Halaman

Isnin, 7 Mei 2012

Isteri impian para suami

Dalam post sebelum ni, aku ada tulis pasal apa yang biasanya perempuan dan lelaki harap dan mahukan daripada pasangan mereka. Utk perempuan aku tak nak tambah, cukup setakat tu. Tapi utk lelaki, ada satu benda yang seorang lelaki melayu nakkan daripada seorang wanita terutama bila dah kahwin iaitu KETAATAN.



Mungkin ramai org tak ambil kisah benda ni, tapi kepada kaum wanita, tahukan anda apabila seorang wanita berkahwin dgn seorang lelaki, ketaatannya berpindah daripada kedua ibu bapa kepada pihak suami. Seorang isteri wajib mentaati apa jua suruhan dan kehendak suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama, wajib menjaga maruah suaminya. Haram mengaibkan suami dan menceritakan keburukan suami kepada orang lain dalam apa jua keadaan sekalipun. Tapi berapa ramai wanita melayu zaman millenium ini faham berkenaan hal ini. Berapa ramai kaum isteri yang faham yg segala apa jua dosa yg dia buat, suami dia yg tanggung? Berapa ramai isteri yang telah melakukan kederhakaan kepada suami mereka tanpa mereka sedari?

Malah ada hadis Nabi yang menunjukkan betapa besarnya hak seorang suami kepada isteri dan betapa seorang isteri perlu memberi sepenuh ketaatan kepada suaminya, “Tidak dibolehkan seseorang sujud kepada sesama manusia. Jika dibolehkan sujud kepada sesama manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak suami atas isterinya.”


Aku ni bukannya memilih sangat, tapi aku kalau nak cari isteri, aku tak kisah kalau seseorang itu tidak pandai masak, atau kurang cantik, tidak berharta, anak yatim piatu atau tidak berpendidikan tinggi. Aku cuma mahukan seorang wanita boleh memberikan ketaatan sepenuhnya pada aku, menerima segala kelebihan dan kekurangan aku seadanya, sanggup tidak bekerja dan sudi menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga rumah dan membesarkan anak2, jaga keperluan aku dan keluarga, boleh hidup dan berpuas hati dengan pakaian, tempat tinggal dan segala KEPERLUAN yg aku sediakan mengikut KEMAMPUAN aku, bukan ikut KEMAHUAN nafsu diri yang macam2, tak kisah kalau aku hanya mampu menyediakan sebuah rumah apartment 3 bilik 2 bilik air dan sebuah kereta Proton Saga FLX utknya, boleh mendengar cakap aku, tidak bersolek dan berhias utk orang lain selain daripada aku, boleh melayan kehendak seksual aku bila2 masa sahaja selagi dia mampu, tidak banyak merungut, tidak meminta macam2, bersyukur dengan apa yang ada,tidak berkawan rapat dengan lelaki lain, sentiasa menyokong dan berada di belakang aku di saat aku memerlukannya, lebih mengutamakan aku berbanding orang lain, menjaga maruah aku dan diri sendiri apabila di luar dan lain2.


Masih wujudkah wanita melayu islam terakhir seperti ini di Malaysia? Kalau ada, aku akan bagi segala kasih sayang, sepenuh jiwa, perlindungan, kebahagiaan, harta dan akan ku jaga permata ku ini hingga akhir hayatku. Tetapi... masih wujudkah wanita seperti ini?

Apa yg aku tengok sekarang, isteri sekarang lebih ramai yg bekerja. Tidak mengapa bekerja, akan tetapi...
  • Berapa ramai kaum wanita yg faham yg mereka pergi bekerja pun atas izin suami, dan atas niat hendak membantu suami dalam membesarkan keluarga? 
  • Berapa ramai isteri yg benar2 menjaga kelakuan, aurat dan akhlaknya apabila di tempat kerja?
  • Berapa ramai kaum isteri yang lebih mengutamakan kerja, pangkat dan duit gaji mereka berbanding keluarga mereka? 
  • Berapa ramai yang sanggup melepaskan kerja mereka sekiranya suami mereka menyuruh mereka berhenti kerja dan jadi surirumah? 
  • Berapa ramai pula yg bersolek berhias bukan main utk ke tempat kerja tetapi selekeh bila di rumah dan ketika suami hendak mengadakan hubungan intim di kamar tidur? 
  • Berapa ramai yg mempunyai ramai teman dan kawan lelaki di tempat kerja dan lebih banyak meluangkan masa dengan mereka ketika di pejabat, bersosial ketika waktu lunch, dinner berbanding dengan suami dan anak sendiri? 
  • Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja? 
  • Berapa ramai wanita yg tanpa sedar tidak menjaga maruah suami dengan menceritakan segala masalah rumahtangga walaupun masalah kecil di Facebook?
  • Berapa ramai isteri yg faham mereka kena bagi keutamaan kepada suami berbanding ibu bapa mereka sendiri?
  • Berapa ramai isteri yg begitu mudah meninggikan suara kepada suami mereka apabila berlaku perselisihan faham?
  • Berapa ramai wanita yang apabila di rumah lebih mengutamakan keperluan suami dan anak2 berbanding rancangan televisyen, telefon bimbit, internet dan Facebook?


Banyak lagi persoalan yg seorang isteri perlu jawab dan ketahui agar mendapat keredhaan seorang suami. Oleh itu kepada wanita2 di luar sana yg belum berkahwin, jangan ingat kahwin itu main2. Apabila anda dah kahwin, ingatlah bahawa diri anda, tubuh badan anda, adalah hak sepenuhnya suami anda. Kalau rasa tak boleh atau tak mampu nak bagi semua tu kepada bakal suami anda, jangan la gatal2 nak kahwin.

Setiap kali aku termimpikan wanita impian aku, aku mesti akan teringat lagu ni...

I want a girl who will laugh for no one else
When I'm away she puts her makeup on the shelf
When I'm away she never leaves the house
I want a girl who laughs for no one else 



tags: wanita gadis isteri impian idaman suami lelaki melayu islam taat setia patuh weezer no one else

27 ulasan:

  1. bagus-bagus.
    nak berusaha jadi isteri yang baik.
    insyaALLAH

    BalasPadam
  2. semoga kita dpt psgan yg boleh mmbawa kita ke syurga..amin

    BalasPadam
  3. Ape yang sy nak cakap, masih ada wanita tersebut di Malaysia..
    Tetapi semuanya terletak pada ketentuan Allah..

    BalasPadam
  4. semoga linda pun dpt jadi isteri yg taat:)

    BalasPadam
  5. ya, taat...bersama-sama lah suami isteri melayari rumah tangga..

    Suami taat Allah, Isteri tentu taat seikhlasnya dengan suami apatah lagi senangla suami mendidik isteri taat kepada Allah

    kadang2 suami tunjuk banyak kelemahan...dalam zaman iman yang ada turun naik ni kalau suami banyak kelemahan kadang2 isteri sukar taat....isteri pun bukan robot..apatah lagi sikap wanita yang adakala seperti budak kecil..dan beban nafkah rumahtangga isteri kena tanggung bersama..sedihnya isteri kena buat 2 big job tapi husband buat 1 job..(bukan semua tapi saya kira ramai jugakan..)

    apapun jom jadi isteri solehah....belajar untuk taat walaupun macam mana sekalipun..Cheering untuk diri sendiri--Berusaha!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. "dan beban nafkah rumahtangga isteri kena tanggung bersama..sedihnya isteri kena buat 2 big job tapi husband buat 1 job.."

      tapi saya tak nak mcm tu... biar saya seorg yg pergi bekerja cari nafkah dan isteri jadi surirumah. saya yakin dgn pendapatan saya seorang saya mampu menyediakan segala keperluan asas seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian dan lain2, tapi semuanya ikut kemampuan sayalah, tak dapat la nak bermewah2 beli rumah kereta besar. tapi biasanya isteri nak kerja jugak sbb nak rumah, kereta, tv, barang rumah besar sikit lebih daripada kemampuan saya seorang. ada lagi ke perempuan yg tidak kisah hidup sederhana dan tidak kisah jika tidak bekerja, boleh terima kehidupan yg hanya bersandarkan kepada kemampuan suami semata2?

      Padam
    2. kalau da cinta semua pn OK.. bila gaduh, semua pn ungkit.. kehkekeh. manusia

      Padam
  6. alhamdulillah kalau prince macam tu..bukan senang dah lani nak jumpa suami yang serba serbi mampu..kita bercakap dengan realiti..sekarang ni walau gaji 2000 pun belum cukup nak support family..believe me..ive been trough this..dan saya bukan jenis yang bermewah dll..emas pun tak pernah beli..huhu..apatah lagi nak minta beli mcd kfc dll...:)..walaupun saya kena ke ofis..saya akan makesure bfast dan luch siap di waktu pagi...balik makan tengahari dirumah...pagi2 couldbe chaos and hectic..hihi..tapi takpa..puas masak sendiri...jimat dan takyah beli kedai yang tak tentu macam2 ada..

    bila kahwin, ada anak, banyak belanja untuk keperluan jangka pendek dan jangka panjang..contohnya macam sekolah anak, saving nak balik kmpung sebab rumah saya jauh, saving untuk perubatan keluarga dan mak-mak..banyak....realiti zaman kini..sometime memang stressful sebab kena tinggal anak2 dan pergi kerja tapi takpa demi kebahgian dan kelancaran rumahtangga...tapi itulah memerlukan peranan hebat suami..dan alhamdulillah suami saya hebat menangani emosi isterinya..:) he help and support me alot..tapi saya taknak cakap saya bantu suami...this life..this marriage juga tanggung jawab saya..kesian suami kena tanggung sesak dada memikirkan belanja yang kecik sorang2.dia tak pernah minta saya kerja tapi saya tahu kalau saya tak kerja tentu dia sukar.lelaki pulak bukan reti nak luah perasaan..simpan semua..alih2 sakit jantungla, darah tinggila sebab tekanan..isteri kenalah faham2kan..tapi alhamdulillah Allah tak pernah susahkan..sentiasa beri rezeki dan masa...:)

    kalau cakap pasal realiti susah nak jumpa suami yang benar2 mampu..kalau yang gaji 900 tu lagilah...lainlah kalau rumah dll dia sendiri punya..dah memang ok dah kot..

    kalau isteri surirumah sekali pun suami kena layan dan didik dengan baik..kalau suami jenis buta perut susahla juga istri nak taat...asik marah je..terasa je..simpan je dalam hati...kan kan...masing2 bukan robot asimo..

    lebihlah kepada maksud, dalam rumah tangga ni kedua2 kena main peranan...kena bahagia membahagiakan..barulah kita dapat apa yang kita mahu...:) islam cakap garis panduan untuk isteri..begitu juga suami...kena combine dua2..baru jadik..

    bukan apa..banyak lelaki chauvinis zaman sekarang,,,ambil kesempatan pada maksud taat, layan suami dll...sedangkan kalau nak isteri baik suami pun kenalah terlebih baik..

    tapi para isteri dan suami kalau dapat yang tak baik..sabarlah..buat juga yang terbaik..kalau tak tahan kita diberi jalan keluar..:)

    ohh maaflah..sesekali tulis, memang macam surat khabar..hihi

    saya pun masih belajar dan kena terus belajar dalam hal rumah tangga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu rumahtangga... awak mesti beruntung kerana ada seorang suami yg baik dan memahami. saya berharap saya juga akan dapat jadi seorang suami yg baik juga dan mendapat seorang isteri yg baik dan taat di masa akan datang... semoga awak memperoleh keberkataan dan dilimpahkan dgn kebahagiaan di dunia dan akhirat.

      Padam
  7. Hehe. Awesome man. Jarang ada lelaki macam ni. Semoga anda dipertemukan dengan wanita yang solehah insyaAllah.

    BalasPadam
  8. kalau tak bekerja rasa2nya macam suami x mampu kot nak tanggung bayar balik pinjaman study yg ratusan ribu ringgit ni...*pengsan*

    BalasPadam
  9. suami isteri kene sesame tangungjawabla dalm rumahtangga.ni kadang2 da isteri tolong suami carik nafkah tanggung keluarga,bile kat umah laki balik penat bongkang je depan tv..habis bini yang penat cane??pendek kate sume kene same2..

    BalasPadam
  10. 'Berapa ramai kaum isteri yang faham yg segala apa jua dosa yg dia buat, suami dia yg tanggung? Berapa ramai isteri yang telah melakukan kederhakaan kepada suami mereka tanpa mereka sedari?'

    Biar saya jelaskan kenyataan ini. TIDAK ADA bukti yang menunjukkan dosa isteri ditanggung suami. yang ada cuma setiap orang bertanggungjawab atas apa yang dibuat, x kira lelaki atau perempuan selagi dia masih waras. Dalam satu perkahwinan, ada isteri derhaka dan juga ada suami derhaka. derhaka= betrayal works both ways Noob. Derhaka tidak hanya pada isteri, tetapi juga suami. Sebagai suami, mereka juga perlu muhasabah diri; sudah cukupkah keperluan fizikal dan bukan fizikal yang diberi untuk isteri dan keluarga? Jangan cepat menyalahkan isteri jika tak muhasabah diri sendiri dulu.


    'Apabila anda dah kahwin, ingatlah bahawa diri anda, tubuh badan anda, adalah hak sepenuhnya suami anda.'

    Bila lelaki dan perempuan menerapkan fahaman begini, perempuan tidak ada harga diri lagi. Tarafnya sama macam haiwan ternakan; hak milik sepenuhnya tuan punya ternakan. Perempuan bukan barang dagangan macam zaman jahiliah. Walaupun bersuami, perempuan masih punya hak ke atas diri dan tubuh badannya.


    'Aku cuma mahukan seorang wanita boleh memberikan ketaatan sepenuhnya pada aku, menerima segala kelebihan dan kekurangan aku seadanya, sanggup tidak bekerja dan sudi menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga rumah dan membesarkan anak2, jaga keperluan aku dan keluarga....'

    Noob, kamu punya banyak expectation terhadap bakal isteri kamu. Tapi, apakah balasan yang kamu tawarkan? Jangan harap akan dapat perempuan sebegitu jika kamu tidak ada tawaran balasan yang sekurang-kurangnya setimpal dgn pengorbanan yang dikehendaki. Tidak ada yang percuma di dunia. Mahu ganjaran syurga pun mesti buat banyak amal baik. Sila nyatakan tawaran anda. Mana tau, ada orang yang sudi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tawaran? Bukanlah nak cakap saya ni bagus sgt, tapi kalau ada wanita yg sudi memberi ketaatan dan kesetiaan yg tidak berbelah bagi hanya pada suaminya, insya Allah sy akan cuba jadi suami dan imam yang baik kpd isteri, akan menyayangi, mencintai dan menjaga dgn sepenuh hati selagi hayat dikandung badan, menjadi bapa yg baik kpd anak2, menyediakan keperluan yg secukupnya buat isteri dan anak, tidak akan mengabai dan mensia2kan amanah dan tanggungjawab yg telah tuhan berikan pada saya, dan isteri tidak perlu bekerja pun, cukuplah saya seorang yg bekerja menampung kehidupan keluarga secara sederhana, seorang isteri itu pula hanya fokus kpd keperluan suaminya dan keluarga sahaja. Harap awak faham k.

      Padam
    2. Faham. keterangan yang jelas. Samada wanita yang berminat itu bersetuju dengan tawaran awak atau tidak, terpulang dengan pendapat masing2. Good luck.

      Padam
    3. Assalammualaikum, walaupun entry ini sudah lama, saya terpanggil untuk memberi komen atau ulasan mengenai perkara di atas.
      Entry ini memang bagus bagi wanita yang ingin mendapatkan keredhaan Allah, tetapi untuk menjadikan isteri itu hak mutlak suami saya rasa ia tidak wajar kerana isteri juga mempunyai hak dalam menentukan hidup mereka.
      Tanggungjawab rumahtangga perlu dipikul bersama tidak kisah siapa yang mencari nafkah asalkan tugas dan tanggunjawab digalas bersama insha Allah harmoni. Pada saya tolak ansur amat penting.
      En Noob mempunyai impian mencari isteri yang begitu tinggi ciri-cirinya (menghampiri ciri-ciri isteri yang sempurna).
      Saya doakan En Noob akan dipertemukan dengan wanita yang diimpikan. Sentiasa memperbaiki diri anda untuk menjadi Imam dan pelindung tulang rusuk anda dengan sesempurna mungkin.
      Wassalam...

      Padam
  11. Walaupun entry ni dah lama, sy tetap nak tgglkan jejak di sini..Entry yang bagus dan memberi kesedaran kepada sy sbg seorang wanita bekerjaya dan inshaAllah bakal isteri. May Allah bless u.

    BalasPadam
  12. hello brader,
    Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja?

    BalasPadam
  13. hello brader,

    Ayat hang:
    Berapa ramai isteri yg faham melayan kehendak seks seorang suami adalah lebih mulia berbanding dia keluar bekerja dan bila pulang ke rumah tidak dapat melayan suaminya atas alasan penat bekerja?


    My reply :
    hang nie gilo seks sungguh lah, ada jugak laki cam hang... memang kalau suatu hari, istri jatuh sakit, anak demam kat umah, hng tetap nak ke?... pakai otak sikit lah.. mesti org cam hang cari perempuan yg tak berpendidikan spy dia selalu boleh dengar cerita buduh hang dan kangkang utk hang siap sedia..! tp kalau yg berpendidikan tue kan pasti menyoal u balik, bab intelektual itu lah yg hang tak boleh nak terima kan, ego cam taik...!

    Ayat hang :
    Berapa ramai yg mempunyai ramai teman dan kawan lelaki di tempat kerja dan lebih banyak meluangkan masa dengan mereka ketika di pejabat, bersosial ketika waktu lunch, dinner berbanding dengan suami dan anak sendiri?


    My reply :
    nie lah masalahnya dengan diri hang, either muka hang cam kena langgar lori and perut buncit hodoh cam katak alias lelaki hodoh atau memang makhluk jenis penuh curiga tak menentu pasal dengan kaum Hawa... Hang pun keja jugak, pasti pernah ada urusan dengan org perempuan kan?.. kalau mcm tue tak pe ke kalau itsri hang call u setiap 30 mnt utk monitor pergerakan u... kepala kote hang nak suruh istri dok rumah, hang pernah tak dok rumah dulu sebulan penuh, baru hang tau bosannya cam mana... muka tak sedar diri, belum tentu cukup nafkah yang hang bagi, tp dok suruh dok rumah plak, hang nie tak berfikiran positif and futuristik lah.. contohnya ; mana tau satu hari hang tetiba accident, koma, dok sebulan dalam ICU lepas tue mampus meninggalkan anak 4 org, sekarang aku nak tanya, pasai dulu hang tak bagi istri hang buat apa pun, sekarang dia nak mandiri cam mana? tak reti bawa keta, tak pernah buat kerja, nak harap duit simpanan kalau bersuamikan laki dayus cam hang, jgn haraplah banyak mana pun.. lepas tue siapa nak jaga keluarga nie huh?.. bodoh siot si bendol nie...


    ayat hang :
    Apabila anda dah kahwin, ingatlah bahawa diri anda, tubuh badan anda, adalah hak sepenuhnya suami anda. Kalau rasa tak boleh atau tak mampu nak bagi semua tu kepada bakal suami anda, jangan la gatal2 nak kahwin.

    My reply :
    si gila seks nie asyik benda tue je dia tau, patutlah suruh dok rumah, mesti kalau hang keluar pi kerja, rumah hang katup rapat2 dan kunci hang bawa pi dgn diri hang, betul tak?.. jahanam punya laki.. betul2 mementingkan diri sendiri.. tubuh istri hang t6ue milik hang ka?..haram jadah laki pengganas seks rumahtangga.. mesti hang termasuk golongan laki yang gemar merogol istrinya..

    BalasPadam
  14. Orang dekat atas ni adalah contoh org yg dalam period..maaf kan dia..laki2 mmg kena byk bersabar dan pandai mengambil hati wanita

    BalasPadam
  15. Wanita mcm tu sebenarnya wujud cuma ujiannya lelaki yg tak bersyukur dan tak menghargai.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.