Walaupun jumpa mereka boleh dikatakan setahun sekali, tapi bila dah sekali berjumpa, gayanya seperti setiap hari berjumpa. Berborak pasal ultraman, ksatria baja hitam...
...main bola, mercun, bunga api...
...tutup oren...
...berkongsi komik, menyakat orang, naik motor pusing keliling kampung...
...pergi beraya rumah orang yang tak kenal, semua dibuat bersama2 tidak kira yang lelaki mahupun perempuan.
Kini aku masih lagi pulang ke kampung atuk sempena hari raya. Ada sepupu yang masih balik, ada juga yang sudah tidak balik lagi ke kampung.
Walau aku masih berpeluang berjumpa dengan sepupu serta suami/isteri dan anak2 mereka bagi yang sudah bekeluarga, namun hubungan kami tidak lagi akrab seperti waktu kecil dahulu.
Bila berbual terasa janggal, seperti berbual dengan orang yang baru dikenali. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa seperti kecil dahulu.
Aku sedar jarak dan masa telah membuatkan kami semakin jauh.
Namun...
...semua kenangan sewaktu kecil yang kini hanya secebis memori dalam ingatanku...
...akan aku simpan dan hargai sampai bila2,...
...kerana aku tahu ia tidak akan dapat diulang lagi buat selama2nya.
Entry re-post raya tahun lepas - Kenangan Ramadhan, Raya dan Aku, yang ditulis oleh Prince of Noob dan dilukis oleh Nazha Anua.
Semoga semua terhibur dengan kisah2 raya yang Aila sajikan sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 ini. Jika ada salah dan silap Aila susun 10 jari memohon seribu kemaafan buat semua pembaca Buasir Otak sekalian.
Semoga kita bertemu lagi.
ಥ_ಥ
Sedih gak baca kisah ni
BalasPadamWalaupun dah pernah baca cerita ni sblm2 ni
Tapi aku rasa lbh krng gak ah bro kisah kita
dulu waktu kecik semua ok je
bila dah besar persn tu dah x sama mcm sblm2 ni
Huhu
Cool Guy
tidakkkk... aila jangan tinggalkan daku..
BalasPadamboleh tak nk guna kartun ni untuk sampul raya?
BalasPadamMohon tanya tuan punya lukisan iaitu Nazha Anua atau Nazrul Ali. Boleh cuba emel dia nazhaanua[at]gmail.com.
Padam