Halaman

Rabu, 1 Mei 2024

Pengangguran, hilang kerja dan kerja luar bidang

1. Kadang bila kita cerita tentang masalah ekonomi, yang membabitkan pengangguran, kehilangan kerja, kekurangan peluang kerjaya dan selainnya yang berkaitan dengan pekerjaan, ada orang cakap buat la bisnes, atau minta je kerja apa-apa jangan memilih, atau jadi la driver Grab ke rider GrabFood/FoodPanda dan sebagainya.

2. Ini kalau jenis kita sembang-sembang dengan seorang dua secara individu, boleh lah. Bila orang yang ada isu tersebut datang meluahkan masalah kat kita, kita pun tak tau nak bagi nasihat apa, jadi kita pun cakap la macam tu, sebab itu bukan the bigger picture.

3. Tapi kalau kita lihat the bigger picture dari skala yang lebih besar, dengan 500,000 lebih jumlah pengangguran dalam negara, dengan ribuan orang hilang pekerjaan disebabkan penutupan/pengecilan operasi syarikat gergasi, setakat komen macam point no. 1 tadi tak boleh pakai sangat.

4. Pertama, nak suruh orang buat bisnes. Kalau yang diberhentikan kerja tu jenis banyak duit simpanan, ada la modal untuk buat bisnes. Kalau yang diberhentikan tu pekerja B40, yang masih muda baru nak mulakan kehidupan, duit simpanan pun takde, nak buat bisnes macam mana? Nak jual nasi lemak tepi jalan pun perlukan modal.

5. Lepas tu kalau semua orang yang takde kerja disuruh buat bisnes, kalau semua nak jadi majikan, siapa pula nak jadi pekerja? Siapa nak jadi pelanggan? Dari 20 orang, idea buat bisnes ni mungkin hanya seorang sahaja yang boleh execute. Yang selainnya kena jadi pekerja. Tiada perniagaan boleh sustain tanpa pekerja.

6. Untuk selesaikan isu pengangguran berskala besar ni, kena ada juga mana-mana orang kaya, jutawan, billionaires, konglomerat, taikun-taikun kapitalis, syarikat berkaitan kerajaan, set up banyak syarikat gergasi dan wujudkan banyak cawangan/kilang di negara Malaysia, yang boleh menyediakan ribuan dan ratusan ribu peluang pekerjaan di seluruh negeri. Kalau setakat sembang bukak kedai tomyam pastu rasa macam boleh selesaikan masalah pengangguran, berapa banyak je pekerja pun kau boleh ambil? 10 orang? 20 orang?

7. Kedua, suruh orang jangan memilih kerja. Solusi ini boleh tapi hanya untuk sementara. Kalau seseorang tu stuck lebih setahun dua dalam pekerjaan yang bukan dalam bidang dia belajar, percayalah, dia akan stuck di situ dan susah nak kembali ke bidang asal dia.

8. Sebab peluang kerjaya semakin kecil, persaingan semakin banyak. Contohnya kalau syarikat nak ambil pekerja, kalau ada 2 calon yang dua-dua ada degree dalam bidang yang mereka mahu, seorang dah kerja 2 tahun dalam bidang yang sama, seorang lain kerja 2 tahun tapi luar bidang, tentu yang ada pengalaman dalam bidang akan ada advantage.

9. Contoh lagi, kalau ada 2 calon yang ada degree yang sama minta jawatan junior engineer, seorang tu fresh grad baru keluar universiti, seorang lagi dah kerja 3 tahun luar bidang, tentu yang fresh grad diberi keutamaan sebab lebih muda, gaji pun boleh bayar rendah. Graduan pulak tiap-tiap tahun keluar yang baru.

10. Nak selesaikan isu ini, kena ada hubungan antara sektor pekerjaan dan sektor pendidikan. Sektor pekerjaan kena supply data, berapa banyak manpower mereka perlukan dalam bidang-bidang tertentu, dan sektor pendidikan kena keluarkan graduan mengikut manpower dan bidang yang diperlukan sektor pekerjaan.

11. Jika tidak, jadi lah lambakan graduan yang takde kerja atau kerja luar bidang, sebab sektor pendidikan masih menghasilkan banyak graduan dalam bidang yang sebenarnya tak diperlukan, yang tak banyak peluang kerjaya di Malaysia atau yang dah jumud pun dalam sektor pekerjaan.

12. Dan sektor pendidikan juga tak perlu push semua orang jadi pandai akademik dan masuk universiti. Push juga murid yang kurang bakat dalam akedemik untuk jadi pekerja buruh dan mahir untuk bekerja di sektor-sektor 3D, di kilang, di tapak pembinaan dan sebagainya, baru lah kita tak perlu bergantung sangat pada pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Nepal dan sebagainya.

13. Sementara itu juga, pihak majikan kena pertingkatkan lagi skim gaji dan insentif bagi pekerja sektor 3D ini kalau nak tarik dan kekalkan orang tempatan bekerja. Ini kau pun ambik pekerja asing sebab nak bayar murah tapi nak lanyak suruh kerja macam hamba, lagi mau sembang bila tak ramai orang tempatan yang nak mintak kerja.

14. Yang ketiga, suruh orang jadi driver Grab atau rider makanan. Kalau semua orang yang takde kerja suruh buat Grab, driver/rider Grab akan jadi lambakan. Persaingan akan banyak, rate akan jadi lebih murah, sebab supply lebih banyak dari demand. Ya, memang bagus untuk pelanggan, tapi tak bagus untuk pekerja.

15. Lagipun kerja gig ekonomi ni bagi aku kalau untuk sementara atau buat part time OK lah. Tapi untuk jangka masa panjang susah nak sustain, sebab takde job security seperti mana kerja permanent atau at least kontrak dengan syarikat. Kena wajib ada lesen dan kenderaan, pendapatan tak tetap sebab ikut jumlah task yang dibuat, sakit takde MC, caruman KWSP kena buat sendiri, buat silap sikit kalau ada orang report boleh terus kena ban dan sebagainya lagi.

Jadi lepas ni kalau nak komen tentang isu-isu berkaitan macam ni, kena tengok dan fikir dulu the bigger picture, bukan something yang revolve around us je. Itu sahaja.

Selamat Hari Pekerja!


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: masalah pengangguran isu hilang kerja kerjaya pekerjaan luar bidang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.