Aku dah undi Prince of Noob dalam http://www.matkomik.com/p/cabaran-komik-online-malaysia-2015.html.
Bukan sebab jalan cerita dia bagus sangat. Tapi sebab dia adalah kawan yang "tak berapa kawan sangat" dan sekurang-kurangnya cerita dia lain sikit daripada cerita lain.
Cerita lain? Klise nak mampus.
Siap ada yang tiru dari movie pun ada.
Realiti sebenarnya ialah kalau kau lukis cantik macam mana pun, story line kau hancur, orang takkan baca. Apatah lagi nak beli dalam dunia IT yang serba percuma ini.
Disebabkan aku ada idea storyline tapi skil melukis aku lagi teruk dari budak Tadika, aku bagi sikit idea..
IDEA 1
Syed adalah usahawan yang berjaya. Produk Syed yang bertemakan cinta seperti hadiah, coklat apa saja produk yang boleh digunakan untuk meraikan cinta mendapat sambutan hangat. Syed yang ceria, selalu tersenyum , kacak dan sado sentiasa mendapat sokongan dari pelanggan-pelanggan beliau. Syed juga terkenal di media sering berkata
"Melihat orang lain bahagia kerna cinta sudah cukup membahagiakan saya .."
Mood Lukisan:
Ceria-ceria .
Mesti ada kaler pink. Pink = Jambu= Cinta.
Di atas Menara Cinta yang dibina oleh Syed, Syed dilihat sedang bercakap dalam telefon.
"Terima Kasih kerana memilih produk " Kerana Cinta " Dato'. Saya pasti perkahwinan Datuk akan dilimpahi Cinta hingga ke Jannah.
Syed swipe iPhone 7 . Dan kemudia ketawa macam kena histeria.
Separa menjerit " Selagi ada cinta di dunia ini, aku KAYAAAA!!!!!
Mood Lukisan:
Noir Hitam dan ada sikit pink touche.
Moral : Cinta adalah rekaan kau, aku dan mereka semua untuk sang kapitalis menjual nilon.
IDEA 2
Azman cukup bahagia . Cinta nya kepada Zubaidah sungguh Indah . Dan dengan sekali lafaz , Zubaidah adalah miliknya selamanya. Dan Zubaidah juga mencintai Azman. Dan mahkota cinta itu disemarakkan lagi di kota Paris selepas pengeboman kota Paris.
Bagi mereka berdua , itu adalah ujian Allah terhadap kukuhnya cinta mereka. Eiffel masih kukuh, sekukuh ikatan cinta mereka berdua.
Mood Lukisan:
Mesti ada bunga-bunga.
Mesti ada Eiffel Tower dan ada bunga api.
Mesti nampak Azman dan Zubaidah macam laki bini honeymoon kat Paris.
Mesti ada lukis Azman akad nikah.
.........
" Azman, meh makan ubat dulu ye. Nanti mak Azman nak datang, makan nasi ayam," Kumar , menghulurkan ubat kepada Azman.
Azman senyum. Azman mengambil ubat tersebut dan sekali telan bersama air masak dari pantri,
Azman menyambung merenung ke luar tingkap.
" Sejuk. Paris mungkin sesejuk ini.."
Samar-samar , ternampak papan Tanda Hospital Tanjung Rambutan.
" Zubaidah pasti kembali.." Azman tersenyum lagi.
Moral : Terpulang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Klise ke tak klise? Kalau klise pun takpelah, cerita aku dan kalau ada orang nak buat komik dan hantar pertandingan, cerita aku.
Suka hatilah aku nak buat macam mana.
Suka, sila vote,
Tak suka, sila jangan vote. Tak perlu caci maki dan mencela.
Teruskan hidup anda dan semoga anda dilimpahi CINTAA!!!!
prooooOOO0oOOtTTTtT ! dmuka sirosli.
BalasPadamhttps://www.youtube.com/watch?v=0DrIOfSWi_c
PadamAksi biru tanpa seurat benang..
Benda yang paling gila klise pasal komik cinta dari segi artwork ialah:
BalasPadam1.hero hensem heroin lawa (kalau drama pun buat camni apatah lagi dalam komik kan?)
2.japanese stroke (nak cari stroke american apatah lagi tempatan gila payah tapi ada)
Dari segi storyline pula:
1.cinta laki pompuan (bergantung kepada mesej dalam komik)
2.happy ending (sebaiknya buat plot twist)
3.ada babak mati (predictable kalau komik sedih)
4.cerita yang diadaptasi dari cerita asal (biasanya bila pelukis dah kering idea)
Tak heran pun bila baca komik camni sebab kebanyakkan penyertaaan dihantar last minute. Takde dah masa panjang nak fikir cerita lebih luar biasa. dari post noob sebelum ni pasal komik bagai tuh pun aku dah tak boleh nak bantah kalau kebenaran terang tang tang di depan mata. :/
Ini sekadar pandangan jujur aku sebagai pembaca komik. Tak tahulah penerimaan orang lain tuh camne. *shrug*
Pada aku, cari idea utk cerita komik (terutamanya komik cinta) is the easiest part.
BalasPadamPaling susah ialah nak letak perasaan dlm jalan cerita tu.
Tak kira klise atau stereotaip, kalau dia berjaya masukkan perasaan dlm lukisan dia, itu dah dikira WIN.