Halaman

Khamis, 14 Julai 2016

Kisah kecurian lori dan karenah birokrasi

Cerita ini dikongsikan oleh seorang pembaca yang mempunyai perniagaan lori sewa dan lorinya telah dicuri pada hari raya kedua...

Aku ada cerita yang aku rasa patut dikongsikan. Terjadi pada hari raya kedua baru ni. Ni pengalaman sebenar aku. Aku tak tahu adakah sistem macam ini dipraktikkan. Tapi aku rasa benda macam ni tidak patut berlaku.

~ Lori dicuri.

Hari raya kedua...

 Gambar hiasan.

Dalam jam 12.30 pagi Ayie call aku tanya ada ke pemandu India. Aku memang takde pemandu India. Ayie kata ada orang pandu lori keluar. Kau pergi cek cepat-cepat. Aku turun dari rumah cepat-cepat terus naik moto dan memang lori dah takde.

Aku ajak pak guard naik motor sekali tolong cari lori aku yang hilang tu. Aku tanya guard dah berapa minit lori keluar. Dia kata ada dalam 20 minit. Aduh, masa yang agak lama dalam 20 min sebab boleh sampai PJ, Melawati dan Sungai Besi.

Aku terus naik MRR2 pusing ke Kg Pandan, nampak sekatan jalan raya. Aku jumpa polis yang buat sekatan tu minta bantuan boleh tak wawarkan no plat lori sebab baru sahaja hilang.

Polis jawab, "Buat report dulu". Katanya kalau ada lalu kami akan tahan. Dia minta no. lori, jenis dan warna.

Aku pusing balik Maluri dan rasa hati kuat minta cari di Pandan Jaya sebab rasa ni mesti orang berdekatan yang selalu lalu di Maluri yang dah target lori aku.

Masa aku tengah pusing, aku nampak lori aku kat satu kawasan. Aku tengok lori tak berkunci. Aku tak berani ambil sebab kawasan agak gelap dan aku tiada senjata apa pun di tangan. Aku letakkan pak guard jauh dari lori. Aku cakap tengokkkan sekejap aku cari polis datang untuk bantuan.

Aku ke Kg. Pandan semula tempat sekatan jalan tu. Aku jumpa anggota dan minta bantu datang ke Pandan Jaya tengokkan lori sekejap sementara aku nak buat report.

Jawapan dia "Buat report dulu".

Masa ni aku dah bengang. Umpama rumah kita sedang dirompak, kita jumpa polis berhampiran, polis cakap buat report dulu.

Aku cakap, "Encik, saya nak buat report makan masa yang lama. Lori saya boleh hilang ntah ke mana masa saya buat report. Macam mana??

Dia jawab, "HA, PERGILAH BUAT REPORT CEPAT."

Ya Allah. Kau boleh jawab mcam ni pada orang yang perlukan bantuan. Takde perikemanusiaan ke??!!

Aku dah tak boleh berfikir. Amat kecewa dengan jawapan polis macam tu tetiba teringat ada polis yang selalu ada di Petron Maluri. Aku terus ke sana, aku jumpe dua polis. Aku explain pada dia dari A sampai Z.

Jawapan yang hampir sama maksud.

"Kami ada prosedur, Pandan Jaya bukan kawasan kami. Kami dari balai Pudu. Kawasan Pandan Jaya kawasan polis Pandan Indah. Kena buat report di sana. Pandan Jaya tu border antara balai Pudu dan Pandan Indah. Kalau kami ke sana, diorang akan cakap kami memandai-mandai. Buat report dulu."

Aku masih boleh terima alasan ni sebab melibatkan kawasan.

Aku cakap, "Encik, buat report lama, berapa lama nak tunggu. Dah siap buat, lori pun hilang. Kawan saya ada tunggu disana. Saya tak berani buat apa-apa. Saya minta tolong sangat-sangat."

Dia kata call dulu balai Pandan Indah. Aku call sorang inspektor Cina yang jawab dan dia minta datang dulu ke Pandan Indah untuk buat report.

Setelah aku letak call, polis tu tanya sekali lagi, dekat mana lori tu? Aku cakap dekat ni je. Baru dia setuju untuk tengok sebab dia kata dekat. Masa keluar dari Petron aku nampak guard yang aku bawa tadi berlari tercungap-tercungap. Baru je kena kejar dengan pencuri lori tu.

Terus polis dan aku ke Pandan Jaya tempat lori tu dijumpai takut pencuri dah bawa lari lori tu. Tengok-tengok masih ada. Polis tu kata, "Takpe saya jaga, awak pergi buat report di balai Pandan Indah dulu".

Sebelum aku ke Pandan Indah, aku call kawan sekolah yang kerja di balai Pandan Indah tanya mana tempat nak buat report. Dia kata kalau hilang di Maluri, jumpa di Pandan Jaya kena buat report di Cheras.

Aku dah blur mana satu. Sorang kata sana, sorang kata sini.

Aku ke Pandan Indah jumpa Inspektor yang jawab panggilan aku tadi. Bila sudah explain, katanya bukan report di sini.

"Takpelah kami datang tengok itu u punya lori." 5 anggota berpakaian preman datang ke Pandan Jaya.

Dah sampai inspektor tu minta pergi ke balai Cheras buat report. Mereka tunggu. Dia kata minta kad pengenalan datang ambil cap jari.


.
.
.

End of story, lori aku selamat dan report telah dibuat.

Terima kasih pada anggota balai polis Pudu dan balai Pandan Indah sebab tindakan cepat mereka. Aku hargai sangat-sangat.

Cuma aku tak boleh terima sehingga ke hari ini...

"ENCIK BUAT REPORT DULU."

Kerana beberapa anggota macam ni, rakyat pandang serong pada semua.

Orang mencurigakan dalam kenderaan, kau boleh tahan terus tanpa buat report, tapi bila kau dapat makluman dari mangsa secara live, kau suruh buat report??

* * * * * * * * * *

Aku pun tak berapa faham dengan prosedurnya, adakah semua kes perlu buat laporan di balai polis dulu walaupun ada kes kecemasan. Adakah jika berlaku satu kes kecemasan dan bila ternampak ada anggota polis kat tengah jalan atau yang sedang meronda, kita boleh terus minta tolong dan laporkan pada dia atau pergi juga ke balai buat laporan dulu. Aku tak pernah telefon talian kecemasan 999 dan tak pasti adakah jika lepas laporkan kes kat telefon perlu pergi balai dulu untuk buat report juga.

Aku sendiri pernah ada pengalaman buruk dengan polis waktu sekatan jalan raya dan masa buat laporan kehilangan motor dulu, tapi pernah juga berurusan dengan baik dan lancar masa buat laporan kemalangan kecil suatu ketika dulu.

Aku faham secara amnya tugas polis adalah untuk menjaga keamanan masyarakat dan mereka telah banyak berbakti serta berkorban kepada rakyat dan nusa bangsa, cuma aku harap prosedurnya dapat diperbaiki dan diperhalusi lagi serta hal-hal karenah birokrasi seperti ini dapat dikurangkan, bukan sahaja dalam urusan antara orang awam dengan polis tetapi juga dengan jabatan serta perkhidmatan kerajaan yang lain.

Baca juga artikel berikut: Memerangi jenayah: Elakkan birokrasi remeh.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kisah kecurian lori sewa karenah birokrasi remeh temeh polis pdrm buat laporan report cara

4 ulasan:

  1. kes macam ni aku dah pernah baca lamaaaa dulu. apa pun kena buat report dulu.
    umpama perompak masuk rumah bawa parang, self defence tapi lepastu kena dakwa.

    BalasPadam
  2. kalau ikut prosedur hmm mcm tu la..kena ikut kawasan..
    lagi2 area mcm KL selangor, sempadan tu mcm tak jelas..

    kalau dlm cita hindustan ni Dabang ke Singham ke memang nahas la pencuri lori ni kena tibai dgn polis huhu

    BalasPadam
  3. biasa la.. saya pun pernah kena.. rumah kena pecah masuk.. terus pergi wat report kat balai polis berdekatan.. hujung2 die cakap kawasan perumahan saya tu bukan kawasan die.. sy kena wat report kat balai polis yang jaga kawasan tersebut. masalahnya balai polis tu jauh giler.. tal boleh ke ambik je report n then ko pass ke balai polis lain..? Internet apa guna kat balai tu..? wat main fb je ke..?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.