Selasa, 26 November 2019

5 Menteri yang patut turun dalam rombakan kabinet PH

Sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan kemungkinan Perdana Menteri Tun Mahathir akan melakukan rombakan kabinet selepas kekalahan PRK Tg Piai, namun belum ada kata putus lagi dari beliau.

Walaubagaimana pun ada pihak yang telah membuat online poll untuk mendapatkan undian dari netizen tentang menteri yang manakah patut diturun atau dikeluarkan dari kabinet yang baru. Berikut adalah keputusan undian yang dilakukan oleh portal berita The Malaysian Insight (TMI).


Macam yang aku pernah tulis dalam artikel "Gagal baca sentimen rakyat punca PH hilang sokongan", online survey biasanya tidak menggambarkan secara tepat dan menyeluruh memandangkan ia biasanya disertai oleh sekelompok tertentu sahaja.
Seperti contoh undian yang dianjurkan TMI ini rata-rata disertai oleh orang yang sering mengunjungi portalnya sahaja yang demografi majoritinya orang Cina atau orang bandar yang biasa menggunakan Bahasa Inggeris. Kalau undian ini dianjurkan pula oleh portal yang sinonim dengan orang Melayu seperti Utusan Malaysia atau The Patriots, mungkin hasil keputusannya berbeza.

Namun berdasarkan demografi undian tersebut, kenapakah menteri-menteri ini menduduki tempat 10 teratas? Jawapannya:

1. Dr Maszlee Malik (Menteri Pendidikan)

Ramai orang Cina tak suka kerana dilihat banyak mempertahankan pendidikan berkaitan kebangsaan dan agama Islam seperti isu UEC, tulisan Jawi dan sebagainya.

2. Waytha Morthy (Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial)

Ramai orang Melayu tak suka sebab dilihat gagal menyatupadukan rakyat Malaysia dan gagal menangani banyak isu antara kaum dengan baik walaupun jawatannya Menteri Perpaduan.

3. Syed Saddiq (Menteri Belia dan Sukan)

Ramai orang dewasa dan tua tak suka kerana dilihat terlalu muda untuk memegang jawatan menteri dan banyak tindakannya yang dilihat tidak begitu matang.

4. Dr. Mujahid Yusof Rawa (Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri)

Ramai orang Melayu tak suka kerana dilihat banyak isu tidak menyebelahi Islam, dan ramai orang bukan Islam tak suka kerana dilihat terlalu menyebelahi Islam.

5. M Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia)

Ramai orang Melayu tak suka sebab pernah timbulkan isu yang mengguris hati orang Melayu dan Islam seperti hal berkaitan ketuanan Melayu, DEB, Melayu pendatang, isu berkaitan Dr. Zakir Naik, dakwaan yang dikaitkan dengan LTTE dan sebagainya.

6. Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi)

Ramai orang tak suka kerana isu video kontroversi yang dikaitkan dengan beliau yang masih belum selesai.

7. Lim Guan Eng (Menteri Kewangan)

Ramai orang Melayu tak suka kerana dilihat terlalu melebihkan kaum Cina seperti dalam pemberian peruntukan, bantuan sekolah persendirian Cina dan sebagainya.

8. Tun Mahathir (Perdana Menteri)

Ramai orang tak suka kerana kecewa dengan Pakatan Harapan secara amnya.

9. Dr Wan Azizah (Timbalan Perdana Menteri)

Ramai orang tak suka kerana tak nampak sangat fungsi beliau dalam kerajaan.

10. Dr. Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan)

Ramai perokok dan vapers tak suka kerana buat banyak peraturan yang menyusahkan mereka.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa takde Mat Sabu, Teresa Kok sayangi sawitku, Menteri Usahawan kereta terbang DS Redzuan dan sebagainya dalam senarai. Aku rasa ada tapi mungkin duduk nombor 11, 12, 13 dan seterusnya, tapi dalam senarai ni hanya 10 teratas sahaja yang dipaparkan.

Apa-apa pun dari undian ini kita boleh lihat, orang akan benci seseorang pemimpin tersebut berdasarkan sentimen, imej luaran dan kontroversi yang dicetus olehnya. Lagi banyak isu mengarut pasal pemimpin tersebut keluar di berita dan media sosial, lagi tinggi harapannya untuk dibenci.

Oleh itu lebih baiklah jadi pemimpin yang kurang bercakap, kurang keluarkan kenyataan, kurang keluar TV, kurang expose di media sosial, sebaliknya jadilah low profile sahaja. Walaupun mungkin ramai orang tak kenal dan tak popular, namun sekurang-kurangnya kurang jugalah risiko untuk dibenci orang ramai.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: rombakan kabinet 2019 pakatan harapan kerajaan tun mahathir perdana menteri undian poll vote voting online who should go cabinet reshuffle

5 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.