuh menyebabkan saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk menyara ibu, tiga anak serta kos rawatan saya. Suami pula langsung tidak memberi nafkah," katanya yang melalui dua kali perkahwinan namun kedua-duanya tidak menemui kebahagiaan.

Menurutnya, perkahwinan kali pertama ketika dia berusia 18 tahun atas pilihan keluarga. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Nuraliya Erissha, 12, dan NorIkhtisam, 7. Namun harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, kebahagiaan yang didambakan namun penderitaan yang diperoleh. Haryani terpaksa reda dengan perpisahan.

Kemudian Haryani dipertemukan jodoh dengan suami kedua yang tiga tahun lebih muda daripadanya. Perkahwinan ini juga diatur keluarga.

"Pada mulanya kami bahagia, namun selepas melahirkan anak pertama, Noraiman yang kini berusia tiga tahun, saya terus jatuh sakit. Lebih malang suami menceraikan saya kerana tidak sanggup menjaga saya yang sedang terlantar sakit. Malah selepas itu bekas suami tidak pernah memberi nafkah cuma suami pertama sahaja, itu pun ketika awal perceraian," katanya. Kini penglihatan Haryani semakin kabur. Malah keadaan kakinya masih seperti dulu, tidak boleh bergerak.

Dia tidak tahu sampai bila mampu bertahan, namun dia sentiasa berdoa Tuhan memanjangkan usianya. "Hidup saya kini hanya untuk anak-anak sahaja. Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha untuk membesar dan menyekolahkan mereka walau dengan apa cara sekali pun. Saya tidak sanggup berpisah dengan mereka kerana anaklah penguat semangat saya selama ini."

"Bagi menambah rezeki, saya berjinak-jinak menjual selimut dan cadar dewasa. Saya berharap hasil penjualan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk perbelanjaan harian," katanya. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi Haryani di talian 017-6188691.

Sumber Harian Metro yang diambil dari blog beliau sendiri.


* * * * * * * * * *

Sekarang ini beliau ada menjual serunding, mini popia dan karipap untuk menyara keluarga. Baru2 ini beliau diduga lagi dengan rumah ibunya pula hampir dilelong seperti yang ditulis di blognya. Aku harap para pembaca, rakan2 blogger, rakan2 melayu, rakan2 muslim dan sesiapa sahaja yang membaca entry ini agar dapatlah kiranya kita menghulurkan sedikit sebanyak bantuan dan sumbangan kepada beliau lebih2 lagi tinggal beberapa hari lagi nak raya.

Anda boleh membantu meringankan beban beliau dengan cara membeli produk yang dijual oleh beliau iaitu Serunding Ayam, Serunding Daging, Serunding Ikan, Mini Karipap dan Mini Popia. Cara2 pembelian serta harga boleh diperolehi di entry ini - "Makanan yang sedap, tahan lama dan serba boleh".


Ataupun anda boleh terus buat sumbangan kepada beliau melalui akaun bank yang tertera di bawah:


Hari ini kita ringankan beban beliau, hari lain mungkin giliran orang lain pula meringankan beban kita. Sama2lah kita bantu semampu yang boleh.

Terima kasih.




tags: kisah cerita insan pesakit saraf tabung bantuan alia haryanie penyakit saraf guillan barre syndrome derma sedekah

7 ulasan:

  1. ayam nigga, tolong jgn komen dlm entry ni, hormat sikit nasib ibu tunggal yg teraniaya oleh jantan2 yg pentingkan diri sendiri n x bertanggungjwb. baik ko derma pada beliau selagi ramadan masih ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noted. Dah derma pun tadi.....

      Padam
    2. derma pun nak tulis nate ayam tul la

      apapun ujian nak menjaga tu bukan semua orang mampu woo.. takut ak kena ujin mcm ni... ak rasa ak pun boleh tewas...T.T ......

      Padam
    3. Beza antara org lelaki dgn perempuan. Slalu kta dengar isteri jaga suami yg sakit terlantar. Tapi klu suami yg jaga isteri yg sakit memang satu dlm sejuta..

      Padam
    4. Anon 12.55 nak tau saya respon x dgn soalan dia...pada asal malas nak jawab.

      Menderma itu sebagai tanda kita bersyukur pada nikmat Allah, n pada masa sama membantu insan yang lebih memerlukan....Alia Haryani ialah insan yg lebih memerlukan bantuan dr bantuan kat LY lepas. Selamat Hari Raya...0-0 ye.

      Padam
  2. Anda perlu pinjaman? Adakah anda seorang lelaki atau perempuan dan anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda ?? Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan? Apa masalah kredit anda mungkin, di sini datang bantuan anda kerana kami menawarkan pinjaman kepada individu dan syarikat pada kadar yang rendah dan berpatutan yang menarik. Hubungi kami hari ini di(chosenloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam
  3. Anda perlu pinjaman? Adakah anda seorang lelaki atau perempuan dan anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda ?? Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan? Apa masalah kredit anda mungkin, di sini datang bantuan anda kerana kami menawarkan pinjaman kepada individu dan syarikat pada kadar yang rendah dan berpatutan yang menarik. Hubungi kami hari ini di(chosenloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.