Halaman

Khamis, 7 November 2024

Lelaki hanya manusia bukan robot

1. Kadang aku tak gemar bila orang tentukan apa yang kaum berlawanan jantina perlu jadi. Seperti contoh ada orang perempuan post orang lelaki kena jadi itu ini, kena kerja macam orang gila, hari minggu kena keluar rumah juga kerja dan sebagainya.

2. Dia sama je sebenarnya bila ada lelaki yang tulis post tentukan orang perempuan kena itu ini begitu begini, apa perempuan kena jadi, apa perempuan kena buat, walaupun bercakap benda yang betul, mesti ramai orang perempuan tak puas hati dan akan defensif.

3. Jadi bila perkara yang melibatkan jantina, biar yang sejantina yang cakap pada kaum sejantina mereka sendiri. Sebab orang lelaki takkan faham perempuan, dan orang perempuan takkan faham lelaki. Orang perempuan akan expect benda yang tak realistik pada orang lelaki, begitu juga sebaliknya.

4. Lelaki ini memang la hidupnya kena keras, tapi kadang orang perempuan lupa yang lelaki juga ada perasaan, ada emosi, ada jiwa. Takkan nak rehat, nak healing, nak tenangkan fikiran pun tak boleh. Kami ini cuma lelaki, bukan robot.

5. Selalu orang ingat lelaki ni kuat fizikal dan mental by default, tapi hakikatnya kami pun ada batasan. Orang tak nampak beban yang kami pikul, kadang tak ada siapa pun tanya dan peduli, tapi kami buat teruskan juga macam tiada apa.

6. Memang lelaki selalu diam dan jarang kongsi masalah. Bukan lelaki tak nak luahkan perasaan, cuma bila diluah, jarang diambil kisah malah dianggap lemah. Jadi lelaki akan diam dan pendam je sorang-sorang.

7. Lelaki juga kena jadi pelindung by default, kena tahu selesaikan semua benda dan masalah. Walau tak tahu, tak boleh tak tahu, kena tahu juga, kalau tak akan dianggap tak bagus.

8. Orang fikir lelaki ni tak perlu pujian, tak perlu diberi semangat, tak perlu dijaga hati, sedangkan mereka juga perlukan support system untuk teruskan hidup. Tapi yelah nak buat macam mana, begitulah nasib menjadi lelaki. Hadap je lah.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags kaum lelaki hanya manusia bukan robot


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.