Halaman

Isnin, 13 Julai 2015

Tragedi Low Yat: Kita mempertahan orang yang salah

Akhirnya segala pertanyaan, persoalan dan teka-teki dalam Tragedi Berdarah Low Yat 13 Julai sama ada ia berpunca daripada kes kecurian telefon atau pun kes penipuan telefon telah pun terjawab setelah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dan juga Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak memberi kenyataan media hari ini. 


Kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar:


Kenyataan media oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak:


Apa yang kita dapat tahu daripada insiden berdarah ini:

1. Dua orang budak melayu curi telefon bimbit dari kedai sebelah atas dan larikan diri ke bawah.

2. Peniaga kedai atas minta bantuan orang kedai Oppo di bawah untuk tangkap budak 2 orang tu dan setelah ditangkap mereka diserahkan kepada pengawal keselamatan dan kemudian diserahkan kepada polis.

3. Kesalahan warga netizen yang pertama dalam menyebarkan maklumat tak betul adalah tiada langsung telefon Oppo yang terlibat dan dicuri. Hanya pekerja kedai Oppo yang terlibat kerana tangkap budak tu.

4. Kedua2 budak melayu tu telah ditahan di balai polis. Yang betul2 mencuri masih ditahan dan rakannya telah dilepaskan atas budi bicara pegawai polis yang bertugas ketika itu.

5. Malam itu budak melayu yang dilepaskan tu datang balik ke Plaza Low Yat bawak 6 orang geng untuk langgar peniaga Cina kerana didakwa mereka menipu jual telefon tak ori.

6. Yang sebenarnya, dalam kes ini tiada langsung kes penipuan oleh penjual/peniaga cina, ia hanyalah cerita yang diada2kan oleh mereka, mungkin untuk meraih perhatian dan simpati dari orang melayu yang mereka telah ditindas untuk cover perbuatan mencuri mereka.

7. Maka berduyun2lah beratus2 panglima melayu turun merusuh kat Low Yat dan belasah beberapa orang cina atas nama jihad serta laungan takbir.

8. Malah di media sosial juga, para panglima papan kekunci ketuanan melayu turut menanam api kebencian dan membakar api perkauman terhadap kaum cina walaupun mereka tidak ada pun dekat situ.

9. Lebih malang lagi mereka tidak mampu untuk mengetahui kisah sebenar dan tidak mahu menunggu kenyataan rasmi dari pihak berkuasa serta terus menghukum orang cina dan juga orang melayu yang tidak turut sama menyokong budak2 melayu tu malah digelar pengkhianat bangsa dan macai cina sedangkan kita hanya bencikan keganasan dan perkauman.

10. Kini, aku tak dapat bayang apa perasaan melayu2 dungu pendek akal ni apabila dah tahu yang mereka dah kena game dengan 2 pencuri melayu. Serius, aku tak mampu nak gelak, hanya simpati yang boleh aku berikan.


11. Aku rasa kesian kerana kita bermati2an berdemo, merusuh, mengamuk, berjihad, memaki hamun, bergaduh, hanya demi untuk mempertahankan orang yang salah iaitu 2 orang budak melayu yang telah melakukan kes jenayah curi. Rasa macam perjuangan tu sangat sia2 dan macam bodoh je.

12. Malah yang lagi mengharukan apabila betapa ramainya melayu yang bangga dan mengangkat budak pencuri melayu tu sebagai wira kerana begitu berani melanggar kawasan cina.

13. Mungkin ada melayu yang tak percaya pada kenyataan pihak polis dan percayakan budak tu, tapi jika kalau tanya aku, antara polis melayu dan some random budak melayu gangster yang takde gaya orang terpelajar, aku lebih percayakan polis melayu.

12. Melakukan suatu perkara, sikap dan perangai yang buruk seperti merusuh dan melakukan keganasan yang terang2 langsung tidak mencerminkan ajaran Islam dan kemudiannya disusuli dengan laungan takbir masih tidak menjadikan yang ianya betul dan halal.

13. Setiap perbuatan buruk individu adalah masalah individu itu sendiri. Perangai buruk seorang individu tidak pernah mewakili kaum dan agamanya. Ramai orang melayu yang melakukan jenayah sebelum ini seperti rogol, buang anak, dera anak, mencuri, merompak, meragut, membunuh, maka adalah kita perlu membela dan mempertahankan jenayah mereka hanya kerana mereka sama bangsa dengan kita?

14. Biasanya orang yang gila babi racist ni tak kiralah orang melayu ke, cina ke, india ke, apa jua kaum pun, adalah orang yang hanya duduk dengan kelompok bangsa mereka sendiri dan tidak bergaul dengan bangsa lain, sebab itu tahap prejudis mereka terlalu tinggi dan menebal sehingga ke tahap syok sendiri kerana merasakan kaum mereka sahaja yang paling hebat dan bagus.

15. Orang melayu yang tak pernah bercampur dengan masyarakat cina biasanya akan menganggap semua cina tu penipu. Orang cina yang langsung tak pernah bercampur dengan komuniti melayu biasanya akan menganggap semua melayu tu pemalas. Mentaliti diorang ini terlalu jumud dan terkebelakang sehingga apa yang mampu mereka buat hanyalah generalize kaum.

16. Orang melayu yang rasis ni sebenarnya iri hati dan cemburu kepada kaum cina kerana mereka kaya dan menguasai ekonomi sedangkan mereka adalah tuan tanah ini. Orang cina yang rasis pula iri hati terhadap kaum melayu pula kerana orang melayu memegang kuasa pemerintahan dan mempunyai hak2 keistimewaan.

17. Orang melayu dan orang cina yang bijak akan mengetepikan perbezaan dan mencari persamaan yang menguntungkan kedua2 pihak. Sebab tu yang bergaduh dan rasis ni biasanya level2 ikan bilis sahaja manakala ikan jerung kat atas2 tu sama2 membina kekayaan dan empayar.

18. Kesimpulannya, jadilah melayu yang bijak yang sentiasa gunakan akal untuk berfikir bukan guna kepala lutut. Ya, aku tahu korang orang melayu ni memang kuat, memang hebat, parang pun boleh terbang, ada ilmu kebal, tumbuk gajah pun boleh mati, tapi tetap tak kaya2 jugak, tak boleh cipta roket jugak, tak boleh cipta smartphone sendiri jugak. Semua guna teknologi Yahudi, US, Jepun atau China jugak.

19. Kalau melayu dulu kekuatannya di keris, melayu sekarang kekuatannya seharusnya di akal fikiran. Berfikilahr guna otak secara matang dan rasional serta bertindaklah guna akal bukan emosi.
Jadilah bangsa yang hebat bukan bangsa yang semakin mundur.

20. Btw, Papagomo pun polis arah suruh tangkap. Masih wujud lagi dia ni, aku ingat lepas habis kes Anwar blog dia dah tutup dan senyap terus.

Banyak lagi benda sebenarnya aku nak tulis, tapi memandangkan benda sama je pun aku akan ulang2 balik seperti mana yang aku dah tulis dalam beratus2 entry sebelum ini, so I rest my case.

Bersambung di entry Tragedi Low Yat: Kronologi peristiwa dan ulasan.




tags: tragedi peristiwa kes berdarah plaza low yat lowyat 16 julai telefon oppo budak melayu curi pencuri tipu penipu peniaga penjual cina papagomo tangkap kenyataan rasmi igp ketua polis negara pm perdana menteri pdrm laporan hasil siasatan rasis perkauman

26 ulasan:

  1. Nak tanya la... kenape tibe2 bile IGP kate, ni takde pape just orang melayu tu mencuri, ni takde kaitan dengan perkauman semua... korang boleh percaya ek... tapi kenape bile IGP duk pertahankan Perdana Menteri, korang kate berat sebelah, ni nak selamat kroni... aku tak paham logik korang, kalau korang minta baik pihak Najib dan yang menentang Najib keluarkan bukti, buat press statement, nape tidak berlaku pada hal ini... maaf, aku dah pernah tgk konspirasi dibelakang tuk elak perkara jadi panjang, jadi aku tak percaya... aku nak mamat melayu yang kata mencuri tu keluar, buat statement, sepertimana mamat cina boleh diinterview oleh berita, begitu juga kami nak tau dari pihak mamat melayu... maaf, dah tiada rasa percaya pada penjawat awam seperti polis dan kpdnkk ni... sume nak selamat bontot dan gaji ujung bulan je ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cakap lebat, apa apan pon, tindakan gi merusuh tu mmg lah bodoh, tau sbb apa? sbb handpon sbijik...merusuh?

      Padam
    2. orang yang percaya isu lowyat orang yang sama ker percaya isu najip? kau pun main pukul rata. bangang gak melayu ni.

      Padam
    3. Bace statement anon kat atas ni pon dah tau tahap otak die paras lutut je, kesian aku bile bace...xyah dok layan la mamat ni,die duduk dlm dunia die sendiri je,psiko..ni la jadi bile da tlalu taksub dengan ketuanan melayu...hahaha..bnde slh pon tetap nk pertahan sebab sebangsa.Orang yg bijak die buat perkiraan bukan sebab bangsa,yang salah tetap salah,yang benar tetap benar.Dah kalau penjenayah bangsa melayu dok usik keluarga ko,ko nak biarkan,sokong sebab die sebangsa dengan ko..kamon la anon,bodoh tu jangan tunjuk sgt..kecik2 xnak pegi sekolah..dah besar jadi bengap.pasal kes najib,ko dah tau dan rase macam mana susahnye hidup bile najib memerintah,buat ape nak sokong lg..jangan sokong membabi buta dan membabikan diri anon ..okeh

      Padam
  2. pada aku , aku x yakin langsung kenyataan pegawai polis ni... ntah la mungkin aku silap mungkin ko silap in the end bukti sebenar yg x selesai dan keadilan Allah S.W.T. akan hukum mereka... ak xde kat sana so x tau xnak citer banyak,, nak kentut sket muka anon prooooooooooooooooOoOoOooTTTTTTTTTTTTT arghhhhh lega bak hang~!

    BalasPadam
  3. Kita boleh mengenali kebenaran apabila banyak cerita dari pihak-pihak berlainan semuanya menjurus kepada satu cerita yang sama. Semuanya tally.

    Kita boleh mengetahui bahawa itu adalah satu fitnah apabila sumbernya adalah dari satu benda yang sama yang tak habis-habis dikitar semula. Kemudian ceritanya tidak akan tally dengan apa yang telah berlaku. Diorang tidak akan dapat menjawab kenapa ini, kenapa itu. Because one lie leads to another.

    BalasPadam
  4. Aku kalau boleh pun tak mahu juga bunuh berbunuhan. Aku kalau boleh nak kaum cina dihalau dan dibuang dari malaysia, sedikit demi sedikit.
    Mula mula mansuhkan sekolah aliran cina, bahasa serta surat khabar bahasa asing selain melayu dan english, lepastu buang kewarganegaraan kaum cina yang tinggal dan melancong ke luar negara. Jangan berikan taraf warganegara, berikan saja taraf penduduk tetap atau Ic merah dahulu. Kena kan cukai yang tinggi terhadap kaum ni. Hentikan pembinaan tokong dan tempat kaum ni. dan kalau boleh cuba tekan kaum ni dan akhirnya mereka dengan rela hati akan belah ke luar negara. Dan akhirnya, buat saja undang2 seperti ditanah besar cina dengan mengehadkan seorang cina hanya satu anak.

    #Hentikan pembiakan kaum cina
    #lagi banyak lagi susah
    #boikot saja mana cukup
    #cina pupus
    #Impian aku dan kebanyakan bangsa melayu lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybe melayu yg akan pupus..sbb cina adad mana2 sahaja d dunia ini..walaupn mereka jauh drI nnegara asal mereka ttpi mereka tetap setia mengamalkn cra hdup n adat mereka..xmcm melayu yg selalu mudah lupa..ckp mcm tin kosong. Pemimpin smua rasuah.. tda apa2 yg istimewa dgn melayu kecuali budi bahasa mereka..

      Padam
    2. Saya harap species u yg pupus dr muka bumi ini....u just a low mentality malay yg cuma menyumbang utk memalukan org melayu

      Padam
    3. Saya harap species u yg pupus dr muka bumi ini....u just a low mentality malay yg cuma menyumbang utk memalukan org melayu

      Padam
    4. Kamon la,kite semua manusia..boleh je hidup bersama..buat ape nak gaduh.Aku orang melayu tp aku x pernah pandang serong pada bangsa lain..agama pun dah ajar bersangka baik pada orang lain. Bile pemikiran kite dah didoktrin untuk memandang dan mengamalkan sifat perkauman,senang je orang nak hasut dan menghuru harakan negara kita. Kalau mereka dah berjaya kuasai fikiran kita supaya pegang prinsip perkauman ni,senang je die nak laga-lagakan kita untuk kepentingan mereka. Ubahlah pemikiran kita, jangan amalkan sikap perkauman..tak semua bangsa jahat,sebangsa pun belum tentu baik..ok,adios

      Padam
  5. bodoh punya melayu. tengok muka pun tau muka sengkek. hp lenovo pun mau curi ker? kan dah malu para pejuang melayu. sengkek

    BalasPadam
  6. Benda yg anda perlu belajar dr isu ini:

    1. Perlu ke nak merusuh bagai nak rak sampi 1 malaysia tau, punca sbb 1 biji hp x kira dicuri, ditipu atai seumpamanya...lain la ada org mati ke atau benda lagi besar, ada logik nak merusuh

    2. Sbnrnya zaman skrg byk fitnah berleluasa, x kira cite asal totally berubah, goreng2 smpi 50% betul atau main sebat je berita supaya nmpk sensasi. Pas2 susah nak jumpa pengomen/update status fb atayatau blog sbgi wartawan yg bertauliah...byk merujuk kpd info copy paste tanpa check bukti realible atau x. In future sy sarankn selagi xde bukti kukuh...jgn percaya bulat2 n dpt info on both side, bukan info yg memihak kpd kepentintan diri anda berkaitan kaum atau parti

    3. 10 malam terakhir sibuk beribadat. .tp seems sibuk nak merusuh. Last2 sibuk kejar sensasi dunia, bonus Allah nak bg sekali dlm setahun pun xnk kejar. Ustaz ckp org yg mati kena seksa kubur klau diberi pilihan nak hidup n buat amal ibadat sebanyak mungkin pada 1 malam bonus je..cukup nk gi syurga

    4. Mcm noob ckp...walaupun anda spt nak perjuangkn melayu atau islam dr ditindas..merusuh still bukan cara islam...2 cara mentaliti rendah yg suka cara ganas n racist..bincang elok2 dgn mereka n tunjuk keindahan islam atau kebijaksanaan melayu kita..Bukan sibuk luah emosi smpi bwak semua abang long n pekida 1 malaysia tunjuk power. Klau nabi hidup pun dia x setuju dgn cara yg berlaku kat LY lepas.

    5. Ni yg sy x fhm...sokong polis bila anda sendiri nak protection. .tp isu lain kutuk kaw2 kata makan rasuah la, penjilat najib la, dll. Sy x kisah anda benci seseorang atau satu organisasi. ..tp jgn jd org xde pendirian leh x? Kalau ada isu ini dah cukup bagus cakap rilek dulu, biar polis uruskan n kumpul bukti, dont racist....tp bila ada isu politik lain even bukti dah solid perjuang kaw2 n obvious diri sendiri lagi racist n polis Malaysia paling teruk di dunia

    Jap...amran fans n blog2 popular sibuk lagi perjuangkn isu cina tipu melayu smpi skrg...buat ramai lagi menyampah dgn dia adala.....

    BalasPadam
  7. Aku x brani nak komen lebih2. Masih banyak berita kalut aku nak hadam. Setahu aku, bila melibatkan Cina, polis dan kerajaan biasanya jadi lembik dan turut apa kata Cina.

    Kalo melayu jer, senang nak dicucuk hidung, dipukul dan dibuli.

    Hang pun noob, rilek dulu..Nanti malu sendiri mcm kes naik minyak 20 sen awal2 dulu.

    Aku biasa baca kenyataan pegawai2 atau wakil2 kerajaan ni secara terbalik. Kalo dinafikan bermaksud ya.. jika diiyakan bermaksud tiada. Mcm beratus2 kes yg sedia ada sbg contoh. Saya x khianati amanah rakyat.. tup2 dah berbillion laki bini dok punggah baik punya. Tamaknya mengalahkan Kassim Baba la.

    Mari kita teruskan hadam bersama2.

    BalasPadam
  8. rasa tak puas ati antara kaum ni masih wujud di malaysia ni dan ia prlukan sedikit je punca nk cetus kn nye.dalam kes ni punca dia cuma hp je.

    BalasPadam
  9. Point no. 12... x kire la ko btl ke.. ko slah ke.. x perlu la berkelakuan mcm tu.. pukul org..pecah kdai .. laung takbir? Stupid mleis!

    BalasPadam
  10. KENAPA BUDAK2 CINA BAJU BIRU DLL TU CAMPURTANGAN BELASAH MELAYU BRO?.PERGADUHAN ANTARA BDK MELAYU DAN OPPO AJE.

    BalasPadam
  11. so skrg melayu nak buat apa pi cium bontot cina loyat seorg2 ke tanda mintak maaf

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko sorg lah g buat keje bodoh cmtu, g msuk lokap jelah klu salah,

      Padam
  12. Kalau btul melayu tu kena tipu, tunjuk resit kat media... biar semua nmpk bukti tu, pas tu boleh rusuh lg kan... kali ni serang police hq pulak... baru power kan melayu....
    Yg sorang pulak komen, nak buanh cina dr malaysia? Lol. Lepas akan jadilah malaysia, negara paling kaya......... dengan kebangangan n kemalasan didunia.
    Sekian. Ty.

    BalasPadam
  13. wehhh melayu masih tak sedar diri... malunya.... tak kan nak tunggu nabi Isa turun bawa berita baru percaya.. hadoih...

    BalasPadam
  14. moral of the story, apa2pun yang berlaku di bumi malaysia ni memang salah melayu. kt lowyat melayu salah. kt taman medan , salah melayu. najib dan 1mdb, salah umno dan melayu. kucing kt rumah keguguran, salah melayu. cina tipu melayu, salah melayu (sebab bengap sampai kena tipu).....macam2 lagilah. semuanya salah melayu.

    BalasPadam
  15. melayu langgar lowyat, eleh biase2 je...kalau bugis, pahlawan lagi, langgar lowyat baru havoc

    BalasPadam
  16. eh bani melayu yg xsedar diri, xpayah acah2 nak 1 malaysia sgt la.realiti kene pijak ngn cina, lagi mau kasi muka. yg xkena lagi ngn si sepet tu, lu tuugu masa je. kau dah hadap baru kau rasa. org nak elak benda2 cm ni berlaku.oh diorg boleh rasis, tp melayu xleh rasis eh. melayu2..suka sgt bagi muke, bani xsedar diri mcm korng ni la.perosak negara.meluat aku. - abg patriotik bukan pekida-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.