Halaman

Sabtu, 19 Mei 2012

Kita rank ke-20, tolonglah ubah

Setiap hari gua tengok kat suratkhabar, berita TV, internet, blog, mesti ada cerita pasal kemalangan jalanraya atau road accidents yg kebanyakannya berakhir dgn kematian. Kalau aku baca je blog Ondscene ni ada je kes kereta langgar pokok la, penunggang motor kena gilis lori, kereta terbalik kat highway sampai masuk laluan bertentangan, bas rempuh lori, macam2 la kejadian ngeri yang melibatkan kenderaan ni. Kadang2 jadik fobia bawak kereta atau motor, walau kita bawak bukan main hati2, tapi orang lain dok pecut 200 km/h, dok langgar lampu isyarat, masuk simpang tak bagi signal, kawasan sekolah tak perlahankan kenderaan, masuk jalan bertentangan, pemandu mengantuk, potong queue dan macam2 lagi kesalahan jalanraya dan kecuaian yang boleh menyebabkan kemalangan.


Lu orang baca kat sini pasal kisah di sebalik kemalangan yg melibatkan sebuat kereta Mitsubishi Lancer di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yg mengakibatkan seorang bayi tercampak dari kereta dan hidup tetapi kedua ibu bapanya meninggal di tempat kejadian.


Sadis? Takziah buat keluarga mangsa. Kasihan gua pada bayi yang masih kecil kehilangan kedua orang tuanya sekelip mata. Memang ajal maut itu ketentuan tuhan, tapi nyata disini kemalangan ini disebabkan oleh kecuaian manusia. Walaupun mempunyai kereta keluaran luar negara, bukan Proton, berkuasa dan berprestasi tinggi, tidak semestinya boleh dibawa dengan laju dan tidak juga menjamin 100% keselamatan pemandu sekiranya terlibat dengan kemalangan.


Gua bukan nak cakap apa, sebelum ni kat post gua pasal loji gas, nadir bumi dan nuklear kat sini, gua kondem Lynas dan cadangan nak buat loji nuklear kat Malaysia sebab mindset rakyat Malaysia ni tak seperti mindset rakyat negara dunia pertama macam Jepun dan US. Kat entry gua tu ada org kondem sbb gua compare dengan Jepun.
Sumber berita yang dia kutip pun semua dr bahasa melayu dengan enggeris jer. Sebab tu dia tulis pusing-pusing ke situ jer. cuba baca sikit sejarah jepun sana tu, memang takde ke disebabkan kecuaian manusia. Aparaaaahh punya pemikiran.
Ya benar, memang tak dinafikan dan ada juga kemalangan yang disebabkan kecuaian manusia di Jepun malah di US, tapi bilangannya adalah jauh lebih sedikit berbanding di Malaysia walaupun rakyat mereka di sana berganda2 kali lebih ramai daripada jumlah rakyat Malaysia sebanyak 28 juta ini. Kita tengok sahaja ranking dan statistik kematian yang disebabkan kemalangan jalanraya bagi seluruh negara di dunia di laman web ini. Tengok antara Malaysia, US dan Jepun... oh mungkin boleh tengok Indonesia sekali.

Daripada 192 buah negara, kita no. 20 bai... kalau la ranking bola sepak FIFA kita macam ni kan bagus. Ini tidak, lu tengok yg dok ranking dekat2 dengan kita tu, kebanyakannya negara2 miskin dari Afrika dan Amerika Latin serta negara2 timur tengah yg selalu bergolak. Negara jiran yg lagi teruk dari kita cuma Thailand sahaja di tangga ke-6.


Lu orang tengok Indonesia, dengan kadar populasi 237 juta penduduk, duduk di tangga ke-54.


Tengok US no. berapa? Ranking ke-107 dengan 313 juta penduduk.


Akhir sekali, negara yg aku dok compare, Jepun. Dengan kepadatan penduduk 127 juta dan salah sebuah negara pengeluar kereta terbesar, diorang dapat tangga ke-189 iaitu no 4 terakhir. 


Kita baru 28 juta penduduk bai... tapi kematian akibat kemalangan jalanraya antara yang tertinggi. Memang ada kemalangan jalanraya yang disebabkan bencana alam seperti pokok tumbang tengah jalan, ribut kuat sehingga terbalikkan kereta, tapi mungkin hanya 0.01%, selainnya 99.99% adalah kerana kecuaian manusia.


Ramai ke sedar akan fakta ni? Gua harap kepada pengunjung blog ini samada yg tengah blogwalking, jumpa secara kebetulan ke, tersearch kat Google, terklik link aku kat komen2 blog lain, samada anda ni pro-BN atau pro-PR ke, harap dapat sharekan maklumat ini di Facebook, blog atau di mana2 agar ramai rakyat Malaysia sedar akan ranking ni dan dapat meningkatkan kesedaran akan pentingnya keselamatan di jalanraya. Malu siot Malaysia no. 20. Sebab tu gua asyik compare dgn Jepun, sbb sudah terbukti mindset Jepun ni adalah kelas pertama sehinggakan kemalangan disebabkan kecuaian manusia tu sangat sedikit bilangannya berbanding di Malaysia.


Tapi memang seriau dgn kemalangan2 jalanraya ni. Macam mana rasanya bila hari ni kita happy2 di ofis bersama kawan2, di rumah bergembira meluangkan masa dgn suami isteri, anak2... esok bila on the way nak pergi kerja tiba2 kena langgar dengan lori dan terus mati di tempat kejadian. Pernah tak bayangkan yang kemungkinan yang di bawah lori itu adalah kita? Masa2 tu adakah kita akan rasa menyesal dengan kehidupan lampau kita? Adakah bekalan kita dah cukup ke untuk kita bawa ke dunia seterusnya bila tiba2 je mati kemalangan. Macam mana pulak dengan orang2 yg kita tinggalkan seperti ibu bapa, suami isteri, anak2... apalah nasib mereka bila ketiadaan kita nanti... Oleh itu tolonglah ubah sikap kita di jalanraya, atau prosedur keselamatan di tempat kerja, bahkan di rumah juga perlu jaga keselamatan...  janganlah kita semua lupa untuk:

"IKUT PERATURAN DAN INGATLAH ORANG TERSAYANG"


tags: kemalangan jalan raya road traffic accident statistik statistic kedudukan ranking dunia world life expectancy death rate negara country malaysia jepun indonesia usa united states thailand mitsubishi lancer lpt ibu bapa maut bayi selamat honda civic mercedes motorsikal lori bas

16 ulasan:

  1. saya pernah kemalangan, dilanggar oleh kereta dan driver tu tak sedar pun dia langgar saya sebab tengah guna handphone.

    BalasPadam
  2. baru semalam ada eksiden depan opis nih
    sorang meninggal sorang parah bawak spital.
    tak dapat diselamatkan jugak
    motor bertembung dengan lori.

    nway, thanks singgah .
    :)

    BalasPadam
  3. semakin canggih dan semakin cantik jalanraya di negara kita semakin tinggi kadar kemalangan jalanraya sebab ada yang nak test power drive macam F1.. <-- aku ler tu.. hikhikhik.. sila abaikan kenyataan tersebut..

    dah jadi macam sesuatu yang normal laluan paling kiri bukan laluan paling slow tapi lauan tengah pulak jadi laluan yang paling slow..

    BalasPadam
  4. Terima atas info yang telah diberikan.
    Saya setuju jika dikatakan bahawa 99.99% kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian.
    Sikap...tu lebih tepat...Jika kita mengubah sikap kita...Insya Allah kemalangan dapat dielakkan...
    hanya tahu nak cepat saje...kalaulah bersabar...tentu semua ini dapat dielakkan. Maka, kesimpulannya... Sayangilah nyawa anda dan mereka-mereka yang tidak berdosa...Oleh itu..ubahlah sikap... ^^

    BalasPadam
  5. hai.. rasanya ni pertama kali liza singgah....
    salam perkenalan. terima kasih follow..
    saya nk follow gak lah.

    BalasPadam
  6. Tu la.Kita perlu insaf.Bawak kenderaan dengan tertib terening...

    BalasPadam
  7. top jugak ranking negara kita tu ye...kalau ranking fifa mcm ni mmg penuh stasium sokmo la. tp apakan daya...sikap ni mmg pyh nak ubah. kalau da pernah kena pun, mungkin ada g x serik...papepun, tq bagi link :)

    BalasPadam
  8. Sokong lu Noob.. M'sia ni dikenali krn budi bahasa dan sopan santun rakyatnya namun segala itu hilang tah kemana bila tangan pegang stering.. minggu lpas pn aku hampir kemalangan pabila ada bodoh bangang kayu mangkuk bawa merc nk tkar lorong tp x bg signal cerita pasai bnda ni pn aku ada post kt blog aku... mai r singgah http://manentertainment.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Tuan Tanah nk minta izin nk share link ni kt blog sya bole ke?

    BalasPadam
  10. Sebab2 berlaku kemalangan jalanraya di Malaysia:-

    1) Bawak kenderaan secara pentingkan diri sendiri - melulu, laju, cuai & tidak berhati2 dalam meukar laluan/lorong
    2) Tidak ada penguatkuasaan undang2 yang efisen dari penjawat awam (polis & JPJ)
    3) Tidak memeriksa keadaan kenderaan - brek, lampu isyarat dll.
    4) Rasuah - dalam menegakkan undang2 jalan, pemberian lesen atau permit
    5) Konsep pemanduan tidak betul diajar semasa latihan mendapatkan lesen memandu
    6) Keadaan jalanraya yang teruk - berlubang, berbonggol dan selekoh2 bahaya
    6) Keadaan cuaca yang memudahkan kenderaan berada diluar kawalan
    7) Stress dengan kerja, kehidupan seharian dan kesesakan jalan - menyebabkan pemandu jadi tertekan - memandu dengan perasaan marah2 dan gopoh
    8) Kenderaan terlalu banyak dijalanraya akibat keadaan ekonomi baik, tidak sesuai dengan keadaan jalan raya yang sempit / mudah berlaku 'jem'.
    8) Kedudukan simpang, bus-stop, papan tanda arah, iklan, pokok2 hiasan dan tidak sesuai letak serta mengelirukan pemandu.
    9) Memandu tanpa lesen jalanraya, ibubapa membiarkan anak2 bawah umur menggunakan kenderaan/motorsikal untuk ke kedai / sekolah dll..

    BalasPadam
  11. pasal tanpa nama..sebab2 kemalangan di Malaysia nampak jelas lah Malaysia ini pemandunya bermasalah,,,kan...sebenarnya pape pun sikap,,,pemandu itu sendiri sebenarnya..

    BalasPadam
  12. aku pengunjung tetap blog ni..tapi silent reader jerlah..hoho

    BalasPadam
  13. Terima kasih atas peringatan...aku setuju dgn penulis..mmg sikap kita org Malaysia ni majority sombong dan tak fikir panjang...bawak kereta macam dh lama hidup dan pentingkan diri

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.