Sabtu, 11 Jun 2016

7 Kisah konflik keluarga group Whatsapp paling sayu

Kadang-kadang pergaduhan dan perselisihan di dalam keluarga di antara ibu bapa dengan anak-anak serta antara adik beradik boleh berlaku walau dalam group Whatsapp sekalipun. Namun sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, buangkanlah segala yang keruh dan ambil yang jernih. Layan video kisah perbualan sebuah keluarga dalam group Whatsapp yang ringkas tapi sangat kreatif dan boleh membuatkan orang menitiskan air mata.



Jumaat, 10 Jun 2016

6 Kasih ibu bapa tidak terbanding kasih anak

Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa.
Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibu bapa.
Makan apa sahaja.
Tengok siaran TV ikut suka.
Guna apa saja kepunyaan ibu bapa ikut suka.

Tetapi...
Ibu bapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak-anak.
Tak boleh masak sesuka hati.
Makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka.
Buat apa sahaja ikut suka.
Anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa.


Khamis, 9 Jun 2016

9 Berpuasa tak perlu kalut dan menggelabah

Kita mula belajar berpuasa biasa ketika zaman kanak-kanak lagi, sudah mula berpuasa penuh ketika sudah akil baligh, selepas sekolah tamat biasanya puasa itu sudah menjadi alah bisa tegal biasa, dan semakin kita berusia semakin lama kita pun sudah menjadi biasa sangat untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Seseorang yang berusia 25 tahun mungkin sudah mempunyai 15 tahun pengalaman berpuasa. Ia suatu yang kita lakukan tiap-tiap tahun, bukannya benda yang pelik atau baru. Dan kita pun bukannya kanak-kanak lagi nak mengada-ngada waktu puasa, rasa lembik ya amat, tak boleh tahan tengok makanan, tak sabar gila nak tunggu waktu berbuka dan sebagainya.

Kita umat Islam umat yang kuat. Puasa itu sepatutnya menjadi perkara yang biasa bagi kita. Bukan kita seorang je pun berpuasa, berbillion-billion umat Islam satu dunia ni pun berpuasa. Puasa zaman Nabi dulu pun lagi banyak cabaran dan dugaannya berbanding berpuasa pada hari ini. Maka kenapa perlu kalut dan menggelabah bila ternampak dan terbau makanan depan mata ketika siang hari atau ternampak orang bukan Islam makan?



Rabu, 8 Jun 2016

15 Batman, vigilantism dan kempen tendang cermin sisi

Batman seorang vigilante. Vigilantism adalah tindakan mengambil undang-undang di tangan sendiri, tanpa autoriti. Sebagai vigilante, Batman sebenarnya watak anti-hero. Yang mendorong beliau ialah pegangan etika teleologi; iaitu matlamat menghalalkan cara. Batman melanggar undang-undang untuk menghukum mereka yang melanggar undang-undang. Bagi Batman, matlamat akhir menumpaskan penjenayah menentukan sama ada wajar atau tidak tindakan yang diambil.

Ia berbeza dengan norma etika deontologi yang mementingkan nilai moral dalam kaedah untuk mencapai matlamat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Melanggar undang-undang atau memukul pesalah jalanraya tetap salah secara moral walau bagaimana baik sekalipun tujuannya.



Selasa, 7 Jun 2016

9 Feminisme, kesamarataan dan keadilan jantina

Hari ini isu feminisme menjadi topik hangat di dalam dunia dan juga media sosial. Kebiasaannya orang lelaki tidaklah begitu kisah tentang pergerakan dan perjuangan feminisme ini, namun bagi wanita pula ia telah mewujudkan golongan yang menyokong feminism manakala satu lagi kelompok yang anti-feminism di dalam dan juga luar negara. Golongan anti-feminism di Malaysia ini melihat gerakan feminism di Malaysia yang agak sudah lama bertapak ini sebagai sebuah perjuangan liberal yang dipengaruh barat sehingga meletakkan perjuangan mereka lebih daripada batas-batas agama dan budaya ketimuran.

Sebelum itu kita lihat sedikit apakah matlamat perjuangan feminisme ini. Feminism adalah suatu gerakan politik, ideologi, sosial yang mempunyai matlamat yang sama bagi wanita sejagat, sama ada kesaksamaan dalam ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan pekerjaan, juga antaranya hak-hak wanita untuk mengundi, hak untuk bekerja, bekerja di jabatan kerajaan, mendapat gaji yang setimpal, untuk memiliki hartanah, mendapat pendidikan, untuk memperoleh kontrak, kesaksamaan dalam institusi perkahwinan dan mendapat cuti bersalin yang pada suatu ketika lama dahulu, hak-hak seperti ini dinafikan terhadap kaum wanita.



Ahad, 5 Jun 2016

8 Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2016/1437H

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati Allah Taala.



Sabtu, 4 Jun 2016

9 Wanita dalam novel dan drama luar negara VS tempatan

Realiti cerita novel dan drama zaman sekarang, di mana cerita novel dan drama luar negara banyak mengangkat martabat kaum wanita dengan menggambarkan wanita itu dengan watak seorang pemimpin, pejuang, bekerjaya, profesional, penuh karisma, berwibawa, bercita-cita tinggi dan hebat, sementara cerota novel dan drama tempatan kita masih di takuk lama dilambakkan dengan watak perempuan yang mengejar dan mendambakan cinta seorang suami yang kacak, kaya, anak dato', CEO syarikat, belajar oversea dan sempurna serba serbi.



Jumaat, 3 Jun 2016

7 Gejala pedofil dan gila seks yang semakin parah

Pedophile. Pedofil. Pedofilia. Pedo.

Ia bermaksud manusia yang mempunyai perasaan nafsu seksual terhadap kanak-kanak. Kebiasaannya gejala pedo ini berlaku di kalangan lelaki dewasa di mana mereka ghairah dan terangsang terhadap kanak-kanak perempuan atau lelaki. Ada juga pedo di kalangan wanita dewasa namun jumlahnya agak kecil dan terpencil.

Gejala pedo ini bukan sekadar berlaku di kalangan orang Melayu atau umat Islam sahaja malah di serata dunia, hatta bangsa Caucasian bermata biru yang ramai orang bangga-banggakan tu pun. Baru-baru ini keluar berita yang mengejutkan di mana seorang lelaki pedofil warga Britain iaitu Richard Huckle ditangkap dan dibicarakan atas kes penderaan seksual yang menjijikkan terhadap 23 kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun, dan 22 mangsa tersebut adalah daripada Malaysia!



Khamis, 2 Jun 2016

11 Kalau wanita boleh kahwin ramai padan muka lelaki

Poligami.

Dalam Islam, lelaki dibenarkan untuk berkahwin ramai tidak lebih dari 4 orang dalam satu-satu masa, wanita pula tidak boleh berkahwin ramai. Poligami itu sunnah, begitu juga dengan monogami dan juga amalan-amalan sunnah yang lain. Jika tidak mampu berkahwin ramai, kahwinilah seorang wanita sahaja.

Jika tak mampu berkahwin langsung, tak perlu berkahwin. Kerana perkahwinan ini tidak kiralah berkahwin seorang atau ramai, ia datang dengan tanggungjawab. Jika mahu berkahwin ramai, adalah wajib untuk suami berlaku adil dan membahagiakan kepada isteri-isterinya.


Rabu, 1 Jun 2016

6 Cerita Orang IT: Masalah

Perasan tak biasanya masalah yang berkaitan dengan peralatan IT ni sama ada PC ke, laptop ke, network switch, router, modem, handphone, server dan sebagainya bila bermasalah je, teknik penyelesaian pertama yang anda kena cuba lakukan adalah restart. Lepas dah restart tu kalau tak OK juga, baru cari solusi lain atau paling tidak hantar kedai untuk baiki je lah.