Beratur tunggu shuttle van 15 minit.
Sampai hospital jam 8.15.
Bagi kad temujanji jam 8.30.
Masa temujanji atas kad jam 9.
Gambar hiasan |
Tunggu kena panggil lebih 2 jam.
Dapat jumpa doktor jam 11.30.
Masa jumpa doktor cuma 20 minit.
Tunggu shuttle van 15 min.
Sampai parking dan bergerak pulang jam 12.30.
Geram memang geram, tapi nak marah-marah pun tak guna.
Marah bukannya boleh ubah apa-apa.
Faham hospital kerajaan ramai orang datang.
Faham hospital sering tak cukup kakitangan.
Faham doktor sibuk attend ramai pesakit.
Faham orang lain pun terpaksa tunggu lama, bukan kita seorang.
Faham kerajaan pun takde banyak peruntukan dan tak boleh ubah masalah ni.
Faham masalah ni dah biasa berkurun-kurun lamanya.
Bak kata orang, nak cepat pergilah hospital swasta.
Terima dan hadapi sahajalah dengan tenang.
Bukan mahu komplen, cuma sekadar luahan perasaan.
Baca juga - Masalah tempat letak kereta di hospital kerajaan.
P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: pengalaman tipikal biasa common hospital kerajaan sesak lambat ramai orang swasta
Masalah lama yg tiada initiative utk selesaikan huhu
BalasPadamItulah. Nak buat macam mana terpaksa hadap je lah huhu
Padam