Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.
Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.
Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut.
Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.
The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.
Secara keseluruhan, kajian itu mendapati wanita kurang aktif berbanding lelaki.
Peratus tertinggi wanita tidak aktif didapati berada di negara-negara yang sukar mendapat pekerjaan akibat kekangan sosial seperti Arab Saudi yang menduduki tangga ketiga senarai berkenaan.
Sumber Utusan Malaysia (Berita tahun 2012). Lain2 rujukan dari The Guardian dan Washington Post.
Rajah berikut menunjukkan kadar taburan penduduk paling malas di seluruh dunia. Kelihatan rakyat negara kita menjuarai orang yang paling malas di Asia Tenggara mengalahkan Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Malah kita akhirnya berjaya mengalahkan negara Jepun dengan menduduki tempat ke-10.
Sumber Economist. |
Mengikut data yang diberikan, sebanyak 61.4% daripada penduduk Malaysia malas atau tidak aktif, dengan kaum wanita lebih ramai yang malas sebanyak 65.6% berbanding lelaki sebanyak 57.3%.
Aku sebenarnya tak terkejut pun bila Malaysia mendapat ranking ke-10 negara paling malas dalam dunia, malah aku rasa kita patut boleh dapat ranking yang lebih baik, sebab aku sedar kebanyakan orang Malaysia ni serba serbi malasnya.
Malas nak bersenam, sebab tu ramai yang gemuk2 dan obesiti.
Malas nak membaca, sebab tu dengan baca tajuk je dah boleh marah2 dan emosi tanpa membaca isi kandungan.
Malas nak belajar, sebab tu ramai yang jadi mat rempit dan mat gian.
Malas nak naik tangga, padahal naik satu tingkat je itu pun nak naik lif.
Malas nak buat kerja berat, sebab tu ramai pekerja asing datang Malaysia sebab mereka sanggup buat kerja2 berat tu.
Malas nak mengkaji, sebab tu bila dapat apa2 maklumat kat media sosial terus sebar dan percaya tanpa menyelidik dahulu.
Malas nak buat kerja, sebab tu perkhidmatan kat jabatan kerajaan lembab semacam.
Malas nak berfikir, sebab tu ramai yang lebih suka mengikut sahaja apa yang dah ada daripada menjadi pencetus.
Malas nak berubah, sebab tu mentaliti masyarakat kita susah nak ada perubahan dan masih di takuk lama.
Malas nak mencipta, sebab tu kita hanya mampu mengguna dan bukan mencipta.
Malas nak berjalan, walaupun tempat tu jarak tak sampai 1km masih nak naik motor atau kereta.
Malas nak...
Sudahlah. Aku pun dah malas nak menulis ni.
Kbai.
tags: negara malaysia ke-10 tempat rakyat penduduk paling malas teratas di dalam dunia laziest tidak aktif fizikal senaman sukan pemalas lazy people lelaki wanita perempuan
rasa mcm malas nk komen tpi nk komen jga.. mcm nk taip sesuatu,,,tpi... malaslah,,, kbabai
BalasPadamhaha! aku suka dgn penulisan ko la noob. MALASNYA!!
Padammungkin ada benarnya kajian tu. aku dah ke indonesia(bali, lombok), thailand(bangkok, phuket), vietnam(sapa, hue, ho chi min, hanoi), macau, naning, hang zhou, hong kong, susah nak jumpa rakyat dorang yang gemuk gemuk terutamanya perempuan. mungkin perjalanan aku masih terhad, tapi itulah yang aku dapat lihat. dimalaysia nak jumpa yang fit dan slim susah, yang gemuk bersepah.
BalasPadamJom kita aerobik!
BalasPadam'Bangga' dgn pencapaian Malaysia. ..top 10 tu....kipidap!!
BalasPadamKalau tgk betul2...negara yg malas byk dtg dr negara yg kaya n hampir lengkap serba serbi. Bila kemudahan dah ada, kewangan baik n keamanan stabil, possible nak malas tunggi sbb rakyat secara umum hidup selesa.
Xde kena mengena nak puji BN, tp statistik mengatakn yg bilangan kereta mengikut populasi Malaysia terletak di kedudukn agak tinggi...org selalu ckp klau mampu beli keta dah kira hidup senang (bukan kaya raya)...klau negara dunia ketiga jrg tgk kereta bersepah atas jln raya, yg betul2 kaya mampu beli. Even org bangla, pakistan pun ckp hidup di Malaysia senang..semua ada. Motor baru pun boleh beli, kat negara mereka jgn harap. Nak buat loan keta pun senang...penanda aras ekonomi kita baik (cite gst, currency drop, hutang negara cite lain)
Cuma klau dah malas...merungut pun kuat gak. Org melayu kan terkenal dgn cara selesa dgn kehidupan sedia ada...mls nak maju n hrap tunggu duit dr langit je klau boleh...atau semua bnda nak short cut.
kau ni kenal ker tak negara kaya dengan miskin ni? main hentam jer. dari 10 negara dalam top list, UK dengan UAE jer entitle negara kaya. celah mana banyak negara kaya dalam list?
Padambtw kaya atau miskin, banyak kereta atau sikit, tak signifikan langsung dengan hasil kajian the lancet rakyat malas bersenam. kau baca keratan akhbar tu ada tulis faktor sosio ekonomi yang terhad, dan ada kerana pemilihan gaya hidup.
Well said...sorry terlepas pandang info pasal bersenam...tp nmpk map mcm negara uk, arab Saudi, uae, Jepun mempunyai peratusan tinggi utk inactivity...byk negara dunia ketiga yg less % utk inactivity. ..sbb 2 sy buat assumption mcm 2. Thanks for remind the mistake. ...
Padamsokong. Student sekarang nak menyalin nota dekat kuliah pun malas, disebabkan semua ada smartphone canggih jadi tangkap gambar jelah nota kat depan.
BalasPadammalaysia degn jepun lebih kurang ja ? haha ok lah tu malaysia dpt atasi jepun dlm list ni taniah malaysia #sayasayangMalaysia
BalasPadamTahniah Malaysia, berjaya jugak masuk ranking top ten dunia =,=
BalasPadamSalam.. kajian Lancet ni untuk senaman saja. Jgn melalut dgn kemalasan yg lain. Lain2 kemalasan x ada kene nengena dgn carta tersebut.
BalasPadamRanking malas membaca tu lain. Ranking malas berfikir lain. Ranking "malas segala malas" perlu juga dibuat semula. Jika ini dibuat, pasti kita berada di podium punyalah.
Meleis saja mmg juara segala juara segala sifat-sifat lembam dan mazmumah ni. Masyarakat Cina tak mungkin setuju dengan ranking malas bersenam ni.
http://internasional.kompas.com/read/2015/07/08/19451471/Taksi.Malaysia.Dinobatkan.sebagai.yang.Terburuk.di.Dunia
BalasPadamErk! Terus rasa nak jadi rajin
BalasPadamTipulah. Mustahil jepun pun tsenarai. Satu2nya ngaranya yg rakyat dia mbaca dlm tren pun tsenarai. Nmpak sgt somwthg wrong somewhere.
BalasPadamread the article not the headline dude
Padammalas btol nak baca, tapi rajin nak komen
BalasPadamtahun ni ranking kita naik tak noob?hopefully dapat top #5
BalasPadammm.. jujur dikatakn, sebahagian rakyat kt mmg cmni..
BalasPadamRasa rasa akhbar tu tau tak bila tarikh dgn mukasurat dia?Penting la
BalasPadam