Selasa, 14 Julai 2015

14 Walau beza kaum dan agama, darah tetap sama merah

Ada tak bila kau pergi hospital, bila ada kes kemalangan atau nak buat pembedahan, pernah kau dengar pesakit atau waris buat permintaan seperti ini:

"Aku tak nak guna darah orang Cina sebab diorang makan babi."
"Wa tanak dalah olang Melayu, nanti wa jadi Melayu maa."
"Ana minta doktor guna darah orang Islam sahaja ya. Syukran ya akhi."
"I request to use Christian blood only for my operation."
"Jangan masukkan darah orang negeri lain kecuali darah bangsa Johor je".
"Buleh ko kawe nok mintok guno darah hok ore Kelate jah?"
"Untuk pembedahan saya ni saya minta jangan guna darah orang miskin, pastikan awak guna darah dari golongan bangsawan sahaja."


Takde kan?
Sebab apa?

Sebab tak kira kau bangsa apa, agama apa, negeri mana, darjat dan pangkat apa, darah kita tetap sama merah.

Masa tu takde siapa peduli darah tu darah siapa, darah orang Melayu ke, darah Cina ke, darah India ke, darah orang Islam ke, darah orang Kristian ke, darah orang Johor ke, darah orang Kelantan ke, darah kerabat diraja ke, darah orang kaya atau darah orang miskin.

Dan akhirnya kita akan sedar semua sifat rasis dan nilai perbezaan kita akan hilang di saat kita memerlukan antara satu sama lain, kerana kita sama2 hanyalah makhluk yang bernama manusia yang sekadar menumpang di dunia yang sementara.


Apa?
Kau pernah ada dengar orang mintak?
Kau sendiri pernah mintak kat doktor nak guna darah bangsa kau je?
 "Darah orang yang nak masuk, darah orang apa Dr? Orang kita ka?"

Kalau kau pernah cakap macam ni, percayalah yang kau ada masalah mental dan sakit otak yang sangat parah, kerana kau menganggap hanya bangsa kau sahaja yang suci manakala bangsa lain hina.

Islam sendiri tidak pernah mengajar kita mendiskriminasi orang tidak kira apa agama, bangsa, darjat dan warna kulitnya. Pernah dengan kisah Bilal bin Rabah?

Tak kiralah kita ni bangsa apa, agama apa, negeri mana, pangkat apa, kasta mana, tak perlulah rasa diri ni lebih atas daripada orang lain.

Darah sama merah.
Tahi sama coklat... atau mungkin hitam, tapi busuknya tetap sama.

* Mesej ini bukan khas untuk Melayu sahaja tapi termasuk juga Cina dan semua sekali rakyat Malaysia.





tags: hukum muslim derma terima guna darah orang bukan islam bangsa kafir kaum melayu cina india hindu kristian hospital tukar sakit pembedahan kemalangan darjat rasis kenegerian racist perkauman say no katakan tidak

14 ulasan:

  1. noob, aku pernah dgr orang mintak darah "O" seab dia jenis darah "O"..kiranya dia ni rasis darah la kan?

    hehe..gurau je noob, selamat hari raya berooo

    BalasPadam
  2. there is no hope in semenanjung. perkauman tanpa batasan. melayu dengan cina gaduh, dengan india gaduh. tak cukup cina india dengan orang sabah sarawak pun gaduh. kebanyakan melayu semenanjung dari kalangan umno dan sebahagian pas. patutla dua parti ni takda di sarawak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Relek la bro....x perlu bersikap negatif dan pesimis. Kalau hmpir semua rakyat mcm anda termasuk pemimpin2, even 100% islam pun still bergaduh sbb politik kenegerian pulak.

      Nak berpisah sangat senang, nak bersatu mmg susah..tp nikmat bersatu padu yg membuatkan anda lebih kuat n dihormati. Mmg nmpk seronok become racist...perasaan membenci sesuatu kaum/pihak...tp lama2 hati jadi hitam sbb perassan benci menguasi diri compare dr sifat pemaaf.

      Padam
    2. that's true man. melayu dengan semua kaum bermusuh. cina, india, sabah, sarawak. tak cukup itu, musuh sama negeri pulak.

      Padam
    3. Dah nama Melayu, jenis bangsa x boleh buat kawan sejati. Petua, kawan melayu ni, x boleh buat teman rapat sangat. Paling lama pun 3 bulan. Lepas tu ada ada aja mcm celaka dia cipta untuk bermusuh.

      Aku mmg xdak kawan baik melayu. Kalo baik di ofis, cukup. Kat luar mmg aku x layan.. kat luar aku kenal2 gitu jer. Baik yg jadi samseng sehinggalah yg lebai pondok yg menghafal kitab dan quran. Semua suka tikam kawan. Depan dan belakang.

      Pada aku, hanya kedua ibu bapa aku saja yg baik dgn aku. Bini aku mungkin. Anak2 aku pun blom tentu. Ini melayu meh. Meleis. Adik abang kakak aku pun aku x percaya. Apatah lagi sepupu sepapat. Semua mcm celaka.

      Takat tegur2 gitu, boleh la. Masa aku tinggal 6 bulan di Virginia dan Miami dulu pun aku tanya mat2 saleh, apa masalah dgn org asia? Derang cakap, sori.. mmg x boleh dipercayai. Mereka mmg spesis suka khianat. Mat2 saleh ni, rasuah sesama derang lebih selamat berbanding dgn org asia. Kalo di Malaysia, rasuah sesama melayu, kejap jer terburai. Kalo melayu-cina kowtim, mmg cantik. Sbb tu bos2 aku selalu deal ngan Cina. Bukan kerana untung saja, tapi lebih selamat. Kalo nak kompeni survive, deal ngan Cina. X berapa sakit hati. Dgn melayu, klik klok banyak. Sekejap islam, sekejap dosa kapir. Kendian islam balik. Inilah yg celakanya berbisnes ngan melayu.

      Mmg pedih dan butthurt reality sebegini. Tapi terimalah yg melayu ni dicipta macam celaka dan pukimak. Khalas.

      Er gwaetha pawd o poppeth..Ry'n ni yma o hyd!!!.

      Padam
    4. Ko sakit ker??

      Padam
    5. kat Sarawak ada gerakan S4S...

      Padam
  3. Noob ada tertinggal la..
    kalau pesakit tu macai umno.. sy tamau darah dapig. darah melayu je yg badan aku boleh terima...
    kalau pesakit tu macai pas.. sy tamau darah org umno nnti xmsk syurga...

    BalasPadam
  4. Memang noob artikel ni. Darah tu kan kira darurat sebab kira tak cukup - jadi tak kiralah dari mana. Injap Jantung BABI pun boleh kita ambik untuk ganti injap jantung kita kalau dah tak ada pilihan.

    Cuba kalau kita ada lebihan darah dan Doktor akan tanya dan bagitau kita ada pilihan untuk pilih darah yang mana sudah tentu kita akan memilih darah yang kita rasakan terbaik untuk kita.

    Siapa kata Islam tidak diskriminasi? Islam memang ada diskriminasi tetapi bukan dalam hal ke BANGSA an tetapi dalam hal KEIMANAN. Ada hak-hak orang bukan Islam yang mesti dan boleh kita kekang selagi di dalam negara Islam. Tak caya Tanya Sultan Brunei dalam sambutan Tahun Baharu Cina misalnya. Kalau tidak ada DISKRIMINASI dalam hal KALIMAH ALLAH sudah lama orang KRISTIAN menggunakan KALIMAH tersebut di MALAYSIA. Dan hak-hak orang Kafir dalam negara Islam tidaklah sama dengan orang Islam.

    Diskrimnasi tu dalam Islam ialah KEMESTIAN akan tetapi KITA WAJIB ADIL dan JANGAN MELAMPAU.

    Satu artikel yang tidak berpijak di bumi nyata. Kalau hendak mengekang rasisme pun bukanlah dengan cara beroman-roman dan bersentimental macam ni.

    BalasPadam
  5. Daging korban tidak boleh diberi pd yg bukan Islam utk makan. Adakah itu satu bentuk diskriminasi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sarawak kami bagi jer pada non muslim. non muslim siap tolong gotong royong lapah sapi lagi. di malaya jer semua hal jadi isu.

      Padam
    2. Ooo ni bangsa sarawak yek

      Padam
  6. belum pernah dengar lagi term bangsa sarawak. bangsa johor dari malaya pernah dengar. btw kat sarawak ada berpuluh kaum tak termasuk pecahan suku. malaya ada 3 kaum pun tak boleh bersatu. petty...tipycal meleis malaya

    BalasPadam
  7. arhh lantak lah.. lu orang nak rasis ke makan nasik ke.. jangan kacau aku sudah.. lu langsi gua kasi penerajang satu..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.