Rabu, 13 Julai 2016

15 Raya balik kampung tapi tidur hotel jadi trend

Balik kampung tidur hotel.

Konsep pulang beraya ke kampung, namun tinggal di hotel telah menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia zaman sekarang dengan ramai yang memberikan alasan atas faktor keselesaan.

Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan trend tersebut, namun jumlah ahli keluarga yang terlalu besar, anak-anak yang masih kecil atau tiada rumah ibu bapa di kampung menyebabkan sesetengah hotel di negara ini sebenarnya hampir penuh pada minggu pertama Aidilfitri.



Selasa, 12 Julai 2016

17 Kemalangan jalan raya: Buat laporan atau kawtim?

Pernah tak anda terlibat dalam sebuah kemalangan kecil di jalan raya, tak kira sama ada pihak anda yang salah atau pihak satu lagi, selepas sedikit pergaduhan kecil dan perbalahan, akhirnya anda dan dia pun kawtim bersetuju untuk tidak buat laporan kepada polis dan mahu setel sendiri-sendiri? Rasanya ramai yang macam ini kan terutama apabila melihat kerosakan kenderaan akibat kemalangan tidaklah begitu teruk dan rasa rugi jika claim insurance untuk baiki kerosakan kerana NCD (No Claim Discount) untuk insurans kenderaan akan kembali 0%.

Seorang lelaki ini berkongsikan pengalamannya di sebuah group FB di mana orang yang terlibat kemalangan dengannya bersetuju untuk settle sendiri namun akhirnya ditipu apabila pihak satu lagi membuat laporan polis. Sejauh mana kebenaran cerita beliau aku tidak tahu, tapi ia sesuatu yang kita boleh jadikan pengajaran.



5 Jalan sesak musim perayaan salahkan polis

Zaman sekarang bila ada masalah je kita suka sangat salahkan orang lain hingga kadang-kadang ke tahap yang tak masuk akal. Menjadi suatu perkara yang sangat biasa setiap tahun pun ketika hari perayaan yang ada cuti panjang je jalanraya mesti sesak gila babi sebab semua orang pun nak balik kampung termasuk dengan aku, kau dan kau sekali. Kalau ada seseorang yang boleh dipertanggungjawabkan pun, ia adalah pemerintah yang perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan kesesakan jalanraya setiap kali musim perayaan.




Isnin, 11 Julai 2016

6 Tak guna jadi pelakon jika akhirnya hidup melarat

Syarikat produksi Metrowealth Pictures (MiG) tidak hanya mahu melahirkan pelakon dikenali ramai tetapi juga mampu menjadi jutawan, kata David Teo.

Ketua pegawai eksekutif MiG itu berkata tidak guna menjadi pelakon tetapi melarat sebagaimana pengakhiran kehidupan seniman agung Tan Sri P Ramlee.

“Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang.

“Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perbelanjaan kenalah dikawal secara berhemat.



Ahad, 10 Julai 2016

12 Relationship goals: Antara realiti dan fantasi

Relationship goals.
Matlamat perhubungan.

Relationship goals merupakan istilah urban anak muda zaman sekarang. Ia merupakan tentang apa seseorang itu impi dan harapkan daripada sesebuah perhubungan. Pada mulanya ia digunakan apabila mereka ternampak sebuah pasangan kekasih/suami isteri yang dilihat sebagai sangat sweet, romantik dan kelihatan seperti perfect couple di alam nyata atau media sosial seperti pasangan artis dan orang tua romantik, lalu mereka menjadikan pasangan itu sebagai relationship goals mereka dan post di Tumblr, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Malah tak kurang juga apabila ada yang tag pasangan masing-masing apabila ternampak pasangan sweet dan romantik lain dengan harapan agar pasangannya dapat melakukan hal yang sama terhadap dirinya.



Khamis, 7 Julai 2016

4 Pembuli siber, penyakit mental dan bunuh diri

Pembuli siber.
Penyakit mental.
Bunuh diri.

Seorang penulis dan insta-famous di media sosial, Arlina Banana dikatakan mendedahkan hasrat di laman Twitter untuk membunuh diri ekoran terlampau tertekan gara-gara dibuli secara verbal di laman sosial.

Arlina difahamkan menerima pelbagai kutukan dari pengguna Twitter yang membalas daripada salah satu kicauannya sebelum ini yang seolah-olah ‘menggalakkan’ lagi wanita itu untuk meneruskan niatnya.



Selasa, 5 Julai 2016

8 Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016/1437H

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kami juga ingin memohon ampun dan maaf zahir batin jika selama ini ada yang tersinggung dengan sebarang artikel kami di blog. Sesungguhnya yang buruk itu semua datang dari kelemahan diri kami sendiri. Berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan semoga bergembira bersama keluarga tercinta.


Ahad, 3 Julai 2016

14 Jasa wanita dalam keluarga yang jarang kita sedar

Banyak perkara yang kita nampak kecil, seperti contoh di bulan Ramadhan ini isteri atau ibu anda bangun awal ketika anda masih lagi di buai mimpi, untuk menyediakan makanan bersahur, dan selepas siap mereka kejutkan anda dengan makanan sudah pun siap dihidang di atas meja makan.

Banyak perkara yang mereka buat yang kita nampak kecil dan rasa biasa sahaja tetapi sebenarnya kita sendiri tak mampu nak buat jika kita berada di tempat mereka namun mereka boleh dan sanggup buat. Kadang-kadang kita tak sedar betapa besarnya jasa dan pengorbanan seorang ibu dan isteri demi keluarga. Maka hargailah ibu atau isteri anda dan ucapkanlah terima kasih kepada mereka.



Sabtu, 2 Julai 2016

5 Kehidupan seorang pengawas media sosial

Setiap hari pasti ada sahaja isu yang berlaku.
Setiap hari pasti ada sahaja hal yang viral di media sosial.
Dari mulanya zaman kegemilangan media sosial, boleh kata setiap hari ada sahaja cerita baru yang berkumandang di Facebook, sama ada isu tentang kerajaan, politik, laporan berita, mahupun isu yang dicetuskan sendiri oleh warga maya. Ada yang popular atas suatu yang baik. Ada juga yang viral atas suatu yang buruk.



Jumaat, 1 Julai 2016

4 Antara pluralisme agama dan toleransi agama

Pluralisme agama.

Apa itu pluralisme agama? Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini adalah:
  • Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
  • Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
  • Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.
  • Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza.