Selasa, 8 Disember 2015

12 Perbezaan Delusi, Ilusi dan Halusinasi

Ada orang hidup dalam delusi (delusion).
Ada orang tertipu dalam ilusi (illusion).
Ada orang terbelenggu dalam halusinasi (hallucination).

Maka apakah yang dikatakan dengan delusi, ilusi dan halusinasi serta perbezaannya?

Pelukis: Bandido.


Secara ringkasnya, maksud dan perbezaan delusi, ilusi dan halusinasi adalah seperti berikut:

Delusi

Delusi adalah kepercayaan palsu atau tidak rasional yang diwujud oleh seseorang yang ditafsirkan secara salah, dengan erti kata lain khayalan yang diada2kan namun diyakini dan dipercayai.

Contoh:
  • Anda percaya makhluk asing sedang mencari anda sedangkan perkara itu tidak berlaku pun. 
  • Anda percaya yang berbadan sado itu mesti seorang yang gagah dan boleh mengalahkan orang yang lebih kecil.

Ilusi

Ilusi adalah situasi di mana deria badan seseorang ditipu, diperdaya atau tersalah tafsir untuk melihat dan merasa perkara2 yang sebenarnya tidak wujud atau tidak ada.

Contoh:
  • Helah optik hologram yang digunakan untuk membuatkan anda percaya bahawa mahkluk asing berada di depan anda namun sebenarnya ia tidak wujud.
  • Anda nampak seseorang itu ada six pack namun sebenarnya di dalamnya dia memakai baju singlet yang ada six pack.

Halusinasi

Halusinasi adalah keadaan di mana otak seseorang mengada2kan sesuatu perkara atau imej yang tidak berada di sana dan menganggap ia sebagai suatu yang nyata. Biasanya orang yang mengalami halusinasi sama ada ada masalah mental atau disebabkan pengambilan bahan yang boleh menyebabkan halusinasi seperti dadah.

Contoh:
  • Anda membayangkan ada makhluk asing di depan anda dan yakin ia memang ada di situ walaupun sebenarnya tidak ada.
  • Anda terbayang dan yakin anda berbadan sado walaupun sebenarnya tidak.

Maka jangan biarkan diri anda diselubungi delusi, ilusi dan halusinasi. Kembalilah kepada kehidupan yang realiti.

* * * * * * * * * *

Jangan lupa untuk mengundi komik "Antara Cinta & Sahabat" untuk Cabaran Komik Online Malaysia 2015  di sini -



Jangan lupa juga untuk mengundi. Undian anda sangatlah berharga buat kami. Cara untuk mengundi adalah dengan klik pada BINTANG MERAH SEBELAH KANAN sekali di bahagian bawah komik tersebut seperti gambar ini:


Mohon undi sebelum tarikh tutup pada 11 Disember 2015.

Jasa baik anda amatlah kami hargai dan aku akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.

* * * * * * * * * *

* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [REVOLUTION] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: delusi ilusi halusinasi fantasi hkayalan delusion illusion hallucination maksud perbezaan beza

12 ulasan:

  1. Sbb 2 sy dah jarang main game x kira PC, ps4 n game hp sbb benda ni semuanya fantasi...layan sesekali boleh la tp smpi lupa tanggungjawab, better x payah. Belum cite benda lain especially kat insta atau FB ppuan sibuk guna filter, muka gebu segebu2nya..jumpa depan mata jd lain..pas2 frust menongeng.

    Just be real person, original, limited edition, no fake just to be 100% perfect.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang ko merepek ni ayam!? ProooooooooooooooTTTTTTT creeeeeeeeeTTTTT dmuka ko lega baq hang

      Padam
    2. Assalamu alaiakum WR.WB . Salam SOB. Saya Ingin Berbagi Cerita Kepada Teman-Teman Yang Pencinta Togel.BahWa Duluhnya Saya TKI Di malaysia Yg Terlantar Buat MakaN Saja SangaT Susah. Dan alhamdulillah Setelah Aku Bertemu dengan MBAH SUTAR ROJAK Saya Bisah pulanag Kampung Dan Memulai kehidupan YaNg Baru.ini semua Berkat Bantuan MBAH KASENG. karna Angka Ritual/Ghoib Yg Di Berikan Beliyau Saya Bisah Menang Togel yg ( 4D dan 6D ) Saya Menang Sebanyak 50.000 ringgit malaysia .Alhamdulillah Kini Sekarang Saya Sudah Punya UsAhA Sendiri.Saya Ucapkan Banyak Terima Kasih Kepada MBAH SUTAR ROJAK.Tampa Bantuan Dari MBAH SUTAR ROJAK Saya Tidak Bisah Seperti Sekarang ini .Bagi Anda Yg Mau Mengubah Nasib Seperti SaYa Silahkan hubungi MBAH SUTAR ROJAK DI {{-0853-4288-2547-}}. Karna MBAH SUTAR ROJAK DengaN Senang Hati Membantu Memperbaiki Nasib Anda.Sebab Angka Ritual/Ghoib Yg Di Berikan MBAH SUTAR ROJAK Di Jamin Terbukti 100% AkAn Keluar.Silahkan Buktikan Sendiri.TERIMA KASIH

      Padam
    3. cibai sirosli menyamar jd anon. proot d muka ko.

      Padam
  2. Betul tu ayam afika.
    Anon atas sentap sbb dikecewakan BRIM

    BalasPadam
  3. Kehidupan realiti kadang-kadang penuh dengan perkara yang menyakitkan.
    Delusi, ilusi dan halusinasi ni kekadang sebagai satu escape route utk mengelakkan diri dari perkara yang menyakitkan.
    Bak kata orang, reality s*cks!
    hahaha!

    BalasPadam
  4. In real life...u must have both reality and fantasy...fantasy is important to drive you to have better reality...but too much fantasy which no related to reality will destroy u, and too much reality without fantasy will not evolve you to become much better person.

    So..hav a balance reality & fantasy..my 2 cents.

    BalasPadam
    Balasan
    1. And plz kpd wanita2 di sana..jgn layan sgt cite drama melayu ala2 Mr. Perfect la, 200% perfect la..semuanya cite fantasi org ppuan..cite fantasi org laki jgn cite la...last2 cite 2 fake je...in reality mens like sexy n beautiful lady, n woman like money, money and money as default.

      Lg layan cite melayu, lg buatkan anda low self esteem, anggap suami anda xleh pakai, demand nak itu ini and berangan2 x sudah smpi lupa tanggungjawab seorang isteri..si laki pun sama layan prono x sudah ada gf sana sini smpi lupa tanggungjawab family n agama.

      Padam
  5. Hoi noob... Aku dahh jalankan tggungjwb sbgi pengundi..

    BalasPadam
  6. sepak dan sepak apa bezanya?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.