Khamis, 29 Oktober 2015

19 Polis hanya manusia biasa bukannya Superman

Al-kisah road trip kami sekeluarga baru-baru ini. Kami memandu dari kelantan-hatyai-krabi-hatyai-penang-perak-kl-johor dan pulang ke kelantan.

Alhamdullilah semuanya dipermudahkan walaupun travel dengan 2 kanak2.

Namun otw balik dari johor melalui mersing ke kelantan, di daerah Kahang sesuatu yang tak disangka berlaku. Kakak ipar mengambil alih tugas memandu dari suami aku sekejap. Tiba-tiba ada 3 motosikal mengekori kereta kami. Mengacah2 dari belakang. Mereka memakai topi keledar cover muka. Tapi dari saiz badan, nampak macam budak2 sekolah menengah saja. Sampai satu tempat disimbahnya cecair ke cermin depan kereta.


Mereka memecut laju selepas itu. Namun, mereka tunggu kami ditepi jalan. Kami dikejar lagi. Disimbah sekali lagi. Suami sudah mula berang dan ingin mengambil alih memandu. Tetapi kakak tidak benarkan. Risau kalau diikut darah muda lelaki.

Mereka kejar lagi. Risau dengan keselamatan, aku menelefon 999.

Dalam ketar suara aku, suara dihujung talian berkata 'bertenang puan. Nanti puan berhenti di balai polis berdekatan'.

Tapi ini kali pertama aku lalui jalan ini. Mana tahu dimana balai polis. Kalau apa-apa terjadi sebelum sampai di balai polis??

Mereka terus mengejar. Takut memang takut. Tak Tahu apa yang mereka mahu.
Kami sampai di lampu isyarat. Alamak lampu merah!. Mereka sempat mengejar kami. Lalu disepaknya kedua-dua belah kereta kami. Gila!

Mereka memecut laju kedepan, tapi berhenti disatu tempat. Siap sengih lagi. Kami dapat no plat salah sebuah motor itu, JNT 6305.


Kami teruskan perjalanan dan berhenti di balai polis Kahan. Setelah membuat laporan, saya meminta untuk disambungkan kepada pegawai yang akan mengambil kes saya. Saya disambungkan kepada Inspektor Rizal dari IPD Kluang.

Panjang perbualan kami. Namun antaranya berbunyi begini.
Saya: Jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya, jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat puan.

Saya: Tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat tuan.

Saya: ........tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risau tentang keselamatan kami.

Polis: Keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta.

Saya: ??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.

Polis: oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.

Saya: (speechless).

Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.

Polis: Ehhh puan. Kami bukan superman. Bila dipanggil terus ada.

Saya: Baiklah

Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tak perlulah pelik kenapa jenayag makin berleluasa. Kes budak sekolah, road bully macamni pun kau takleh settlekan segera, tak yah cerita kes-kes besar lain. Kalau dibangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah.

Beribu batu perjalanan kami, dibumi Malaysia juga keselamatan kami diancam. #syukurmalaysiamasihaman.

Sambungan:

Assalamualaikum.
Tuan-tuan. Puan-puan. Adik Kakak.
Tanpa disangka post saya berkenaan dengan peristiwa mendebarkan kami di Kahang telah diviralkan.

Tujuan saya menulis status itu tidak lain tidak bukan sebagai peringatan kepada kita semua. Keselamatan anda boleh terancam dimana sahaja. Oleh sesiapa sahaja. Dan yang paling penting, keselamatan anda adalah tanggungjawab anda. Walaupun ada pihak berkuasa yang sepatutnya memainkan peranan dalam membenteras kegiatan begini, tapi...berdoalah kita dipertemukan kepada mereka yang amanah dan komited dengan kerjanya.

Kepada pihak polis, anda boleh lihat sendiri berapa ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati tentang pengalaman mereka berurusan dengan pihak anda. Saya rasa, rata-rata mungkin disebabkan cara berkomunikasi.

Sebagai penjawat awam sendiri, saya sendiri akui terlalu senang kita terbawa dengan rasa 'uniform superiority'. Lebih-lebih lagi apabila yang datang meminta tolong itu hanya orang-orang biasa. Tapi kita kena selalu ingat, bumi ini bulat. Allah itu adil. Mungkin ini balasan kepada saya untuk dosa-dosa yang saya tidak sedari.Astargfirullahalazim..maafkan saya.

Kepada pegawai yang tersebut, semoga kejadian ini menjadi iktibar. Terima kasih kerana mengambil tindakan pantas menyiasat kes ini dan memaklumkan kepada kami.

Kepada abang-abang dan kakak-kakak polis yang komited dan ikhlas diluar sana, tahniah! Ada memang orang yang hebat. Teruskan berkhidmat. Sesungguhnya mulia benar kerja tuan-tuan dan puan-puan yang menjadi tempat orang yang dalam kesusahan,ketakutan mengadu. Jangan cemarkan imej itu. Anda memang the real superhero!

Dan bukan sedikit yang meminta saya viralkan lagi post ini ke page2 lain. Ada juga akhbar yang meminta untuk temubual saya. Tapi bukan itu niat saya. Cukuplah agar orang yang berkenaan menerima mesejnya dan tindakan sewajarnya diambil.

Terima kasih juga kepada doa anda semua. Tq


* * * * * * * * * *

Luahan ini telah dikongsikan di FB Noorhidayu Mohamed Noor dan telah menjadi viral dan turut dilaporkan di Sinar Harian, Oh Bulan! dan lain2 lagi. Dan difahamkan juga pihak polis telah pun mengambil tindakan untuk menyiasat kes tersebut.

Secara peribadi aku tak mahu menyalahkan siapa2 dalam isu ini kerana dalam hal ini kita hanya dengar daripada sebelah pihak sahaja dan pihak polis tidak memberi apa2 kenyataan mengenai perbualan tersebut, namun daripada video yang dipaparkan, kes mat2 motor sakit otak tu memang benar2 berlaku. Walaupun sebelum2 ni aku dah banyak kali nampak budak2 mat rempit berlumba dan buat hal atas jalanraya, namun setakat ini masih bernasib baik tak pernah terserempak dengan mat rempit sakit otak macam ni.

Dan apa jua jawapan buruk yang diberikan oleh polis tersebut tidak harus kita menjadikan sebagai kayu ukur untuk generalize semua polis di negara ini. Tak dinafikan ia sedikit sebanyak mencalar imej polis, tapi yang beri jawapan tersebut adalah dari individu anggota polis itu sahaja, bukan pekerjaan seluruh polis itu sendiri.

Cuma apa yang aku nak cakap, ya... polis bukan superman, bomba bukan superhero, cikgu bukan malaikat, doktor bukan Tuhan. Kita semua manusia biasa, dan kita faham benda tu.

Yang menjadi masalah adalah cara kita menjawab dan memberi kenyataan kepada orang awam. Aku tak hairan jika ada polis ke, cikgu ke, doktor ke, kakitangan kerajaan ke, yang bagi jawapan dan alasan macam tu, kerana jangan kata orang2 biasa, yang pemimpin rakyat dan level2 menteri ni pun ada ramai yang bagi alasan dan jawapan yang ntah apa2. Kalau dah yang kat atas2 ni pun tahap pemikiran macam tu, nak expect apa pada yang kat bawah2 tu?

Biasanya yang bermasalah bukannya kerja kita ke apa tapi cara kita berkomunikasi dan menjawab aduan orang ramai. Sebab tu apa juga jawapan dan kenyataan yang dituturkan kepada orang awam itu amat penting. Biarlah yang sebenarnya kat belakang2 tu tak buat apa2 pun lagi, yang penting jawapan dan kenyataan kita kepada public tu nampak bijak, tak nampak bodoh dan dapat memuaskan hati mereka.

Seperti contoh, daripada bagi jawapan seperti "Saya tahu apa saya kena buat.", "Ini kerja saya, saya tahu la nak buat macam mana.", "Saya bukan superman" dan lain2 jawapan yang agak annoying, cakap sahaja "Baik puan, kami akan mengambil tindakan dengan segera. Kami sudah ambil no. plat motor tersebut dan telah dihantar ke unit siasatan untuk menjejaki mereka. Terima kasih atas aduan puan."

Dah habis cerita. Orang pun takkan panjang2 cerita sampai nak tulis kat Fesbuk.



tags: kami bukan superman respon bersahaja polis apabila wanita ini buat report kereta diekori ditendang kejar simbah cecair sepak kereta lampu isyarat  pembuli gangster samseng jalanan jalan

19 ulasan:

  1. Setuju. Jawapan itu memainkan peranan yang penting dalam membina persepsi yang baik di kalangan orang awam.

    Tapi bila menteri suruh jangan lalu tol bila tol naik, siapa yang tak geram...?

    BalasPadam
  2. Setuju. Jawapan itu memainkan peranan yang penting dalam membina persepsi yang baik di kalangan orang awam.

    Tapi bila menteri suruh jangan lalu tol bila tol naik, siapa yang tak geram...?

    BalasPadam
  3. aku pun pernah mengalami situasi yg memerlukan bantuan pihak polis, dan ya aku call mereka utk beri maklumat. tapi aku takde la mengharapkan sgt2 bantuan untuk dihulurkan exactly at that moment sebab aku yg in the situation pun masih terkejut. cuma yalah, badan sendiri so kena bertindak lebih cepat dari org lain. lepas dah setel baru aku follow up dengan polis tu balik. Tuan punya post tu sepatutnya bagi abang dia bawak kereta tu, biar lelaki yg lawan. tu je komen aku.

    BalasPadam
  4. mungkin dia tgk video tu, kenal anak sapa yg bawa motor tu yg nk coverline kot...

    BalasPadam
  5. mohon share ya..

    lagi satu, untuk arahan menyimpan senjata dalam kereta, bukankah ianya 1 kesalahan? tapi pelik, polis pulak yang suruh simpan senjata. ish!

    BalasPadam
  6. polis..bukan nk kutuk kerjaya mereka tapi sebab segelintir yang menjalan kan amanah yang so so nila memburukkan semua polis yang komited.aku selalu nampak polis ronda2 naek kereta free minyak free pastu tahan indon atau sesiape je yang difikir bole bagi mereka duit tepi.sebab tu aku benci polis.ye orang bole cakap kalau ade susah pape jangan carik polis tapi kalau kite susah pon carik polis tapi dibagi jawapan bangsat macam cerita di atas,ape plak ko nak cakap?aku cakap x semua polis ye.jangan bash aku.peace!

    BalasPadam
  7. aku pernah terseremak dgn mat rempit sakit otak jugka. lagilah takut beb sbb aku drive sorg, perempuan pulak, nasib bukan malam. diorg bwk motor ikut belakang then potong aku sambil angkat2 penumbuk. aku berdoa je diorg ingt aku lelaki. hahahah...

    untuk polis di atas, silalah jgn jadi nila setitik.. aku pun perah berurusan dgn polis mulut hawau cenggini tp tulah, aku xsuka melabel semua polis cenggitu. ramai je yg baik dan bekerjasama :)

    BalasPadam
  8. Mula-mula baca memang macam kesian, dua kali baca rupa-rupanya perempuan yang memandu, aku tersenyum sinis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok la perangai ko gini. Masyarakat sampah untuk terus membentuk generasi sampah.

      Satuuuuu..Meleisial!!!..Sattuuu..Meleisial!!!

      Padam
  9. kalau aku, aku langgar je mat rempit jadah tu. dia kapcai kita kereta apa nk takut. kasi rempuh ja la. idup pun menyusahkan org
    ...

    kan bagus kalu ada vigilante mcm citer arrow tu. org jahat termasuk menteri2 bodoh suma akan d hukum..

    BalasPadam
  10. sepatutnya nak jadi polis pon kena dapat 5A masa spm

    BalasPadam
  11. Hmmm.. area kahang tu aku selalu la lalu sebab nak balik jumpa mak ayah kena lalu situ. So far takde pulak kena macam kakak tu kena, lagi2 aku perempuan balik sorang2 from KL to Johor. Aku tahu jarak perjalanan dari kakak tu kena kacau sampai la ke balai polis kahang adalah dalam 20 minit. Tapi yang peliknya, jalan tu banyak lori/kereta lalu lalang. Curious pulak aku takkan sepanjang jalan takde kenderaan yang searus dengan dorang. Sebagai pengguna tegar jalan tu aku tahu keadaan dekat situ macam mana. Melainkan.....orang yang drive tu ada buat salah. Nak tuduh tak boleh sebab tak record kan. Waallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu.kita tak tahu cerita sbnr.apa yg jadi sblum tu kita xtau. Tindakan mat rempit tu mmg tak patut.tapi ada kemungkinan ada kes yg terjadi sblum tindakan mat rempit tu.utk menilai sesuatu kes, kita mst kumpul bukti.jadi adalah tidak adil kita menilai polis atas cerita ni.kesahihan cerita mmg ada.tp tak sepenuhnya disampaikan oleh tuan punye bdn.

      Padam
    2. Aini..mentaliti hang mmg biasa jumpa meleis2 dlm gomen..gini la. Standard.. Aku rasa hang memang layak jadi Hakim Mahkamah. Sejuta kes, sehari ja buleh selesai.

      Padam
  12. Zaman dulu orang jadi polis sebab memang nak jadi polis.
    Zaman laa ni, ada orang yang jadi polis sbb degree/ diploma/ sijil dia tak laku dkat pasaran, so jadi polis jalan mudah nak dapat kerja. Ini kisah benar aku sendiri hadapi dr orang keliling aku.
    Suruh jadi sesuatu yg kita tak nak jadi, siapapun akan buat kerja sambalewa dan tangkap muat.

    But yet, masih ada petugas polis yg betul2 komited, cuma mungkin skil komunikasi tak diterapkan masa latihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih ada? Berapa kerat? Satu balai nak jumpa sekor pun susah. Gaji ciput, nak deal mcm Gerak Khas? Kaplavuto la..

      Padam
  13. Slm. Satu je.. Kalau dia pandai takkan dia jadi polis.

    BalasPadam
  14. Ada sesetengah sektor awam yg mempunyai after sales yg hempeh n memberi jawapan yg menyakitkan hati. Kalau sektor swasta, mereka siap boleh rekod perbualan antara customer dgn mereka supaya nak improve kualiti pemyampaian..tp bila ada sektor xde buat fedback mcm ni as their main KPI, mula la emosi kalau nasib x baik.

    Tp mcm noob ckp, xleh anggap kayu pengukur kes ni kepada kualiti perkhidmatan polis secara keseluruhan....still need a lot for improvement.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.