Jumaat, 29 April 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 14

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Setelah 13 minggu bertarung, Maharaja Lawak Mega 2016 akhirnya sudah sampai ke penghujungnya. Malam ini adalah malam AKHIR atau FINAL bagi Maharaja Lawak Mega 2016. Dengan tema Muzikal Komedi dan Bebas, aku berharap agar semua peserta finalis dapat memberikan sebuah persembahan yang hebat dan mantap sesuai dengan pentas final MLM2016. Antara Bocey, Joras, Lol dan Puteh, siapakah yang bakal muncul Juara MLM2016 ini? Siapa pun dinobatkan sebagai juara, semuanya pun memang layak untuk berada di pentas final dan menjadi juara berdasarkan persembahan mereka sebelum-sebelum ini.



4 Dilema seorang muslim ditentang muslim yang lain

Adalah menyedihkan tatkala seorang muslim cuba menegur dan menasihati akan kesilapan seorang muslim yang lain dengan baik dan sopan, datanglah rakan dan pengikut muslim yang ditegur itu beramai-ramai demi mempertahankan hal yang salah itu...


Khamis, 28 April 2016

8 Kawan dilupakan kerana beza pangkat dan darjat

Kawan...
Ingatkah kau waktu dulu-dulu...
Waktu aku masih lagi kau anggap kawan?



Rabu, 27 April 2016

7 Respon terhadap teguran di dunia realiti dan maya

Nasihat dan teguran itu adalah suatu yang biasa dalam masyarakat kita. Apabila seseorang ternampak sesuatu yang tidak elok serta melanggar nilai-nilai moral, kemanusiaan, adab, etika dan agama berlaku di depan mereka, pasti mereka akan menegur, dan bentuk teguran itu pula ada pelbagai cara seperti nasihat yang baik, lemah lembut, sopan santun, kasar, marah, provokasi, sindiran, sarkastik, menghukum dan sebagainya.

Namun tidak kira apa jua bentuk teguran pasti akan mendapat respon daripada orang yang ditegur atau masyarakat sekeliling. Berikut adalah perbezaan dalam respon tipikal masyarakat terhadap teguran dan nasihat antara dunia sebenar dan juga dunia maya terutama di media sosial.



Selasa, 26 April 2016

16 Ramai guru sudah bosan dan tak seronok mengajar

Beberapa hari lepas keluar di sebuah suratkhabar tempatan laporan tentang cikgu mengeluh kerana dibebani pelbagai tugas di sekolah selain daripada tugas hakiki mereka iaitu mengajar dan mendidik, sehingga ramai yang sudah tak seronok mengajar yang antaranya cikgu terpaksa keluar duit sendiri beli alat mengajar dalam kelas. Disebabkan rutin itu ada cikgu yang bosan menyebabkan mereka tidak mengajar dengan bersungguh-suungguh dan ala kadar, ada juga yang berniaga secara part-time malah tidak kurang juga yang sanggup berhenti awal untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.

Maka apakah sebenarnya punca ramai guru sudah tidak seronok mengajar? Antara sebab musababnya ialah:



Isnin, 25 April 2016

17 Trend membukukan kompilasi status media sosial

Penyanyi Hafiz Hamidun teruk dikritik netizen selepas buku pertamanya berjudul ‘Cerita Hati’ berada di pasaran sejak Februari lalu.

Buku tersebut diterbitkan bertujuan untuk berkongsi kata-kata positif yang merangkumi beberapa topik seperti kekeluargaan, kehidupan dan hubungan cinta kepada masyarakat.

Namun lain pula jadinya apabila netizen mula mempertikaikan buku tersebut dan menganggap penyanyi ini mengambil jalan mudah dengan hanya mengumpulkan status yang pernah dikongsi olehnya menerusi laman Facebook dan Twitter menjadi sebuah buku.

Malah dia juga dilabel sebagai syok sendiri kerana buku itu dipenuhi dengan foto-foto 'selfie'.



Sabtu, 23 April 2016

3 Ingatan buat semua Penulis Dunia

Entah mengapa akhir-akhir ini, engkau semakin lupa dan alpa...
Tulisan demi tulisan, coretan demi coretan, perkongsian demi perkongsian yang aku baca...
Bukan lagi membuat aku dan mereka bahagia, tetapi hanya luka dan air mata...

Ingatlah wahai semua penulis dunia...

Yang menulis atau melukis, di atas kertas mahupun di skrin kaca yang bercahaya, sesungguhnya lidah dan mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. Maka berhati-hatilah dengan setiap tutur kata dan nukilan itu, kerana ia hadir dengan tanggungjawab... tanggungjawab kepada pembaca yakni manusia yang lain, yang mana ia boleh mempengaruhi dan membentuk pemikiran mereka, mengikut apa yang engkau tuliskan.



Jumaat, 22 April 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 13

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 sudah hampir melabuhkan tirainya. Malam ini malam ke-13 yang juga merupakan malam separuh akhir bagi MLM2016. Tinggal 5 peserta akan bersaing malam ini untuk menempah tempat ke pertandingan akhir minggu depan iaitu Bocey, Lol, Puteh, Rayza dan Joras dengan tema Trend Terkini dan Pantun. Antara mereka berlima siapakah yang bakal ke pentas akhir seterusnya menjadi juara MLM2016?



8 Mencari Jalan Bahagia

Benar...

Kita seringkali tertanya-tanya, "Di manakah kebahagiaan kita?"

Sedangkan diri seringkali diasak derita dan air mata...

Ada manusia punya segala, namun masih mencari bahagia...
Ada juga manusia yang tidak punya apa, tetapi mereka cukup bahagia...



Khamis, 21 April 2016

7 Dua jenis kawan ketika kita membuat kesilapan

Sering kali, apabila kita melakukan satu kesalahan, kita akan didatangi oleh dua orang jenis kawan:

Kawan yang pertama, akan tegur kita. Nasihati kita supaya berubah. Mengingatkan kita akan kesan-kesan buruk perbuatan kita itu.

Dan kawan yang kedua pula, akan back up kesalahan kita. Dia prefer kita teruskan sahaja, dan akan terus sokong kita walau apa sahaja kita lakukan (baik atau buruk).

Dalam situasi begini, sememangnya kita akan rasa kawan yang pertama ni tak memahami kita. Dia tak pandai jaga hati kita. Dan dia tak layak untuk digelar sebagai kawan sebenar.

Dan kita akan rasa kawan yang kedua inilah kawan terbaik, yang sentiasa berada di sisi kita, yang sentiasa memberikan sokongan, dan menyuruh kita mengabaikan segala teguran daripada kawan yang pertama.