Halaman

Jumaat, 25 Mei 2012

Debat > Ceramah > Demonstrasi

Beberapa hari lalu telah berlangsungnya debat PTPTN di antara ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. Masing2 menunjukkan karisma sebagai pemimpin, pandai berkata2 dengan pelbagai isi, fakta dan angka disokong pula dengan tempikan penyokong2 daripada parti masing2. Walaupun dia akhir perdebatan ini dikatakan tidak konklusif dan tidak akan mengubah persepsi penyokong UMNO untuk bersetuju dengan Rafizi dan persepsi penyokong PKR untuk bersetuju dengan Khairy, tapi at least dengan debat ni barulah nampak apa fungsi seorang pemimpin atau ketua yang dipilih rakyat.




Pemimpin dipilih melalui lantikan atau undi. Tak kira la ketua darjah, ketua pengawas, ketua cawangan, menteri, perdana menteri dan apa jua jenis ketua. Biasa kalau menjadi pemimpin secara lantikan, nak tak nak biasa orang kena terima jugak walaupun dia memang suka atau tak. Manakala pemimpin melalui undi ni biasanya orang tak nak, sebab tu contohnya bila pensyarah tanya siapa yang sukarela nak jadi ketua kelas angkat tangan, semua orang diam. Lepas tu barulah dia bukak untuk undian, sapa nak cadangkan sapa. Dan siapa yang paling banyak undian dialah jadi ketua. Tapi dalam politik ni lain sikit, semua orang berebut2 jadi ketua. Sebab dengan menjadi ketua, dapatlah kuasa, dengan kuasa dapatlah duit.

Debat Anwar dan Shabery mengenai isu harga minyak

Debat Ambiga dan Khairy berkaitan isu BERSIH

Dalam konteks Malaysia ni, pemimpin dipilih oleh rakyat yang mengundi atau menyokong, dan tanggungjawab pemimpin ini adalah untuk membawa suara orang dibawahnya ke atas dengan saluran yang betul, contoh di parlimen. Para pemimpin rakyat yang dipilih berbincang dan berdebat sesama mereka demi kebaikan rakyat. Bila berdebat, barulah berlaku percambahan minda, pemimpin ini ada pandangan sendiri, pemimpin itu ada pandangan lain. Sebab tu negara2 maju lain pun sesi perdebatan banyak dilakukan diantara pemimpin kerajaan dan pembangkang even di luar parlimen agar rakyat pun dapat melihat pandangan dan menilai idea yang cuba dibawa oleh kedua2 pihak. Debat juga adalah cara paling efektif dan bertamadun dalam penyampaian maklumat dalam politik kerana ia adalah 2 ways communication. Oleh itu budaya debat ini perlu diadakan dengan lebih kerap di antara pemimpin2 kerajaan dan pembangkang agar semua pemimpin diberi peluang sama rata untuk melontarkan pandangan dan dikritik di depan semua penonton tak kira penyokong parti politik, lalang, atas pagar atau golongan "I don't give a shit!".



Kedua adalah ceramah di mana ia berbentuk 1 way communication. Pemimpin A buat ceramah di tempat sekian di kalangan pengikutnya, pemimpin B buat ceramah di tempat lain di kalangan pengikutnya pula. Masing2 menyatakan pandangan dan idea masing2, tapi at the end hanya didengari oleh penyokong mereka sahaja dan tiada pula sebarang input lain atau alternatif kepada pandangan tersebut malah tiada siapa nak kritik yang akhirnya boleh dikatakan syok sendiri. Bila dah syok sendiri timbul la macam2 cerita fitnah pasal orang lain, serang peribadi pemimpin lain, perkataan2 maki hamun dan sebagainya.



Dan ketiga adalah cara paling tak efektif, kurang cerdik dan tidak enak ditonton adalah demonstrasi. Pemimpin cuba menunjukkan kuasa dan pengaruhnya dengan membawa segerombolan penyokong2 mereka turun bersama2 di jalanraya, dataran atau mana2 tempat awam. Bila dah ramai2 semua pulak sibuk nak bercakap menjerit terpekik, dah bukan lagi komunikasi sehala atau dua hala, tapi dah jadik beribu2 hala. Masa tu keadaan jadi tak terkawal, orang gagal mengawal emosi, provokasi mula timbul dan akhirnya kita boleh jangka yang ia akan berakhir dengan kekecohan, pergaduhan dan kekerasan, sampai kadang2 matlamat demo tak tercapai pun tapi hanya menyerlahkan kebodohan orang2 kita. Bila suasana dah kucar kacir, pemimpin yang bawak pengikut2 ni pun tak dapat nak control, lepas tu tau2 hilang. Di sini kalau difikir balik, apa guna kita lantik pemimpin dan ketua kalau semua orang kena turun padang dan bercakap? Sepatutnya ketua yang dilantik yang perlu membawa suara rakyat ke atas, kalau semua pun nak bercakap tak gunalah ada sistem demokrasi.

Sebab tu bagi aku, Debat adalah lebih baik daripada Ceramah dan lebih baik daripada Demonstrasi.

OK berbalik pada isu debat PTPTN tadi, gua malas nak ulas panjang2 pasal isi debat kedua belah pihak sebab masing2 ada pro dan kontra. Tapi apa yang orang perlu tahu kalau kita nak buat pendidikan percuma adalah kerajaan perlukan duit lebih bukan sahaja untuk memansuhkan pinjaman PTPTN sedia ada, malah yuran pengajian tinggi dan subsidi kos sara hidup setiap pelajar dan juga kos pengurusan IPTA untuk bayar gaji kakitangan dan pensyarah serta kos operasi lain seperti penyelenggaraan universiti. Mana kerajaan nak dapat duit lebih? Kena tanya kerajaanlah macam mana nak dapat duit lebih, daripada Petronas ke, kurangkan projek2 pembangunan ke, kurangkan subsidi petrol ke, jual tanah kepada negara asing ke, naikkan cukai pendapatan ke, kurangkan perbelanjaan kepada kroni ke. Kalau dah jadi kerajaan tu kena pandai2lah macam mana nak korek duit.

Seperti mana gua pernah ulas kat sini, gua copy paste balik pandangan dan cadangan gua dalam isu ni pendidikan percuma:

  • Memberi pendidikan percuma kepada semua mahasiswa dengan memansuhkan segala jenis yuran pengajian dan tempat tinggal kolej di IPTA.
  • Memperketatkan lagi pengambilan mahasiswa ke universiti agar tiada lagi lambakan graduan yang tidak berkualiti.
  • Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM akan diberi biasiswa untuk kos sara hidup dan perbelanjaan diri, tapi kalau CGPA semakin menurun bawah 3.00, biasiswa akan ditukar menjadi pinjaman. 
  • Bagi pelajar yang dapat keputusan biasa tapi layak ke IPTA yang datang dari keluarga susah di mana pendapatan isi rumah kedua ibu bapa di bawah RM3,000 layak menerima dermasiswa dan bantuan sara hidup untuk perbelanjaan di universiti.
  • Pinjaman PTPTN ditukar menjadi pinjaman peribadi dan diurus oleh Bank. Pelajar juga boleh nak pinjam berapa banyak dia rasa dia perlu, kalau dia rasa boleh hidup kat universiti dgn hanya keperluan asas seperti makan minum dan buku, pinjaman yg dia buat boleh jadi serendah RM5,000 atau bagi mereka yg merasakan mereka perlukan smartphone, laptop, motor, kereta, rokok, masuk MLM dan lain2 benda sebagai keperluan mereka di universiti, pinjaman mereka boleh jadi setinggi RM40,000 utk sepanjang tempoh pengajian dan duit pinjaman tersebut diurus sendiri oleh mereka. Dan mereka boleh menambah jumlah pinjaman bila2 masa sepanjang pengajian kalau mereka merasakan masih tak cukup. Tapi kalau mereka tak nak pinjam langsung pun takpe, tiada paksaan, terpulang kepada mereka sendiri mcm mana nak tampung perbelanjaan sendiri samada korek duit tabung simpanan dari kecil ke, mintak mak bapak ke, pau kawan2 ke, buat kerja part time ke.
  • Kalau ada student yang tak dapat biasiswa masa mula2 masuk IPTA sbb result SPM biasa2, tapi lepas 2 tahun mereka belajar kat universiti, mereka mendapat keputusan cemerlang dengan CGPA mereka lebih 3.5, mereka layak untuk memohon dan diberikan biasiswa.
  • Pinjaman pelajaran peribadi perlu dibayar selepas graduan mula dapat kerja dengan skim tempoh pembayaran balik yg mereka boleh pilih sendiri seperti 5/6/7/8/9/10/15/20 tahun. Bulan2 mereka wajib bayar sama seperti kalau orang buat pinjaman peribadi, loan kereta, loan rumah dan segala jenis loan. Tapi mereka juga diberi pilihan untuk review balik tempoh bayaran balik pinjaman tu sama ada nak pendekkan atau nak panjangkan lagi, yang penting bulan2 bayar.
  • Bagi mana2 mahasiswa yg nak amik personal education loan tu, kalau dia beragama Islam wajib mengambil pinjaman berasaskan Islamik dan bagi yang bukan Islam boleh pilih samada nak ambik Islamic Loan atau konvensional.

So korang nilai sendiri mengikut akal dan fikiran korang. Dalam tafsiran konteks politik tiada benda yang betul tiada yang salah. Yang ada hanya perbezaan pandangan, dasar dan implementasi. Kalau korang rasakan pandangan dan dasar BN salah, sokong sahaja PR. Kalau korang rasakan dasar PR adalah mustahil untuk diimplementasikan, sokong sahaja BN. Kalau korang rasakan kedua2nya asshole, sokong sahaja yang Bebas seperti Ibrahim Ali.


tags: debat isu mansuh hapus ptptn khairy jamaluddin ketua pemuda umno rafizi ramli halatuju pendidikan tinggi percuma astro awani bernama tv radio24 auditorium kompleks kumpulan media karangkraf 22 mei 2012 ceramah demonstrasi

17 ulasan:

  1. terbaikkkkkkk....banyakkan lagi debat..




    burn mind

    BalasPadam
  2. kalu bab bdebat saya setuju sgt..itulah yg tbaik dlm berpolitik..seperti dibarat amalan nie dh lama diamal kn..yg penting tiada pemenang, yg menang adalah demokrasi..syabas kepada sinar harian dan kj..anda mmg brani..menang, kalah, betul, salah itu hal lain..yg penting demokrasi disuburkan..bg aku demo x salah, tp yg salah adalah peserta..ptptn pulak x perlu dihapus mutlak..beri biasiswa bersyarat..lg tinggi cpa mcm 1st degree free, yg fail blajar kena byr 100% tanpa bunga..

    BalasPadam
  3. admin, xnk block anon/tanpa nama ke? Yg latest blog dato a kadir jasin..tengok teruk u nk layan perangai diorg..tp kalu rasa tu x demokrasi jgn buat tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. demokrasi bukan bermaksud kita boleh bersuara sesuka hati dan pakai identiti orang. thanx sbb refer ke blog datuk a kadir jasin - http://kadirjasin.blogspot.com/2012/05/mari-jadi-orang-berani.html. actually point dia cukup bagus. tapi buat masa ni kami tidak akan blok dulu anon. kalau tidak mcm mana org macam saudara nak komen kan? lagipun kami tak kisah melayan komen2 yg jelas menunjukkan kebodohan sendiri, anggap sahaja ia sebagai entertainment

      Padam
    2. dlm demokrasi balik2 human right..asyik2 u right..bagaimana my right? Hak saya? Sapa lak nk jaga hak saya(individu lain)? Tu perlunya undang2 yg adil.. Dlm post dato a kadir jasin pun dia komen pasal undang2 yg senat ur bakal gubal nk buang anon..kena identiti bdaftar sekali dgn ip..kalu mod free, tolong ulas pasal undang2 br negara kite yg mempertanggungjawabkan pemilik blog, web,fb, twitter dll diatas segala komen yg dibuang oleh org lain di 'rumahnya'..

      Bab komen anon 'menunjukkan kebodohan diri sendiri', rasa mod agak buttheart..sbb ada jgk komen yg betul mengikut perspektif dia..so kena hormat pendapat org lain, semoga org akan hormat pendapat kita..peace

      Padam
    3. As-salam..TQ Anon...BTW bukan buttheart=hati bontot tapi butthurt = sakit bontot.

      Padam
    4. nama pun human right, habis tu u ni bukan human ke? tapi kalau cerita pasal human right pun kena la ada identiti, bukan anon. sekarang saya pun sangsi adakah anon 25 Mei 2012 8:22 PG dan 25 Mei 2012 9:57 PG adalah anon yang sama?

      sbb tu rakyat malaysia pun semua kena register identiti iaitu kad pengenalan. kalau tengah2 kau bawak kereta tetiba polis buat road block, polis mintak kad pengenalan tapi kau tak bawak, mesti kena bawak balai jugak.

      ya, memang banyak komen dari anon yang 'menunjukkan kebodohan diri sendiri', mereka komen hanya kerana nak timbulkan provokasi, melalut yang tiada kaitan pun dengan entry... tapi bukan semua anon. u ada terasa ke? sebab tu gua cadang tak payah la pakai anon, register dengan nickname lain. takde la u terasa sangat bila kami komen pasal anon.

      btw byk sangat typo error dan singkatan la u ni...
      senat ur = senat US?
      undang2 br = undang2 baru?
      buttheart = ....

      Padam
    5. hati bontot? Boleh lah buat kategori baru..hehe..sbgai tmbhn, SESETENGAH blogger still memerlukan puak anon nie..sbb nk nmpk meriah dan smbutan yg hangat kt blog dia..kalau x, sunyi je..sbgai cntoh, dulu papagomo prnh block anon yg serang dia..tp hanya 2 hari je, sbb time tu around 10-20 je komen bg artikel dia..so dia dh open ke anon walau dari puak yg bbeza pndapat dgn dia yakni pembangkang..so blog dia mmg meriah dgn average 40-60..so anon masih releven..just my opinion..peace

      Padam
    6. yes anon memang masih relevan saya setuju... sebab mereka ini adalah entertainment... tak meriah tanpa anon... dan anon2 ni kena terimalah kalau kena kutuk kaw2 sebab anda anon, kalau anda registered user, kami akan cuba untuk berbincang dengan cara paling sopan walau anda mempunyai pandangan berbeza.

      dan saya assume anon 25 Mei 2012 10:20 PG adalah orang yang sama dengan anon 25 Mei 2012 8:22 PG dan 25 Mei 2012 9:57 PG, tapi saya boleh agak yang awak ni ada akaun berdaftar dan ada blog sendiri. apa kata komen je guna akaun tu, jgn la malu kami ni bukan makan orang pun

      Padam
    7. maksud saya (human, u , my) right pasal diorg yg nk tlampau demokrasi tanpa batas undang2..cnth, buat demo dpn umah saya (individu) dgn ckp my right lah nk demo ke ape ke..tp ape lah my right sebagai tuan umah? Saya xde hak demokrasi ke?

      X terasa pun sbb bukan spesies cepat buttheart..tp apapun tpulang pada pandangan masing2..kite rasa dia salah, dia rasa kite pulak salah..smpi bile x kan selesai..so just respect each other..

      Btw, biasalah nk cepat tulis ada kesilapan ejaan..lepas nie saya antar dbp dulu suh verify sblm publish..sory bro..

      P/s:budak sekolah punya sms lg teruk nk dibaca, lg dasyat short form dia..

      Padam
    8. sory mod..mmg takde, ya benar..ke nk buat akuan bsumpah atau sumpah laknat kt masjid?

      Padam
    9. sebab tu saya pernah cakap dlm satu entry sebelum ni yang saya tek setuju org malaysia ni berdemo sebab tahap pemikiran mereka masih rendah untuk membuat demo yang berhemah, pasti akan ada benda2 bodoh berlaku dan kadang2 matlamat demo pun adalah bersandarkan kepada 'cause' yang stupid.

      btw tak perlu nak tulis tergesa2, take ur time. kadang2 bila typo dan short form ni boleh menyebabkan orang salah faham dengan kenyataan kita. dan rasanya kalau berbincang pasal isu anon ni dah banyak dah kita komen kat entry subspesis anon. apa pandangan anda mengenai isu ptptn ni pulak dan boleh komen sedikit pandangan yang saya berikan di atas?

      Padam
    10. tuan mod, awak pun dh masuk dato a kadir jasin jgk..situ blog yg bgus n ada kelas sikit..sbb xde gaduh2 teruk n guna bahasa kesat dlm pengomen2 yg average 100++..hujah dia pun balance walau background dia org kuat kerajaan..kebetulan saya promote kt awak..bab ptptn dh komen 8.15 td kat atas nun..

      Padam
    11. seikhlasnya saya puji blog awak..kelainan dari blog lain..pencambahan minda dgn info yg jrg dpt kt blog lain..tp semenjak2 nie teruk anon serang blog nie, mesti ada sesuatu yg buat diorg butthurt atau lg teruk buttheart..dulu pengomen KEBANYAKKAN ok2 je..pe pun, blog u menu harian untuk minda saya..peace

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Setuju .. perdebatan membolehkan semua pihak membuka mata untuk menilai mana yg lebih baik dan mana yg kurang baik... dari sini juga tidak timbul berat sebelah or boleh dikatakan ckp2 belakang...

    *about demonstrasi ... perlu ke dilakukan ? malah rakyat takkan ambil pemimpin macam tuh sbb nyata2 pemimpin mcm tuh akan merosakkan kesejahteraan rakyat.. :/

    BalasPadam
  6. idea yang bernas... dan patut juga di implement....

    Matlamat kita cuma nak bantu orang je....

    Insan yang paling baik ialah mereka yang memudahkan orang lain.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.