Rabu, 1 Julai 2015

10 Ukuran kejayaan bagi setiap manusia itu berbeza

Ramai yang menganggap tanda aras dan ukuran KEJAYAAN semua orang di dalam dunia ini adalah dengan berapa banyak duit dan harta yang dia miliki serta berapa tinggi pangkat dan gelaran yang dia perolehi.

Ada juga yang berkata, kau pasti akan cemburu bila lihat aku sudah berjaya kelak sebab kau tak mahu dengar cakap aku, ikut cara aku dan mencontohi aku.

Namun hakikatnya, definisi dan ukuran SEBUAH KEJAYAAN itu berbeza pada setiap orang.

Gambar hiasan

  • Ada orang merasai kejayaan setelah mendapat duit yang banyak hasil dari perniagaan.
  • Ada orang merasai kejayaan setelah menamatkan PhD dan mendapat gelaran Dr.
  • Ada orang merasai kejayaan setelah pembedahan yang dilakukannya berjaya menyelamatkan nyawa.
  • Ada orang merasai kejayaan setelah aplikasi yang dibangunkan mencecah 1 juta muat turun.
  • Ada orang merasai kejayaan setelah lagu ciptaannya telah dimainkan di corong-corong radio.
  • Ada orang merasai kejayaan setelah banyak mengembara ke pelusuk dunia.
  • Ada orang merasai kejayaan setelah blognya telah mencapai 1 juta pageviews.
  • Ada orang merasai kejayaan setelah penulisannya berjaya dibukukan.
  • Ada orang merasai kejayaan setelah komik lukisannya mendapat sambutan ramai.
  • Ada orang merasai kejayaan setelah menghafal 30 juzuk Al-Quran.
  • Ada orang merasai kejayaan setelah menubuhkan rumah untuk anak-anak yatim.
  • Ada orang merasai kejayaan itu apabila dapat berjalan semula setelah kakinya pulih dari lumpuh.
  • Malah ada orang yang menikmati betapa manisnya kejayaan itu walau sekecil-kecil kejayaan seperti berjaya membaca setelah 50 tahun menjadi buta huruf.

Setiap orang melihat sebuah kejayaan itu dari sudut yang berbeza.

Kau, kau punya haluan, kau punya cara.
Aku, aku punya haluan, aku punya cara.

Kita sama2 mengejar suatu matlamat dan kejayaan yang berbeza dalam hidup.

Apabila kau sudah berjaya mencapai apa yang kau cita2kan, ia adalah suatu kejayaan yang memang bermakna buat diri kau namun tidak semestinya bermakna pada orang lain, malah aku tidak sedikit pun mencemburui kejayaan kau, kerana ukuran kejayaan aku berbeza dengan kau.

Oleh itu usahlah merasakan sombong dengan kejayaan yang kau kecapi itu sehingga membuatkan kau berasa lebih berjaya dan atas daripada orang lain.

Usahlah samakan kejayaan yang kau peroleh itu adalah impian yang semua orang pun idam2kan.

Usahlah memaksa orang lain untuk mengikuti haluan dan cara engkau dalam mencapai kejayaan.

Usahlah juga memperlekehkan orang lain yang tidak mahu mengikut jalan dan cara engkau kerana definisi dan tanda aras KEJAYAAN kita tidak mungkin sama, malah IMPIAN dan CITA-CITA kita juga tidak pernah kan sama.





tags: definisi ukuran tanda aras kayu ukur pengukur kejayaan kebahagiaan cinta setiap manusia insan itu berbeza impian cita-cita

10 ulasan:

  1. A'a tu kadang2 kita tngok famly ni hepi wlpun diorang xsekaya mana tapi diorang kaya dr segi kasih sayang.

    BalasPadam
  2. Begitulah juga kisahnya dengan kebahagiaan. Definisi dan ukuran sebuah kebahagiaan juga berbeza bagi setiap orang.

    BalasPadam
  3. Rindu uia.gambar tu.hihi

    BalasPadam
  4. So kejayaan hak untuk kawin antara sesama jenis adalah kejayaan bagi mereka...
    Janganlah herdik atau memperkecilkan mereka kerena mereka pun entah2 lagi pandai dari mereka yang hanya reti membiak sampai 9-10 orang pastu jadi mat rempit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, maksud aku, kejayaan yang positif, yang tidak menyusahkan orang lain dan tidak menyalahi agama. Maaf sebab tidak dinyatakan di atas sehingga boleh menimbulkan salah faham. My bad.

      Padam
    2. sayangnya, golongan macam tu walaupun pandai dalam pelajaran/hidup tapi tak pandai dalam mengawal diri sendiri, usah perkecilkan orang yang tak pandai..

      Padam
  5. Cuma masalahnya kita dah ada kejayaan sendiri..cuma perasaan tamak membelengu diri sbb tgk kejayaan org lain yang lebih besar (dr segi duit, pangkat n pengiktirafan manusia (LIKE)). So lahirla sikap PHD.....nasihat saya, bersyukur dgn kejayaan kita n x perlu nak jatuhkan org lain / kacau periuk nasi org lain untuk menjadi lebih berjaya.

    BalasPadam
  6. betul tu..tapi kadang-kadang orang nak kita ikut tafsiran dia berjaya tu apa..

    BalasPadam
  7. sepatutnya kita melihat kejayaan orang lain sebagai pendorong untuk kita capai kejayaan pula... :)


    Salam.. haii.. Dramatic Uniq datang blogwalking kat sini. Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.. :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.