Halaman

Selasa, 13 Mac 2012

Tanggang hanya susah, tidak jahat

Susulan daripada berita anak tinggal ibu di hotel bajet seperti yg disiarkan di Harian Metro di post sebelum ini di sini, nampaknya si anak iaitu Amir Mohd Omar telah pun muncul. Rupa2nya pemuda ini bukannya jahat, tetapi berada dalam kesusahan dan kesulitan malah disebabkan isu ini juga beliau telah dibuang kerja. Beliau telah tampil dan memberi kenyataan kenapa dia meninggalkan ibunya di hotel bajet, boleh baca dari sumber harian metro di sini.


Berikut adalah video kenyataan beliau.


Aku minta maaf kerana bersangka buruk terhadap beliau sebelum ini, tapi kalau tgk balik video pertama, sapa2 pun akan membuat persepsi begitu di mana ibu beliau sampai menangis2 kerana ditinggal selama beberapa hari dan tuan hotel pun cakap anaknya dah tak balik jenguk dan tak bayar bilik selama 6 hari. Kalau ada masalah pun at least bagitaulah kat ibu, tinggalkan nota pada tuan hotel atau minta bantuan rakan2/masyarakat. Ini menghilangkan diri, mmg la masyarakat akan buat persepsi macam2. Tapi at least dgn video penjelasan tu... My faith in humanity: Restored.

PERHATIAN: Mohon Jabatan Kebajikan dan Lembaga Zakat bantu nasib ibu dan anak ini mendapatkan tempat perlindungan yg lebih sempurna dan bantu saudara Amir ini mendapatkan kerja agar dapat menjalani kehidupan dan menjaga ibunya dgn lebih terurus. Harap org ramai, masyarakat, saudara mara mereka, pemimpin2, menteri2, isteri menteri2 juga dapat menghulurkan sedikit sebanyak bantuan kepada mereka ini dan juga rakyat lain yg senasib.


tags: susulan anak tinggal ibu di hotel bajet budget faridah maulud jalan raja muda musa kampung baru amir mohd omar pusat sehenti sungai buloh selangor hospital kl buang kerja jabatan kebajikan masyarakat wilayah persekutuan kuala lumpur (jkmwpkl) noormah abd rauf

3 ulasan:

  1. tapi hebat juga sokkabar harian metro dapat memperdayakan korang.

    memandangkan aku pun berkerja dalam sektor media, bila menilai sesuatu orang atau dapatkan sesuatu berita, SEKURANG2nya dapatkan dua sumber/sudut pandangan. itupun masih tidak dianggap kebenaran seratus peratus, kadang-kala bersifat salah faham je. Melainkan diberi bukti yang nyata serta jelas, MUNGKIN kita dah boleh bersifat menghukum.

    apa2pun prince of noob, teruskan memberi pandangan dalam hal2 semasa ini.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.