Halaman

Ahad, 2 November 2025

Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Pencipta

Setinggi mana ilmu dicapai insan, takkan mampu melawan kekuasaan Maha Pencipta.


Buasir Otak: The Muzik - Pencipta
 
Lirik:
 
Hmm hmm hmm

Di ufuk timur mentari datang
Menyimbah cahaya ke alam tenang
Manusia menatang dunia di tangan
Menempa besi menawan awan

Namun di balik gemilang cahaya
Masih terbentang rahsia semesta
Sehalus zarah tak terduga
Itulah tanda kebesaran-Nya

Oh Pencipta
Engkaulah Maha Kuasa
Kami hanya peminjam rasa
Dari tanah Engkau hidupkan
Dari tiada Engkau jadikan

Oh Pencipta
Engkaulah yang Maha Esa
Kami hanya peminjam daya
Dari Engkau lahir segala
Dari tiada menjadi ada

Manusia bina menara ke langit
Namun gunung tak mampu digamit
Manusia mampu merentang jambatan
Namun tak mampu mengubah lautan

Manusia telah berjaya terbang
Namun tak mampu mencapai bintang
Manusia boleh menyalin rupa
Namun tak mampu tiupkan nyawa

Oh Pencipta
Engkaulah Maha Kuasa
Kami hanya peminjam rasa
Dari tanah Engkau hidupkan
Dari tiada Engkau jadikan

Oh Pencipta
Engkaulah yang Maha Esa
Kami hanya peminjam daya
Dari Engkau lahir segala
Dari tiada menjadi ada

Di balik kabus di celah bayang
Ada ciptaan yang tak terbilang
Setinggi ilmu dicapai insan
Kau mencipta tanpa sempadan

Oh Pencipta
Engkaulah Maha Kuasa
Kami hanya peminjam rasa
Dari tanah Engkau hidupkan
Dari tiada Engkau jadikan

Oh Pencipta
Engkaulah yang Maha Esa
Kami hanya peminjam daya
Dari Engkau lahir segala
Dari tiada menjadi ada

Segala daya datang dari-Nya
Segala hidup milik kuasa-Nya
Langit dan bumi tunduk pada-Nya
Ya Pencipta
Maha Pencipta
Maha Pencipta
 
Lirik: Prince Of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri pencipta


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.