Halaman

Selasa, 13 Mac 2012

Jenis orang yang menjengkelkan dalam FB

FB atau facebook.

Kau ada facebook. Aku pun ada. Tapi List yang paling banyak dalam dinding aku adalah yang jenis menjengkelkan. Nak tau?

1. Jenis yang fahaman politik dia saja yang betul.

  Kerajaan makan rasuah. Pembangkang jual bangsa. Mak Menteri ibu ayam. Isteri Ketua Pemangkang hisap gam....macam-macam lagi.....padahal sumber yang dia dapat pun tak semestinya betul. Paling bodoh yang jenis kuat memaki -hamun. Tak kiralah dari side mana pun.


2. Jenis yang Selalu update EPL

Masyarakat kita kan banyak sangat lahir kat England. Yang sokong sana..yang sokong sini. Tak kisah nak sokong sapa-sapa pun.Memang tradisi bola sepak memang macam itu. Tapi dia punya fanatik...mak oii..Siap kes  member aku sampai putus putus kawan pun ada...

3. Yang jenis nak tayang anak 

Aku faham kau gembira jadi ibu bapa. Memang anak kau comel sangat. Cute dan semua orang suka tengok kau punya new born baby. Tapi TOLONGLAH......bila banyak sangat ,,sampai anak kau makan apa petang tadi dengan taik dia cirit sampai kena bawak jumpa doktor..takkan kau nak cerita?

4. Jenis yang suka tag gambar bukan-bukan

Sharing is caring. Aku faham konsep tu. Tapi janganlah gambar yang takde kaitan dengan aku pun nak tag..adoi lahh....apesal kau tak tag kan gambar seluar dalam kau sekali?

5. Jenis nak ajak main game dan apss facebook

Ini pun satu hal. Asik -asik request. Apa pasal ?


Kesimpulannya : Gunakan Facebook secara berhemah .



13 ulasan:

  1. hhahaha...yg xtahan sekali, kes meluahkan perasaann...hahaha

    BalasPadam
  2. setuju untuk semua senarai :) tau la dinding dia,dia punya..tp dgn kita2 sekali sakit mata..hehe

    BalasPadam
  3. hahaha..memang jenis yang menjengkelkan~

    BalasPadam
  4. sedang lipat baju pon citer apa..LOL..

    BalasPadam
  5. jenis penulis blog macam kau yang suka promote sampah2 ciptaan kau

    BalasPadam
  6. otw ke mall..tgh bli baju..semua nk update..=='

    BalasPadam
  7. hahahaa.. teramat lah betul list tu..

    BalasPadam
  8. tak payah on fesbuk law rasa annoyed.kau delete or unfren or block the hell out.wtf??entry bodoh!!

    BalasPadam
  9. tu memang terjadi dalam fesbuk, yang paling tak tahan kes meluah perasaan .. wane darah haid pun nak update .. LOL .. tapi tu la,kita ada pilihan nak unfriend/block or senyum sorang2 tengok pay-el dorang macam tu .. hihihi

    BalasPadam
  10. haha..jangan lupa yang suka buat muncung itik serati tu..
    lepas tu post "saya tak cantik macam korang semua.."
    :p

    BalasPadam
  11. hahahah... bertukarlah kepada Google+... dijamin berkesan... :)

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum tuan admin..nice posting..mintak izin utk copy and share..tq

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.