Lepas zaman mercun kecik-kecik dah abis. Beranikan diri main mercun yang kuat bunyi lak. Dah pandai beli mercun ketupat, mercun bola, mercun telur, meriam tin, meriam tanah dan juga main meriam buluh. Dah macam berperang rasanya bia bunyi dah macam bunyi tembakan senapang dan meriam.
Satu peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan adalah ketikasaya dan rakan-rakan mencari buluh untuk dibuat meriam. Ketika sedang asyik menebang, tiba-tiba mata rakan saya, Firdaus a.k.a. Dasa, terasa seperti ada sesuatu. Dia meminta kawan saya Hafizal a.k.a. Pizal untuk melihat apa yang ada. Dengan tiba-tiba saya dengar Pizal ketawa besar, dia kata ada pacat kat mata Dasa. Kami masing-masing melihat dan ketawa sebab kami rasa pelik macam mana pacat boleh masuk dalam mata dia. Dasa pada masa tu dah menjerit-jerit. "Woi, tolong aku woi, aku tak mau buta" Lagi la kami gelak. Nasib baik pada masa tu abg dia ada sekali. Ada bela kuk panjang. Jadi abang dia pun keluarkan.
Malam tu kami masing-masing bawak buluh kami yang dah di'set-up' ke batas tali air belakang rumah Dasa. Apalagi, berdentum-dentam malam tu. Ada sekali kami pernah kena rush ngan polis. Habis semua meriam dicampakkan kedalam parit. Kemudian esok petang sanggup menyelam ambil balik dan main semula pada malam tu. Selepas beberapa tahun layan buluh kami tukar pulak pakai gelung (salur paip pengairan longkang sawah padi). Mana dapat stok? apa lagi pi curi kat bendang orang la (Jahat betul). Lepas tu pulak pakai tiang telefon. Dulu tiang telefon diperbuat daripada besi. Sanggup abiskan berhari-hari nak potong tiang tu. Asalkan dapat main. Bunyi dia pun lagi kuat.
Dah abis zaman meriam, layan balik mercun bola, mercun ketupat, mercun telur dan thunder clap. Tapi main lagi advance. Siap baling bawah kerusi orang tengah duduk, celah kaki, dan kawasan yang agak merbahaya. Tapi, Alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku.
Tapi sekarang, penjualan mercun tak macam dulu. Dah diharamkan. Tapi masih berleluasa. Baru saja Ramadhan bermula, dah ada berita budak putus sana, putus sini. Mana taknya, budak-budak yang masih berhingus, dah bagi mercun bola, mesti la depa tak tau benda tu bahaya. Masa saya dulu-dulu, kecik-kecik boleh main bunga api saja.
Ada pulak lagi yang pandai-pandai buat mercun sendiri, pastu tak pikir ciri-ciri keselamatan. Tu yang dapat habuan tu. Tapi yang sebenarnya mercun ni memang bahaya. Tak kisah la pandai main ker, pandai buat ker, memang bahaya. Oleh yang demikian, jangan la bermain mercun.
Sumber blog Rembang Waktu.
ari ni ayam komen lambat
BalasPadamAyam dah kena sembelih
PadamHaha.....budak zaman skrg brani poyo je. just pndi buat/main mercun tunjuk power kat kampung je..kalau suruh gi berperang semua kecut telur....
BalasPadamMenarik artikel ini mengimbau kenangan silam.. Apapun saya bersetuju elok diharamkan sahaja mercun ni sampai bila bila.. Memang bahaya.. Kalau bunga api eloklah mak ayah tgk sekali anaknya bermain biarlah budak kecik main cukup la.. Org dewasa tak yah ngada ngada
BalasPadamKlau mercun tunderclap atau mercun biasa2 xpe lagi...tp sy x berani main mercun bola....nsib x baik mmg parah. Even org bg free pun x berani main
PadamMercun bola tu pun x payah wujud pun xpa.. Ganggu org nk tido.. Baby nk tido.. Yg sakit lagi main dkt rumah orang dekat rumah dia takut pulak nk main
Padamxsabar nak tunggu superman vs batman.. lambatnye woiiii......
BalasPadam